26 October 2009

NIzar!!! Umno Selangor Kata: Nik Aziz Hanya Main Wayang

UMNO Selangor menyifatkan cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi 'membersihkan' pemimpin bermasalah dalam parti pembangkang itu hanyalah satu lakonan semata-mata bagi menarik perhatian rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Noh Omar berkata, taktik sedemikian dibuat kerana beliau mendakwa Pas sebenarnya ketandusan isu untuk diketengahkan bagi meraih simpati rakyat terhadap mereka.

Ini kerana katanya, Pas sebenarnya berhadapan dengan krisis sokongan rakyat semakin susut ketika ini ekoran isu-isu melanda parti itu yang dikatakan tidak lagi selari dengan matlamat perjuangan mereka. Jelasnya, masalah Pas itu jelas dilihat menerusi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

''Saya tak mahu cakap banyak mengenai cadangan Nik Abdul Aziz yang mahu parti itu adakan EGM. Bagi saya, ia hanyalah satu 'lakonan' untuk menarik perhatian dan simpati rakyat terhadap mereka. ''Selepas ini, kita tengoklah mesti ada acara peluk-memeluk antara pemimpin mereka sebagai tanda perdamaian kononnya pergolakan mereka telah selesai. ''Malah, EGM yang dicadangkan itu juga tidak akan diadakan,'' katanya ketika menghadiri program hari raya anjuran Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya, di sini.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels