15 May 2012

Musa still in command

Dalam gambar Ketua Menteri Sabah bersama-sama Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli, MP Kota Belud-Datuk Abdul Rahman Dahalan, ADUN Kedamaian-Datuk Herbert Timbon Lagadan-semasa melawat KG Pandasan, Kota Belud pada 13 Mei lalu.

Berasaskan kepada mood semasa, nampaknya, seluruh kawasan Kota Belud, samada ADUN atau Parlimen akan terus berada di bawah naungan BN.

Bukan sahaja para pemimpin kawasan ini dalam mood pilihanraya, malah rakyat juga demikian.

Kedatangan Datuk Musa ke Kota Belud sebanyak dua kali dalam masa seminggu, menunjukkan bahawa Ketua Menteri itu begitu teruja dengan pencapaian pembangunan kawasan itu, selama di bawah naungan BN.

Lawatan Ketua Menteri di Kota Belud pada kali ini, adalah untuk mengumumkan, bahawa satu projek mega lagi akan diwujudkan di Kota Belud. Projek tersebut adalah projek minyak dan gas di kampung Kuala Abai, dalam DUN Usukan.

Datuk Musa begitu komited terhadap pembangunan Kota Belud, atas dasar di daerah itulah lahirnya anak sulung Umno, pada tahun 1991.

Kini, selepas 21 tahun kehadiran Umno di sabah,rakyat Sabah telah merasakan kestabilan politik yang mapan, sehinggakan proses pembangunan terus berjalan, tanpa gangguan.

Pada suatu waktu, Sabah adalah sebuah negeri yang kaya, namun ketidakstabilan politik, telah mengakibatkan pembangunan negeri itu begitu perlahan sekali, dan pada suatu waktu, pembangunan pada kadar yang negatif. 

Sabah hanya mula membangunan bermula pada tahun 1994, selepas 10 tahun pembangunan pada keadaan yang sangat membimbangkan.

Bermula pada tahun 2003, bajet pembangunan Sabah, saban tahun meningkat, dan setiap tahun bajet Sabah senantiasa menjadi rekod. Bajet tahun 2012, merupakan rekod sekali lagi, kerana untuk julung-julung kalinya bajet pembangunan Sabah melebihi RM4bilion.
Pembangunan Sabah akan terus terselah di masa depan, jika keadaan yang ada terus dipertahankan rakyat. Rakyat diminta jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang, kerana matalamat pembangkang hanya untuk berkuasa, bukan membela rakyat.
Tidak mudah membangun negeri, jika tidak lengkap dengan perancangan dan program. Perancangan dan program tidak dapat diwujudkan dalam sekelip mata, ianya perlu waktu, tenaga dan kewangan. Bayangkan Kerajaan BN negeri memerlukan masa lebih 20 tahun, untuk mencapai pembangunan negeri apa yang kita lihat sekarang.
Datuk Musa dengan sokongan padu para pemimpin dalam umno dan komponen parti BN akan terus memacu pembangunan negeri ini dalam segi ekonomi, sosial dan spritual.

Berasaskan kepada pencapian Musa, parti pembangkang hanya akan bermimpi untuk merampas kerajaan negeri daripada BN.

13 May 2012

Kali ini DUN Tempasuk destinasi Ketua Menteri Sabah

Sepulang daripada menghadiri Gelombang Merah di Stadium Bukit Jalil, Ketua Menteri Sabah, DSP Musa Aman ke Kota Belud pula, tepatnya di Kampung Pandasan, dalam kawasan DUN Tempasuk.

Kehadiran Ketua Menteri itu sempena majlis Yayasan Sabah di Kampung Pandasan. Sekitar 3,000 rakyat Tempasuk turut hadir.

Turut kelihatan di Majlis tersebut antaranya YB Speaker DUN Sabah DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Haji Musbah Jamli (dibelakang Musa), ADUN Usukan, ADUN Kedamaian dan MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

12 May 2012

Tujuh prinsip mengapa Rakyat Perlu sokong BN: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100,000 ahli danpenyokong Umno.

9 May 2012

Gagasan 1Malaysia akan kukuhkan lagi perpaduan rakyat, kata Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman percaya gagasan 1Malaysia akan mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan rakyat seterusnya mengwujudkan sebuah masyarakat yang prihatin.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa antara elemen penting untuk kemajuan sosio-ekonomi di mana-mana negara adalah keupayaan rakyatnya hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang budaya, etnik dan agama serta berbeza dari segi bahasa namun kita berkongsi cita-cita dan wawasan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena Malam Amal Kebajikan anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah di Magelan Sutera Harbour, di sini, malam Ahad.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr.Yee Moh Chai.

Turut hadir Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir, Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah Datuk Seri Sari Nuar, Naib Presiden merangkap pengerusi penganjur Datuk Nancy Ho dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Asnimar Sukardi.

Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa peka terhadap pembangunan pendidikan dan agama, termasuk masyarakat Cina di negara ini dan berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan hampir RM150 juta kepada sekolah-sekolah persendirian Cina dan sekolah mubaligh serta pertubuhan bukan Islam di negeri ini sejak tahun 2004.

“Sebagai bukti komitmen berterusan, pada tahun lalu kerajaan telah memperuntukkan RM28 juta untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat.

“Ini jelas menggambarkan kerajaan adalah pro-rakyat dan kerajaan yang berorentasikan kebajikan,” katanya.

Musa berkata, Kerajaan Persekutuan juga telah memperkenalkan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah, antaranya Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu katanya, kerajaan juga sentiasa menjaga kebajikan dan memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik dan golongan istimewa termasuk warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal melalui pelbagai inisiatif.

Beliau turut memuji usaha organisasi-organisasi di bawah naungan Gabungan Persatuan Cina Sabah yang telah menjalankan banyak program kebajikan untuk melengkapi usaha kerajaan membantu golongan berkenaan.

“Saya berharap penghargaan terhadap organisasi cemerlang yang menjalankan perkhidmatan kebajikan akan mendorong lebih banyak organisasi lain untuk bersama-sama memupuk masyarakat penyayang termasuk mendekati penduduk kampung di kawasan pedalaman dan luar bandar yang memerlukan bantuan,” katanya.

Musa berterima kasih kepada persatuan itu atas usaha melaksanakan program kebajikan dan pembangunan masyarakat.

“Saya berharap lebih ramai rakyat akan mendapat inspirasi daripada usaha itu dengan menyertai pertubuhan sukarela dan berkhidmat untuk masyarakat,” katanya.

8 May 2012

Pemimpin BN: Jangan hilang fokus

JANJI DITETAPI. Tag line inilah yang mampu merungkai semua permasalahan rakyat. Oleh itu para pemimpin BN jangan hilang fokus.

BN yang kehilangan kuasa 2/3 semasa PRU-12, tidak lama lagi akan berhadapan dengan rakyat untuk meminta mandat semula.

Berbagai usaha kerajaan BN telah lakukan, untuk menarik keyakinan rakyat. Para pemimpin BN termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bertungkus lumus memberi penerangan/penjelasan/amaran kepada rakyat, betapa keadaan buruknya keadaan akan berlaku, kalau negara ini diperintah oleh pembangkang. Bak kata Tun Mahatir- Kiss Goodbye to peace, stability and economic growth.

Pembangkang hanya fikir bahawa mereka sahaja yang mampu melakukan rusuhan dan huru hara, mereka tidak terfikirkan, bahawa keadaan akan lebih dahsyat berlaku, kalau kerajaan yang ada ditakdirkan kalah.

Pembangkang alfa, bahawa bukan sahaja mereka yang berani turun ke jalan, akan tetapi para penyokong BN juga akan turun ke jalan, malah apabila itu berlaku, maka maha dahsyat lagi.

Peristiwa 13 Mei 1969, membuktikan bahawa huru hara akan lebih dahsyat berlaku, jika sarang tabuan dijolok.

6 May 2012

PAS rosak kerana Anwar

1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan.

2. Kerana Anwar, PAS terpaksa liberalkan syariat Islam.

3. Kerana Anwar, PAS terpaksa tukar nama Islam kepada Kebajikan.

4. Kerana Anwar, PAS terpaksa Sembunyikan segala Kebenaran (Hak).

5. Kerana Anwar, PAS terpaksa bersubahat dalam perkara2 yang jelas Haram dlm Islam.

6. Kerana Anwar, PAS terpaksa buang Hasan Ali yang komited perjuangan Islam. PAS terpaksa tutup mata dengan pejuang/penggerak murtad dan penjualan arak bebas.

7. Kerana Anwar, PAS terpaksa sorok Kenyataan. Terpaksa fikir beratus kali sebelum keluar kenyataan kerana takut terjejas peluang RMK PRU13.

8. Kerana Anwar, PAS terpaksa Halalkan Bohong. Bohong menjadi amalan sunat dlm PAS.

9. Kerana Anwar, PAS terpaksa belajar & amal cara melakukan Fitnah terhadap lawan politik.

10. Kerana Anwar, PAS terpaksa lakukan banyak Pendustaan dalam agama Islam.

11. Kerana Anwar jugalah, Tembelang perjuangan Islam PAS banyak pecah.

12. Kerana Anwar juga, Keikhlasan perjuangan Islam PAS mula menjadi pertikaian umum.

13. Kerana Anwar jugalah, ahli PAS yang benar2 ikhlas, sudah mula persoal perjuangan pemimpin PAS.

14. Kerana Anwar, PAS menjadi lunak dengan Israel dan lunak juga dengan nasib rakyat Palestin.

15. Kerana Anwar, PAS tidak lagi benci sangat dengan Liwat, Zina, Seks Bebas, Arak dan Judi.

16. Kerana Anwar, PAS terpaksa membiasakan diri dengan majlis-majlis yang dibuat di restoren-restoren cina dan makan minum pakai gelas dan pinggan cina dan terpaksa juga telan makanan hidangan cina. “Kebersihan” bukan lagi menjadi persoalan.

17. Kerana Anwar, pemimpin PAS yang masih ada rasa takut dan malu pada Tuhan, terpaksa banyak Beristighfar dan melakukan Sembahyang Taubat apabila;

i) Setiap kali balik dari majlis santapan hidangan DAP.

ii) Terpaksa mempertahankan tingkah laku akhlak jijik Anwar. Dan terpaksa mempertahankan kenyataan para pemimpin DAP yang banyak bertentangan dengan Islam.

iii) Terpaksa korbankan Hasan Ali.

iv) Terpaksa buat "TAK TAHU" dalam kes-kes seperti Eli Wong yang bersekedukan dengan orang Muslim.

Apa-apa pun PAS sudah jadi HamPAS

Kredit : KL BOYZ

5 May 2012

Bersih kecoh kampungku tenang-tenang saja

28 April, Kuala Lumpur kecoh. Kekecohan hanya mahu merebut Dataran Merdeka. Dataran itu sinonim dengan kemerdekaan negara, kerana di situlah, lepas tengah malam 31 ogos, 1957, bendera Union Jack diturunkan dan berganti dengan Jalur Gemilang.

Perdana Menteri pertama negara-YTM Tunku melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! maka, merdekalah negara hingga kini.

Sebenarnya niat merampas Dataran Merdeka itu oleh kumpulan Pembangkang, melalui Bersih3.0 hanya meniru-niru apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, apabila rakyatnya menakluki Dataran Tahrir, sehinggalah Hosni Mubarak tumbang.

Pembangkang mahu menakluki Dataran Merdeka, dan mereka merancang akan berhimpun di situ sehingga ada pertukaran kerajaan, seperti mana yang berlaku di Mesir.

Apapun kekecohan di Dataran Merdeka itu, tiadapun kesannya di kampungku. Malah, aktiviti harian rakyat berjalan seperti biasa, malah jarang yang bercakap mengenainya.

Para pemimpin kawasan di mana kampungku terletak seperti biasa sibuk turun padang, merancang program apa yang perlu untuk rakyat, meninjau program-program yang sedang berjalan, malah  mereka mengumpul data-data yang diperlukan sebagai input untuk perancangan program akan datang.

Kedatangan TPM pada hari yang sama, menidakkan lagi perhatian penduduk kampungku mengenai kekecohan di Dataran Merdeka. Malah mereka tidak tahupun ramai polis yang tercedera kerana dibelasah perusuh.

Keadaan aman damai di kampungku, adalah hasil usaha para pemimpinnya yang saling bergandingan bahu untuk memajukan rakyat, atas sebab itu, apa yang berlaku di Kuala Lumpur akibat perbuatan rakyat yang tidak tahu bersyukur, penduduk kampungku tidak pedulipun.

Memang diakui ramai yang turun pada hari itu di Kuala Lumpur, ya mungkin dua parlimen yang mewakili Wilayah Persekutuan- katakanlah Parlimen Bukit Bintang dan Batu, mungkin campur PJ utara, tambah lagi Bandar Tun Razak.. hanya 4 kawasan parlimen yang merusuh.. masih ada 218 Kawasan Parlimen lagi.

Atas sebab itu, penduduk kampungku tenang saja, kerana satu Parlimen dan tiga ADUN tetap milik BN pada PRU-13 akan datang.

Ahli Parlimen kawasan kampung berkerja keras, saban hari, demikian ADUN kampungku, di kepalanya hanya rakyat, memikirkan bagaimana rakyatnya mempunyai pendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Demikian juga para pemimpin parti  sudah tentunya parti Umno, saban hari mengerah tenaga agar parti senantiasa releven, semalam, kini dan selamanya.

Sebenarnya Kampungku sungguh bertuah, kerana lengkap-hanya menunggu mengutip hasil program pembangunan yang telahpun digarap.

4 May 2012

Apa yang pegawai kerajaan mahu-kerjaan tunaikan-mengapa jadi pembangkang?

Disebabkan tidak pernah bersyukur, maka walaupun semua tuntutan pegawai kerajaan ditunaikan kerajaan, namun masih ramai juga penyokong pembangkang.

Suara Rakyat membuat kesimpulan itu, melalui komen-komen mereka melalui laman sosial seperti FB mahupun twitter.

Mereka seolah-olah sebagai jurucakap pembangkang dalam banyak hal.

Mengapa ini berlaku? sebabnya mereka mengecilkan minda dan fikiran mereka, sehinggakan dipenuhi rasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka nikmati.

Sebaliknya berlaku, mereka-mereka yang bukan kakitangan kerajaan pula ramai yang membela kerajaan, walaupun mereka itu terpaksa mengeluarkan keringat dingin untuk mendapatkan pendapatan demi menyara keluarga, malah terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi berbanding mereka yang berada di sektor awam.

sesuatu yang tidak kena berlaku... Kerajaan perlu berhati-hati, kerana biasanya bukan musuh yang mengakibatkan kerajaan kecundang, akan tetapi oleh musang2 berbulu ayam dalam kerajaan.

2 May 2012

Calon boleh menang-jangan perasan

Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Ciri-ciri seseorang itu yang boleh dikatakan calon boleh menang, adalah individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan, baik terhadap parti mahupun rakyat dan sudah tentunya bukan hanya muncul kerana ada pilihanraya.

Semenjak Najib mengumumkan calon jenis apa yang akan diketengahkan, maka ramailah para aspiran, melakukan tindakan-tindakan politik yang tidak lazim mereka lakukan.

Jika dahulu, jarang sekali membalas jemputan, kini, walaupun tidak dijemput, akan cuba hadir.

Jika dahulu, kurang melayan rakyat, kini secara terbuka melayan rakyat.

Jika dahulu, jarang membalas SMS atau panggilan telepon, kini dengan mudah membalas dan menjawab telepon.

Jika dahulu susah sangat untuk dijumpa, now open door.

Berasaskan kepada perubahan tingkah laku itu, maka mereka memasang "jurujual" bahawa si polan ini patut diketengahkan, kerana merupakan winnabale candidate.

Sebenarnya pucuk pimpinan mempunyai mata-tangan dan telinga di semua kawasan. Di peringkat partipun demikian.

Pucuk pimpinan dan dibantu oleh pemimpin akar umbi, tahu siapa pemimpin tulen, dan siapa pemimpin plastik.

Pemimpin tulen, tidak melakukan tindakan-tindakan yang dibuat-buat, sebaliknya semua tindakannya secara alami dan ditambah dengan keikhlasan.

Pemimpin tulen pasti menunaikan janji, mengotakan kata. Inilah tag line Pemimpin BN JANJI DITEPATI.

Penulis tahu benar, siapa para pemimpin tulen yang ada. Mereka ini lambat diketengahkan, kerana sifat mereka yang merendah diri, tidak suka menonjol, namun yang pasti, mereka adalah pemimpin ikhlas dan sejati.

Mudah-mudahan pucuk pimpinan dapat mengetengahkan individu-individu ini, agar mereka dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya Puncuk pimpinan telah tahu siapa2 yang winnable candidate. Atas sebab itu, Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, beberapa kali menjelaskan, sesiapa sahaja menjadi calon BN, maka sokonglah, kerana individu yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang baik-baik dan winnable candidate.

Oleh kerana itu, jangan perasan dengan menilai diri sendiri, bahawa diri sendirilah yang winnable candidate itu.

27 April 2012

Betapa pentingnya Sabah pada BN

Minggu lepas PM melawat Sabah, hari ini dan esok TPM pula. Dua pemimpin negara menganggap betapa pentingnya Sabah pada BN, terutama berhadapan dengan PRU-13.

Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen, dan sejak PRU-2004, PRU-2008, hanya satu kawasan Parlimen terlepas kepada Pembangkang.

Pada PRU-13, walaupun DAP yakin akan menawan tiga kawasan Parlimen- Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, namun, kerana komitmen PM dan TPM kepada negeri, maka berpeluh juga DAP menang di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, komitmen yang tinggi daripada Pengerusi BN negeri-merangkap Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, akan menyukarkan pihak DAP untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan.

Pada PRU-12, Kawasan Sandakan dimenangi oleh Presiden LDP, merampasnya daripada calon bebas, Kawasan Tawau dimenangi BN melalui SAPP, namun SAPP keluar BN pada September,2008. Sementara kawasan Kota Kinabalu, dimenangi DAP.

Daripada Tiga kawasan Parlimen itu, hanya Parlimen Tawau, jumlah pengundi BN melebihi jumlah undi pembangkang, manakala bagi Sandakan dan Kota Kinabalu, jumlah undi Pembangkang melebihi undi BN (kalau satu lawan satu).

Di atas kertas, Sandakan dan Kota Kinabalu adalah kawasan Pembangkang, namun, jika BN dapat meletakkan calon yang sesuai dan diikuti strategi kempen yang cukup, tidak mustahil, kawasan tersebut boleh dimenangi. Sementara itu, Tawau, boleh dikatakan adalah kawasan 50:50 jika BN berdepan satu lawan satu, akan tetapi jika berlaku tiga penjuru atau lebih, pasti kawasan itu milik BN; demikian juga kawasan Sandakan.

Nampaknya, pada PRU-13, akan berlaku berbagai penjuru di beberapa kawasan; jika ini berlaku, maka postif kepada BN.

Pada PRU-13, Sabah akan menyumbang kepada BN pusat, sekurang-kurangnya 22 kerusi Parlimen. Bagi kedudukan DUN pula, BN-Sabah dengan mudah menang di 48 kerusi DUN.

Kawasan-kawasan DUN Sabah yang masih kelabu adalah-Luyang, Inanam, Kapayan, Tanjung Aru, Api-api dan Sri Tanjong, manakala DUN dalam kedudukan 50:50; Karamunting, Elopura, Tanjung Papat, Tanjong Kapor, Moyong,Merotai dan Tamparuli. Namun, jika BN dapat mengemukan calon-calon yang winnable, tidak mustahil lapan dari 12 kerusi tersebut akan dimenangi BN.

Walaupun, Sabah misalnya kehilangan 12 kerusi, namun Kerajaan negeri tetap mempunyai kuasa 2/3, kerana kuasa 2/3 hanya memerluan 40 kerusi.

Semalam Gerak Kerja BN Sabah telah dilancarkan. Melihat kepada semangat para jentera parti, nampaknya mereka telah berada pada gear lima. Dengan semangat yang tinggi, sesuai dengan Tag Line BN- JANJI DITEPATI, TIDAK MUSTAHIL, BN AKAN MENANG DI SEMUA KAWASAN BAIK PARLIMEN MAHUPUN DUN.

21 April 2012

Perdana Menteri Yakin BN Sabah menang PRU-13 dengan Cemerlang di bawah Musa

Ucapan Perdana Menteri, melalui lawatannya ke Sabah yang bermula semalam, dan berakhir hari ini, tercermin keyakinan pemimpin nombor satu negara itu kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

DS Najib yakin, di bawah kepimpinan Pengerusi BN negeri itu, BN akan menang dengan cemerlang pada PRU-13 akan datang.

Datuk Musa telah diuji melalui dua pilihanraya umum, yakni tahun 2004 dan 2008. Di kedua-dua pilihanraya itu, BN Sabah menang dengan cemerlang.

Walaupun berlakunya tsunami politik pada BN tahun 2008, namun ombak tsunami itu belum sampai di negeri di bawah bayu ini.

Sejak PRU-12, parti pembangkang mencuba untuk membawa ombak tsunami ke tanah borneo, namun usaha mereka gagal. Pada PRN-Sarawak pada April, 2011, ternyata ombak tsunami belum menyentuh kawasan bumiputera, walaupun kawasan2 majoriti kaum cina, menyebelahi pembangkang terutama DAP.

Walaupun di atas kertas, kononnya kaum cina akan menyokong DAP pada PRU-13 akan datang, namun di Sabah, sokongan itu tidak akan membawa apa2 kepada kemenangan calon2 BN.

Di Sandakan semalam, terlihat bahawa sambutan kaum cina terhadap kedatangan DS Najib cukup memberangsangkan. Atas sebab apa? kerana kaum cina Sabah masih yakin terhadap kepimpinan Musa.

Suara Rakyat sungguh yakin, pada PRU-13 akan datang, keputusannya akan lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya, kalaupun tidak, sekurang2nya, keputusannya adalah sama seperti tahun 2004 dan 2008.

19 April 2012

Sebaik Parlimen, DUN bubar: Diisukan ramai Pemimpin Sabah Keluar BN?

Seorang rakan menabur isu, kononnya, sebaik sahaja parlimen dan DUN bubar, ramai pemimpin keluar BN. Apabila ditanya? siapa2kah mereka, satu persatu disebutkan. Daripada barisan pemimpin yang disebutkan... tiada seorangpun pemimpin yang kompeten. Bagi Suara Rakyat, kehadiran para pemimpin itu dalam BN, lebih membebankan BN, berbanding mereka di luar BN.

Harapan para pemimpin yang kecewa itu, adalah mereka 'sukar" mendapat projek lagi, kerana sekarang melalui PEMANDU, projek bukanlah keutamaan, melainkan PROGRAM untuk memajukan rakyat.

Para pemimpin tertentu itu, selayaknya sudah TERLALU KENYANG dengan Projek, namun kerana nafsu serakah mereka, mereka mahu secara terus menerus meminta PROJEK sepanjang masa, sehingga menutup peluang orang lain.

Mereka kini dikatakan kecewa, kerana sukar menadapat projek untuk tujuan persen. Kerajaan Najib melalui PEMNADU yang diketuai Idris Jala, bukan berasas projek akan tetapi PROGRAM.

Para pemimpin yang diisukan akan keluar itu, adalah wakil2 rakyat yang berpenggal menjadi wakil rakyat, malah pernah memeggang berbagai jawatan dalam kabinet, baik negeri mahupun persekutuan.

Mereka lupa, kalaulah bukan parti yang disokong rakyat, mereka itu tidak akan ke mana-mana.

Rakyat penyokong BN, patut bersyukur, apabila mereka ini, keluar BN, maka BN kekurangan beban, kerana ditinggalkan oleh mereka yang tamak dan serakah.

Tunggu siapa2 mereka itu, yang kebanyakkan daripada bahagian Selatan negeri Sabah dan sebahagian daripada pantai barat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels