WALAUPUN susasana politik yang begitu panas, namun tidak sedikitpun menganggu kehidupan seharian rakyat.
Di kalah rakyat yang layak menerima BR1M memenuhi pusat-pusat pengagihan, tiba-tiba satu berita yang sungguh menggamit perasaan, yang kemudiannya bertukar kepada keadaan yang mencemaskan.
Malam 12 Februari, satu kejadian "pencerobohan" berlaku di sebuah kampung terpencil di Lahad Datu, Kg Tanduo.
Penceroboh yang mengaku sebagai Tentera Sulu, pada mulanya kelihatan tidak membawa kepada malapetaka; kerana kedatangan mereka, hanya bertujuan untuk memuktamadkan satu perjanjian dengan pemimpin tertentu, kemudiannya diketahui pemimpin daripada parti pembangkang.
Pasukan Keselamatan bertindak tidak terburu-buru, malah arahan hanya melalui perundingan; atas sebab itu pendudukan penceroboh terhadap kg Tanduo berlarutan sehingga 23 hari.
Akibat pencerobohan itu, para pemimpin kerajaan terutama di Pantai Timur Sabah, disibukan dengan kejadian itu; malah sebahagian besar daripada pemimpin itu berkampung di kawasan masing-masing.
Kebetulan Ketua Menteri Sabah merupakan wakil rakyat daripada Pantai Timur Sabah, dan kawasan beliau salah satu yang menerima tempias daripada pencerobohan itu.
Kawasan yang disifatkan menerima gangguan jika didasarkan kepada kawasan Parlimen dan Dun adalah seperti berikut: P184 Libaran dengan Dun Gum-Gum dan Sungai Sibuga; P185 Batu Sapi dengan Dun Sekong dan Karamunting; P186 Sandakan dengan Dun Elopura dan Tanjong Papat; P188 Silam dengan Dun Tungku, Lahad Datu dan Kunak; P189 Semporna dengan Dun Sulabayan, Senallang dan Bugaya dan P190 Tawau dengan Dun Balung, Apas dan Sri Tanjung dan terakhir P191 Kalabakan dengan Dun Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik.
Kawasan-kawasan yang terlibat itu yang terdiri daripada 17 DUN dan 7 kawasan Parlimen merupakan kawasan simpanan tetap Bn, kerana hanya Dun Sri Tanjong sahaja diwakili pembangkang, yakni DAP. Walaupun Parlimen Tawau yang kini disandang MP SAPP, namun pada PRU-12, kawasan tersebut dimenangi melalui tikit Bn.
Cerdik sungguh dalang kepada pencerobohan pengganas sulu, kerana dalang itu mengerti betul bahawa kawasan-kawasan tersebut sukar diganggu gugat melalui permainan politik atau janji-janji politik.
Yang boleh menganggu sokongan rakyat di kawasan tersebut terhadap Bn, hanya melalui kekacauan, agar supaya boleh ditimbulkan persepsi, bahawa kerajaan tidak mampu menjaga keselamatan mereka.
Niat jahat tidak semestinya melindungi dalang; akhirnya nawaitu dalang itu terbongkar juga. Tujuan asal dalang itu untuk menimbulkan keraguan daripada penduduk, akhir memakan diri sendiri.
Selepas keadaan kucar kacir di kawasan itu lebih sebulan, penduduk di kawasan-kawasan tersebut membangkitkan sokongan yang begitu kental kepada kerajaan, kerana mereka melihat, merasakan bahawa pemimpin mereka senantiasa bersama-sama mereka dalam keadaan genting. Selain itu, kerajaan mengambil tahu berkaitan kehidupan mereka, apabila kerajaan menghulurkan berbagai bantuan kepada mereka yang terganggu kehidupan harian mereka, bukan sahaja berbentuk wang tunai, malah pembaikan pulihan rumah atau membina rumah baru.
Sangkaan dalang pencerobohan pengganas sulu, rakyat akan berpaling tadah, ternyata meleset, sebaliknya mengukuhkan lagi sokongan mereka kepada kerajaan.
Maklum balas penduduk terhadap pasukan keselamatan berkaitan pencerobohan pengganas, disahkan sendiri oleh pasukan polis; bahawa maklumat daripada penduduk sangat membantu mengesan kedudukan pengganas.
Selain itu, pengumuman kerajaan mengwujudkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bagai kawasan Pantai Timur, sangat dialu-alukan majoriti rakyat umumnya dan khasnya penduduk kawasan Pantai Timur.
Nampaknya, sangkaan awal dalang kepada pencerobohan untuk menganggu gugat memontem gerakan jentera Bn, jauh meleset, sebaliknya mengukuh keeratan mereka daripada semua segi.
Nampaknya, Sabah bersedia berdepan dengan PRU-13 dengan semangat yang kental dan bersedia mengekalkan bahawa Sabah adalah Simpanan Tetap Bn.