3 March 2013

Akhirnya Anwar dan Jeffery dapat wujudkan suasana Panik Di Sabah

Sumber daripada perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Bermula pada 9 Februari lalu, sekumpulan anggota yang menamakan diri mereka Tentera Sultan Sulu yang diketuai Rajah Muda Agbimuddin Kiram mendarat di Lahad Datu. Kumpulan seramai 234 orang itu termasuk 5 wanita berpecah tiga pada malam 12 Februari, satu kumpulan berlindung di rumah Ahmad Malandi, satu kumpulan berlindung sebuah surau dan sebahagian yang semua bersenjata bersembunyi di kawasan bakau.

Pada Jumaat 1 Mac, berlaku kejadian tembak menembak di rumah Ahmad Malandi, mengorbankan 12 penceroboh   dan 2 anggota komando 69 pasukan keselamatan negara.

Semalam, angka kematian di pihak pasukan keselamatan bertambah dua lagi, apabila orang anggota polis diserang hendap di kg Simunul Semporna. Pada awalnya pihak polis hanya mengsahkan anggota polis hanya tercedera, namun kerana kecederaan yang parah, nyawa mereka tida dapat diselamatkan. Nama-nama anggoata itu belum diperolehi setakat ini.

17 comments:

Unknown said...

Rakyat Waras, Bijak Tidak Akan Biarkan Diri Ditipu Dua Kali – Iszeham

Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A Hamid berkata rakyat yang berfikiran bijak, waras dan matang tidak akan membiarkan diri mereka ditipu dua kali.

katanya...


❤ pakatan pembangkang sudah terbukti hanya pandai berjanji namun tidak sekali mereka menunaikan apa yang dijanjikan.


❤ Berjanji memang mudah, apatah lagi dengan penyokong fanatik mereka. Walaupun pakatan pembangkang tidak tunai janji, penyokong mereka akan tetap sokong membuta tuli. Namun, begitu, dengan penyokong yang tidak begitu fanatik, tidak buta dan tidak tuli agak sukarlah untuk pembangkang tipu kerana mereka akan mula menilai janji-janji sebelumnya yang masih tidak tertunai satu pun. Sudahlah manifesto pun mereka kata bukan janji kini mereka buat pula manifesto baru. Pakatan pembangkang ini adalah pakatan penipu.

❤ pembangkang bukan setakat menipu tentang manifesto tetapi setiap apa yang terjadi, mereka akan mengambil peluang untuk menipu rakyat untuk menunjukkan bahawa kerajaan itu jahat dan zalim. Ini termasuklah insiden pencerobohan di Sabah.


❤ ebenarnya pakatan pembangkanglah yang jahat, zalim dan keji. Saya selaku bekas tentera turut berasa marah dengan penipuan dan kenyataan mereka memburuk dan mempersendakan perajurit yang terkorban. Adakah patut isu ini dipolitikkan.

❤ Tidakkah mereka terfikir tentang perasaan keluarga mangsa, tentang pengorbanan perajurit-perajurit ini… Cukup-cukuplah menipu… Saya amat berharap agar rakyat berfikir dengan matang. Adakah perangai seperti ini yang mahu kita sandarkan harapan membela nasib kita dan memertabatkan negara.

❤ Silap haribulan negara kita akan tergadai. Mereka ini tidak layak untuk dipercayai sama sekali. PRU-13 ini, mari kita bersama-sama tolak pakatan pembangkang dan terus beri kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negara ini dengan baik.


Unknown said...

Bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan dalam satu program di Alor Star berkata, “Arab Spring” boleh berlaku di negara ini sekiranya parti yang kalah tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya.

Unknown said...

Menurut Musa, beliau yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk menimbulkan huru-hara seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah.

Unknown said...

Pihak polis juga sepatutnya telah mula mengumpulkan maklumat untuk mengelakkan “Arab Spring” berlaku di negara ini.

Selain itu, Musa turut mempersoalkan Akta baru yang diperkenalkan bagi menggantikan ISA yang telah dimansuh.

Unknown said...

Musa membandingkan situasi di luar negara yang mana pihak yang mempromosikan keganasan akan didakwa, namun berbeza dengan situasi di Malaysia yang mana tiada tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan huru-hara.

Unknown said...

Beliau membidas pemimpin-pemimpin parti politik yang sanggup memperjudikan maruah negara semata-mata kerana cita-cita politik mereka.

Musa mendakwa terdapat elemen-elemen asing yang cuba mempromosi idea liberalisma ke dalam negara ini dengan menyusup melalui beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Unknown said...

Idea-idea liberal seperti mempromosi LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgander) diperjuangkan bagi melemahkan institusi Islam di negara ini. Fikiran rakyat cuba dipesongkan dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan bertindak kejam sekiranya liberalisma ditolak.

Unknown said...

Pihak pembangkang turut memainkan peranan dengan menyebarkan dakyah bahawa kerajaan pemerintah adalah korup dan lemah untuk mempengaruhi rakyat sedangkan di negeri-negeri mereka sendiri bermasalah.

Unknown said...

Pegawai Tentera Filipina dakwa pemimpin pembangkang Malaysia terlibat secara langsung jemput kumpulan bersenjata Filipina ke Sabah!

Unknown said...

Kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata dari Filipina ke Lahad Datu sekarang ini hebat dipolitikkan oleh pemimpin pakatan.

Unknown said...

Kit Siang persoalkan kenapa pihak tentera tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan kita ada aset strategik seperti Scorpene di Sabah. Bagaikan membaca text ucapan Kit Siang,Kini Chegu Bard atau lebih dikenali Bard Tuya dari AMK mengulangi kata kata Kit Siang.

Unknown said...

Bagaikan satu skrip drama,institusi ketenteraan diserang kononnya begitu lemah hinggakan tidak mampu menghalang kemasukan kumpulan lelaki bersenjata ini. Realitinya pihak tentera boleh menghalang atau menangkap kumpulan ini.

Unknown said...

Apalah sangat dengan bersenjata ringan dan mendarat menggunakan bot untuk menakluki Sabah sedangkan negara mempunyai cabang ketenteraan yang cukup disegani diseluruh dunia.

Unknown said...

Kita semua sedia maklum bagaimana pemimpin negara yang diketuai oleh Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi berjaya menyelesaikan konflik diantara kerajaan Filipina dan MILF yang kita semua tahu adalah umat Islam Filipina.

Unknown said...

Malaysia menjadi orang tengah menamatkan konflik puluhan tahun tanpa berlakunya pertumpahan darah dan apa perlunya bertindak secara kekerasan apabila kumpulan ini mendarat .

Unknown said...

Bard Tuya seperti biasa pakar dalam spin dan bohong kepada rakyat kantoi,Kit Siang dan pemimpin haprak pakatan juga ditangkap berbohong. Kumpulan yang turun ke Lahad Datu adalah sebahagian skrip ciptaan mereka sendiri.

Unknown said...

Ini dibuktikan ada kaitan dengan Anwar dan pemimpin pakatan yang terlibat secara langsung sepertimana yang dilaporkan oleh Agensi Berita Antarabangsa Reuters.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels