11 February 2013

Kepimpinan Dr Salleh Said

MEMANG berasas apabila ramai yang mengatakan bahawa kepimpinan Datuk Dr Salleh Tun Said disenangi baik kawan mahupun lawan.

Kerana sifat kepimpinan Presiden Usbo itu yang sukar menyimpan perasaan dendam kepada sessiapapun, atas sebab itu, baik dalam arena politik mahupun persatuan, beliau mampu mengayumi berbagai pihak, walaupun pada suatu waktu merupakan musuh politik.

Suara Rakyat terbaca satu salinan Surat Perlantikan yang dipaparkan di Wall FB seorang rakan berhubung hasrat Presiden Usbo itu melantik seorang peguam Mohd Shukor Abdul Mumin sebagai Penasihat Undang-undang dan Pengerusi Biro Professional pertubuhan itu yang bertarikh 6 Februari 2013.

Bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud, sudah tentu kenal siapa Mohd Shukor, kerana beliau merupakan salah seorang calon PKR pada PRU-12 lalu bagi kawasan DUN Usukan.

Pada PRU 2008, Shukor menentang calon Bn Datuk Japlin Akim satu lawan satu. Beliau bagaimanapun tewas dengan hanya mendapat undi 3,941 berbanding Japlin 7,964 undi.

Sebenarnya Shukor bukan asing bagi politik Kota Belud, kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud sebelum Datuk Japlin.

Dalam politik semua boleh berlaku. Kerana peraturan parti Umno, sesiapa sahaja ahlinya yang menentang calon parti dalam sesebuah pilihanraya, maka peraturannya seseorang itu dipecat daripada parti.Suara Rakyat tidak pasti, apakah Shukor dipecat ataupun telah keluar daripada parti.

Apabila dipecat, maka sukar seseorang itu menjadi ahli semula, keculai mendapat restu daripada Majlis Tertinggi parti.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, melihat walaupun seseorang itu pernah dipecat daripada parti, namun kembali menyokong parti, tetapi kerana urusan pentadbiran, maka seseorang itu belum boleh menjadi ahli parti, maka ianya perlu diambil pendekatan yang bersifat menang-menang. 

Dikeranakan Usbo merupakan ahli terus Bn, maka adalah sesuai melantik atau menerima seseorang itu yang mempunyai aspirasi sama dengan Bn. Inilah mungkin salah satu faktor mengapa Presiden Usbo itu mengsyorkan dan berhasrat seseorang seperti Mohd Shukor Abdul Mumin dilantik sebagai penasihat Undang-undang Usbo merangkap Pengerusi Professional pertubuhan itu.

Salleh sedar dalam politik yang penting adalah jumlah. Atas sebab itu semakin ramai jumlah yang menyertai sesuatu badan politik, maka cerahlah harapan sesebuah parti itu berdapan dengan sebarang pilihanraya.

Melalui perlantikan Shukor dalam Usbo, maka semakin berkuranglah aktivtis yang menentang Umno khususnya bagi Daerah Kota belud, kerana jika pada suatu ketika Shukor sebagai penentang kini bersama-sama Umno melalui Usbo bersepadu semula sebagai satu pasukan. 

Tahniah kepada Datuk Dr Salleh kerana mempunyai pandangan ke hadapan untuk mengayomi semua lapisan dan mencoraknya sebagai satu pasukan.

10 February 2013

PRU-13: Tiada Sebab BN kalah

RAKYAT terutama pengundi Semenanjung sudah mencuba Pakatan apabila mereka memenangkan parti pembangkang itu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.

Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.

Sebaliknya Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.

Sebenarnya para pemimpin Bn dan kerajaan telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat. Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat.

Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.

Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.

Sebenarnya kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.

Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.

Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.

Percayalah mana ada guru silat menurunkan 100 peratus ilmunya kepada murid-muridnya. Bagaimanapun setianya murid itu, hanya 80 peratus sahaja yang akan diketahuinya. Inilah yang berlaku pada Anwar. Atas sebab itu, beliau boleh menjanjikan itu dan ini, kepada rakyat, sedangkan dalam berbagai ilmupun janji-janjinya sukar dilaksanakan dan tidak praktikal.

Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa semasa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan.

Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.

Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya. 

Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980. Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.

Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.

Semasa menyertai Umno semua jawatan Anwar pernah pegang, Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, yang belum hanya Presiden. Atas sebab itu, Anwar bergerak dalam Umno secara sulit untuk menajtuhkan Persiden melalui propangda yang seolah-olah dicetuskan oleh lawan Umno seperti isu Kroni Korupsi dan nepotisme (KKN) yang ditujukan kepada Presiden Umno yang juga Perdana menteri.

Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.

Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu. 

Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.

Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.

Senjata utama Anwar adalah untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan, atas sebab itu isu yang diulang-ulang oleh beliau adalah Kes Altantuya, kes Rahim Thambi Chek, Kes Lembu NFC, kes PKFZ, isu Datin Rosmah.

Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.

Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.

Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.

9 February 2013

Semangat Kerjasama asas membangun Sabah: Musa Aman


SEMANGAT kerjasama antara kaum merupakan asas membangun Sabah. Sabah yang didiami oleh lebih 36 sukubangsa, tanpa semangat yang erat antara kaum, maka sukar untuk membangun negeri ini. Untuk itu, Ketua Menteri Sabah meminta agar semangat kerjasama itu perlu dipupuk dan diteruskan demi pembangunan negeri ini.

Dalam peruntusan Tahun Baru Cinanya, Ketua Menteri Sabah itu dipetik, berkata semangat kerjasama telah mendorong suku bangsa dengan berlatar berbagai agama menjadi satu, melangkah ke hadapan untuk mengwujudkan satu negara yang aman damai dan selesa untuk didiami.

Musa menyatakan ikrarnya, bahawa kerajaan Bn senantiasa mendengar degup jantung rakyat dan secara terus menerus berusaha menyelasaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Musa juga menyatakan bahawa rakyat negari ini beruntung kerana mempuyai rakan-rakan yang tersebar baik di Semenanjung dan Sarawak, sehinggakan mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar rakyat Malaysia.

Sabah dalam Malaysia akan  terus membangun kerana pembangunan itu sendiri tidak akan berhenti.

Penduduk negeri ini telah menikmati pembangunan yang diwujudkan antaranya Universiti Malaysia Sabah(UMS), Projek Petronas di Kimanis dan Sipitang, serta  Hub Pendidikan Sandakan.

7 February 2013

PRU-13: N14 Likas Kali Ini Milik Parti Mana?

PADA pilihanraya umum 2008 lalu, kerusi N14 LIKAS merupakan antara kerusi paling sengit direbut  kerana seramai 4 orang calon yang mewakili BN, PKR, DAP dan bebas. Hanya dengan perpecahan undi pembangkang, calon SAPP yang mewakili Bn, iaitu Datuk Liew Tec Chan, menang dengan majoriti 862 undi.

Kini, DUN itu bukan lagi kawasan Bn ekoran keluarnya SAPP daripada Bn pada 17 September 2008. Bn belum menentukan parti komponen mana akan diberi kepercayaan bertanding di kawasan Dun itu, namun berasaskan kasak kusuk, dua parti kemunginan diberikan tanggung jawab, samada PBS ataupun LDP.

Pada PRU-12, calon Bn mendapat undi 4,097 manakala gabungan DAP dan PKR 5,123 (DAP=3,235; PKR=1,888) dan Bebas 182. Hanya kerana perpecahaan undi, calon Bn boleh menang.

Kawasan Dun Likas yang mempunyai hampir 17 ribu pengundi yang terdiri daripada 73 peratus kaum cina.

Berasaskan kepada perkembangan terkini, amat sukar bagi Bn mempertahankan kawasan itu, jika pertandingan satu lawan satu antara Bn dan pembangkang. Namun, disebabkan masalah yang terdapat pada parti-parti pembangkang, di mana mereka belum mampu mencapai kata sepakat, maka pada kali ini akan berlaku contest for all. Kalau keadaan itu berlaku, maka kemenangan akan menyebelahi Bn, kerana Bn mempunyai lebih 3,000 penyokong tegar di kawasan Likas. Penyokong tegar itu adalah terdiri daripada ahli-ahli semua komponen Bn. 

Dalam politik semuanya boleh berlaku; tidak boleh dinafikan bahawa pada saat-saat akhir, pembangkang akan bergabung dan menentukan satu lawan satu dengan calon Bn. Jika ini berlaku, maka, Bn perlu  perlu berkerja keras untuk mempertahankan kawasan itu. Pemilihan calon dan mewakili parti mana merupakan penyumbang kepada kemenangan calon Bn.

Jika Bn, gagal menentukan calon yang tepat, maka jangan terperajat, bahawa Dun Likas akan terlepas ke tangan pembangkang. Hanya penentuan calon yang tepat dan parti komponen yang tepat sahaja yang boleh menjamin Bn menang bagi kawasan-kawasan yang dianggap kawasan kelabu, termasuk Dun N13 Inanam, N15 Api-Api, N16 Luyang dan N19 Kepayan; itu semua di kawasan Pantai Barat Sabah. Analisis bagi kawasan lain akan ditelaah pada posting berikutnya.

6 February 2013

PRU-13: Bn atau Pakatan?

SUKA DUKA, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.

Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba sekali lagi untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.

DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP perlu menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.

DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.

Melihat keadaan semasa, kelihatannya Bn mampu mempertahankan Putrajaya, kalaupun bukan dengan kuasa 2/3 namun menghampirinya. Walaupun demikian, jentera Bn dan pemimpinnya jangan pula merasa selesa, kerana dalam dunia politk semuanya boleh berlaku. 

Kini, Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin, kononya Pakatan akan menang 145 kerusi parlimen, diatas sedikit ramalan Anwar Ibrahim 124 kerusi. Pemimpin Pakatan telah memipiskan lada pada burung yang sedang terbang.

Di Sabah misalnya, menurut ramalan Nizar, Pakatan akan menang 12 kerusi parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, sedangkan para pemimpin pembangkang di negeri itu sehingga kini masih bertelaga mengenai pebahagian kerusi. Malah pengerusi STAR Sabah dan Presiden SAPP membayangkan akan berlaku pertandingan Open To All pada PRU-13.

Di lain pihak pula, Bn terutama pemimpin Umno sudah melihat bahawa Umno pada PRU-13 akan mampu mencapai kemenagan yang lebih baik berbanding pada PRU-12, malah dua atau tiga pemimpin Umno optimis, bahawa kemenangan pada PRU-2004 semakin hampir didekati.

Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati cahaya matahari; lebih segar.

Meminjam kata-kata Tan Sri Abdullah Ahmad wartawan veteran "Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah".

Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.

Kaum cina walaupun kini telah dicap pembangkang, mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya jika DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.

Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Berdasarkan perkembangan terkini, Suara Rakyat rasa, Pas dan PKR tidak akan berjaya menang 86 kerusi sepertimana ramalan mereka. Namun, DAP mungkin dapat 40.. itu suatu kepastian.

Kuburan Batu Gadung Kg Tamau

Datuk musbah didepan Kubur tidak dikenal
 

"KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN NEGERI SABAH TELAH MELULUSKAN PERUNTUKAN 1.1 JUTA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH HAKISAN YANG BERLAKU DI KUBURAN BATU GADUNG DAN IANYA AKAN DILAKSANAKAN TIDAK LAMA LAGI. " Datuk Musbah Haji Jamli Adun Tempasuk.

Cerita berhubung akan hilangnya Kuburan Islam Batu Gadung Kg Tamau Kota Belud, bukan sahaja pernah ditulis oleh Blog Suara Rakyat dalam beberapa siri, malahan susulan tulisan juga dibuat oleh wartawan Borneo Post Saudara Abdul Nadin Haji Shahiddin, wartawan yang dilahirkan dan dibesarkan di kampung Tamau.

Mungkin ekoran daripada tulisan2 itu, ADUN Tempasuk merangkap Pembantu Menteri Pertanian dan industri makanan negeri telah melawat kuburan itu pada awal minggu ini untuk melihat dengan sendiri keadaan terkini kuburan tertua kaum iranun itu.

Kuburan Batu Gadung sangat sinonim dengan Tamadun suku iranun terutama di kampung Tamau dan sekitarnya, kerana perkuburan itu dikatakan perkuburan tertua suku itu, malahan lebih awal wujudnya berbanding perkuburan Mingga yang terletak di kg Rampayan Laut.

Sejak beberapa tahun, akibat naiknya paras air laut, maka keluasan pantai yang mengelilingi kuburan itu kini semakin sempit, sehingga pulau-pulau pasir yang berperanan sebagai penyanggah kepada hempasan ombak laut telah rata-rata, atas sebab itu apabila air laut pasang, air laut terus menerpa kawasan kuburan.

Melalui jumlah peruntukan yang dinyatakan oleh Adun Tempasuk itu, yang Suara Rakyat kutip daripada Wall FB Adun itu, mudah2an peruntukan itu mampu membangun gabian yang mampu mempertahankan kuburan itu untuk beberapa ketika.

Semoga peruntukan yang lebih besar menyusul, kerana peruntukan yang besar daripada itu diperlukan untuk membina gabian yang boleh menahan empasan ombak angin utara.

4 February 2013

Tipu Hela Anwar pada penggundi cina

Deasoka Kota Kinabalu
APABILA Anwar bertemu dengan kaum cina di Semenanjung, dia memberitahu kaum itu bahawa kaum cina di Sabah dan Sarawak tidak menyokong Bn; demikian juga apabila ke Sabah dan Sarawak, dia beritahu kaum cina, seluruh kaum cina di Semenanjung menolak Bn.Teringkat saya pada kejadian tahun 1994, semasa menjatuhkankan kerajaan PBS. Dia memanggil beberapa ADUN PBS dan menyatakan bahawa ADUN ini ADUN itu telah melompat, Apa tunggu lagi, Lompat lah.

ADUN yang termakan kata-kata Anwar itu antaranya Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang. Apabila dua ADUN PBS itu keluar PBS, maka tergulinglah PBS, kerana jumlah majoriti ADUN menyebelahi BN, menjadikan BN 25 dan PBS 23 daripada 48 kerusi Dun Sabah.

"Trick" lama ini, sekarang betul-betul digunapakai oleh Anwar. Atas sebab itu, pemimpin kaum cina dalam Bn, perlu menjelaskan cara Anwar ini kepada penyokong mereka, kerana dakwaan itu hanya mengelirukan kaum-kaum itu.

Jika benarlah kata-kata Anwar itu, bahawa kaum cina Sabah dan Sarawak menolak Bn, maka tidak mungkin, pada PRK Batu Sapi pada oktober 2010, Bn mampu mengekalkan kerusi itu, malah melalui PRK itu majoriti calon Bn bertambah berbanding majoriti pada PRU-12.

Demikian juga pada PRN Sarawak pada April 2011, kalaulah kaum cina benar-benar menolak Bn, maka sepatutnya seluruh kawasan yang ditandingi SUPP akan kalah, namun semua itu tidak berlaku; walaupun parti tertua BN itu kehilangan banyak kerusi termasuk kekalahan Presidennya.

Dakwaan Anwar bahawa kaum cina menolak Bn adalah satu pembohongan. Kalaulah kaum cina menolak Bn, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu hadir bersama-sama Ketua Menteri Sabah di Dataran Deasoka Kota Kinabalu pada majlis melancarkan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah tahun 2013 malam semalam.

Sandakan
Demikian juga di Sandakan, jika benar bahawa kaum cina menolak BN, maka tidak mungkin begitu ramai kaum itu menghadiri majlis serupa yang dilancarkan oleh Presiden LDP Datuk VK Liew di Sandakan pada malam 3 Februari 2013.

Perang propaganda yang dijalankan Anwar terhadap kaum cina mempunyai matalamat untuk mengelirukan kaum itu supaya menyokong pembangkang, kerana beliau tahu, bahawa kaum melayu dan bumiputera kembali menyokong barisan nasional.

Anwar tahu hanya melalui sokongan pengundi cina kepada pembangkang pada kadar peratusan di atas 80 peratus bagi semua kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina, boleh menjamin kemenangan calon-calon pembangkang, dan jika berlaku di bawah itu adalah sukar mempertahankan kawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-12, termasuk di Pulau Pinang.

Jangan lupa, pada PRU-1990, pengundi kaum cina pernah memberikan 14 kerusi Dun di Pulau Pinang kepada DAP, namun pada PRU-1995, calon-calon parti itu hampir kalah kesemuanya dan hanya menang satu kerusi DUN Batu Lanchang dengan majoriti 100 undi.

Tidak mustahil pada PRU-13, pengundi kaum cina akan kembali kepada Bn, kalaupun bukan keseluruhannya, jika berlaku sokongan kaum itu kepada pembangkang berkurang di bawah 70 peratus, maka kemungkinan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP juga akan kalah.

3 February 2013

Pembangunan Sabah: Pembangkang bohong: Musa Aman

Desoka Kota Kinabalu
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengecam pemimpin pembangkang, terutamanya pemimpin kitar semula yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya kerana kemahuan mereka tidak dipenuhi, apabila mendakwa BN tidak membawa sebarang pembangunan di Sabah. Dakwaan itu, katanya, tidak berasas sama sekali.

"Lihatlah di sekeliling anda dan anda boleh nampak sendiri pembangunan di Kota Kinabalu dan keseluruhan negeri ini. Kerajaan Barisan Nasional mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dan kami ada perancangan seperti Program Transformasi Ekonomi serta Program Transformasi Kerajaan yang akan membawa lebih banyak kemajuan.

"Kami sedar ada banyak dakwaan yang dilempar terhadap kerajaan tetapi semua ini hanyalah pembohongan yang disebar oleh mereka yang cenderung untuk menukar kerajaan," katanya ketika berucap pada karnival Tahun Baharu Cina di Lintasan Deasoka di sini malam Ahad.

Musa berkata pembangkang membuat banyak janji tetapi "ini hanyalah janji kosong, dan merupakan pembohongan bagi memperdayakan masyarakat".

Mengenai pembangunan, beliau berkata kerajaan negeri menggariskan perancangan terperinci dan menyeluruh dengan mengambil kira keperluan serta kehendak semasa di kawasan yang berlainan di negeri yang luas ini.

"Sebagai contoh, di sesetengah kawasan luar bandar, kami menyebarluas pengetahuan mengenai pertanian komersil yang mendatangkan pulangan lumayan, dan kami turut menyediakan prasarana bagi memastikan produk tempatan boleh dipasarkan.

"Kerajaan sedar pembangunan mesti disediakan untuk semua, dan kerana sebab ini, banyak perhatian diberi kepada kawasan luar bandar. Usaha diteruskan untuk merapatkan jurang wilayah dan mengurangkan paras kemiskinan," katanya.

Beliau berkata kerajaan komited untuk memastikan pembangunan holistik tanpa mengira hubungan politik, kaum dan faktor lain.

Mengenai Tahun Baharu Cina, beliau berkata perayaan itu disambut semua kaum dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.

"Kita lihat pelbagai lapisan masyarakat memakai bukan hanya pakaian kebangsaan kaum Cina tetapi juga batik dan baju kurung merah atau berwarna terang, sememangnya melambangkan semangat muhibah. "Saya harap karnival anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Pejabat Dewan Undangan Negeri Api-Api ini akan dijalankan secara berterusan. Apa yang dimulakan sebagai suatu majlis lapan tahun lepas berjaya mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.

Musa berkata amat menyedihkan apabila konflik dan peperangan masih melanda beberapa negara di dunia.

"Di Malaysia dan Sabah ini, kita boleh menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang, dan kita bebas meneruskan tugas seharian.

"Saya menggesa semua pihak agar melindungi keharmonian yang kita nikmati hari ini dan tidak membenarkan sesiapapun menjejaskan usaha memperkukuhkan perpaduan," katanya.

PRU-13:BN Kota Belud siap sedia

KOTA Belud sudah siap sedia berdepan dengan PRU-13. Melihat kepada persiapan akhir yang dijalankan semua parti komonen Bn, nampaknya Bn Kota Belud sudah siap berdepan dengan ibu kepada semua pilihanraya itu.

Para pemimpin yang terlibat mengatur jentera pilihanraya Kota Belud, yang diketuai oleh Pengerusi Bn Bahagian-Datuk Dr Salleh Tun Said, nampaknya cukup berpuashati dengan persiapan gerakan gempur yang berpaksi pada Pusat Daerah Mengundi dan "War Room".

Para wakil rakyat Bn terutama daripada Umno telah melipatgandakan masa mereka berada di kawasan, malah wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli telah masuk pusingan ke empat masuk ke kawasan-kawasan kampung dan kini melakukan sentuhan-sentuhan akhir di semua PDM yang terdapat di Dun Tempasuk.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan juga memperhebat program turun padangnya, yang rata-rata mengambil masa bermula dari awal pagi hingga ke malam saban hari.

Adun Usukan juga tidak ketinggalan, malah aktivitinya hampir menyamai kekerapan turun padang Adun Tempasuk menemui para pengundi dan melihat sendiri persiapan atur gerak di semua PDM bagai kawasan Usukuan.

Uniknya para pemimpin Umno Kota Belud, pada masa-masa tertentu, mereka bergerak mengikut jadual masing-masing, namun pada satu peringkat mereka bertemu pada satu lokasi dan ini yang membuatkan pesaing dalam PRU nanti terutama pembangkang, mati kutu dan mati akal tentang bagaimana mencari kelemahan atau kekurangan para pemimpin Bn.

Para pemimpin Bn saling melengkapi antara satu sama lain, sehingga gerak gempur mereka saling sinkronasie. Faktor inilah yang menjadi petunjuk bahawa Kawasan Kota Belud akan terus dimenangi oleh calon-calon Bn.

2 February 2013

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Datuk Dr Salleh Tun Said, adalah pemimpin yang sudah matang dan tahu keperluan poiltik Sabah. Mungkin pengelibatan beliau dalam politik Sabah yang begitu lama. 

Sepulang beliau daripada belajar daripada luar negara, Salleh pernah bertanding AMT parti Usno dan menang. Akibat pergeseran dengan beberapa AMT Usno, beliau keluar dan menyertai Parti Berjaya.

Sebelum menyertai gelanggang pertandingan dalam pilihanraya, Salleh pernah berkerja sebagai penjawat awam, yakni Pegawai Daerah Kota Belud. Selepas meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau mencuba bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya dinobatkan sebagai wakil rakyat pada tahun 1994.

Salleh dalam perjalanan politiknya pernah beberapa kali menjadi AMT Umno pusat dan hanya pada pemilihan tahun 2008, beliau tidak bertanding.

Salleh, dilanda badai politik pada tahun 2008, apabila tidak dipilih sebagai calon Bn dalam piihanraya umum ke-12. Ada yang membuat anggapan, bahawa tidak terpilihnya Salleh sebagai calon, ekoran desakan pihak-pihak tertentu berikutan pengelibatannya dalam pertubuhan Usbo, pertubuhan yang disokong oleh rumpun bajau.

Bagi mereka yang diluar Usbo, ada yang mendawa Usbo akan menjadi saingan utama Umno di Sabah, kerana menurut pihak-pihak tertentu itu, Umno sebenarnya ditulang belakangi oleh rumpun bajau, seperti mana terdapat dalam Usno yang telah dibubarkan.

Meskipun dalam beberapa kenyataan, Salleh mengistiharkan bahawa usbo bukanlah pesaing kepada Umno, melainkan kewujudan usbo adalah saling melengkapi perjuangan Umno; namun mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, berjaya mengyakinkan Presiden Umno pada tahun 2008, bahawa Usbo adalah pesaing kepada Umno.

Menyedari tuduhan kepada Usbo itu, Salleh bagi pihak Usbo telah memohon sebagai ahli terus Bn, apabila gabungan 13 parti itu membuka keahlian secara terus.

Keahlian Usbo sebagai ahli terus Bn, memadamkan kecurigaan terhadap pertubuhan rumpun bajau itu sebagai pesaing kepada umno, kerana usbo kini satu wadah perjuangan dalam bn. 

Di sinilah terletak kepakaran Salleh dalam liku-liku politik Sabah. Beliau mengambil iktibar dalam kepelbagaian yang terdapat di Sabah, terutama berkaitan dengan suku bangsa.

Sabah yang mempunyai 36 etnik sukuan, perlu pertubuhan yang boleh mengayom etnik sukuan itu untuk bergerak bersama sebagai satu ikatan. Tanpa pertubuhan seperti Usbo yang mewakili rumpun bajau yang beragama islam, maka dikhuatirkan etnik sukuan yang berstatus bangsa bajau namun mewakili kelompok kecil akan tercicir dalam arus politik mahupun pembangunan.

Kini, walaupun Usbo merupakan salah satu ahli Bn, namun kecurigaan tetap ada yang datang daripada pemimpin tertentu yang tidak mempunyai "race base". Atas sebab itu, memecahkan sukuan bajau kepada kelompok-kelompok kecil telah dan sedang diusahakan. 

Kini, rumpun bajau akan hampir berpecah kepada empat, setelah adanya persatuan Samah Sabah(PSS) Persatuan Badjao Sabah (PBS) dan menyusul Persatuan Bangso Bajau Samah Sabah (PBBSS).

Melihat kepada keadaan itu, Salleh melakukan pendekatan baru dalam caranya berpolitik. Kini beliau benar-benar mengunapakai pendapat pakar ilmu sosial Max Weber. Salleh dalam gerakan politiknya kini mendekati strata sosial bagai mengembangkan kekuatan politiknya. Melalui pendekatan itu, setidak-tidaknya beliau mempunyai jalinan yang kukuh di kalangan strata sosial itu; dan sebagai akibatnya, kekuatan beliau dalam politik sukar diganggu gugat.

Melalui kekuatan yang ada pada Perisden Usbo itu, apatah lagi sebagai Timbalan Perhubungan Umno Sabah dan juga sebagai Ketua Bahagian Umno Kota belud; maka beliau dikatakan sebagai seseorang yang sanggup tampil ke depan untuk membela kelangsungan kerajaan Bn secara khususnya di Sabah dan umumnya di negara ini.

Pucuk pimpinan Bn memerlukan seseorang yang secara komited dalam perjuangan. Salleh membuktikan komitmen itu, apabila bertungkus lumus bersama-sama pemimpin-pemimpin lain yang tidak terpilih sebagai calon ada PRU-12 untuk memastikan kemenangan Bn dengan cemerlang.

Salleh tidak berhenti di situ, dan meneruskan komitmen itu sehingga kini. 

Selain itu, Salleh juga terus menjawab isu-isu semasa yang berbangkit, misalnya isu Pati di Sabah. Malah beliau mencabar Anwar Ibrahim supaya jangan hipokrit berhubung kait dengan isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang konon berlaku pada tahun 1990-an, kerana sebagai mana yang kita ketahui bahawa Anwar pada masa itu bertanggungjawab bagaimana merampas kerajaan negeri daripada kerajaan pembangkang PBS.

Komitmen Salleh kepada kerajaan Bn dan parti-parti Bn terutama parti yang disertainya Umno, tidak boleh disangkal lagi. Selain itu komitmen beliau pada kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman tidak berbelah bahagi.

Gandingan Musa-salleh dalam menerajui Umno Sabah, mengurangkan fenomina politiking, dan sebab itu Sabah terus maju, dengan pembuktian melalui bajet Sabah yang semakin meningkat saban tahun. Bajet Sabah telah mencipta rekod pada tahun 2012, apabila mengemukakan bajet tertinggi sebesar RM4.088 bilion.

Bagi menghadapi PRU-13, berasaskan kepada keadaan politik semasa, tidak dapat disangkal, bahawa Salleh merupakan salah seorang calon yang bakal diberi kerpercayaan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding, kerana selain sebagai calon yang boleh menang, akan tetapi juga dapat mempengaruhi keputusan secara umum kawasan-kawasan lain.

Sama-sama kita tunggu musim pilihanraya umum ke-13.

Kes Amalilio: Musa Aman tidak Terlibat: KP Sabah

Yesterday, Federal Commercial Crime Investigation Department director Datuk Syed Ismail Syed Azizan said the National Registration Department had verified that the 47-year-old suspect was born in Kota Kinabalu, Sabah. 

"When the suspect was arrested in Ranau, Sabah, on Jan 22, he was carrying a MyKad, birth certificate and driving licence. "He was also carrying a Philippine passport bearing the name of Manuel Karingal Amalilio.

"Manuel was on the Interpol wanted list after Philippine authorities sought assistance to locate him. He allegedly cheated 15,000 people before fleeing to Malaysia. However, police did not arrest the suspect because he was wanted by Philippine authorities.

He was nabbed because checks revealed that the Philippines passport he was carrying was a fake. Syed Ismail said the suspect was being probed under Section 12(1)(d) of the Passports Act 1966. If found guilty, he is liable to be fined RM10,000 or sentenced to five years' imprisonment, or both.

"The suspect's particulars and fingerprints were verified by the National Registration Department. We contacted our counterparts in the Philippines to ascertain if he is the person they were looking for." However, Syed Ismail said the suspect could not be deported to the Philippines as he was a Malaysian. Although the Philippine authorities wanted the suspect, they had not submitted any extradition request.

"There are procedures to be followed if a Malaysian is wanted by a foreign country for a crime he committed there." Syed Ismail said the name and age of Manuel, also known as Mohammad Sufian Said, did not tally with the suspect in custody. "We are working closely with the Philippine counterparts to confirm his identity and proper procedures must be followed before he can be extradited."

Sabah police Commissioner Datuk Hamza Talib denied that the suspect could not been deported to Manila because of the involvement of "higher authorities". "There are procedures that need to be complied with. The Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 has rules for providing international assistance in criminal matters. - Laporan Penuh di NST

31 January 2013

Pengalaman Datin Rosmah di Gaza

KALAU di negara kita ada rakyat yang hanya memikirkan fitnah, sementara di Palestin, hanya keamanan difikiran mereka.

Kalau di Palestin, apabila anak-anak ke sekolah, akan dicium, dipeluk, ditangisi oleh ibu bapa mereka, kerana mereka tidak pasti anak-anak itu akan selamat pulang semula ke rumah.

Atas sebab itu Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi kerana di negara tertentu, rakyatnya hanya mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran dalam mimpi, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa. 

"Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan," katanya. 

Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin. 

"Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun," katanya. 

Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels