4 November 2009

Nizar: Najib Arahkan Pengambilan Tanah Dipercepat: Januari 2010 Pelancaran 1Klinik Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil satu Mesyuarat Khas Kabinet Jumaat ini bagi menetapkan sasaran pelaksanaan dan pencapaian program-program pembangunan untuk rakyat dalam Bajet 2010.

Sambil menyifatkan ia satu lagi pembaharuan dalam pentadbirannya, beliau berkata, mesyuarat disertai semua ketua jabatan dan agensi kerajaan itu akan menetapkan tanggungjawab, tindakan yang akan diambil serta jangka masa pencapaian muktamad bajet berkenaan.

''Mesyuarat akan turut memfokuskan siapa yang akan memantau pelaksanaan program-program dalam bajet itu. ''Saya dah beritahu Menteri Kesihatan bahawa pada minggu pertama bulan satu (Januari) tahun depan, saya nak lancar Klinik 1Malaysia.

Ini kena buat kerja cepat-cepat supaya Klinik 1Malaysia ini beroperasi. ''Kita akan pantau dengan serius untuk capai matlamat ini (Bajet 2010) dan seterusnya pacu kejayaan ekonomi negara," kata beliau.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Malam Bajet 2010 bagi meraikan para petugas Kementerian Kewangan dan sektor swasta yang terlibat dalam penyediaan bajet yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan terus melaksanakan pembaharuan supaya ekonomi negara dapat dirangsang seterusnya memulihkannya seperti sedia kala. ''Kita belum mencapai objektif maksimum dalam pertumbuhan ekonomi. (Namun) kita masih ada ruang untuk tingkatkan pencapaian ini," katanya.

Bagi Najib, cabaran besar kini adalah bagaimana untuk memastikan Bajet 2010 memenuhi kehendak dan harapan rakyat. ''Kalau dipandang sekali imbas agak sukar macam mana kita nak isi kerja kita dalam melaksanakan pencapaian matlamat Bajet 2010.

Ini termasuk bagaimana dalam keadaan kita kurang peruntukan pembangunan, kita nak pacu ekonomi dan memenuhi reaksi pasaran yang begitu tidak disenangi," katanya. Namun, kata Najib, beliau akhirnya menarik nafas lega berikutan sambutan baik yang diterima daripada semua ahli Parlimen.

Nizar News: Jumaat Ini Najib Jumpa Kabinet Soal KPI

Datuk Seri Najib Tun Razak akan menemui semua menteri Jumaat ini bagi melihat sejauh mana prestasi kementerian masing-masing mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras dengan komitmen Perdana Menteri untuk mengubah kualiti hidup rakyat negara ini dengan meningkatkan keberkesanan kerajaan, sejak memegang jawatan itu April lalu.

"Kita tak boleh main-main, kena serius. Saya percaya kita hendak membuktikan walau apa pun keadaannya, Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti lebih berwibawa, berkemampuan untuk menyelesaikan dan membantu membela nasib rakyat. Lihat apa yang sedang berlaku dalam parti pembangkang, semakin berkecamuk," kata beliau pada Majlis Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Kelab Warga Emas di sini.

Enam teras NKRA ialah membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata antara isu yang melibatkan kementeriannya ialah hanya 67 peratus kanak-kanak yang menikmati pendidikan pra-sekolah, manakala 33 peratus lagi tidak tersenarai disebabkan oleh pelbagai masalah termasuk masalah infrastruktur dan kemiskinan.

"Kita akan melihat perkara ini dan cuba meningkatkan peratusan itu kepada 87 peratus dalam masa dua tahun akan datang. Selain itu, insentif juga akan diberikan kepada pihak swasta untuk membangunkan prasarana pra-sekolah," katanya.

Muhyiddin juga berkata dalam masa terdekat, beliau akan mengumumkan senarai sekolah berprestasi tinggi di seluruh negara.

Katanya, dengan penyenaraian itu, kerajaan akan memastikan bukan sahaja orang yang berada boleh memasuki sekolah tersebut, malah ia terbuka kepada orang miskin yang mencatat kejayaan dalam pelajaran.

