SEORANG pemimpin komponen BN pernah berkata, jika melihat seorang pemimpin Sabah yang berjaya dalam berpolitik, mesti melihat kepada Datuk Salleh Tun Said.
Datuk Salleh dalam kerjaya politiknya sentiasa pada pihak yang berkuasa.
Mantan Ketua Menteri Sabah itu, tidak pernah berada pada parti yang bukan berkuasa. Walaupun selepas keluar daripada parti PBS yang memerintah Sabah untuk menyertai UMNO, akan tetapi Umno berkuasa dalam negara.
Salleh dalam meniti kerjaya politiknya bermula pada Parti Berjaya, Pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).
Salleh pernah bertanding menggunakan tikit Berjaya di DUN Usukan, namun kalah.
Salleh hanya menang dalam pilihanraya apabila menggunakan tikit Umno.
Salleh pernah menjadi ADUN Uskuan tiga penggal dan MP Kota Belud tiga penggal.
Salleh digugurkan pada PRU-12 . Pengguguran tersebut ramai yang beranggapan bahawa kerjaya Salleh dalam poltik telah tamat. Namun akibat tsunami politik pada PRU-12, Salleh terselamat.
Salleh “make a come back” dalam politik selepas menang jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Selepas itu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, jawatan yang pernah disandangnya semasa Datuk Osu Sukam menjadi Pengerusi Umno Sabah.
Dalam usaha comeback Salleh dalam persada politik , beliau dibantu oleh Datuk Safie Apdal dan Tan Sri Pandikar. Malah ada yang mengatakan, bahawa Safie memberi sumbangan yang “agak” besar dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud.
Dalam mencari flatform politiknya, Salleh pernah dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di mana agensi itu, di bawah Kemneterian Safie Apdal. Namun jawatan itu, tidak memberansangkan bagi Salleh dalam menampah nama dalam politik Sabah.
Dalam percaturan itu, Salleh menggunakan flatform USBO, sebuah NGO yang diuar-uarkan pada masa itu untuk memperjuangkan rumpun Bajau.
Pada satu ketika, USBO dikatakan mengancam kedudukkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Disebabkan kemahiran Salleh dalam berpolitik, maka jika sebelumnya USBO dianggap sebagai ancaman kepada Musa, maka Salleh membuat pusingan 360 darjah, kali ini mengistiharkan bahawa USBO senantiasa menyokong kepimpinan Musa, dan seterusnya mempertahankan kedudukkan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.
Melihat perkembangan itu, Musa menawarkan jawatan bertaraf menteri kepada Salleh, yakni sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri.
Kini Salleh adalah Speaker Dewan Undangan Sabah, jawatan yang diuar-uarkan oleh penyokongnya sebelum perlantikan itu , bahawa jawatan itu tidak sepadan dengan kelibar Salleh dalam arena politik.
Kelibat Salleh dalam politik memang bernilai A+++, bayangkan hanya seketika tidak bergelar Yang Berhormat, disebabkan kemampuan dalam berpolitik, maka gelaran itu kembali kepadanya pada 3 Januari,2011, selepas berjawatan Speaker DUN Sabah.
Adalah sayang, kemampuan Salleh dalam bidang politik mendapat markah A+++, namun pembangunan rakyat yang diwakilinya tetap malap.
Bagi ukuran dalam koporat, tempoh 15 tahun adalah puncaknya melihat kejayaan seorang itu. Salleh memang Berjaya dalam berpolitik, namun gagal membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakilinya.
Bagi anak watan Kota Belud, Kota Belud kini, memerlukan para pemimpin yang boleh membawa pembangunan untuk keperluan rakyat.
Pembangunan politik telah cukup bagi Kota Belud. Kota Belud seharusnya menjadi contoh kepada kawasan lain daripada segi pembangunan, kerana Kota Beludlah merupakan anak sulung Umno di Sabah.
Kerana Umno, maka pembangunan di kawasan-kawasan lain yang tadinya terbelakang, kini berkembang pesat berbanding Kota Belud.
Mujurlah pada PRU-12, Musa Aman selaku Pengerusi Umno/BN Sabah melakukan tindakan berani mengenepikan calon-calon juara berpolitik di Kota Belud. Sebagai jawapannya, kini pembangunan Kota Belud mula menyerlah setelah sekian lama tidur nyenyak.