PUNCAnya apabila Penduduk Sabah bertambah 285 peratus pada tahun 2000 berbanding jumlah pada tahun 1970.
Pada tahun 1970 jumlah penduduk Sabah adalah 636,437 orang, manakala pada tahun 2000 meningkat kepada 2,449,389. Melalui pertambahan ini mengakibat kadar pertambahan penduduk Sabah menjadi tiga kali ganda berbanding pertambahan penduduk kebangsaan.
Pada tahun 1970, Penduduk Semenanjung adalah 10,439,430 dan pada tahun 2000 menjadi 22,202,614 dengan kadar pertambahan sebanyak 3.8 peratus setahun, sementara Sarawak pada tahun 1970 berpenduduk 976,269 dan pada tahun 2000 berpenduduk 2,012,616 dengan kadar pertambahan 3.5 peratus setahun.
Atas pertambahan penduduk yang mendadak meningkat itu, maka berbagai pihak menuding jari kepada kerajaan Bn terutama Umno, kononnya parti terbesar melayu itu dibelakang program pertambahan penduduk itu untuk mengubah demografi penduduk Sabah.
Pihak-pihak tertentu menuding jari kepada pendatang daripada Filipina mahupun Indonesia, samada pendatang itu datang secara sah mahupun tidak rasmi atau pelarian.
Atas berbagai dakwaan mengenai pertambahan penduduk Sabah, akhirnya kerajaan menubuhkan RCI untuk mencari punca pertambahan penduduk Sabah itu.
Melalui RCI itu, yang kini telah masuk ke tahap ke dua pendengaran yang bermula hari ini; berbagai andaian, keterangan dan macam-macam lagi karenah yang berkaitan dengan pertambahan penduduk.
Ada kesaksian yang memberi tahu RCI, bahawa usaha penambahan penduduk adalah atas inisiatif peribadi, kerana untuk membolehkan setiap rakyat yang berada di Sabah bebas bergerak kerana mempunyai Kad Pengenalan Yang Sah, selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengenali pasti setiap penduduk yang berada dalam negeri Sabah untuk tujuan keselamatan. Pengakuan seumpama ini dikatakan sendiri oleh mantan Pengarah Pendaftaran Negeri antara tahun 1990-1992 Abdul Rauf Sani.
Ada juga keterangan yang hanya berbaur pengelaman kerana inividu-individu terbabit terlibat dalam pengeluaran Kad Pengenalan biru kepada penduduk yang tidak mempunyai kad pengenalan, dan kononnya butiran itu diberikan sendiri suruhajaya pilihanraya, agar supaya nama-nama akan sesesuai dengan data yang terdapat pada SPR.
The RCI is confined by eight terms of reference:
1) To determine number of immigrants granted blue identity cards;
2) To determine number of immigrants granted blue identity card due to statelessness;
3) To investigate whether this was done legally;
4) To investigate if immigrants holding blue identity cards were illegally registered in the electoral roll;
5) To investigate the standard operating procedures (SOP) for issuance of blue identity card and recommend improvements;
6) To probe if the authorities had taken action or done improvements to the SOP to prevent infringement of the law;
7) To investigate reason behind the increase in Sabah's population and their impact on the electoral roll; and,
8) To investigate the social implications of granting citizenship to immigrants in the state.
Berikutan keterangan-keterangan saksi yang kebanyaknya bekas tahanan ISA, ada keterangan-keterangan yang bersifat belas dendam, kerana perbuatan mereka itu konon atas arahan pihak-pihak tertentu yang lebih kanan daripada mereka, namun berakibat mereka ditahan melalui ISA yang memakan masa antara 2 bulan hingga 2 tahun.
Berhubungan berbagai keterangan timbul semasa pendengaran pada tahap pertama, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri berkata, memang ada tindakan pengeluaran kad pengenalan kepada pelarian perang yang berasal daripada Filipina, akan tetapi semuanya berasaskan kepada undang-undang yang dalam negara. Untuk itu, beliau sanggup memberi keterangan di depan panel RCI jika diminta.
Sementara itu, Peguam Negara dipetik sebagai berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang berkaitan keterangan-keterangan yang terdapat pada RCI itu, jika bukti atau fakta membolehkan untuk dirujuk ke mahkamah.
Kalau keterangan yang bersifat hearsay, yang kebanyakan diterangkan melalui RCI ini, agar sukar dikemukakan ke mahkamah, kerana mahkamah akan memberi keputusan berasaskan kepada fakta dan bukti, bukannya anggapan atau handaian.
Masih terlalu awal untuk mengetahui kesimpulan RCI ini, kerana akan banyak lagi pendedahan-pendedahan yang menyusul.
Pendengaran yang bermula hari ini akan berlarutan sehingga jumaat dan akan bersambung untuk sesi pendengaran tahap ke tiga pada 22-27 Februari depan.