Pertama kerana mahu kuasa. Kedua kerana adanya pembahagian yang tidak adil. Ketiga kerana ketamakkan. Suara Rakyat fikir, hanya tiga faktor inilah yang menyebabkan ada pembangkang.
Khazanah negara yang dikuras, pendapatan negara melalui berbagai bentuk percukaian diurus sepihak, sehingga ada yang merasa terpinggir. Penumpukan rasa tidak puas dan pembahagian juga sepihak, maka timbullah penentangan dan diwujudkan melalui parti yang tidak sealiran dengan kerajaan, dan disebutlah pembangkang.
Sebenarnya, mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan ini, adalah mereka-mereka yang senantiasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, dalam semua bidang terutama yang berkaitan dengan projek yang diberi peruntukan oleh negara.
Siapa yang tidak menentang, daripada 100, sepihak dapat 99, manakala sepihak lagi hanya dapat 1. Demikian juga, dalam pengagihan jawatan-jawatan, satu etnik majoriti, satu etnik lagi minoriti, malah ada yang kosong.
Siapa yang tidak menentang, jika sipulan dan sipulan yang sebenarnya mempunyai taraf yang sama, apabila memohon projek kerajaan, sepihak hanya diberi yang kecil-kecil, manakala sepihak lagi yang besar-besar.
Siapa yang tidak menentang, jika hanya sepihak yang memulun, manakala sepihak senantiasa kelaparan, mesikipun telah mencuba dan mencuba mencari peluang.
Siapa yang tidak menentang, berpuluh tahun berusaha dengan membanting tulang, hanya mampu membeli kereta kancil, namun ada pihak hanya lima tahun menjadi wakil rakyat bisa memiliki segala-galanya, semudah membalikkan coin.
Siapa yang tidak menentang, apabila saban hari hanya makan mee maggi, manakala yang lain menikamti lobster, makanan mewah, bersarapan paling rendah dengan american breakfast.
Siapa yang tidak menentang, bertahun-tahun menyokong, namun sokongan tinggal sokongan, hanya dianggap sebagai ayam, apabila diperlukan dihambur dengan dedak atau hampas kelapa, apabila dekat pilihanraya, didodoi, untuk menghilang rasa kesumat bertahun tahun dengan berbagai harapan.
Manusia sedaif pun, suatu hari akan tersedar juga. Atas sebab itu, timbulnya penentangan. Apabila gelombang penentangan semakin kuat, baru lah ada kesedaran daripada yang memerintah, dan mencuba memberikan apa sahaja, demi menggamit kembali sokongan.
Sifat manusia, untuk memberi peluang kali kedua, namun apa kah sifat-sifat yang memberi peluang ke dua itu akan lebih ramai berbanding dengan putus tali dalam menyokong semula?
Pemimpin Sabah sangat beruntung, kerana berlakunya berberapa kali pertukaran kerajaan. Atas sebab itu, pendekatan pemimpin Sabah agak berlainan dengan pendekatan mereka yang di Semenanjung.
Pendekatan pemimpin Sabah, justeru mengarah kepada pembangunan rakyat secara umumnya, menjadikan rakyat gembira, seiring dengan kegembiraan yang memimpin. Atas sebab itu, menurut lapuran EPU, kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastik daripada 19.7 peratus pada tahun 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu.
Demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, kerajaan Sabah saban tahun membentangkan bajet yang terus menerus meningkat, sehingga saban tahun mengemukakan bajet yang senantiasa mencipta rekod.
Atas sebab itu, sukar bagi membangkang yang datang untuk mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka. Manakala, pembangkang dalam negeri pula, bukannya tidak mendapat pebahagian yang sama rata, akan tetapi bersifat tamak, mahu membolot kesemuanya untuk keuntungan diri sendiri.
Kepimpinan Musa Aman, lebih suka kehilangan para pemimpin seumpama ini, berbanding kehilangan rakyat yang perlu dibela. Atas sebab itu, pemimpin seperti Yong Teck Lee, Lajim Ukin, Yahya Lampong, Welfred Bumburing dibiarkan pergi, tanpa pujukan, kerana kehadiran mereka dalam pemerintahann lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan kepada rakyat.
Terserah kepada rakyat pada PRU-13 akan datang, apa kah memberi sokongan kepada kepimpinan yang mengambil tentang pembelaan rakyat.
Kerajaan pusat, melalui kepimpinan Najib nampaknya telah berubah total, atas sebab itu transformasi jangka panjangnya adalah untuk memajukan rakyat seiring dengan kemajuan negara.
Pembangkang terperangkap dengan pendekatan yang dilakukan Najib, kerana dakwaan yan mengatakan pembahagian tidak adil, cuba diselaraskan, dan kini dinikmati oleh rakyat, seperti pemberian BR1M, KR1M, Pusat kesihatan 1Malaysia, dan berbagai produk 1Malaysia lagi, demi rakyat jelata.
Kerajaan juga sebenarnya berterima kasih kepada mereka yang menentang, kerana sifat terbuai dan tertidur selama ini, akhirnya disesedari. Kerajaan memperbetulkan kesilapan lalu, sehingga Najib berulang kali meminta maaf.
Menyedari kesilapan dan sanggup membentulkannya, lebif afdal berbanding dengan yang mencuba-cuba. Kerana mereka yang mencuba-cuba akan melalui proses yang sama, kerana kejadian trail and error akan senantiasa berlaku.
Untuk mengelak Trail and Error, dan kesuntukan masa mencapai negara maju pada tahun 2020, maka keputusan cuba mencuba perlu dielakan. Negara tiada masa lagi untuk kembali kepada Trail and Error.