28 October 2009

Nizar News: KSU MOSTI Kelas KAKAP Didakwa Rasuah: Bravo SPRM

Bekas ketua setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini dihadapkan dengan 10 pertuduhan berhubung dakwaan rasuah.

Beliau, antara bekas pegawai tinggi kerajaan yang diseret berhubung isu rasuah, mengaku tidak bersalah di depan hakim Syafeera Mohd Said.

Beliau didakwa menerima suapan RM40,000 bagi meluluskan satu projek syarikat Global Goodway Sdn Bhd di Pulau Pinang.

Abdul Hanan, 56, tiba di mahkamah kira-kira 9.15 pagi, diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau ditahan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut di Putrajaya pagi semalam selepas siasatan berbulan-bulan.

Nizar News: Live From DUN Perak

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/28/nation/20091028082225&sec=nation

Nizar bohong!!: Sidang DUN Perak Tiada SAMSENG PUN

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin YANG membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami” TERNYATA BOHONG.

Dakwanya bohong Nizar lagi, adalah bahawa Nizar mengatakan 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Sumber yang menurut Nizar lagi, memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji) akan akan dikasari TERNYATA BOHONG.


Nizar: Kamu Pun Takut Cyber Trooper!!

Kontroversi terbaru kerajaan perpaduan dalam PAS yang menjadi bahan penulisan sensasi di Internet didakwa hasil kerja gerombolan penulis upahan Umno atau cyber trooper.

"Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini," kata ketua penerangan PAS.

Idris Ahmad juga berkata, gerombolan penulis ini menggunakan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno dan juga cadangan kontroversi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menunjukkan parti itu kini berpecah.

Tambahnya, pemimpin-pemimpin kanan Umno pula "bersilih ganti menangguk di air keruh" dengan memberikan ulasan PAS sedang mengalami perpecahan.

"PAS mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, Facebook dan juga media massa lainnya," kata Idris lagi.

"Kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang pro-kerajaan perpaduan dan pro-(kumpulan) Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok."

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata tiada sebarang pertemuan sulit pernah dilaporkan dan belum ada bukti wujudnya dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pemimpin.

Beliau juga menegaskan tindakan disiplin akan diambil terhadap pemimpin yang mengadakan rundingan sulit dengan Umno walaupun dakwaan itu melibatkan mursyidul am, presiden dan pemimpin-pemimpin kanan parti.

"PAS yakin kerja-kerja fitnah cyber trooper Umno dan mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno tidak akan mati dengan sendirinya jika sebarang laporan disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak lembaga (disiplin)," katanya lagi.

Idris turut menyeru ahli-ahli PAS agar tidak membuat ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin berbincang bagi mencari punca masalah ini.

Jawatankuasa pusat PAS bersama barisan pesuruhjaya negeri akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan isu tersebut 8.30 malam esok di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.

27 October 2009

Nizar: Penyakit Negara!! Ada Kematian/Kemalangan/Rasuah: TUBUH Pasukan Khas Penyiasat Atau Inkues

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan. Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari ini.

Dalam perkembangan lain TPM Muhiyiddin Yassin berkata: Satu Pasukan Khas akan ditubuhkan untuk menyiasat punca jambatan gantung tersebut roboh.

26 October 2009

NIzar!!! Umno Selangor Kata: Nik Aziz Hanya Main Wayang

UMNO Selangor menyifatkan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi 'membersihkan' pemimpin bermasalah dalam parti pembangkang itu hanyalah satu lakonan semata-mata bagi menarik perhatian rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Noh Omar berkata, taktik sedemikian dibuat kerana beliau mendakwa Pas sebenarnya ketandusan isu untuk diketengahkan bagi meraih simpati rakyat terhadap mereka.

Ini kerana katanya, Pas sebenarnya berhadapan dengan krisis sokongan rakyat semakin susut ketika ini ekoran isu-isu melanda parti itu yang dikatakan tidak lagi selari dengan matlamat perjuangan mereka. Jelasnya, masalah Pas itu jelas dilihat menerusi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

''Saya tak mahu cakap banyak mengenai cadangan Nik Abdul Aziz yang mahu parti itu adakan EGM. Bagi saya, ia hanyalah satu 'lakonan' untuk menarik perhatian dan simpati rakyat terhadap mereka. ''Selepas ini, kita tengoklah mesti ada acara peluk-memeluk antara pemimpin mereka sebagai tanda perdamaian kononnya pergolakan mereka telah selesai. ''Malah, EGM yang dicadangkan itu juga tidak akan diadakan,'' katanya ketika menghadiri program hari raya anjuran Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya, di sini.

Nizar: Wan Azizah Kemuka Fakta Salah: PKR Sabah Bercelaru

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Libaran (Fakta yang silap), Thamrin Zaini sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Azmin Ali yang juga naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail setelah bermesyuarat selama empat jam bersama kepimpinan PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana di sini hari ini. Mesyuarat itu turut memutuskan penubuhan Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak yang antaranya disertai Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali dan Naib Presiden, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan,- UTUSAN MALAYSIA.

Ulasan
Maklumat yang diberikan Wan Aziziah adalah Salah dan Silap: Fakta sebenarnya adalah: Thamrin Zaini atau nama sebenar Ahmad Thamrin Haji Zaini BUKANlah ADUN Libaran seperti yang dinyatakan dalam Utusan Malaysia dan DUN Libaran sebenarnya tidak wujud di Sabah. Libaran ialah Kawasan Parlimen di Daerah Sandakan, Sabah yang diwakili oleh YB. Datuk Juslie Ajirol. Fakta yang disengaja !!!

Nizar: Nik Aziz Nak Buktikan Siapa Nahkoda

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.

24 October 2009

Nizar: Krisis Pas: Kerajaan Selangor Ikut Jejak Perak

Keinginan Nik Aziz memecat Hadi Awang,Mustapha Ali, Ustaz Nasa dan Hassan Ali mempermudah Kerajaan Selangor akan ikut jejak Perak.

Hassan Ali bukan sahaja tidak sebulu dengan Khalid Ibrahim tetapi juga keseluruhanan ADUN DAP Selangor. Dikatakan seluruh ADUN Pas di Selangor berdiri dibelakang Hassan Ali. Melalui perkembangan mutakhir ini, kerajaan Selangor menunggu tersungkur.

Sementara itu Nizar di Perak beria-ia sangat merebut kuasa dari Zambry melalui mahkamah, Nizar lupa, bahawa 3 ADUN Pas telah berjumpa perdana menteri untuk menyatakan keinginannya berubah arah. 3 ADUN tersebut hanya menunggu masa mengumumkan perpindahan mereka ke perahu yang lebih besar, yakni BN.

Di Khabarkan juga, ke tiga-tiga ADUN tersebut akan mengisi exco yang masih dikosongkan oleh Zambry.

Ada kemungkinan kah 3 ADUN tersebut menampakan diri pada 28 Oktober ini.. sama-sama kita tunggu

Nizar: Kerja Gila Ikut Arahan BERSIH!! Wakil Rakyat Mewakili Rakyat Bukan Gangster

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

Nizar: Bagan Pinang Lah Puncanya: Nik Aziz Mengamuk

Gara-gara kekalahan di Bagan Pinang, tiba tiba batunya menimpa kepala Presiden. Semua tahu siapa pengarah pilihanrayanya, Semua juga tahu siapa kepala jentera yang mencatur di bilik gerakannya, semua juga tahu siapa yang siang malam menjadi penceramahnya walau telah tiada dalam JK Pusat. Mereka semua tidak menjadi sasaran. Langsung tidak disentuh !

Di saat post mortem belum keluar, ditanya kenapa lambat ? (mungkin orang nak semuanya sesegera mee segera, hasil macam anak luar nikah juga ) bila keluar dikata tak tepat kerana terlalu cepat, sememangnya di dalam hati sudah dilipat, keputusannya.., aku juga paling hebat!

Saya tak peduli semua itu kerana sememangnya dikenal siapa dalang dan watak di sebaliknya. Di alun kisah cinta kepada umNO, di alun juga kasih yang tak setia. Tujuh kemenangan di lupa hasilnya, alih-alih kalah sekali di tempat sudah dijangka itu juga yang di jaja. Tembak membabi buta mencari mangsa, akhir kepala presiden jadi sasaran.

Apa yang tiba tiba menyesakkan jiwa apabila blog Nik Aziz bersuara. Ulama itu tidak maksum ! Tiada wala untuk golongan ini, saya memberanikan diri, namun hormat dan memuliakan insani berjasa besar kepada agama ini takkan menjadikan saya biadab sebiadab beberapa penulis yang menghina tuan-tuan guru yang lebih separuh hidup mengabdikan diri dalam perjuangan. Biarlah anda biadab dengan ulama yang anda benci. Kerana anda sendiri tahu mengukur sebersih dan sesuci mana diri anda di sisi Robbi. Harap ada cermin yang mampu digilap agar diri sendiri diketahui hitam atau kelabu asapnya hati.

Ramai terkejut melihat tulisan di blog TGNA,

1. Apakah berat benar masalah kekalahan di Bagan Pinang hingga perlunya EGM untuk menentukan kedudukan pucuk kepimpinan ? Bagaimana dengan kemenangan yang juga di bawah GEMBALA pemimpin yang ada ? Bagaimana pula sesak keputusan di Manek Urai yang hampir menjerumuskan PAS ke jurang kekalahan sedangkan ia berlaku di Kubu PAS, Negeri yang ditadbir oleh PAS, digerakkan oleh mereka yang hebat di dalam PAS dan di awalnya ada larangan tertentu buat beberapa pemimpin PAS termasuk Presiden PAS ? Saya amat mengharapkan sesuatu yang sangat adil dalam penilaian antara dua lubuk ini, lubuk umNO dan lubuk PAS!

2. Persoalan yang ditimbulkan oleh Aziz Bari, antara yang menjadikan ianya besar ialah masalah beralihnya pengundi bukan melayu kepada umNO. Apakah pandangan prof undang undang ini adalah tepat ianya berpunca dari sikap pemimpin PAS ? DSAI sendiri menyatakan hubungan kerjasama PR di Bagan Pinang adalah lemah walaupun Khalid Samad menyatakan ianya terbaik ? Semua mengakui masalah undi tentera menjadi faktor utama.

Itulah yang ditekankan oleh PAS sebelum pengundian, namun selepas keputusannya kenapa isu ini menjadi ketiga atau keempat. Bukankah isu rasuah dan ugutan melampau terutamanya di estet, sekatan dan kekangan pengurusan estet dan politik ganas umNO diakui faktor utama ? Kenapa setelah diakui semua itu faktor utama, tiba- tiba kesimpulannya faktor pemimpin PAS menjadi utama hingga perlunya rombakan kepimpinan ?

3. Jika berlaku Mesyuarat Khas dengan tujuan merombak kepimpinan, dan jika perwakilan memilih mengekalkan pemimpin yang ada, kita sama sama bela betul ke ? Isu kerajaan perpaduan(UG) yang cenderung kepada umNO malah seribu satu macam isu ciptaan ini telah timbul sejak PAS mula membentuk kerajaan Pakatan Rakyat lagi. Muktamar di Selangor tahun lepas adalah kemuncak serangan isu UG.

Ada calon merantau pelusuk kawasan memburukkan lawan atas alasan mereka ini proksi umNo dalam PAS. Namun bila keluar keputusan, pemimpin yang ada terus di beri kepercayaan dan mandat yang besar! Ia hanya baru beberapa bulan ! Jika perlu diadakan semula pemilihan atau rombakan ini, apakah ianya akan jadi jalan selesai ?

Malah mungkin ada pemimpin yang baru di tajdidkan itu masih belum betul tempat duduknya lagi. Siapa pulak calon Presidennya ? Sedangkan di muktamar yang penuh persediaan pun tak ade calon Presiden. Takkan sekarang dah jumpa ? Ustaz Azizan ? Timbalan Presiden pun Ustaz Azizan tolak pada muktamar lepas !

4. Aziz Bari juga nampaknya pandai mencipta ayam laga untuk PAS. Nama Ustaz Azizan Razak menjadi umpan agar tidak dilihat anti PAS. Sedangkan Ustaz Azizan inilah yang berdepan dengan kritikan tanpa kawalan di awal mengambil alih Kedah. Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS semacam buat tak peduli. Umum mengetahui Ustaz Azizan adalah orang yang komited dengan Jamaah dan menghormati Presiden. Kenapa tak dicadangkan nama Husam atau Khalid Samad atau mungkin Hanipa Maidin ? Ia adalah cara halus melagakan kepimpinan PAS. Busuk sungguh cara ini !Sebenarnya lama sungguh hati ini ditahan. Melihat rentak tari yang melakar musuh di rumah sendiri.

Di saat UMNO membina kekuatan, Niz Aziz memukul rakan ! Hassan Ali dikatakan tidak cerdik dan berniat jahat kerana membuat kenyataan akhbar, sedangkan ianya sebagai exco boleh berunding sendiri. Maaf ! Kenyataan di dakwa tulisan TGNA di blognya juga bersifat media terbuka. KL Pos mengambil berita Pecat HJ Hadi ! Sedangkan TGNA adalah Mursyidul Am yang boleh memanggil sesiapa sahaja mengadapnya. Mengarahkan dalam mesyuarat agar membincangkan tentang Muktamar Khas ! PECAT HADI AWANG

Nizar: Nik Aziz Sanggup Parti Pecah Asalkan Hadi Awang Dipecat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.

Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels