9 February 2014

Musa Hadir Rumah Terbuka VKLiew

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran Datuk VKLiew di rumahnya di Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Ketibaan Ketua Menteri itu disambut tarian naga, dan kemudian mengetuai acara "Yam Seng".
 
Musa diiringi Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Tham Yap Shin.

Penyokong VKLiew sangat teruja atas kedatangan Ketua Menteri. Ada yang berkata, bahawa Musa adalah seorang pemimpin yang sangat terbuka, merujuk kepada krisis yang melanda Parti LDP yang berjalan sejak enam bulan lalu.

Seperti yang diketahui bahawa LDP kini terbagi kepada dua kumpulan, yakni kumpulan VKLiew dan Kumpulan Teo. 

Krisis LDP berkemuncak, apabila pada Ogos tahun lalu, berlakunya pemecatan beberapa pemimpin LDP, termasuk Setiausaha Agungnya Datuk Teo Chee Kang dan Penggantungan jawatan Timbalan Presiden Datuk Chin Su Phin, kerana dikatakan melanggarkan disiplin parti.

Namun, pihak ROS telah membuat keputusan pada 2 Januari lalu, bahawa EGM yang dijalankan oleh kumpulan Teo yang diadakan pada 19-20 Oktober 2013 adalah sah, atas sebab itu, kumpulan Teo menterjemahkan keputusan ROS sebagai mengitiraf kumpulan mereka sebagai pemimpin LDP yang sah.Berikutan keputusan ROS itu, pada 28 Januari lalu, kumpulan VKLiew telah memfailkan satu petisyen di Mahkamah Kota Kinabalu untuk membatalkan keputusan ROS itu, atas sebab ROS tidak mempunyai bidang kuasa mengeluarkan surat seperti itu. Mahkamah Kota Kinabalu belum memutuskan bila petisyen itu akan didengar.

Ekoran keputusan ROS itu dan tindakan Datuk VKLiew meminta mahkamah untuk membuat keputusan, Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi BN Sabah, ada memberi kenyataan, bahawa beliau mahu semua yang terlibat dalam krisis Parti LDP, perlu menyelesaikan permasalahan antara mereka, demi kebaikan BN Sabah. Menunggu sehingga semua masalah dalaman parti diselesaikan, ADUN Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang, dikekalkan untuk sementara sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada kabinet negeri Sabah.

Sumber-sumber dalaman daripada parti itu berkata, punca utama perbalahan dan krisis dalaman yang berlaku pada parti itu disebabkan oleh Datuk Chin Su Phin, kerana tindakannya senantiasa berubah-ubah, demi memelihara tujuan politik peribadinya.

Teo dikatakan masuk perangkap Chin, untuk melakukan perubahan dalam kepimpinan parti, kerana menurut sumber dalaman parti LDP, Chin tidak mampu mempengaruhi Liew untuk mempergunakan parti LDP untuk kepentingan peribadi.

Chin dikatakan hanya berminat mencari peluang dalam bentuk projek, atas sebab itu, pada tahun 2010, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dapat berkerjasama dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Musa, atas sebab kemahunannya mendapat projek tidak tertunaikan. 

Adalah satu tanda tanya, sejak akhir tahun lalu, Chin dengan mudah bertukar warna, apa kah kini beliau telah mendapat kehendaknya? tanya penyokong Liew? Atau beliau dengan mudah dapat mempergunakan Teo untuk mendapat projek, kerana Teo berkedudukan sebagai Menteri Penuh?

Timbalan Presiden LDP kumpulan Liew Tiong King Kiong dalam satu kenyataan yang diemilkan kepada OKB berkata, bahawa Chin merupakan seorang ahli politik yang tidak berperinsif, malah sejak menjadi senator 3 tahun lalu, tidakpun berjuang untuk rakyat, melainkan hanya sibuk mengejar projek untuk kepentingan dirinya dan konco-konconya.

8 February 2014

Krisis LDP: Masih Berterusan- Chin Su Phin Dibidas

Sandakan 8 Feb, 2014: Naib Presiden LDP Tiong King Kiong hari ini berkata bahawa Datuk Chin Su Phin merupakan seorang yang tidak berprinsif dan seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri.

"Kita melihat bagaimana Su Phin dengan cepat bertukar warna untuk mencapai tujuannya berpolitik, apabila beliau terlihat bersama-sama Teo Chee Kang menemui Ketua Menteri Sabah sebelum Sambutan Tahun Baru China".

Seperti yang diketahui bahawa Su Phin begitu tegas mengeritik Musa terutama berkaitan dengan Mazu dan beberapa isu lain. Kumpulan Su Phin mendesak Musa agar meletak jawatan, yang telah menyebabkan salah seorang Naib Presiden parti itu meletakan jawatan. Dalam satu mesyuarat, Su Phin mendesak agar LDP menentang kepimpinan Musa, namun Datuk VKLiew menentang dengan keras cadangan itu.

"Apa motif sebenar Su Phin? tetapi saya yakin, beliau tidak ikhlas, kerana beliau hanya berjuang untuk kepentingan dirinya, selain mendapat projek"

"Sebagai seorang Senator, Su Phin tidak memberi apa-apa untuk rakyat Sabah. Dia tidakpun bersuara untuk rakyat Sabah. Dia tidakpun turun padang. Dia tidak pernah ke Sandakan membantu rakyat selama hampir 3 tahun menjadi senator" tambah Tiong. "Beliau hanya datang untuk membidas kami di Sandakan" keluh Tiong.

"Su Phin tidak pernah dipilih oleh perwakilan parti, demikian juga Chee Kang. Mereka sebenarnya pengecut, kerana takut berdepan dengan perwakilan dalam pertandingan terbuka" "Atas sebab itu, mereka berdua mengistiharkan diri mereka sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Parti" "Keadaan itu, bagaimana mereka merasa tidak selamat berdepan dengan perwakilan parti pada pertandingan terbuka" demikian Tiong.

Ketua Menteri Sabah Kesan "Penipuan" Melalui Udara

Tanah seluas 380 hektar milik Jabatan Perikanan Sabah di Kuala Menggatal, hampir sahaja menjadi masalah besar, jika Ketua Menteri tidak mengesannya lebih awal.

Tanah itu sebenarnya diperuntukan untuk membina Zon Perindustrian Perikanan Kota Kota Kinabalu, telah dijual oleh pihak-pihak tertentu untuk membina rumah.

Menurut laporan harian express, lebih 50 ekar daripada tanah tersebut telahpun dibangunkan  rumah berbagai rupa termasuk rumah batu dan bertingkat.

Modus Operandi pihak tertentu itu, adalah menjual dalam bentuk lot rumah dengan keluasan sehingga 4,000 kaki persegi selot dan dijual paling rendah RM20,000.

Seorang pembeli yang hanya dikenali sebabai Azizul mendakwa, bahawa beliau diberikan satu salinan pemilikan lot dan disertakan nombor siri.

Dipercahayai pihak tertentu yang berjaya melakukan penipuan itu telah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit.

3 February 2014

Mengapa Boleh Berlaku Di Wilayah Umno?

PETANG Sabtu lalu, OKB berkesempatan hadir pada satu Majlis Kesyukuran dan Makan Malam anjuran Umno Bahagian Kota Belud di Kampong Taun Gusi.

Tetamu, sudah tentunya ahli-ahli Umno, dan ada juga daripada komponen Bn Sabah.

Kehadiran kira-kira 500 orang, walaupun tidak berapa ramai, namun agak kurang jelas untuk membedakan mana satu ahli Umno dan mana satu ahli parti komponen Bn, sebabnya jika dilihat daripada latar belakang etnik, perwatakan, semuanya hampir sama. Yang hadir adalah daripada suku kaum bajau, iranun, dusun dan sedikit daripada kaum cina.

Pada Majlis tersebut, puncaknya adalah pemberian bantuan kepada 12 orang rakyat yang tidak bernasib baik, 4 daripada DUN Tempasuk, 4 daripada Dun Usukan dan 4 daripada Dun Kedamaian.

OKB tidak tahu sehingga pukul berapa majlis itu berakhir, kerana kira-kira 9.30 malam, OKB meninggalkan Majlis itu kerana sesuatu urusan di Kota Kinabalu.

Jalan Labuan-Wakaf, memang agak gelap, salah satu lauan untuk ke susur jalan besar ke Kota Kinabalu. Jika masa berada pada tahun 60-an, ianya tidak menjadi masalah, kerana tamadun, pendidikan, kewarasan, keterbukaan, keagamaan belum berapa menonjol. Namun, jika berlaku pada masa kini, ianya merupakan satu malapetaka.

Sebaik sahaja kenderaan yang dipandu melewati jalan yang dibina tahun 60-an itu, tetapi sudah beraspal, alangkah terkejutnya OKB, apabila kenderaan dilempar dengan batu, dan kenampakan anak-anak muda belasan tahun, cukup gembira kerana berjaya menjalankan tugas mereka dengan baik. Bernasib baik juga, kerana yang terkena hanya cermin pintu belakang, tidaklah sampai pecah, kerana jenis cermin yang dipasang, bukan jenis cermin seperti pada kenderaan mewah, cermin hanya merekah, dan sudah tentunya perlu diganti.
 
Moral kepada pengelaman ini adalah, di manakah silapnya pendidikan negara kita? dimana kah silapnya pendidikan agama kita? Di mana sudah fungsi ibu bapa? dan di mana sudah peradaban kita?

Bukankah sistem pendidikan kita sudah cukup baik? Tidakkah semangat yang kita berikan dari semasa dan semasa melalui lagu patriotik, cerita teladan, motivasi, memadai? 
 
Sedar tak sedar dalam keselesaan yang kita capai pada hari ini, jika kita mahu menoleh ke belakang, menilai realiti statistik mengenai pencapaian bangsa kita, masih banyak lagi yang sebenarnya perlu kita lakukan untuk bangsa ini.

Pemimpin politik harus berhenti bercakap mengenai angka memenangi pilihanraya sahaja. Ia buat kita lupa tentang asas juang yang sebenar. Politik bukan saja wajib menang undi tetapi kita istimewa berbanding yang lain kerana perjuangan tersebut.

Hari ini kita kekurangan pemimpin bangsa terutama di peringkat bawahan yang seharusnya menjadi unit penting dalam perjuangan memperelokkan bangsa. Mereka yang memimpin di peringkat cawangan kebanyakan merupakan kaki ampu, kaki bodek, hanya minat untuk politik diri, atau untuk dapat elaun khas dan projek-projek tertentu.

Dulu Umno satukan orang Melayu untuk tolak Malayan Union, tolak beri tanah air ini pada British, tolak buka warganegara pada semua. Kita berjaya.

Dulu Umno juangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, perjuangkan bangsa kita yang miskin daif supaya dapat tempat dalam politik dan kepimpinan tanah air. Alhamdulillah Tanah Melayu merdeka, kemudian negara Malaysia, tanah air bagi pelbagai bangsa terbentuk, orang Melayu terus tadbir semua orang dengan saksama.

Dulu Umno berjuang untuk kurangkan jurang ekonomi bangsa Melayu dengan bangsa lain kerana khuatir kita terus tertinggal. Orang Melayu daif, miskin dan tidak sekolah. Sejak 1970, pemimpin Umno memperkenalkan Dasar Ekonomi khas, bantuan pendidikan khas dan lain-lain. Alhamdulillah bangsa kita daripada yang boleh membaca hanya 5%, hari ini tinggal 5% yang tak boleh membaca. Rakyat yang senang-senang berharta pun ramai di mana-mana.

Tapi sejak Umno stabil, kuat, selesa, nampaknya perjuangan Melayu ini tergendala. Ramai yang terlalu ingin berada dalam Umno demi kuasa, jawatan dan nikmat, tetapi lupa tentang kerja perjuangan yang masih perlu dilakukan.

Sejak dari itu perjuangan kita terbantut. Majoriti yang kaya kekal kaya, yang miskin kekal miskin. Orang-orang yang miskin, daif di luar bandar pula semakin hari semakin selesa dengan apa yang mereka ada, sehingga terlupa asas pembinaan bangsa itu sendiri.Atas sebab lupa, maka kenakalan remaja yang seperti dialami OKB itu, adalah sebahagian kegagalan kita.

2 February 2014

Di Sekitar Majlis Kesyukuran Umno Kota Belud

Datuk Salleh, Dato Rahman, Datuk Musbah dan Datuk Japlin
SEMALAM OKB sempat menghadiri Majlis Kesyukuran Umno Bahagian Kota Belud bertempat di Dewan Datuk Musbah, Taun Gusi.

Tetamu majlis itu adalah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan yang juga MP Kota Belud- Dato Rahman Dahlan.

OKB Datang atas jemputan Pengerusi Penganjur Majlis tersebut, Datuk Musbah Haji Jamli yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Adun Tempasuk dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud.

Kerana Majlis itu merupakan Majlis kesyukuran Umno Kota Belud, sudah tentu semua jajaran kepimpinan Umno Kota Belud hadir diketuai oleh Ketua Bahagiannya- Datuk Dr Salleh Tun Said.

Pembuka tirai Majlis adalah persembahan penyanyi-penyanyi tempatan dengan mempersembahkan lagu-lagu hit tanah air.

Tiga pemimpin berucap termasuk tetamu Majlis- Dato Rahman. Berikut intisari ucapan yang sempat dicerna oleh OKB.

Datuk Musbah Sebagai Penganjur

Majlis itu disifatkan oleh Pengerusi itu sebagai kesyukuran kerana selepas parti berdepan dengan PRU-13 dan pemilihan Parti yang berlangsung pada tahun 2013; parti berserta kepimpinan senantiasa bertaut bagi meneruskan perjuangan. Majlis itu juga memperkukuh perjuangan pemimpin dan parti untuk membela rakyat. Perjuangan tidak berpenghujung, perjuangan perlu kesabaran, perjuangan perlu komitmen, yang penting matalamat menjuarakan rakyat tercapai. Atas kesabaran rakyat dan komitmen pemimpin, maka berbagai program berjaya diadakan di Kota Belud. Program Jelapang Padi Kota Belud menjadi mercu tanda kesabaran itu, kerana program itu telahpun menjadi program kebangsaan.Beliau memberi komitmen kepada akar umbi parti, selagi nyawa dikandung badan, maka selagi itu perjuangan membela rakyat Tempasuk khas dan Kota Belud umumnya akan diteruskan.

Dato Rahman

Kuat Umno Kota Belud, kuatlah Umno, atas sebab Umno Kota Belud adalah anak sulung Umno Sabah. Atas sebab itu, Kota Belud dipilih sebagai Projek perintis pertama NBOS (National Blue Ocean Strategy) dan Kementerian beliau memperuntukan dana RM37 juta untuk melaksanakan program itu.

Sebagai MP Kota Belud, beliau juga berjaya meyakinkan Kementerian Pelancongan Persekutuan agar menaik taraf kemudahan bagi Pulau Mantanai untuk dijadikan tarikan pelancongan, atas sebab Kota Belud, perlu bergantung kepada pelancongan untuk mempertingkat pendapatan penduduknya.

Selain itu, beliau juga memberi "update" berkaitan Pusat Perkhidmatan Minyak dan Gas yang dibangun di Kuala Abai, dan perkirakan dalam tempoh 2 tahun projek itu akan siap. Apabila siap kelak, maka peluang pekerjaan bakal terwujud dan sudah tentunya untuk penduduk Kota Belud.

Rahman juga memberi tahu majlis, bahawa beliau kini sebagai anggota tetap Majlis Ekonomi Bumiputera Kebangsaan; atas peluang yang ada pada beliau itu, beliau memastikan sebarang program perlu sampai di kalangan rakyat Kota Belud, selagi program itu masih panas lagi.

Dalam soal politik, Rahman juga memberi tahu majlis, bahawa bagi mengatasi keterputusan hubungan antara penduduk bandar dengan Umno/Bn, maka satu jawatan kuasa khas yang mewakili penduduk akan diwujudkan di bandar-bandar/pekan-pekan. Untuk itu, sedikit masa lagi, Kota Belud akan mendapat 48 jawatan baru yang berkaitan dengan program itu.

Rahman juga meningatkan ahli Umno, bahawa Umno perlu senantiasa kuat, agar supaya boleh mendokong komponen parti Bn yang lain menjadi kuat. Dalam segi parti politik, Umno lah yang terkuat di Dewan Rakyat dengan jumlah 88 kerusi, diikuti DAP 38. Umno perlu terus kuat, untuk menjadi tulang belakang kerajaan; untuk itu, pembelaan terhadap bumiputera dapat diteruskan.

Datuk Dr Salleh- Ketua Bahagian Umno

Salleh yang menyampaikan ucapan dengan bersahaja, mampu menggamit hadirin. Beliau menyampaikan ucapan yang berkisar kepada kerjaya seorang ahli politik. Pemimpin politik katanya, adalah seseorang yang mengabdikan dirinya semata-mata untuk membela rakyat dan membantu rakyat. Atas sebab itu, parti yang disertai pemimpin seperti itu, adalah wadah untuk merealisasikan semua itu.

Salleh mengutip pendapatan Datuk Rizalman Abdullah " Pendapat sudah diberi, Pendapatan bila pula". Menurut Salleh, maksud kata-kata itu, perjuangan sudah dilakukan, kerja-kerja sudah dilaksanakan dengan berjaya, bila pula hasilnya diperolehi?

Hasil perjuangan pemimpin dan parti sehingga dapat membentuk kerajaan, adalah dalam bentuk program atau projek. Kerajaan menyediakan berbagai infrastruktur, kemudahan pendidikan, kemudahan perumahan dan banyak lagi demi faedah rakyat. Keamanan, kebebasan sehingga rakyat bebas bergerak, bebas mencari penghidupan adalah "pendapatan" yang disebabkan perjuangan.

Salleh dalam pendekatan politiknya, meminta semua lapisan akar umbi Umno dan pemimpinnya, agar BERJALAN SEIRING, bukan berjalan di belakang atau berjalan di depan, kerana beliau tidak akan selamanya menjadi pemimpin. Disebabkan berjalan seiring, maka akan terasa semua berada dalam satu pasukan.

Perjuangan membela rakyat tidak berpenghujung, beliau akur dengan pandangan Datuk Musbah. Perjuangan membela rakyat menerusi Parti Umno akan terus berjaya, jika Umno Kuat. Kuatnya Umno kalau ahlinya senang hati dan merasa terbela.

Meskipun perjuangan pemimpin dan parti membela rakyat, namun sering tergendala kerana karenah birokrasi yang terdapat di kalangan kakitangan kerajaan. Beliau menganalogkan karenah birokrasi itu, dengan melekatkan stem pada sampul surat. Tiada siapa akan bertanya, bagaimana kah stem itu dilekatkan pada sampul surat, yang penting stem itu melekat. Demikian juga berkaitan dengan program/projek membantu rakyat, pemimpin atau parti sebenarnya tidak berminat bagaimana program/projek itu direalisasikan, yang penting ianya menjadi kenyataan untuk faedah rakyat.

Pemimpin dan rakyat perlu ada konsensus, ertinya pemimpin perlu menjadi pemimpin; kerana jika semua jadi pemimpin, siapa pula yang dipimpin? dalam organisasi perlu ada aturan, perlu ada hieraki kepimpinan daripada yang terbawah sampailah yang teratas. Ertinya kempimpinan seperti ular yang bergerak, di mana kepala di situlah ekor mengikut, barulah satu organisasi senantiasa kuat dan kukuh.

Majlis kesyukuran adalah satu wadah mengeratkan hubungan antara akar umbi dan pemimpin, mengeratkan hubungan antara yang dipimpin dan yang memimpin. Majlis kesyukuran juga mampu merungkai berbagai masalah, mampu menyelesaikan berbagai masalah. Atas sebab itu, majlis seperti itu, perlu diteruskan dari masa ke semasa, bukan sahaja sebagai acara santai-santai, akan tetapi sebagi proses memperbaharui hubungan silaturahim. Datuk Musbah diberi kredit oleh beliau, kerana mengajurkan majlis seumpama itu.

29 January 2014

Krisis Parti LDP- Akhirnya Datuk VKLiew Ke Mahkamah Untuk Keputusan

Datuk VKLiew dan Peguam Beliau Dati Rakbir Singh Di Luar Mahkamah KK
Presiden LDP Datuk VKliew yang "disingkirkan" melalui surat ROS bertarikh 2 Januari 2014 akhirnya memfailkan satu petisyen ke mahkamah untuk mengistiharkan agar surat yang mengsahkan Kumpulan Teo Chee Kang sebagai pimpinan parti yang sah dibatalkan.

Semalam VKLiew melalui Tetuan Dato Rakbir Singh telah memfailkan petisyen dengan menamakan ROS, Teo dan Chin Su Phin sebagai dependen.

Liew mengambil contoh keputusan Mahkamah Persekutuan antara Datuk James Jenggut Lawan ROS, di mana mahkamah menyatakan bahawa ROS tidak mempunyai kuasa mencampuri urusan parti, seperti mana Seksyen 16 Pertubuhan itu.

Sebenarnya, krisis LDP sebuah komponen BN Sabah boleh diselesaikan, jika ke dua belah pihak bersetuju dengan keputusan yang dicapai pada September 2013, di mana dalam kesepakatan itu, tiada EGM atau AGM boleh diadakan pada 19-20 oktober 2013, melainkan semua barisaan majlis tertinggi dikembalikan seperti sedia kala, dan setiap ahli atau pemimpin dibenarkan mengambil bahagian bertanding sebarang jawatan termasuk Presiden dan Timbalan. Namun perjanjian itu tidak dipatuhi oleh kumpulan Teo, dan seterusnya mereka mengadakan EGM dengan kehadiran separuh daripada perwakilan asal parti itu.

Pun demikian, penyelesaian masih boleh jika kumpulan Teo mendengar nasihat Ketua BN Sabah- agar kedua belah pihak duduk semeja dan bertaut semula. Walaupun nasihat telah diberikan, kumpulan Teo yang dianggap sebagai "perampas" kepimpinan LDP yang sepatutnya berjumpa dengan kumpulan VKliew yang terpaksa bersedih kerana telah dilucutkan jawatan, untuk menyelesaikan semua sengketa. Sebenarnya, Datuk VKLiew sebagai 'Presiden' telah memberi isyarat beberapa kali, agar kumpulan Teo berjumpa dengan kumpulannya, namun, isyarat itu tidak dihiraukan oleh Teo/Chin.

Disebabkan kumpulan VKLiew telahpun melibatkan mahkamah, maka untuk sementara keputusan yang berkuatkuasa di mahkamah malaysia, bagi kes seperti ini, adalah ROS tidak mempunyai kuasa mencampuri persengketaan antara pemimpin parti, seperti mana keputusan antara SNAP lawan ROS. Untuk itu, surat ROS yang meniktiraf kumpulan Teo sebagai para pemimpin yang sah bertarikh 2 Januari sebenarnya mempunyai keraguan sesesuai dengan peraturan pendaftar pertubuhan itu sendiri.

Dan lagi, fungsi LDP sebagai Parti tidak boleh lagi berfungsi, selagi keputusan mahkamah tidak diperoleh.

Selain itu, Liew menyatakan bahawa beliau perlu mendapatkan keputusan mahkamah berkaitan krisis dalaman parti, agar supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar mempergunakan undang-undang dan peraturan dengan betul, supaya kepercayaan orang awam berkaitan undang-undang dijunjung tinggi.

28 January 2014

Anwar: Tidak Jadi Perdana Menteri, MB pun Jadi Lah

Anwar Ibrahim yang mempunyai dendam yang sangat membara untuk menjadi Perdana Menteri, namun tidak pernah kesampaian, akhirnya memilih jawatan Menteri Besar.

Bagi Anwar, tidak jadi PM, MBpun jadilah.

Anwar disahkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi N25 Kajang, jika PRK diadakan.

Bagi OKB,  tindakan ADUN Kajang mengosongkan kerusi, semata-mata untuk memberi peluang kepada Anwar, seolah-olah Pakatan Rakyat tidak mempunyai agenda membela rakyat, akan tetapi lebih menjurus kepada perjuangan peribadi.

Kempimpinan Pakatan Rakyat mempermainkan sistem demokrasi negara, kerana dengan mudah mengosongkan kerusi yang dimenangi tanpa sebab yang munasabah. Pengosongan kerusi, akan mengakibatkan wang rakyat terpaksa dibelanjakan untuk mengadakan pilihanraya.

Semalam, ADUN PKR bagi Dun N25 Kajang Selangor, mengosongkan kerusi, tanpa sebab-sebab yang kokoh seperti masalah kesihatan. Pengosongan itu, seolah-olah wakil rakyat Pakatan Rakyat memperlekeh rakyat yang memilih mereka.

Seharusnya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak melayan tindakan sebegini, kerana tindakan seperti yang dilakukan Lee Chin Cheh hanya merugikan rakyat.

Tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang, hanya bertujuan, agar Anwar dapat bertanding, untuk membolehkan Ketua Pembangkang itu dilantik sebagai Menteri Besar.

27 January 2014

Permaufakatan Nasional- Anwar Kena Bereskan Dulu Isu Allah Di Selangor/Pulau Pinang-Salleh

Majoriti rakyat negara ini tahu betul, kemelut berkaitan kalimah Allah hanya berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, terutama di Selangor dan Pulau Pinang. Mengapa perlu melibatkan seluruh negara? tanya Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Sabah, bagi Sabah dan Sarawak, isu kalimah Allah dianggap sudah selesai berikutan keputusan kerajaan pada April 2011 semasa pilihanraya negeri Sarawak, bahawa kalimah itu bebas digunakan oleh penganut kristian di Sabah dan Sarawak dan dilarang di Semenanjung.

Kemelut berkaitan kalimah Allah yang dicetak melalui bible berbahasa melayu dan iban, menjadi isu apabila Jabatan agama islam Selamgor (JAIS) merampas 300 bible daripada pejabat persatuan bible Malaysia pada 8 januari yang lalu.

Adalah pelik tindakan Anwar yang menyalahkan kerajaan BN terutama Perdana Menteri, sedangkan kemelut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pakatan. Ini namanya, lain orang yang makan nangka lainpula yang kena getahnya.
 
Berkaitan cadangan Anwar berhubung permaufakatan nasional, Salleh beranggapan, pra syarat kepada cadangan itu, adalah Anwar dan pemimpin pakatan rakyat seperti Lim Kit Siang perlu menyelesaikan terlebih dahulu berkaitan dengan isu kalimah Allah di negeri2 yang mereka perintah.

26 January 2014

Kurangnya Perumahan Penyebab Gejala Sosial- Tawfiq

BAYANGKAN menurut Menteri Kebudayaan dan Sukan Negeri Sabah- Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, sebuah rumah dihuni sehingga tiga keluarga. Anak-anak yang sudah berkelurga terpaksa tinggal bersama dengan ibu bapanya, kerana keluarga muda ini tidak mampu membeli atau membina rumah.

Ketidak mampuan ini juga, menyebabkan menjmurnya rumah-rumah setinggan terutama di pinggir bandar.

Kesesakan dalam sebuah rumah, bukan sahaja bersuasana tidak kondusif, malah mendatangkan konflik antara keluarga itu sendiri, selain berpuncanya gejala sosial bagi anak-anak atau remaja, kerana mereka lebih suka berada di luar rumah kerana keadaan rumah yang tidak kondusif untuk didiami.

Ekoran keadaan itu, ADUN Balung itu meminta pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan atau Lembaga yang mengurus perumahan negara, perlu membina lebih banyak perumahan mampu milik di Sabah, demi mengatasi kekurangan perumahan.

Semakin tuanya usia negara, maka semakin ramai ketua keluarga yang muncul. Ketua Keluarga itu sudah tentunya daripada pasangan anak-anak muda.

Daftar pengundi juga suatu hari nanti akan bermajoriti para pengundi ini, jika tidak dari sekarang masalah mereka tidak diatasi, kemungkin besar mereka akan memilih parti alternatif selain Bn. Jika itu berlaku, tidak mustahil, era Bn akan tamat.

PRU-13, kita telah menyaksikan bahawa Bn tidak lagi mendapat undi popular, walaupun menang 133 kerusi parlimen. Undi popular yang diperolehi parti alternatif adalah berpunca daripada pengundi di pinggir bandar dan bandar.

Pada PRU-13 juga, kita menyaksikan bahawa hampir semua kawasan bandar di menangi oleh parti alternatif; di Sabah misalnya, hanya Tawau yang masih selamat.

Cadangan Menteri Kebudayaan dan Sukan Sabah itu perlu diambil berat, tanpa tertanggu.

24 January 2014

Krisis LDP Belum Tamat

Selepas perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah pada khamis, Datuk Teo Chee Kang yang mengetuai 11 pemimpin LDP kumpulannya yang dikatakan diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pemimpin sah parti LDP, menyatakan bahawa parti itu akan berkerjasama dengan komponen parti BN Sabah yang dipengerusikan oleh Datuk Musa Haji Aman. Selain itu menurut Teo, Musa berpesan, agar kempimpinan parti itu menyelesaikan semua masalah dalaman parti itu demi Barisan Nasional.

Berlatar belakangkan kepada pesanan Musa itu, OKB melihatnya sebagai isyarat, bahawa sebenarnya krisis dalaman parti itu belum selesai.

Menurut sumber, krisis dalaman parti itu belum berakhir, atas sebab keputusan pendaftar pertubuhan yang flip flop. Sebabnya, ada terdapat dua bentuk surat daripada pertubuhan itu yang berlainan tarikh dan ditandatangani oleh pegawai yang berbeza. Satu surat bertarikh 2 Januari 2014 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Parti, dan satu surat lagi bertarikh 7 Januari yang ditujukan kepada peguam kumpulan Datuk VKLiew.

OKB menghubungi DatukVKLiew berkaitan dengan surat-surat itu, beliau mengsahkan ada menerima sesalinan surat-surat yang berlainan tarikh daripada pegawai yang berbeza. Malah beliau mempersoalkan mana satu surat yang perlu dipatuhi.

Mengulas mengenai kandungan surat yang berbeza, VKLiew telah mengarahkan peguamnya untuk memfailkan satu petisyen ke Mahkamah selain bertujuan mempertikai keputusan pendaftar pertubuhan (ROS), juga menghalang kumpulan Teo Chee Kang menjalankan aktiviti bagi pihak parti.

Melihat kepada perkembangan mutakhir berkaitan parti itu, walaupun Pengerusi BN Sabah bersedia menerima kunjungan hormat di kediaman rasminya pada khamis oleh kumpulan Teo, namun menurut sumber yang tidak mahu disiarkan, perbincangan pada pertemuan itu berkisar kepada cara penyelesaian dalaman dalam parti itu.

Adalah tersirat melalui pertemuan itu, Musa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, berkehendakan agar kumpulan Teo dan VKLiew perlu bersatu semula demi kebaikan parti itu dan juga barisan nasional. Berasaskan kepada isyarat itu, apa kah kedua belah pihak bersedia bersatu? Soalan ini, OKB ajukan kepada VKLiew, beliau dengan kiasan berkata, dalam politik semua boleh berlaku, sebabnya dalam politik tiada kawan selamanya, demikian juga tiada musuh selamanya. Malah beliau berkata, kami adalah kawan-kawan lebih 20 tahun, adalah mustahil kalau tidak boleh berbaik semula.

Akan menjadi mimpi buruk bagi parti LDP, jika krisis dalaman dalam parti tidak dapat diselesaikan di luar mahkamah, kerana menjadi kebiasaan apabila krisis parti masuk mahkamah, biasanya pembatalan akan menyusul.

Misalnya dalam kes Parti SNAP lawan ROS, di mana keadaan yang berlaku dalam parti daripada Sarawak itu hampir sama dengan krisis LDP, keputusannya pihak mahkamah berpihak kepada pengadu, dalam hubungan dengan LDP, maka mahkamah kemungkinan besar berpihak kepada VKLiew; jika ini berlaku, maka apa yang terjadi dengan parti itu? jawabnya ROS akan membatalkan pendaftarannya.

OKB melihat, krisis LDP jauh daripada tamat, atas sebab itu Pengerusi Bn Sabah, menurut sumber tidak berpihak kepada mana-mana pihak, samada kumpulan Teo atau kumpulan VKLiew.

OKB juga akan muskil, jika Musa akan mengiktiraf kumpulan Teo (seperti dalam gambar), kerana mereka-mereka inilah pada tahun 2010 yang menyatakan tidak dapat menerima kepimpinan Musa, sehingga Naib Presiden parti itu Peter Pang keluar daripada parti itu. Mungkin kumpulan Teo lupa kenyataan mereka pada tahun 2010, kata peribahasa, pelandok akan lupa perangkap, namun perangkap tidak akan pernah lupa pelandok.

Jika benar, bahawa kumpulan Teo menerima kepimpinan Musa, Menteri Tugas-Tugas Khas itu perlu mengambil inisiatif menemui kumpulan Liew, dan satu pelan damai perlu dirangka. Teo akan diterima sepenuhnya sebagai Presiden Parti, jika satu majlis serah tugas berlaku, antara VKLiew dan Teo sendiri. Jika majlis seperti itu belum berlaku, maka sejak itulah LDP akan terus terbahagi dua, ertinya, krisis parti belum boleh dikatakan selesai.

Krisis parti itu akan memuncak, jika kumpulan Liew membawa krisis itu ke mahkamah untuk keputusan. Jika ini yang berlaku, maka ianya tidak menguntungkan siapa-siapa, malah merugikan parti itu khasnya dan barisan nasional amnya.

21 January 2014

Henti Tebang Hutan- Penyebab Pendapatan Sabah Meningkat

TINDAKAN Ketua Menteri Sabah membatalkan konsesi balak sebaik sahaja dilantik Ketua Menteri, kini sudah berbaloi.

Menurut Menteri Pelancongan Negeri, Datuk Masidi Manjun, pendapatan balak yang biasanya RM2bilion, kini diambil alih oleh sektor pelancongan, malahan pendapatan daripada sektor itu 3 kali ganda berbanding pendapatan daripada balak.

Pada tahun 2013 pendapatan Sabah daripada sektor pelancongan adalah RM5.7 bilion, pendapatan itu diperolehi daripada 3.2 juta pelancong yang melawat negeri di bawah bayu itu.

Tahun 2014 diperkirakan pendapatan daripada sektor pelancongan akan meningkat kepada RM6 bilion.

Sebenarnya, menjaga keselestarian alam dengan tidak merosaknnya, lebih menguntungkan manusia. Bencana banjir tidak menimpa, sumber udara bersih bagi keperluan bernafas akan senantiasa tersedia.

Cuba banyangkan jika hutan dara tidak ditebang, sudah pasti, air sungai di negeri ini, masih lagi jernih, tidak seperti sekarang, di mana air sungai sudah bertukar warna lumpur.

Jika dahulu sungai merupakan sumber air bagi penduduk di pedalaman, kini tidak boleh lagi, kerana air sungai tidak sihat lagi.

Nasib baiklah, Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, jika tidak, mungkin, kebanyakan hutan di negeri ini sudah gundul, dan sudah tentunya pendapatan daripada sektor pelancongan tidak akan diperolehi.

Satu fenomina yang diamati oleh OKB, mereka yang terlibat dalam sektor pembalakan suatu ketika dahulu, memang sungguh kaya dan mewah, namun kini, keadaan mereka, seperti hidup segan mati tak mahu, mungkin dosa yang ditanggung mereka cukup berat, kerana mereka tergolong kepada manusia-manusia perosak alam.

Sejak Sabah menolak sumber pendapatan daripada penebangan hutan, kerajaan Negeri senantiasa membuat rekod dalam bajet tahunan. Tahun 2014 misalnya, bajet negeri sebesar RM4.662 bilion, dan ianya merupakan satu lagi rekod.

19 January 2014

Dalang Penyebab Harga Naik Hampir Dikenal Pasti

KINI hampir terbongkar, bahawa kenaikan harga barang dalam negara sejak akhir-akhir adalah permainan halus daripada pihak tertentu. (Ikuti apa kata Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri disini

Tujuan kenaikan harga barang oleh pihak-pihak ini adalah untuk menimbulkan keresahan rakyat dan seterusnya membenci kerajaan. sila klik ulasan seterusnya oleh OKB pada 4 januari lalui disini

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels