SAYANG Datuk Musbah Haji Jamli tidak masuk bertanding jawatan Ketua Bahagian. OKB teringat bagaimana meriahnya pemilihan Umno bahagian itu pada tahun 2008, di mana penulis juga sebahagian ahlinya.
Meskipun selepas pemilihan itu, ramai yang menanggap, bahawa Musbah akan masuk bertanding merebut jawatan itu yang terlepas di tangannya selepas kalah tipis kepada Datuk Salleh Tun Said.
Namun pada pendaftaran 21 September lalu, Musbah yang juga ADUN Tempasuk hanya mendaftar bagi kerusi Timbalan Ketua; sama dengan posisinya sebelum pemilihan tahun 2004.
Ada yang mengatakan bahawa kemasukan Musbah bertanding jawatan Timbalan Ketua, menyebab penyandang jawatan itu Awadnir Matanggal maju setapak, dan bertanding jawatan Ketua Bahagian.
Namun berasaskan kenyataan Awad selepas sahaja mendaftar untuk menawarkan diri bertanding, sebenarnya tidakannya itu adalah tindakan terpendam sejak 22 tahun lalu. Telah berulang kali beliau mahu bertanding Ketua Bahagian, namun sistem kuota pencalonan menghalang beliau berbuat demikian.
Pemiliahan pada kali ini, telah memansuhkan sistem kuota, atas sebab itu, hasrat beliau yang terpendam selama 22 tahun itu berjaya pada kali ini.
Meskipun sebarang pertandingan dalam parti merupakan proses biasa dalam demokrasi; dan juga sebarang pertandingan merupakan pertandingan kekeluargaan; namun ada pihak yang melihat bahawa pertandingan itu sebenarnya tidak perlu.
Isyarat yang diberikan oleh Musbah dengan tidak bertanding jawatan Ketua Bahagian, adalah jelas, bahawa kepimpinan Salleh diperlukan dalam bahagian.
Selain itu, kedudukan Salleh yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, merangkap Speaker DUN dan juga ADUN Usukan; seharusnya para ahli Umno perlu bangga dengan pencapaian pemimpinnya. Pencapaian itu, bukan atas kapasiti pribadinya, melainkan kapasiti kedudukannya dalam parti.
OKB sebagai salah seorang ahli, adalah bebas memperkatakan padangan berkaitan dengan parti, apatah lagi, memperkatakan bahagian di mana OKB juga merupakan ahli.
Bagi OKB, sebarang pimimpin yang mahu menerajui Bahagian, haruslah seseorang itu mempunyai kapasiti untuk membawa parti maju ke depan; kalau boleh kearah yang lebih cemerlang. Namun, jika pemimpin bahagian itu, tidak dapat memajukan parti kerana kepimpinan yang lemah; maka akan merugikan parti secara keseluruhan, OKB sebagai ahli juga akan terkena getahnya.
Apa yang mendukacitakan OKB, adalah kempen-kempen yang di bawah oleh calon-calon tertentu atau tukang kempen calon-calon tertentu yang bukan berbentuk penambahbaikan parti, akan tetapi melemahkan parti.
Kempen yang menggunakan sentimen perakuman misalnya adalah bentuk kempen yang tidak baik untuk parti.
Kempen yang tidak berasaskan fakta dengan membangitkan pencapaian seseorang yang gagal membandingkan dengan pencapaian pemimpin mana, adalah satu kempen negatif, kerana ianya boleh digunapakai oleh pihak pembangkang untuk mengecam parti.
Untuk itu, kepada perwakilan Kota Belud, bukalah minda dan mata semasa pemilihan nanti. Fikirlah untuk parti secara keseluruhan, bukannya berasaskan sentimen, atau masalah pribadi mempengarui keputusan.
Yakinlah kekuatan Parti merupakan kekuatan Barisan Nasional. Dan Kekuatan pemimpin Umno juga boleh diterjemahkan sebagai kekuatan kerajaan. Fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment