7 July 2018

DISEBALIK PEMBUNUHAN KARAKTER TAN SRI MUSA AMAN

Kepada rakyat Sabah, perlu mencatit dalam diari masing-masing, mengapa dan sebab Tan Sri Musa Aman menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal.

Keputusan PRU-14 yang ditentukan oleh pengundi Sabah, Parti Barisan Nasional (BN) mendapat 29 kerusi DUN, Parti Warisan Sabah (PWS)-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Oleh kerana keperluan menubuhkan kerajaan perlu mempunyai majoriti mudah daripada 60 DUN, maka jumlah yang diperlukan adalah 31.

Melihat keputusan PRU-14, tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan, kecuali berlaku kerjasama antara parti. 

Kalau melihat di DUN Kedah, meskipun PH mempunyai 18, PAS-15 dan UMNO-3, PH dapat menubuhkan kerajaan, kerana jumlah DUN negeri itu-36.

Di Sabah, pada 10 Mei, 2018, Bn dengan 29 kerusi DUN berkerjasama dengan STAR sehingga menjadikan jumlah kerusi DUN menepati majoriti mudah, iaitu 31. Ekoran kerjasama itu, maka Musa bersama kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan. Kabinet yang ditubuhkan sempat mengadakan mesyuarat pertama pada 12 Mei, 2018.

Namun, kerana tindakan khianat 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO, iaitu ADUN Balung- Datuk Osman Jamal, ADUN Tanjung Batu- Datuk Hamisa Samat, ADUN Sebatik- Datuk Abd Muis Picho, DUN Kemabong- Jamawi Jaafar, ADUN Paginatan- Datuk Abidin Madingkir dan ADUN Kedamaian-Ewon Bendick, maka Shafie mendapat sokongan 35 ADUN termasuk beliau.

Ironinya, 6 ADUN itu, pada 10 Mei didepan TYT menandatangan sokong terhadap Tan Sri Musa untuk menubuhkan kerajaan.

Pada 9 Julai, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, akan ditentukan apa kah status sokongan yang diberikan 6 ADUN itu. Jika status sokongan itu sah, maka Perlantikan Musa pada 10 Mei, akan turut sah. jika demikian, apa kah status perlantikan Shafie pada 12 Mei? Kedudukan inilah yang ditunggu-tunggu, sebab itu penulis sehingga kini menganggap, kerajaan Sabah yang ada sekarang, adalah kerajaan sementara.

Penulis berpendapat, kerajaan yang dibentuk kerana tindakan khianat tidak boleh diteruskan, sebaliknya perlu kembali kepada rakyat menerusi pilihanraya semula. Tujuan pilihanraya itu, bagi mengwujudkan kestabilan kerajaan dan politik.

Apapun keputusan mahkamah pada 9 Julai, DUN Sabah perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya.

Adalah tidak perlu membunuh karakter Musa, kerana menyaman TYT dan Shafie, bagi tujuan meneggakkan keadilan sesuai dengan Perlembangaan negeri, termasuk laporan polis oleh TYT, tindakan memalukan Musa melalui saman, oleh seseorang yang tidak jelas kedudukannya, seperti pada caption, kerana tindakan itu, bukanlah cara demokrasi yang sihat.

2 comments:

Labu8455 said...

Kita faham akan perasaan hampa penulis kerana keadaan ini menyebabkan bekalan dedak penulis turut terjejas namun terimalah kenyataan dan berpijaklah dibumi yang nyata - BN sudah berkubur bukan saja diSabah bahkan diseluruh Malaysia

Unknown said...

Bukan kali pertama berlaku zaman PBS pun sydah berlaku, terimalah hakikatnya... Tudak bererti BN kalah dan tiada hak untuk menuntut keadilan dalam perundangan.. Tu buka mata....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels