PEMIMPIN Umno yang mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden selain tiga penyandang adalah mantan Naib Presiden parti Tan Sri Isa Samad.
Namun ada ura-ura bahawa Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman akan menyertai pertandingan itu. Akan tetapi, apakah Ketua Menteri Sabah itu akan menyertai pertandingan sebagaimana desakan akar umbi, setakat ini belum ada sebarang reaksi daripada beliau.
Walaupun Musa belum memberi sebarang reaksi, namun ada segelintir pemimpin yang merupakan penyokong Datuk Safie Apdal salah satu penyandang kerusi Naib Presiden yang mahu mempertahankan jawatan itu gelabah dan memberi komen-komen yang mempertikai kewajaran Musa bertanding bagi merebut salah satu daripada tiga Naib Presiden Parti.
Mengapa penyokong Safie begitu gelabah? Apa kah kemasukan Musa boleh menggugat peluang MP Semporna itu mempartahankan jawatan?
Parti mengamalkan tiga orang Naib Presiden sesuai dengan perlembagaannya. Jawatan-jawatan itu adalah jawatan-jawatan yang dipertandingkan, bukan jawatan lantikan.
Ahli parti adalah bertanggungjawab sepenuhnya siapa-siapa pemimpin yang bakal mengisi tiga jawatan itu. Setiap pemilihan parti, belum belaku hanya tiga pemimpin parti yang menawarkan diri merebut tiga jawatan itu, sebaliknya jumlah pemimpin yang bertanding melebihi jumlah jawatan yang tersedia.
Seharusnya segelintir pemimpin yang menyokong Safie melihat, bahawa proses pemilihan parti adalah pesta demokarsi sesebuah parti besar seperti Umno. Mereka perlu melihat pada sebarang pertandingan "the best men win" dan mereka tidak perlu memberi kenyataan seolah-olah menyekat seorang pemimpin yang mempunyai potensi untuk bertanding.
Mengapa mereka mensasarkan kritikan terhadap Musa? mengapa tidak mengeritik Isa Samad? Mungkin mereka melihat bahawa Isa bukan saingan Safie, sebaliknya saingan itu datangnya daripada Musa.
Perlu diingat Musa bukan mahu merampas kedudukan Safie, Musa dicadangkan bertanding untuk mengisi salah satu daripada tiga jawatan yang tersedia.
Jika Musa bersedia menerima gema dan permintaan akar umbi daripada 21 bahagian Umno Sabah dan bahagian-bahagian lain di Semenanjung, maka beliau perlu bersiang dengan empat calon yang lain menduduki salah satu jawatan itu, demikian juga pemimpin-pemimpin itu perlu juga bersaing mendapatkan tempat.
Kaedah pemilihan Umno yang baru yang menggunapakai 150,000 perwakilan berbanding 2.500 bagi menentukan barisan kepimpinan parti seharusnya disahut gembira oleh mereka yang mempertikai kewajaran Musa bertanding jawatan Naib Presiden. Kerana siapapun pemimpin yang mendapat urutan 1,2 dan 3 dalam pertandingan itu, mencerminkan pilihan akar umbi parti.
Mereka dan pemimpin yang bertanding perlu gembira mendapatkan barisan kepimpinan parti yang dicorakan oleh akar umbi.
Seharusnya, inilah masanya para pemimpin parti gembira, kerana perwakilan yang begitu ramai akan menentukan hala tuju parti dalam proses mentransformasinya agar supaya relevan sepanjang masa.
Melihat kepada desakan 21 bahagian Umno Sabah (Sabah mempunyai 25 bahagian daripada 191 bahagian parti seluruh negara) menecerminkan bahawa Musa adalah ketua mereka. Adalah tidak salah mengsyorkan ketua mereka bagi menduduki jawatan nombor tiga parti.
Umno Sabah memikirkan keupayaan dan pencapaian Musa sejak dilantik sebagai Pengerusi Umno negeri dan mengetuai tiga musim Pilihanraya Umum (PRU) dan mencapai keputusan yang cemerlang bagi BN, maka pengalaman itu boleh dikongsi dengan Presiden dan Timbalannya bagi memantapkan parti.
Adalah sia-sia jika keupayaan Musa tidak dimanafaatkan oleh parti pada masa ini, kerana trek rekod beliau boleh membuka mata bukan sahaja ahli dan penyokong parti, malahan rakyat jelata.
Rekod Musa sejak dilantik sebagai Ketua Menteri, telah melonjakan kewangan negeri daripada RM184 juta tahun 2003 kepada lebih RM3bilion pada tahun 2012. Malahan Bajet Sabah yang biasanya berkisar antara 1-2 bilion saban tahun sebelumnya, terus melonjak kepada lebih RM4bilion pada tahun 2013. Malahan jika dimasukan tambahan bajet yang diluluskan DUN Sabah pada 19 ogos, bajet Sabah untuk tahun 2013 melepasi RM5bilion.
Perbelajaan besar Sabah itu adalah untuk membangun rakyat, atas sebab itu, kadar kemiskinan yang tercatat dua angka pada tahun 2009, pada tahun 2012 menurun double digit kepada 8.1 peratus.
Berasaskan trek rekod Musa, seharusnya semua pihak gembira, apabila beliau boleh menduduki salah satu jawatan tertinggi parti, kerana cara itulah berterima kasih kepada beliau, dan seterusnya dapat menyumbang kepada perjalanan parti.
Walau bagaimanapun, apa kah Musa akan bertanding? SAMA-SAMA KITA TUNGGU pada 28 September ini apabila pendaftaran dilaksanakan.