Timbalan Presiden Umno itu berkata sejak kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, penerimaan masyarakat terhadap BN semakin meningkat disebabkan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

"Saya rasa perkara yang paling menonjol dalam kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu, adalah penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia. Ini jelas, kita berada di ambang pentas pembaharuan yang nyata dan kesungguhan parti dan kerajaan untuk membawa perubahan yang dijanjikan,"katanya.

Sementara itu, beliau juga menyeru semua pimpinan akar umbi Umno khususnya peringkat cawangan dan bahagian parti agar mempercepatkan konsep pembaharuan yang digariskan oleh Presiden parti.

Di samping itu, Muhyiddin turut menyeru parti-parti komponen dalam gabungan BN agar turut serta menjalankan proses pemulihan parti seperti yang sedang dilakukan dalam Umno.

"Kalau ada masalah, selesaikanlah dengan segara dan janganlah berlengah-lengah lagi. Kita sudah tiada masa," katanya.

3 November 2009

Nizar News: Nik Aziz Marah Kenapa Dr Asri Ditangkap

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Ketika dihubungi beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

"Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,"ujarnya lagi Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri," katanya.

Beliau meletakkan masaalah itu seharusnya dibincang terlebih dahulu antara Asri dengan JAIS dan bukannya terus menangkap tanpa pasti kesalahannya. Katanya, kalau benar dia telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang, barulah tindakan diambil terhadapnya dan bukannya menangkap begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkalnya. "Masyarakat juga menjadi keliru dengan kejadian itu," ujarnya lagi,_

Nizar News: 16 September Tiba-tiba Jadi Penting

Kerajaan disarankan supaya mewartakan cuti awam Hari Malaysia pada 16 Sept mulai tahun depan dengan memasukkannya ke dalam Akta Kerja 1955.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) berkata sekiranya tidak dimasukkan dalam Akta Kerja 1955, dikhuatiri ada majikan atau syarikat yang tidak akan mengiktiraf cuti berkenaan.

"Kalau itulah saranan yang dibuat oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri agar cuti 16 Sept ini sebagai cuti awam, saya cadangkan ia dimasukkan dalam Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60(d).

"Kalau tidak, ia hanya bermain sebagai retorik politik dan hidangan lazat yang tidak boleh dimakan oleh rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Hari Malaysia diraikan pada 16 Sept setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah mahkamah khas yang dikendalikan oleh pakar-pakar dalam bidang buruh bagi menangani hal-hal berkaitan buruh.

"Dalam banyak kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, pengendali mahkamah iaitu hakim tidak mahir dalam bidang buruh.

"Bila mana berlaku rujukan Mahkamah Industri kepada Mahkamah Tinggi, maka pada masa inilah timbulnya kepelbagaian hukuman yang dibuat dan tidak mengikut tatacara dalam bentuk hak pekerja itu sendiri," katanya.

Sementara itu, menyentuh mengenai sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept setiap tahun mulai tahun depan, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata perkara yang perlu ditekankan ialah pengisian sambutan hari tersebut.

"Saya tidak mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri dan saya tidak ada masalah untuk sambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan. Tapi yang penting ialah bagaimana kita mengisi erti kemerdekaan dan Hari Malaysia itu," katanya.

Nizar: Kenapa Tuduh Dr Asri Penganut Wahabi: Jais Kena Jelaskan

Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Ahad lalu masih rancak diperkatakan.

Beliau dituduh atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah oleh pihak JAIS dan ditahan pada pukul 9 malam oleh sekumpulan anggota JAIS di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.


Selain tuduhan kesalahan mengajar agama tanpa tauliah, antara isu lain yang berbangkit ekoran penahanan itu adalah isu penyebaran ajaran Wahabi.

Dr Asri kononnya dituduh membawa ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam hinggakan perkara ini terkandung di dalam salah satu bahagian dalam Memorandum Fitnah yang diusulkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia kepada Agung.

Namun, ketika diajukan perkara ini, Dr Asri sendiri berasa hairan dan ingin bertanya kepada mereka-mereka yang membuat tuduhan yang dia Wahabi.... apa itu Wahabi? "Saya bukan Wahabi dan saya tak tahu apa itu Wahabi.

Tolong bagi saya definisi Wahabi. Kalau orang tak baca doa qunut itu, JAIS katakan Wahabi, kenapa tak larang masjid-masjid India kerana setahu saya mereka tak baca doa qunut.

"Hanya kerana seseorang itu tak baca doa qunut, orang itu terus dicap Wahabi dan majoriti dari Mazhab-mazhab tak baca doa qunut, adakah mereka juga Wahabi.

"Dan saya nak tanya, sekiranya seseorang itu Wahabi, adakah itu membolehkan pihak JAIS dan polis membuat serbuan begitu rupa. Kenapa tak tangkap orang yang tak sembahyang, itupun agama tak suruh berbuat demikian," katanya sambil melahirkan rasa kemusykilannya tentang tindakan JAIS yang menahannya Ahad malam.

"Lagipun bila masa yang orang JAIS ikut saya sembahyang subuh sampai tahu saya tak baca doa qunut. Saya betul-betul hairan...," kata Dr Asri.

Ditanya bagaimana perasaannya sekarang, hingga isu penahanannya mendapat liputan nasional dan meluas, Dr Asri berkata, dia tidak sangka fitnah yang datang akan menjadi seteruk ini.

"Memanglah saya tahu....kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai tapi saya tak dapat bayangkan orang-orang yang melakukan ini adalah orang-orang agama dan duduk di institusi negara. "Dan saya melihat sendiri sikap-sikap seperti ini di depan mata," kata Dr Asri.

Dalam satu sidang media semalam, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi ada menyatakan jabatan itu akan mengambil tindakan mendakwa Dr Asri setelah selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Dan dakwaan ke atas Dr Asri kemungkinan besar akan dilakukan pada Isnin depan.

"Itu media yang tulis. Saya belum diberitahu apa-apa pun," kata tokoh agama yang menulis di dalam kolum di akhbar Mingguan Malaysia.

Menurut Khusrin, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nizar: Kenapa Nik Aziz Anti UG?? Najib Kata: UG Demi Agama Bukan Politik

Umno sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk kerajaan perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata idea kerajaan perpaduan merupakan perkara yang baik dan justeru itu, Umno sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.

"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik...sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno "tidak lagi wujud dalam kamus" Pas.

Abdul Hadi juga berkata cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata pendirian Umno jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan Pas.

"Saya tidak tahu apa pendirian Pas sebenar. Kalau nak jelas (mengenai perkara itu), kena tanya mereka (pemimpin Pas)," kata Perdana Menteri.

2 November 2009

Nizar: Esok Wong Chuan How Pembantu Khas Roonie Liu Didakwah kerana Rasuah

Manusia ini lah yang berpura-pura jatuh dan mengatakan cedera parah semasa hendak di tangkap SPRM. Beberapa hari orang ini membungkus kakinya hingga ke lutut yang dia kata cedera semasa ditangkap.

Sandiwara Wong Chuan How akan diketahui esok, kerana SPRM akan mendakwanya atas kesalahan rasuah.

Nizar News: Akaun Kerajaan Terengganu MERAH

Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).

Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.

”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008

Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.

Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO

Nizar News: Ganjaran Apapun Pencapaian Penjawat Awam Tetap Sama: Sebabnya Budaya Dah Sebati

Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam bagi memperkasa budaya prestasi tinggi di dalam sektor awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana cabaran yang dihadapi oleh negara adalah besar dan walaupun berjaya, negara berada dalam situasi yang disifatkan sebagai terperangkap dalam tahap pendapatan sederhana.

"Maknanya jika kita tidak buat sesuatu kita akan terperangkap di dalam tahap pendapatan sederhana ini.

"Maknanya kita tak miskin tetapi kita tak kaya dan inilah cabaran yang paling besar bagi negara bagaimana kita nak wujudkan satu motivasi supaya kita tidak terlekat pada tahap sekarang tetapi benar-benar menjadi negara yang berjaya mengikut takrif kita," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang memikirkan dari segi kaedahnya untuk memperkenalkan sistem ganjaran tersebut yang benarbenar berkesan yang dapat memotivasikan penjawat awam.

"Mungkin hari kualiti kita tukar kepada hari inovasi. Kita nak cuba gubal satu sistem ganjaran yang lebih bermakna lagi, bukan seperti sistem sebelum ini, menegak melintang, ia tidak berkesan kerana kita dah berpakat. "Tahun ini giliran saya, tahun depan, hangpa punya peluang. Jadi, kalau macam tu, ia tidak jadi. Dan jangan kata ia tidak berlaku. Ia berlaku. Sebab saya tahu, ia berlaku," katanya.

Najib berkata penggubalan sistem ganjaran itu juga bagi menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur kepada penyalahgunaan kuasa, mediokrasi, tetapi memberi ganjaran kepada prestasi tinggi.

"Kita kena beri ganjaran jabatan yang kutip cukai meningkat, kita mungkin beri ganjaran jabatan yang berjaya dalam pendakwaan, kita boleh beri ganjaran mungkin jabatan yang buat kajian dan penyelidikan (R&D) yang menghasilkan sesuatu yang luar biasa," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu perkara seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tidak akan berulang lagi kerana ia boleh memberi kesan kepada kerajaan.

Nizar: Ini Lah Rumusan Konvensyen Pakatan

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan beberapa resolusi.Ditakrifkan bawa resolusi-resolusi digunakan pakai dan dijadikan pelan bertindak di semua negeri.

Antara resolusi itu ialah :

-i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari

.ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5 K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo .

Nizar News: Sepatutnya Pemimpin Kota Belud Ikut Jejak Kerajaan Pulau Pinang: Cuba Baca: Jadikan Iktibar

Walaupun baru 18 bulan memerintah kerajaan Pulau Pinang, Pakatan Rakyat berjaya melakukan pelbagai perubahan.

Ianya termasuk menangani kemiskinan tegar rakyat yang gagal diselesaikan sejak 51 tahun Umno memerintah kerajaan negeri itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pagi tadi menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telahpun melaksanakan insentif RM500 kepada setiap keluarga miskin di negeri itu.

"Umno perintah Pulau Pinang 51 tahun dengan dasar pecah (dan) perintah...mereka gagal selesaikan isu kemiskinan tegar. Kita perintah, kita pastikan setiap keluarga miskin tegar dapat RM500," tegas.

Ujarnya, Umno dan BN memperlekah dasar itu akan kerana ia akan menjadikan kerajaan bankrup.

"Mereka kata kerajaan kita akan bankrup kalau terus beri duit kepada rakyat. Kalau beri rasuah kepada mereka tak apa. Inilah dasar Umno," jelasnya lagi.

Ketika membentangkan kertas kerja Pengalaman Pulau Pinang: Perpaduan Kaum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak, Guan Eng juga menjelaskan bahawa kerajaan negerinya mengamalkan prinsip ketuanan rakyat.

"Saya lebih suka guna perpaduan rakyat dari guna perpaduan kaum seperti Umno...kerana perpaduan kaum akan menjadikan semua kaum lebih mementingkan (dari) nilai Malaysia," tegas.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang membangunkan prasarana wireless secara percuma agar rakyat diperkasa dengan maklumat.

Tambahnya lagi, kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang juga melaksanakan beberapa dasar kebajikan untuk kepentingan rakyat.

"Di Pulau Pinang beri elaun kepada Huffaz (penghafal al-Quran)...iktiraf lebih 100 Huffaz dengan beri sijil dan elaun tertentu kerana mereka penting untuk jaga rakyat."

"Kita (kerajaan negeri) jalankan skim pinjaman mikro kredit Islam kepada ibu-ibu tunggal."

Beliau yang juga Setiausaha Agong DAP menegaskan kerajaan boleh melaksanakan kebajikan kepada rakyat kerana kerajaan negeri mengamalkan penjimatan, ketelusan dan amanah.

"Kerajaan juga boleh kongsi kekayaan dengan rakyat kerana kerajaan dapat jimat RM38 juta...12 peratus...kita tak kebas (curi), kita bagi pada rakyat."

"Kita laksana tender terbula dengan e-tender. Kalau dulu (Umno) guna kabel politik, kita (Pakatan) guna kabel komputer secara adil dan amanah."

Beliau juga menjelaskan bahawa Pulau Pinang merupakan kerajaan negeri pertama mendapat pengiktirafan dari Agensi Transperansi Antarabangsa (TI).

1 November 2009

Nizar News: Tok Guru Nik Aziz Ditipu Kumpulan Erdogan Pas

Nik Aziz menulis di blognya, 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah. Dinamakan Mustafa Ali (Setiausaha Agong), Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor. Turut disebut juga nama Haji Hadi, tetapi kalau dia tidak terlibat, kita pakat-pakat belalah, tulis di blog Mursyidul am Parti Islam itu.

Sehingga petang 28 Oktober, geng-geng Erdogan masih mencari-cari video ucapan Nasharuddin Mat Isa dan Dr Hassan Ali berjumpa dengan blogger-blogger yang kononnya Nasharuddin dan Dr Hassan Ali ada sebut 'soal kerajaan perpaduan'.

"Tok Guru nak tengok video rakaman ucapan Nasha dan Hassan itu, untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat khas malam itu. Sesiapa yang mempunyai rakaman video diminta serahkan bukti itu", tulis salah satu blog pro Erdogan yang mengiklankan pencarian 'bukti' video ucapan pemimpin yang dituduh 'bermasalah' bersama blogger. Tetapi hingga ke malam mesyuarat (semalam), tiada siapa pun tampil memberi bukti video dan sekiranya diberikan bukti video pun, tiada apa-apa pun ucapan Nasha dan Hassan seperti yang didakwa.

Begitu terdesak geng-geng Erdogan berusaha menghapuskan kepimpinan bukan pro Anwar Ataturk di dalam PAS. Hinggakan terdengar, 'gosip-gosip' di internet, terus disampaikan ke telinga tok guru, kononnya ada bukti kukuh. Kononnya Nasha dan Dr Hassan ada beritahu blogger, pasal nak masuk UMNO.

Tetapi terbukti dalam mesyuarat khas Parti Islam malam itu, soal masuk UMNO, soal kerajaan perpaduan tidak benar. Tidak ada apa-apa bukti yang boleh mensabitkan berkenaan dengan 'perbincangan terbaru kerajaan perpaduan' seperti yang didakwa dalam blog tok guru.

Habis tok guru dapat maklumat dari mana, hinggakan dia sanggup menulis dengan penuh yakin di blognya bahawa dua tiga kerat pemimpin bermasalah sedang runding dengan pemimpin UMNO ?

Habis kenapa tok guru yang dianggap sebagai 'pemimpin maqam paling tinggi' dalam hireaki kepimpinan tidak double check ke, maklumat yang disampaikan ke telinganya, hinggakan terlalu yakin menulis Mustafa, Nasha dan Dr Hassan sebagai pemimpin bermasalah ?

Kalau ada bukti seperti yang didakwa oleh geng Erdogan, kenapa sehari sebelum mesyuarat, blogger-blogger pro Erdogan masih mencari-cari video rakaman Nasha dan Dr Hassan bersama blogger ?

Ini sudah termasuk kes 'bisikan halus' aka fitnah yang sengaja ditiupkan ke telinga tok guru.

"Pening..pening", begitulah kata-kata Nik Aziz, ketika keluar awal (10.20 malam) dari mesyuarat khas semalam. Ada yang menyebut beliau pening disebabkan berlaku 'kekecuhan' dalam mesyuarat berkenaan.

Keghairahan geng pro Anwar untuk menjatuhkan geng anti Anwar, nampaknya sudah masuk ke fasa kronik. Bermacam cubaan dilakukan, termasuk yang terakhir menggunakan pengaruh muryidul am menulis di blognya, hingga memaksa diadakan mesyuarat khas dan akhirnya tok guru terpaksa keluar awal dalam kepeningan.

Sebelum ini, difahamkan ada seorang geng pro Anwar menyerahkan 'bukti', foto Nasharuddin bersama Shafie Afdal.

"Kalau itulah buktinya, saya ada berlambak lagi gambar bersama-sama dengan Shafie Afdal. Aik tak kan berjumpa dan berbincang dengan Shafie pun tak boleh. Saya dilantik sebagai pembantu Shafie dalam jawatankuasa parlimen, jadi memang banyak lah gambar-gambar kami bersama", jawab Nasha.

"Kalau tak boleh berjumpa dengan pemimpin UMNO..pemimpin UMNO dianggap seperti 'Firaun'..ish..saya rasa perjuangan kita sudah lari jauh", jawab Nasha lagi.

Benar seperti kata Nasha, di parlimen, tiada pengasingan meja makan antara UMNO dan PAS. Mereka boleh duduk dan berbincang di mana-mana, tanpa mengira parti politik.

Logik juga jawapan Nasha itu, kalau begitu, Anwar duduk semeja dengan Muhyiddin hari itu, adakah perbincangan Anwar untuk masuk UMNO ?

Nik Aziz sendiri yang dirakamkan foto dipimpin oleh Pak Lah dulu, adakah perbincangan untuk masuk UMNO ?

Setelah ketiadaan bukti lain untuk mensabitkan Nasha dan Mustafa, akhirnya mesyuarat semalam berakhir dengan acara mengkambinghitamkan Dr Hassan Ali.

Kasian Dr Hassan Ali, dia yang mempertahankan maruah Melayu-Islam di Selangor daripada digadai oleh Cina-Cina dari parti Amerika (PKR) dan Parti Singapura (DAP) akhirnya dimangsakan.

Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan penjualan arak di Selangor ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak sensitif lagi dengan jualan arak kepada Melayu di Selangor ?

Salahkah Dr Hassan kerana mempertahankan maruah kakitangan kerajaan (majoriti Melayu) yang diperlakukan seperti budak-budak tadika oleh Cina, Teng Chang Kim ? Kalau begitu, Parti Islam sudah tidak mempedulikan lagi nasib masyarakat Melayu/Islam di Selangor ?

Menurut geng pro Anwar, Dr Hassan wajar dipecat daripada Pengerusi Pesuruhjaya Selangor dan Exco Selangor, kerana kritikan terbukanya tempohhari menyebabkan PAS kalah di Bagan Pinang.

Kalau begitu, selepas ini semua pemimpin PAS yang ada 'dua tiga kerat' dalam kerajaan Selangor kena 'tutup mulut' dan membiarkan Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok, Ean Yong Hian Huah bermaharaja lela di Selangor atas nama kebebasan asasi.

Minum arak adalah hak kebebabasan asasi. Berbogel dan 'main' seks secara rambang juga hak kebebabasan asasi. Itulah hujah Elizabeth Wong kepada Hassan Ali.

"Kalau nak disabitkan kekalahan di Bagan Pinang kerana faktor pertikaian isu SELCAT di Selangor, Parti Islam kena buat post mortem semula. Macam mana Parti Islam nak menang, kalau di Bagan Pinang, Parti Islam hanya ada dua cawangan dan keahliannya tidak sampai 100 orang", kata Hassan Ali.

Parti Islam sepatutnya belek semula sejarah. Dr Hassan Ali adalah bekas orang Anwar. Dia masuk PAS pun kerana faktor Anwar. Dan kena belek lagi, kenapa orang yang pernah sokong Anwar seperti Dr Hassan Ali sekarang ini boleh berpaling tadah, tidak lagi menyokong Anwar. Kenapa ?

Kalau Dr Hassan Ali pun nak dikorban, semata-mata faktor, kini dia tidak sokong Anwar, maka alamaknya, Parti Islam terpaksa berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

Hukum Hassan Ali tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi akan lebih menambahkan masalah..

Percayalah, selagi PAS berhajat memikul dan menjunjung Anwar sebagai ketua, selagi itulah Parti Islam akan terus ditimpa masalah demi masalah..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels