29 January 2010

Ruang Anwar Tangguh Bicara Liwat Saiful Punah

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapatkan dokumen utama pihak pendakwaan bagi persiapan perbicaraan kes liwatnya yang dijadualkan bermula Selasa ini.

Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi

Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong, yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan Anwar dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan.

Panel Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujah daripada peguambela Anwar, Karpal Singh dan penguam cara negara, Mohd Yusof Zainal Abiden pada 20 Jan lalu.

Bagaimanapun mereka tidak dapat membuat keputusan dan menangguhkannya sehingga hari ini. Panel yang sama juga mengarahkan perbicaran kes liwat Anwar bermula 2 Feb ini.Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan Anwar mendapatkan semua dokumen terbabit kecuali sampel DNA pengadu, iaitu bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

28 January 2010

Cabaran Najib: Orang Ada Jawatan Parti Tidak Disukai Rakyat


Pemilihan calon bagi mewakili Umno-Bn pada Pru-13 akan dinilai secara objektif berdasarkan komitmen mereka serta sokongan pengundi terhadap mereka.

Yang menjadi cabaran saya katanya semasa diwawanca TV3 malam isnin lalu adalah orang parti yang mempunyai jawatan parti akan tetapi tidak disukai rakyat.

Bagi wakil rakyat ada sedia ada, tiada masalah bagi mereka dipilih semula asalkan mereka senantiasa turun padang, dekat dengan rakyat, mesra rakyat dan senantiasa membantu rakyat yang diwakili yang perlu dibantu.

Banyak cara kita mengetahui maklum balas mengenai seseorang itu, kini jalinan sosial seperti facebook, twitter dan blog merupakan salah faktor yang diambil kira dalam menenilai seorang yang kita akan pilih itu, kata PM.

Kalau memang seseorang itu disukai rakyat, maka sedikitlah tomahan mengenai dirinya, akan tetapi jika seseorang itu bermasalah termasuk mengabaikan tanggungjawab yang diberikan apakah tanggungjawab parti atau wakil rakyat,maka banyak lah keluhan dan tomahan terhadap seseorang itu, sambumg DS Najib.

Namun demikian, Najib juga menanmbah bahawa saluran-saluran maklumat tertentu seperti maklum balas pemuka-pemuka akar umbi juga akan diambil kira termasuklah laporan-laporan badan-badan tertentu termasuk Ngo-Ngo.

27 January 2010

Umno Juga Disalahkan Jika Anwar Sokong Kalimallah Allah Bagi Penganut Kristian

Anwar hentam Umno memang logik kerana Umno lah penghalang cita-citanya menguasai Putrajaya. Anwar yang sudah menjadi kacang lupakan kulit telah kenyang semasa dalam Umno. Penduli apa lagi parti yang berbudi padanya. Bagi Anwar Umno adalah punca semua masalah dalam negara ini, kerana dia tahu Umno sahaja lah lawannya.

Perjuangan Anwar semasa dalam Angkatan Belia Islam dahulu hanya pura-pura agar supaya mendapat perhatian pemimpin negara dan rakyat. Atas perjuaangan tersebut Dr Mahathir menerimanya menjadi ahli Umno. Dalam masa singkat pula dipilih bertanding dalam pilihanraya. Atas sokongan ahli-ahli Umno Pematang Pauh maka Anwar Menang.

Setelah menang, Dr Mahathir lantik pula sebagai menteri. Berbagai kementerian telah Dr Mahathir serahkan kepada Anwar.

Sifat Anwar yang penuh muslihat ini akhirnya menjadi ancaman kepada kedudukan Dr Mahathir. Berpunca daripada pemilihan Umno tahun 1993 dimana Anwar dengan team wawasannya menguasai seluruh bahagian Umno dengan wang ringgitnya. Ghaffar Baba tidak dapat berbuat banyak kerana peraturan parti masa itu adalah pada setiap pencalonan secara automatik mendapat 10 undi.

Ghaffar Baba tiada pilihan lain, kecuali menarik diri bertanding jawatan timbalan presdien.

Anwar sebagai No. 2 parti terpaksa dilantik oleh Dr Mahathir. Selain sebagai TPM Anwar juga  dilantik sebagai menteri kewangan.

Melalui kementerian kewangan ini Anwar membangun empirenya. Membangun kroninya. Memperbanyak jalinan sosialnya. Memperbanyak pembodek dan spiner-spiner bagi menyokong perjuangannya.

Sifat Anwar yang semulajadi "kambuh" semula. Kuasa telah ditangan. Dengan kuasa ini Anwar boleh berbuat apa sahaja termasuk menyalahgunakan kuasa termasuk menggunakan PDRM untuk melindungi "sifat semulajadinya" tersebut.

Dengan kedudukan dan karenah Anwar Dr Mahathir terpaksa menghimpun maklumat mengenai Anwar.

Negara jiran mengintai sebaik sahaja Anwar menjadi PM, maka Anwar akan dijadikan boneka kerana negara jiran tersebut telah mengetahui "sifat semulajadi" Anwar tersebut.

Namun Allah lebih mengetahui. Allah belum mahu negara yang diasaskan pada tahun 1957 ini kecundang di tangan jiran yang sebelum ini juga merupakan sebahagian daripada negara ini.

Dr Mahathir tercium malapetaka yang maha dahsyat jika Anwar menjadi PM. Atas sebab itu memecat Anwar daripada Kabinetnya dan juga Umno.

Benar juga sangakaan Mahathir, setelah Anwar dipecat, maka belang yang selama ini disembunyikan Anwar melalui perjuangannya dalam ABIM telah terserlah.

Anwar dalam tulisannya dalam ruangan pendat THE WALL STREET JOURNAL bertajuk "Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah"

Anwar berkata, hanya segelintir umat Islam di seluruh dunia menyokong dakwaan bahawa mereka berhak memonopoli penggunaan kalimah Allah.

Katanya, ini kerana kalimah berkenaan telah diperakui wujud dalam kamus bahasa Arab kuno sebelum ketibaan Islam lagi.

Sebelum ini, Anwar juga pernah dikecam apabila menuduh Islam menindas kaum minoriti penganut agama Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi ketika menghadiri satu persidangan di Australia, Disember lalu.

Dalam artikel yang disiarkan hari ini, beliau berkata, beberapa bahasa semantik yang mempunyai pertalian dengan bahasa Arab turut menggunakan kalimah Allah ketika merujuk kepada tuhan seperti Elaha dalam bahasa Aramaic dan Elohim dalam bahasa Ibrani.

“Manuskrip sejarah membuktikan bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi yang menggunakan bahasa Arab secara kolektif telah menyembah tuhan pencipta serta pentadbir alam semesta yang dipanggil Allah lebih 1,400 tahun lalu.

“Sejarah Islam di Asia Tenggara pula telah dikenali dengan tradisi kemajmukan yang merangkumi semua, manakala hubungan persahabatan antara orang Islam dan bukan Islam telah menjadi satu norma sejak beberapa generasi.

“Sehubungan itu cendekiawan Islam di luar negara melihat isu penggunaan kalimah Allah di Malaysia sebagai tidak masuk akal dan tidak dapat menduga ia mencetuskan bantahan dan kemarahan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar membuat dakwaan bahawa kelemahan Malaysia dalam menangani isu membabitkan agama dan perbezaan kaum bukannya sesuatu yang luar biasa.

Katanya, layanan buruk kepada kumpulan minoriti di negara Islam selalunya lebih teruk daripada perbuatan serupa yang dikecam umat Islam di negara Barat.

“Kita telah melihat bagaimana orang Islam di seluruh dunia membantah undang-undang mendiskriminasi mereka yang diluluskan di negara Barat yang sepatutnya lebih liberal dan progresif.

“Sebagaimana Perancis serta Jerman dalam isu pemakaian burqa dan Switzerland dengan isu menara masjid, begitulah juga Malaysia yang seringkali gagal menyediakan suasana selamat dan terjamin terhadap masyarakat minoriti,” katanya.

Sementara itu, Anwar mendakwa ketegangan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini dicetuskan oleh beberapa pemimpin politik yang semberono, media arus perdana dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kaitan dengan ahli dan pemimpin UMNO.

26 January 2010

Dakyah Pakatan Mangkin Merebak: AWAS

PARTI PAKATAN telah lupa kepada rukun negara. Rukun yang membolehkan negara kita dibentuk. Melalui rukun tersebut lah negara kita mengalami perubahan walaupun secara perlahan, namun tersenarai juga dalam negara membangun yang cepat pertumbuhannya.

Kerukunan agama sejak 50 tahun lalu telah menjadi sebati dalam jiwa raga setiap insan yang dipanggil warga negara Malaysia. Rakyat Malaysia sebelum 2008 telah mengamalkan persefahaman agama yang luarbiasa rapatnya, sehingga perayaan-perayaan kebesaranpun dikongsi bersama. Slogan Deparaya, kongsiraya dan sebagainya menjadi sebutan setiap insan Malaysia.

Namun keputusan PRU-12 mengubah segala-galanya. Tiada yang sangka bahawa BN yang begitu kokoh hampir kecundang. Kalau bukan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak, parti BN telah kecundang.

Ekoran keputusan PRU-12 tersebut negeri-negeri kaya di Semenanjung jatuh ke tangan Pakatan. Selangor, Pulau Pinang dan Perak adalah negeri-negeri kaya telah dikuasai Pakatan. (Nota Perak diperintah semula oleh BN pada bulan Februari 2009).

Melalui PRU-12 dan PRK selepas itu Pakatan menemukan bahawa kemenangan mereka adalah berasaskan kepada sintemen agama dan ras. Kerana itu lah semua pemimpin Pakatan telah sepakat agar semua isu yang dihidangkan kepada rakyat adalah beasaskan AGAMA, KAUM.

Akhir-akhir ini para pemimpin Pakatan berjuang agar kalimah Allah (kecuali Zulkefli Nordin-ahli parlimen Bandar Baru Kulim) boleh digunakan oleh penganut agama kristian.

Pemimpin yang beria-ia sangat membantu penganut agama kristian agar boleh menggunakan kalimah Allah adalah Anwar Ibrahim sendiri dan Khalid Samad-Pas Shah Alam.

Suatu ketika juga Nik Aziz mengharuskan penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain, walaupun pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh MB Kelantan tersebut.

Akibat taksub kepada pemimpin Pakatan dan isu yang dihidangkan, maka blogger penyokong Pas Aduka taruna, yang kini telah polular kerana menghina ALMARHUM SULTAN JOHOR adalah contoh bagaimana terpesongnya para penyokong Pakatan.

Bagi Anwar dan para pemimpin Pakatan akidah rakyat tidak penting, yang utama adalah bagaimana menunju ke Putrajaya. Sifat kemaruk Kuasa dan jawatan Anwar Ibrahim sudah tentunya disokong oleh Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Lim Kit Siang, kerana bagi mereka ini lah peluang keemasan mengahancurkan melayu dan bumiputra.

Lim Guan Eng Bapanya dan Karpal Singh tahu benar bahawa hanya melalui Anwar Ibrahim membolehkan mereka mengecapi kuasa. Tanpa Anwar ibarat kata pribahasa Jauh Api dari panggang.

Kita rakyat Malaysia yang masih sedar perlu ingat bahawa dakyah yang berupa janji-janji manis para pemimpin Pakatan ini perlu kita perhalusi sedalam-dalamnya kerana memang ada maksud yang tersirat yang sangat berbisa.

25 January 2010

Blog Aduka Taruna Popular Dah Kerana Perbuatan Menghina


Betul kah ini blogger aduka taruna
Hari ini sahaja pelawat ke blog aduka taruna telah melebihi 66,000 satu angka yang cukup tinggi. OKB telah berlayar di alam cyber ini hampir 6 bulan belum pun mencecah 10,000.

Blog aduka taruna ini hanya nak popular kerana itu terlintas menghina orang yang telah menemui penciptanya.

Orang yang telah menemui penciptanya telah terputus hubungannya dengan dunia fana ini, kerana itu bagi manusia yang masih menghirup udara dan jantung masih berdenyut tidak sepatutnya membuat penghinaan.

Perbuatan melampau ini bukan lah perbuatan manusia tetapi perbuatan binatang, maaf binatangpun masih ada sifat belas kesihan, kerana apabila seekor binatang mati kawannya yang hidup masih mendekati binatang yang mati itu sehingga menunjukkan tiada tanda-tanda kehidupan lagi.

Bloger yang menggunakankan nama samaran aduka taruna ini bersifat lebih rendah daripada binatang, atas sebab itu, manusia seperti ini tidak patut wujud dalam masyarakat kita.

Pihak polis perlu tangkap dengan secepatnya dan dakwah dimahkamah. Diharapkan mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana perbuatan manusia ini telah melampau.

Blog Adukataruna Yang Menghina Sultan Itu

2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com

Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.






Sahabat





Direktori Blog Politik Malaysia



Penjelasan rasmi PAS Reform

1. Aduka Taruna


Aduka Taruna adalah sahabat gua.Prinsip gua kalu dah sahabat tu..wangi atau busuk tetap sahabat gua.Yup sahabat gua yg sorg nih mmg sgt "loud " org nya.Kali ini ke "loud" an die dah hampir memakan diri.

Tak penting sgt gua sokong die ke idak.Realitinya gua tak mampu pon nak tolong die melainkan nasihat2 dan doa sahaja.Gua sangat harap aduka dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes nih dgn aman.

Realitinya kes aduka adalah rentetan dari namawee, peristiwa makian di website sultan perak, pelajar aswara dan banyak lagi.Gua yakin kes2 baru seperti ini kan terus timbul selepas ni.
Kenapa kes2 umpama "civil disobedient" camnih makin kerap timbul?Kenapa rakyat malaysia makin ramai terdorong utk melakukan kesalahan sebegini?lu org pikir la sendiri..


2.LOGO PAS REFORM





Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni
1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS.Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam.Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia.Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS.Boleh rujuk di blog gua.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS.Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2.Gua tak halal dunia akhirat.Titik!

3. T shirt PAS REFORM





Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam.T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.
2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam.Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik
3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS.Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.
4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.

Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam.Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling aman dan berkesan.
Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi.Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.
Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi(nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.
Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami.Jangan risau la bro PAS semua.
Damage has done.Demi menjaga nama baik PAS, gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri.
Sekian penjelasan wa.

24 January 2010

Nik Aziz Sombong: Tolak Pelawaan Kerajaan Pusat



Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.

22 January 2010

Haiwan Terbiar Di Sabah Dapat Perhatian Antarabangsa


KOTA KINABALU, 21 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Bantuan Antarabangsa Bagi Perlindungan dan Kebajikan Binatang (IAPWA) berharap untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menangani masalah haiwan terbair seperti anjing dan kucing yang berkeliaran di tempat awam di negeri itu.

Pengasas bersama IAPWA Nicola Stevens berkata Sabah adalah popular kerana usaha memulihara dan melindungi habitat kehidupan liar dan usaha itu perlu diperluaskan kepada haiwan terbiar.

IAPWA merupakan sebuah badan bukan berkeuntungan dan berpusat di United Kingdom.

"Ramai pelancong dari United Kingdom memuji keindahan negeri Sabah dan ada juga menceritakan bahawa orang Sabah zalim terhadap haiwan kecil ini dan tidak tahu cara menjaganya," katanya kepada Bernama selepas bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Hajiji Noor di sini pada hari Khamis.

Katanya wujud persepsi buruk mengenai Sabah dalam soal penjagaan haiwan yang mungkin menjejaskan industri pelancongan.

"Kami mahu mengubah persepsi ini kerana ramai pelancong datang kembali ke negeri ini dan mahu mereka membawa pulang kenangan manis mengenai negara anda," katanya.

Stevens, yang diiringi oleh seorang lagi pengasas IAPWA, Lynsey Gill serta presiden Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Kota Kinabalu, Iskandar Mohd Ali, berkata IAPWA akan merangka amalan terbaik penjagaan haiwan terbiar untuk Kota Kinabalu yang kemudian boleh dicontohi oleh majlis perbandaran lain.

"Kami bangga bahawa kerajaan negeri mengakui kebimbangan kami dan sanggup bekerjasama dengan kami dalam mencari penyelesaian dalam menangani masalah ini serta menghulurkan bantuan kewangan," katanya.

Stevens dan Gill berada di sini untuk membentuk satu rangkaian kerja dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan dengan perlindungan haiwan peliharaan.

Sementara itu, Hajiji menyambut baik bantuan IAPWA dan meminta pertubuhan itu memberi taklimat kepada pegawai majlis daerah cara menangani masalah haiwan terbiar dengan lebih perihatin.

Katanya adalah penting bagi pertubuhan antarabangsa memberitahu kelemahan atau kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri Sabah agar dapat mengurangkan publisiti negatif mengenai negeri itu di mata dunia.

-- BERNAMA

21 January 2010

Buat Perancangan Untuk Kota Belud Demi Masa Depan Anak Cucu

Membangun Kota Belud mudah saja. Berhimpun lah tokoh-tokoh politik dalam satu wadah. Elakkan permainan politik kotor.

Gembeling tenaga. Para graduan yang yang ramai, kalau tidak silap Kota Belud merupakan daerah yang paling banyak graduan, diploma dan setaraf dengannya.

Wahai para graduan ku, gapai lah langit, kerana itu lah hala tuju kita. Buat lah perancangan demi daerah kita yang masih miskin.

Tidak perlu lah menuding jari, buang yang keroh ambil yang jernih. Bagi para pemimpin bersifat pro aktif lah, janji-janji manis perlu dilupakan. Beri lah gambaran yang terkini tanpa unsur politiking.

Dengan mengambil iktibar demikian pasti kita maju.

19 January 2010

Akibat Banjir Kota Belud: Belang Pemimpin Kenampakan

Pagi 17 Januari seseorang petugas di relief centre membuat panggalian telepon dan mengatakan hanya unit UPKR dan ADUN Tempasuk yang nampak sibuk mengatur bantuan bencana banjir yang melanda daerah Kota Belud terutama kawasan DUN Tempasuk.

Apa tujuan sebenar panggilan ini? Apa kah memang benar bahawa jentera penangulangan banjir tidak cukup? Apa kah pengerusi jawatan kuasa bencana alam daerah yang diketuai pegawai daerah tidak cukup? atau kah memang benar bahawa mereka-mereka yang memperkenalkan slogan Umno juara rakyat tidak kenampakan kelibat mereka?

Saya pun tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana saya juga salah seorang penduduk yang ditimpah bencana itu.

Saya terperok di rumah ungsian rumah saudara  lagi pun saya ini siapa? dan hanya dapat melayari blog kerana tiada kemudahan untuk mengharungi bencana itu kerana malam sebelumnya kereta kancil saya tersadai di kampung Timbang akibat secara tiba-tiba di serang banjir kilat.

Bencana seumpama ini adalah salah satu faktor melihat dan menilai para pemimpin apa kah komitmen mereka kepada rakyat. Telah menjadi kalang sama sekarang, bahawa pemimpin mana yang perlu dipertahankan, dan mana pemimpin yang perlu dinyahkan, kerana sifat menang sendiri sahaja yang diperjuangkan. Konsep markerting "win-win situation" tidak kenampakan dikala rakyat memerlukannya.

Rakyat Kota Belud amnya perlu sedar bahawa janji manis perlu ditelaah dengan serius kerana tidak selamanya janji manis itu berjawab gula. Fikir-fikirkan lah

17 January 2010

Banjir Kilat Di Kawasan Tempasuk: Ada Kaitan Kah Dengan Penebangan Pokok Besar-besaran Di Tanah 900 Ekar Milik Datuk Yahya Lampong?


BANJIR kilat sebegini besarnya belum saya alami sejak saya mendiami kampung Timbang demikian kata seorang penduduk Kampung Timbang dalam perbualan kami semasa saya dan ramai lagi tersadai di tepi jalan SK Timbang Kota Belud pada 15 Januari yang lalu.

Apakah banjir kilat ini ada hubungannya dengan penebangan kayu akasia di tanah milik Datuk Yahya Lampung berkeluasan 900 ekar?

Sebelum kerja-kerja penebangan kayu akasia ini, kalau pun berlaku banjir tidaklah seteruk kali ini, sambung penduduk kampung Rampayan Ulu yang kebetulan juga berteduh di warung seorang penduduk kampung Timbang.

Pemilik warung/kedai runcit itu terpaksa membiarkan kedai runcitnya ditumpangi kami untuk sementara kerana pemiliknya tidak sempat menutup gerai tersebut kerana terperangkap di rumah panggungnya.

Banjir tidak mudah terjadi di kawasan perbukitan, bagi OKB, pengalaman malam itu adalah pengalaman pertama kali terkepong oleh banjir kilat yang luarbiasa kuatnya.

Kenderaan saya walaupun diletakkan di tempat yang tinggi, namun air tetap masuk sedalam 6 inci kedalam kereta. Karpet kerusi ditengalami air, namun injin belum dilepasi.

Akibat perbuatan serakah maka banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda terutama sawah padi yang siap dituai tidak dapat dielak. Dianggarkan berjuta harta benda rosak akibat banjir kilat pada malam itu.

Tujuan Safoda menanam aksia magium adalah untuk mengelak aksian di tempat-tempat cerun serta mengelak banjir seumpama ini ternyata tidak tercapai kerana kerakusan manusia itu sendiri.

16 January 2010

Beberapa Kampung di Kawasan DUN Tempasuk Kota Belud Terputus Hubungan dengan Pekan Kerana Banjir

BEBERAPA kampung di kawasan DUN Tempasuk dalam Parlimen Kota Belud Sabah terputus hubungan dengan Pekan Kota Belud sejak pukul 6 pagi tadi.

Kampung-kampung tersebut adalah Dudar/Sarang, Rampayan Ulu/Laut, Timbang/Manggaris, Tambilaoung/Pandasan, Kesapang/Taungusi, Tamau/Merabau/Tawadakan, Peladok/Payas-payas/Pantai Emas, dan beberapa kawasan DUN Usukan.

Disebabkan hujan yang turun mengejut dan bersambangun hingga pada masa kini telah mengakibatkan ramai penduduk terperangkap di rumah masing-masing.

Masalah yang timbul adalah bekalan makanan yang semakin menipis malah ada yang telah "out of stock".

Jika di kawasan-kawasan lain di Semenanjung jika berlaku kejadian bencana sebegini maka jawatankuasa pemberi bantuan yang diketahui oleh Pegawai Daerah akan turun padang untuk melihat dengan sendiri kesengsaraan para penduduk ini. Namun bagi kawasan DUN Tempasuk ini, hingga kini belum ada tanda-tanda bantuan seumpama itu akan tiba.

Saya dari semalam cuba untuk pulang dengan bekalan makanan akan tetapi tidak dapat tembus ke Jalan Timbang Manggaris kerana kedalaman jalan di situ mencecah di atas 1 meter.

Kereta membawa bekalan makanan terpaksa disadaikan di bahu jalan dan semasa menulis berita ini tidak diketahui apa yang sudah jadi dengan kereta tersebut.

Saya dan anak-anak yang terpaksa saya jemput dari asrama sekolah kerana cuti hujung minggu terpaksa mengungsi di rumah adik saya di kampung Tamau.

Saya berharap sesiapa sahaja rakan blogers atau pembaca dapat mengikuti tulisan ini adalah diharapkan untuk menghebahkan keadaan kepada mereka yang mungkin dapat membantu.

Dikala keadaan sepertilah KPI TURUN PADANG mungkin mendapat point yang maksima daripada DS Najib PM-6 negara yang mempunyai motto: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta slogan Parti UMNO: JUARA RAKYAT.

updates: Kira-kira pukul 10:53 sebentar tadi ADUN Tempasuk Datuk Musbah bersama-sama bantuan bekalan-bekalan telah berada di lokasi bencana.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels