14 April 2014

Banjir Sabah: Mengapa Ketua Menteri Terpaksa Memohon?

 Banjir Sabah!! Mengapa Ketua Menteri terpaksa memohon? Bukan kah, ada jawatan kuasa bencana alam, di mana jawatan kuasa itu, tergantung pernilaian akibat bencana, maka peruntukan itu diluncurkan. Seingat OKB, sebaik sahaja bencana banjir melanda Pahang, dan beberapa negeri di Semenanjung, maka diumumkan bantuan segera yang jumlahnya jutaan. Tidakpun sempat negeri-negeri itu memberi penilaian, akan tetapi peruntukan sudah diumumkan. Kedaannya sungguh berlainan dengan Sabah, Ketua Menteri sendiri terpaksa memohon kepada Perdana Menteri untuk sejumlah peruntukan.

Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini diberitahu, bahawa Ketua Menteri sendiri terpaksa mengemukakan permohonan sejumlah RM 97.44 akibat banjir yang melanda Sabah baru-baru ini.

Kawasan yang dilanda teruk termasuk daerah pedalaman dan juga Kota Belud.

Petikan ucapan Ketua Menteri Sabah di DUN Sabah hari ini "Berdasarkan penilaian yang saya terima daripada agensi-agensi yang berkaitan, pembaikan kerosakan infrastruktur awam akibat bencana banjir ini memerlukan peruntukan yang besar.

Justeru, sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa selaku Ketua Menteri, saya sendiri telah memohon kepada YAB Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM97.44 juta bagi maksud tersebut.

Tuan Speaker, Selari dengan amalan dan budaya pemimpin turun padang, saya sendiri telahpun beberapa kali turun melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir termasuklah lawatan bersama Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shahidan Kasim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan juga disertai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ke Daerah Beaufort, Keningau dan Tenom pada 14 Februari 2014. Saya sendiri telah mempengerusikan satu mesyuarat untuk mengkoordinasikan pengurusan bencana dari beberapa agensi di Beaufort serta taklimat daripada Pegawai Daerah (selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah). Seterusnya, saya dan rombongan melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir serta menemui mangsa-mangsa banjir di beberapa pusat-pusat pemindahan. Lawatan ini penting kerana kita dapat melihat sendiri keadaan serta kemudahan yang disediakan di pusat-pusat pemindahan, di samping dapat memahami dan merasai sendiri kepayahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Sokongan moral dan nasihat oleh pemimpin peringkat negeri telah membantu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara serta-merta (on the spot). Sebagai contoh, apabila saya berada di Beaufort, kita telah meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menggerakkan aset dan logistik tentera dari Markas 5 Briged bagi membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa yang rumah mereka telah ditenggelami air. Aset-aset tentera seperti Lori, Dapur Mudahalih (Mobile Kitchen) dan lebih 100 orang anggota tentera termasuk doktor perubatan tentera telah digerakkan. Aset-aset ini adalah sebagai tambahan kepada aset-aset sedia ada dari agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba, Polis dan lain-lain.
KEROSAKAN AKIBAT BANJIR

Selain memberi kesan langsung kepada kehidupan penduduk kampung dan orang awam, bencana banjir ini juga telah menyebabkan kerosakan terhadap beberapa infrastruktur awam seperti jalan raya, cerun, jambatan, infrastruktur dan fasiliti kereta api serta kemudahan penduduk seperti jambatan gantung dan balai raya. Berdasarkan kepada anggaran awal oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan Pejabat-pejabat Daerah, jumlah kerosakan infrastruktur yang dianggarkan akibat banjir baru-baru ini adalah berjumlah RM39,946,710.

Kerosakan juga berlaku ke atas jalan raya dan cerun-cerun di daerah-daerah lain yang disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh yang sama. Jumlah keseluruhan kerosakan di seluruh Negeri Sabah adalah dianggarkan lebih kurang RM97.44 juta.

Di samping itu, kerosakan dan kerugian yang besar juga turut dialami oleh petani, penternak dan nelayan akibat kerosakan tanaman, kehilangan dan kematian binatang ternakan. Mengikut anggaran awal yang dibuat oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak, jumlah kerosakan dan kerugian yang dialami oleh petani dan penternak adalah kira-kira RM16,265,255.

Kota Belud





13 April 2014

Sidang Dun Sabah: Apakah Usul Royalti Minyak Bakal Ditolak?

Esok Sidang Dewan Udangan Negeri Sabah (DUN Sabah) akan bersidang bagi penggal ke-2 tahun 2014.

Pada Khamis, TYT telah merasmikan persidangan itu; di mana juga menyaksikan ADUN Pembangkang mengenakan pakaian serba hitam, atas sebab protes kepada Mahkamah kerana menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Dato Seri Anwar Ibrahim atas sebab meliwat tahun 2008.

Difahamkan berapa usul daripada pihak pembangkang telah dihantar kepada Speaker Dewan- Datuk Dr Salleh Tun Said. Antara usul itu adalah berkaitan Akta Pemabnguan Petroleum tahun 1974. Apa kah usul itu bakal ditolak?

Hujung bulan lalu, percakapan berkaitan royalti minyak untuk Sabah, hangat diperkatakan; apabila dua pemimpin utama negeri itu mengulas mengenainya.

Di Kota Belud pada satu majlis hujung bulan lalu, Datuk Salleh meminta kerajaan persekutuan agar jangan memandang remeh desakan generasi muda negeri itu berhubung permintaan kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus. Hari berikutnya juga di Kota Belud, MP Kota Belud Dato Rahman Dahalan, juga menyatakan pada prinsipnya beliau bersetuju dengan permintaan itu, akan tetapi perlulah melihatnya secara menyeluruh. Hari berikutnya, dalam satu kenyataan; Ketua Menteri Sabah- Datuk Dr Musa Haji Aman pula, bahawa kerajaan negeri sangat terbuka atas suara-suara itu, malahan Ketua Menteri itu, mengulangi, bahawa isu kenaikan royalti minyak sebenarnya salah satu manefesto BN Sabah pada PRU-13.

Menarik untuk diperhatikan esok di Dewan Undang Negeri Sabah; jika usul daripada Pembangkang ditolak, alasan apa bakal diberikan, dan jika diterima, sudah tentu, jawapannya adalah jelas; bahawa sudah tiba masanya, perkara itu dibincang semula, memandangkan telah 40 tahun hasil bumi Sabah itu, terlepas daripada genggaman, manakala hasilnya dibayarkan hanya berasaskan token 5 peratus.

Sabah dan Sarawak adalah penyumbang 85 peratus daripada hasil minyak dan gas yang diurus Petronas, namun malangnya, dua negeri itu hanya dibayar 5 peratus. Selama 40 tahun, operasi Petronas, atas sebab hasilnya, maka mampu memberi divdien kepada kerajaan pusat tidak kurang 700 bilion ringgit; sehingga Petronas mampu membina Twin Towers di Kuala Lumpur, mampu membiayai Putrajaya dan banyak lagi pembangunan mega. Akan tetapi, negeri yang mengeluarkan hasil minyak itu, masih ketinggalan serba serbi.

Kita tunggu esok, apa yang berlaku di DUN Sabah.

12 April 2014

SIAPA PENYUMBANG KEPADA KETIDAKSTABILAN POLITIK DAN EKONOMI

Dalam sesebuah masyarakat terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai citarasa dan impian tersendiri. Untuk membina satu institusi keluarga, seseorang lelaki akan mencari pasangannya dan akhirnya berkongsi untuk membentuk keluarga dengan lahirnya anak-anak. Selalunya lelaki atau suami akan menjadi ketua keluarga. Proses ini tidak memerlukan undian. Ketua Keluarga bertangungjawab dalam hal ehwal keluarganya.

Bagi sesebuah masyarakat yang terdiri dari sekumpulan manusia, proses untuk mencari ketua akan berlangsung sama ada secara lantikan diri sendiri atau dipilih menerusi proses pemilihan. Ketua ini juga akan bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakatnya. Begitulah proses selanjutnya dalam mencari ketua kampong dan akhirnya menjadi Wakil Rakyat sesebuah kawasan sebagaimana yang kita praktikkan hari ini. Wakil Rakyat ini, bukanlah dari kalangan ketua kampong tetapi mereka yang berkelayakan dan berkemampuan untuk memimpin dan menjaga kebajikan rakyatnya.

Tugas utama sebagai wakil rakyat adalah menyatupadukan rakyat, memimpin, menjaga kebajikan, memberi peluang pendidikan dan memastikan keperluan asas mereka terlaksana ,di samping mencari sumber untuk menampung ekonomi dan membuka peluang pekerjaan.

Kenapa berlakunya krisis kepimpinan ?.... perkara ini berlaku kerana ketua selalu membelakangkan rakyat, tidak mahu bertanya kepada rakyat, tidak mahu ambil tahu masalah rakyat. Akhirnya ketua ini tidak diperlukan. Maka ketua baru akan dilantik. Selalunya ketua yang lalu, masih mahu menjadi ketua tetapi tidak mendapat sokongan majoriti, lalu dia mencipta pelbagai kontroversi dengan mengumpul penyokongnya yang kecil untuk membuat kacau. 

Apabila ketua tidak lagi mahu mengambil tahu masalah rakyat, maka rakyat akan menghadapi pelbagai masalah dalaman. Sumber tidak berkembang, punca ekonomi hilang dan akhirnya rakyat sengsara.

Pendek kata......... konklusinya.... faktor utama ke arah menyumbang ketidakstabilan politik dan ekonomi adalah pemimpin itu sendiri. Dalam hal ini, semua pemimpin khususnya dalam BN perlu bertanggungjawab. Sesungguhnya kekeliruan berlaku di kalangan rakyat. Kebangkitan rakyat dilihat pada PRU12 dan PRU13 lalu kerana rakyat tidak mahukan kepimpinan yang ada. Sebab itu ramai yang kalah.

Namun tidak pula dinafikan, bahawa propaganda yang dibuat oleh bekas ketua seperti Anwar juga adalah faktor menyebabkan rakyat keliru. Faktor Anwar menambah perit kepada situasi yang ada. Anwar seperti minyak yang dicurah ke api. 

Oleh itu kepimpinan BN harus peka, buka mata dan telinga dan terus mencari sumber bagi menjaga kebajikan rakyat. Segelintir pemimpin BN juga adalah pencetus kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara. TIDAK MALU BERCAKARAN SESAMA SENDIRI.

11 April 2014

DUN Sabah: YB Pembangkang Berpakaian Serba Hitam

Semalam, semasa pembukaan penggal Ke-2 Sidang Dewan Undangan Negeri, terdapat dua kumpulan, kumpulan yang teramai adalah mereka yang berpakaian rasmi berwarna putih lengkap dengan pangkat masing-masing sesuai dengan kebiasaan semasa majlis pembukaan sesuatu sidang. Di lain pihak, pembangkang pula berpakaian serba hitam, kononnya atas protes kepada tiga keputusan- Pertama atas sebab Dato Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat, kedua kerana dijatuhinya hukuman terhadap Karpal Singh atas sebab menghasut yang berkaitan dengan Sultan Perak dan Ketiga atas sebab dewan rakyat meluluskan Goods Service and tax (GST).

Tindakan mereka itu sebenarnya untuk dua perkara pertama adalah tidak menghormati keputusan hakim dalam negara ini, manakala yang ketiga tidak mahu mengakui suara majoriti.

Membawa keputusan mahkamah merebak ke Dewan Undangan negeri, sebenarnya satu tindakan yang salah tempat demikian juga protes terhadap GST yang diputuskan Dewan Rakyat juga tersalah tempat.

Melihat tindakan para wakil rakyat pembangkang DUN Sabah itu, mencerminkan bahawa mereka menghalalkan cara demi matalamat poltik mereka. Cuba bayangkan, jika mereka adalah pemerintah di negara ini, sudah tentu, mahkamah akan diperlekeh, atau keputusan mahkamah akan mereka tentukan.

Anwar dijatuhi hukuman bukan atas sebab tindakan kerajaan. Keputusan mahkamah berasaskan kepada dua orang rakyat negara ini yang mencari keadilan. Saiful Bukhari Azlan adalah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa, menuntut keadilan pada mahkamah yang ada dalam negara. Pusingan pertama, bekas pembantu Anwar itu kalah di Mahkamah Tinggi, namun di Mahkamah Rayuan, didapati Mahkamah Tinggi tersilap memberi keputusan.

Apa istimewanya Anwar berbanding dengan rakyat-rakyat lain di negara ini yang dihukum penjara dan sebatan atas sebab meliwat? Mengapa wakil rakyat pembangkang DUN Sabah itu, tidak ikut protes, apabila seorang guru Di Beaufort didapati bersalah atas sebab meliwat muridnya. Apa beza guru itu dengan Anwar? Apa kah disebabkan merupakan pemimpin utama Pakatan Rakyat, maka bebas melakukan apa sahaja kesukaannya, kerana pemimpin utama Pakatan Rakyat itu kebal undang-undang?

Dalam soal Karpal Singh, Pengerusi DAP itu adalah peguam terkenal, mengapa kah tidak mampu membela dirinya? Manakala isu GST adalah keputusan majoriti Ahli Parlimen; bererti juga keputusan sebahagian besar rakyat.

Tindakan para ADUN pembangkang berpakaian Hitam semasa pembukaan DUN Sabah semalam. adalah satu tindakan yang bukan mencerminkan kehendak rakyat, akan tetapi tidakan gimik peribadi untuk mendapatkan sorotan atau perhatian.

9 April 2014

Apa Kah Disebabkan Kriminal Meningkat Di Pulau Pinang-Maka Semua Balai Polis Di negeri Di Tutup?: Salleh

Tulisan Lim Kit Siang pada blognya, mencadangkan agar ESSCOM ditutup sahaja, ekoran penculiakan seorang rakyat China dan seorang rakyat Filipina di Singamata Resort, Semporna minggu lalu. Pemimpin veteran DAP itu turut mempersoalkan perbelanjaan RM300 juta untuk ESSCOM gagal membendung penculikan.

Kit Siang lupa, bahawa Esszone meliputi kepanjangan 1,773.7km tiga kali ganda berbanding perbatasan Malaysia Thailand (646.5km). Esszone meliputi 10 daerah daripada kudat hinggalah ke Tawau. Dengan kepanjangan itu, bukan mudah melakukan pemantuan dan penjagaan. Tiada siapa yang mahu penculikan berlaku, namun berbagai faktor menyebabkan keadaan itu berlaku. Akal manusia berbagai ragam. Ada yang melihat, bahawa kerja penculikan adalah suatu kerja yang menguntungkan. Perkara ini terbukti, apabila warga Taiwan yang diculik pada November 2013 dikatakan keluarga mangsa telah membayar sejumlah wang tebusan demi pembesaannya. Kini berlaku lagi, bahawa dikatakan bahawa penculik telah menghubungi keluarga penculikan minggu lalu, tentu untuk tujuan wang tebusan. Kebocoran berita seumpama ini, apatah lagi diakui oleh pihak polis, akan membawa satu pengertian, bahawa apabila kelak, mangsa culik itu dibebaskan, tentunya atas sebab wang tebusan sudah dibayar.

Semalam, pada blognya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menempelak Lim Kit Siang, dengan mengandaikan bahawa Pemimpin DAP itu, cuba memberi penyelesaian tetapi sebenarnya bukan penyelesaian. Salleh bertanya, apakah kerana kadar jenayah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur meningkat, maka memberhentikan semua anggota polis yang bertugas di dua Wilayah itu? Sudah tentu tidak, akan tetapi usaha mengatasinya di pertingakat melalui berbagai kaedah dan cara.

Seterusnya Salleh menyarankan kepada pemimpin DAP itu, hentilah pendekatan politik yang senantiasa mengecam kerajaan, seolah-olah tiada usaha kerajaan yang baik, melainkan buruk belaka.

Hudud Law By Kelantan-Unconstitutional : Datuk VKLiew


(Kota Kinabalu) Wednesday 9th April 2014 “The attempt by the PAS Government in Kelantan to table two private member bills soon in Parliament seeking a declaration that the Kelantan Syariah Criminal Court or HUDUD laws be implemented in the State must be rejected,” said Datuk V K Liew, the former Deputy Minister in the PM Department.

“We must understand that our Federal Constitution does not allow the implementation of hudud law by individual states in the Country. Hence, the passing of the enactment by the PAS-led Kelantan State Legislative Assembly way back in 1993 to implement Hudud in Kelantan is unconstitutional,” said Datuk VKLiew, who is also the Chairman of the Malaysia Law Reform Committee.

“Our Federal Constitution only gives individual states the power to enact laws creating offences by persons professing the religion of Islam, against the precepts of Islam and the punishments accorded for such offences.”

“In Islamic jurisprudence, hudud includes crimes such as rape, sodomy, theft, robbery, adultery, making unproven accusations of adultery, causing physical hurts, drinking intoxicants etc.”

“Essentially, Hudud laws are penal laws in nature.”

“And many of us are aware that Penal laws come under the jurisdiction of Parliament. Hence individual state such as Kelantan State Legislative Assembly has no power to pass or enact Hudud laws on its own. The enactment made in 1993 was void from the beginning.”

“It has no binding effect on Parliament.”

“It is impractical and unworkable for two systems to exist in a jurisdiction such as ours. Technically there will be two sets of system - one for the Muslims and another for the non-Muslims – covering the same offences.”

“It means that a Muslim who is charged in the Syariah Court for the hudud offences mentioned above (rape, sodomy, theft, robbery, adultery etc) can be charged again in the Criminal Courts as the offences mentioned fall within the Penal Code. This is double jeopardy and it is prohibited in any legal system.”

“Further complication may arise, as we have seen recently in some custodial cases involving a Muslim convert and a Non-Muslim wife. In our context, the existence of two sets of systems for Muslim and Non-Muslim will paralyse our criminal system.

“This is especially true when we have a situation where the offenders in the sexual offences mentioned above namely rape, sodomy and adultery involved non-Muslims.”

“For example, the complainant is a Muslim while the accused is a non-Muslim, or vice versa. The question is which court will the accused be charged? In the Syariah Court or the Criminal Court?”

“Technically, the accused can be charged in both courts.”

“Then we will have problems with procedure and evidential rules as in Hudud law requires 4 witnesses to be produced to prove a sexual offence while the criminal courts require corroboration and medical evidence, amongst others.”

“On punishment on adultery offences, media reports say that Hudud provides that a convicted adulterer will have to be stoned to death.”

“In essence, Hudud law cannot and should not be implemented in any state in Malaysia.”

“No state in the country should be given the power and the right to set up its own criminal system of law. It causes division and confusion in our multiracial society.”

“We should focus on strengthening our rule of law and uphold the sanctity of our Constitution.”

7 April 2014

Delimma Royalti Minyak Sabah

Kalaulah ditanya daripada 10 orang rakyat Sabah berkaitan Royalti Minyak apakah mahu kadar dinaikan ke paras 20 peratus, 8 orang akan bersetuju. Namun atas sebab politik, maka ramai yang berhujah dengan memberikan fakta, sehingga ada yang berkata permintaan 20 peratus adalah sesuatu yang tidak lojik, memandangkan pendapatan atau bajet Sabah bukan semuanya berpunca daripada bayaran royalti, sebaliknya ada juga berpunca daripada peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Data tahun 2011 (tidak diuraikan dalam tulisan ini) ditunjukkan, bahawa hasil minyak dan berbagai hasil lain daripada Sabah, apabila dibandingkan dengan peruntukan yang diluncurkan kepada Sabah, ternyata hasil daripada negeri itu lebih kecil 4 bilion ringgit i.e. hasil daripada Sabah berjumlah 11 bilion ringgit tetapi dana yang diluncurkan 15 bilion ringgit.

Tetapi masalahnya, bukan pada data tahun 2011, tetapi data tahun-tahun sebelumnya, terutama tahun 1976 hingga tahun sebelum tahun 2011, apa kah benar, perolehan pendapatan daripada Sabah oleh Kerajaan Pusat termasuk daripada minyak senantiasa kecil, manakala dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar? Kemudian, apa kah tahun-tahun selepas 2011, memang berlaku perolehan daripada Sabah senantiasa lebih kecil, sedangkan dana yang diluncurkan senantiasa lebih besar?

Pemimpin Sabah seperti Datuk Dr Salleh Tun Said, tidak akan sanggup mempertikaikan kadar royalti minyak, bukan sahaja sekarang, akan tetapi sejak tahun 2008, jika memang berlaku, bahawa dana yang diluncurkan kepada Sabah senantiasa lebih besar berbanding dana yang dihasilkan Sabah dan masuk ke perbendeharaan Persekutuan termasuk daripada minyak senantiasa lebih kecil.

Salleh menyuarakan mengenai royalti minyak, atas sebab untuk menjamin pendapatan negeri yang lebih mapan, tanpa bergantung kepada bajet tahunan kerajaan Persekutuan. Bajet pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, berubah-ubah setiap tahun, kadang besar kadang kecil.

Sabah memerlukan dana mapan, bukan sahaja untuk pembangunan akan tetapi memberi peluang kepada rakyatnya dalam soal-soal peluang pekerjaan.Tanpa dana yang mapan dan konsisten, maka kerajaan Negeri tidak akan mampu mengwujudkan berbagai agensi yang boleh membuka peluang pekerajaan bagi menampung generasi muda negeri itu, yang mana saban tahun semakin bertambah.

Tanah Sabah yang luas, memerlukan suntikan modal yang besar untuk dibangun. mengharapkan suntikan modal daripada asing, tidak selamanya boleh menjadi sandaran, atas sebab pemodal asing akan lebih suka kepada kawasan yang mempunyai infrastrukur yang lengkap dan tersedia, selain daya saing daripada segi upah dan skill.

Sabah sepatutnya sudah membangun, lebih 50 tahun merdeka, akan tetapi, masih banyak kawasan lagi, belum dibekalkan kemudahan asas yang sememangnya diperlukan oleh manusia yang bertamadun i.e. bekalan air bersih.

Ramai anak mudah lepasan sekolah menengah terpaksa meninggalkan kampung halaman yang gersang pembangunan, berhijrah bukan untuk memajukan dirinya, akan tetapi hanya sekadar untuk hidup. Berhijrah ke Lembah Klang, Pulau Pinang atau Johor hanya berkerja sebagai perkerja kilang atau pengawal keselamatan; itu bukan berhijrah demi memajukan diri, akan tetapi hanya untuk bertahan hidup.

Pada PRU-13, isu royalti Minyak dimasukan dalam manifesto BN Sabah. Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan, bahawa usaha meminta kenaikan kadar royalti minyak merupakan usaha berterusan dengan kerajaan pusat. Satu nada yang penuh diplomasi, memandangkan Sabah juga diperintah BN, dan BN memerintah Kerajaan pusat.

Wisdom daripada kerajaan Pusat, hanya satu-satunya jalan untuk melihat kembali Perjanjian Petrolium bagi negeri-negeri pengeluar minyak; Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Ironinya, keluaran minyak negara, adalah 85 peratus daripada Sabah dan Sarawak; namun, hak dua negeri itu, hanya 5 peratus. Satu pembetulan perlu dilakukan, once for all, sebelum ianya tidak terus menjadi duri dalam daging antara kerajaan dua negeri itu dengan kerajaan Persekutuan.

5 April 2014

Memali: Tiada Siapa Sanggup Membela Saya- Tun Musa Hitam

Pada jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”. Profesor Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai moderator.

Format diskusi menyamai program “Hard Talk” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa
juga soalan yang diajukan oleh moderator.

Sepanjang dua jam, moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr Mahathir berada di negara China dan saya adalah pemangku perdana menteri.

2. Saya bertanggungjawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Titik hitam karier politik

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur moderator dengan mengatakan sebagai seorang profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (iaitu 19 November 1985) Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya pemangku perdana menteri.

Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “my god” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai menteri dalam negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi.
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah.

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama pemangku ketua polis negara (KPN) telah menemui perdana menteri di pejabat beliau dan pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.


Mohon Dr M tangguh lawatan

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri perdana menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. Isu utama dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan pemangku perdana menteri kerana Tun Dr Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan perdana menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr Mahathir masih perdana menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan perdana menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Peluang dari Ilahi

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga parti Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang perdana menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ilahi memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.

2 April 2014

Minyak dan Gas Sabah: Minta Naik Royalti Kah atau Minta Dikembalikan Hak?

Telah 40 tahun penubuhan Petronas. Dalam perjalannya, dalam tempoh masa itu syarikat milik negara itu telah termasuk dalam Forutne 500 Company di dunia. Juga, dalam perjalanannya, syarikat itu mampu membina Menara Berkembar Petronas. Terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, kerana hasil minyak dan gasnya, syarikat berkaitan  dengan kerajaan itu menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.

Kini, Rakyat Sabah dan Sarawak merasakan sudah tiba masanya, syarikat yang berkembang atas sebab hasil bumi dua negeri itu, perlu mempunyai hak bukan hak dalam bentuk bayaran royalti seperti yang berlaku sekarang, akan tetapi hak dalam syarikat.

Kerajaan Pusat perlu mengkaji kedudukan ini, demi masa depan rakyat kedua negeri itu. Atas sebab Akta Petrolium 1974 artikel 4, sebenarnya menghapus hak-hak Sabah dan Sarawak untuk mencatur hasil buminya. Seharusnya perkara itu tidak berlaku, kerana perkara itu adalah asas utama penyertaan dua negeri itu bersama Malaya membentuk negara.

Tempoh masa 40 tahun, adalah masa yang cukup panjang. Atas sebab itu, tiba masanya hak sebenar  hasil bumi dua negeri itu dikembalikan. Tempoh masa 40 tahun, dua negeri itu membiarkan hasil buminya digunakan untuk membangun Malaya, namun keadaan negeri pengeluar hasil ketinggalan serba serbi.

Bukan sahaja  penguasaan hasil minyak dan gas bukan di tangan dua negeri itu, malah daripada segi peluang pekerjaanpun tidak positif kepada dua negeri itu. Apa lagi kalau bercakap berkaitan dengan pengurusan, jauh api daripada panggang. Kalaupun ada, akan tetapi rationya cukup kecil. 

Hasil minyak dan gas sepatutnya adalah peluang anak watan dua negeri itu untuk memajukan diri sendiri, umpamanya melalui peluang mendapatkan biasiswa, namun, terpaksa berkongsi dengan rakyat negeri-negeri lain, kalau adapun anak watan dua negeri itu mendapat peluang, akan tetapi jumlahnya kecil sekali.

Kini sebahagian besar rakyat dua negeri itu, merasakan bahawa hak milik selama 40 tahun yang terpaksa diserahkan atas sebab tertakluk kepada Akta Pembangunan Petrolium 1974, yang dianggap berat sebelah; seharusnya diperbetulkan, dan mengembalikan hak sebenarnya kepada pemiliknya.

Atas sebab itu, rakyat dua negeri itu, sebenarnya tidak perlu merayu akan tetapi para pemimpin pusat perlu melihatnya, demi keadilan kepada rakyat dua negeri itu.

Para pemimpin Sabah dan Sarawak dan juga rakyatnya perlu berjuang ke arah itu, melalui saluran yang sedia ada, agar supaya tiada yang merasa kecil hati, malahan ianya satu pembetulan kepada tindakan yang silap.

1 April 2014

Isu Royalti Minyak Sabah: Apa Kah Bakal Menyatukan Semua Rakyat?

Kini suara Kerajaan Sabah dan Pembangkang hampir seia sekata, sebabnya hanya satu passward ROYALTI MINYAK.

Semalam Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman dalam satu kenyataan, kerajaan negeri terbuka untuk menerima/mendengar sebarang pendapat berakitan isu itu.

Pada Sabtu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah  Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan undangan Negeri Sabah, menyuarakan agar kerajaan pusat perlu mendengar hasrat daripada generasi muda negeri itu, berkaitan royalti minyak.

Juga, pada Ahad Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutuan, Dato Rahman Dahlan pada prinsipnya bersetuju dengan permintaan kenaikan royalti minyak asalkan sesuai dengan kerangka dan mekanisme yang menyeluruh.

Pada PRU-13 lalu Pembangkang memenangi 12 kerusi DUN  dan 3 kerusi Parlimen.  
 
Melihat kepada kecenderungan yang berlaku antara BN yang rata-rata disokong oleh bumiputera Sabah dan 9 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang adalah kawasan bumiputera, maka pada PRU-14 kemungkinan besar semua kawasan bumiputera akan dimenangi oleh suatu "gabungan" pengundi bumiputera hanya disebabkan oleh passward Royalti Minyak. Selain itu, kecederungan pemimpin BN terutama Datuk Salleh Said yang mengangkat isu perkara 20, di mana isu itu juga merupakan isu utama pembangkang, maka melalui passward ke-2 itu, memungkinkan akan berlakunya kesepakatan bahawa demi Sabah dan rakyatnya, maka "satu" entiti baru akan wujud,  tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat demi faedah pembangunan negeri.

Dalam politik mesti ada satu titik temu. Bagi politik Sabah, titik temu itu adalah royalti minyak dan perkara 20. Jika dua perkara ini menjadi rakyat Sabah bersatu, maka ianya sesuatu yang perlu disokong oleh semua pihak. 

Para pemimpin di Semenanjung jangan lah khuatir apatah lagi menaruh curiga, titik temu yang dicapai itu adalah dalam kerangka bernegara, sesuai dengan semengat pembentukan negara tahun 1963.

Perkara asas perlu diselesaikan once for all, agar supaya derap langkah membangun negara terus berjalan sesuai dengan peredaran zaman.  Semua ketidak puas hatian, unek-unek dalam hati perlu diselesaikan berlandaskan kerangka yang ada, agar tiada siapa yang kalah, melainkan semua dalam keadaan kemenangan.

Royalti Minyak : Kerajaan Sabah Cenderung Kadar Dinaikkan

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman memberi isyarat bahawa Kerajaan Negeri cenderung kepada kenaikan royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu.

Menurut Ketua Menteri Sabah itu, sebenarnya isu royalti minyak merupakan salah satu manifesto BN Sabah pada PRU-13 lalu.

Sabtu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun said juga telah membayangkan kehendak kerajaan negeri semasa mengulas kenyataan bersama pergerakan pemuda daripada komponen BN Sabah PBS, UPKO dan PBRS.


Dalam perkembangan yang sama,MP Kota Belud Dato Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan, pada prinsipnya bersetuju dengan kecenderungan itu, namun menurut beliau, kerangka atau mekanismenya perlu jelas dan menyeluruh.

Sebenarnya Isu kenaikan royalti minyak adalah isu lama malah menjadi isu on and off dalam kanca politik Sabah.

Sejak tahun 1985, isu royalti minyak sudah menjadi bualan berbagai pihak di Sabah. Malah pada tahun 2008, Datuk Dr Salleh Tun Said pernah menyentuhnya dan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya kadar royalti itu dikaji semula. Pada tahun 2012, Dewan Undang Negeri Sabah, pernah diberitahu, bahawa perjanjian Petrolium Tahun 1976 adalah penghambat kepada mengkaji semula berkaitan kadar royalti yang dibayar kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Sementara itu Rahman sebelum ini pernah menjelaskan secara panjang lebar dengan mengunapakai data sebenar berkaitan operasi carigali dan industri minyak negara, bahawa jika syarikat Petrolium negara itu dibebankan dengan bayaran royalti 15 peratuspun, maka syarikat itu akan kehilangan daya maju dan lambat laun akan muflis.

Membicarakan kadar royalti minyak, perlu juga menyedari, bahawa pendapatan negeri selain daripada bayaran royalti juga mendapat peruntukan yang besar daripada kerajaan pusat melalui berbagai saluran antaranya melalui bajet pembangunan.

Namun BN adalah parti yang senantiasa mendengar degup jatung rakyat, atas sebab itu sebarang permintaan dan hasrat rakyat akan diperjuangkan demi faedah rakyat dan negeri.

Nota: Usul kenaikan Royalti minyak telah dihantar kepada Speaker dewan undangan Negeri Sabah untuk persidangan bulan April. Apa kah usul itu akan diterima? sama-sama kita tunggu.Related Story sila klik

31 March 2014

Kenaikan Royalti Minyak: Prinsipnya Saya Setuju Tetapi... Rahman

" Saya setuju pada prinsipnya, tetapi perlu perbincangan menyeluruh" demikian ulasan MP Kota Belud Dato Rahman Dahalan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan di Kota Belud semalam. Ulasan itu ada hubungan dengan desakan Pemuda PBS, Upko dan PBRS agar kerajaan Persekutuan menaikan royalti minyak yang dibayar kepada Sabah daripada 5% kepada 20%. Sebelum itu pada Sabtu di Kota Belud juga, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri- Datuk Dr Salleh Tun Said menyarankan kepada kerajaan Persekutuan agar jangan mengambil mudah desakan pemuda parti KDM itu (tanpa pemuda Umno).

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, menyuarakan kemungkinan besar, negeri itu akan meminta kerajaan Pusat melihat kembali kadar royalti minyak yang dibayar kepada negeri itu.

Dalam perkembangan yang sama, walaupun Rahman bersetuju secara prinsip berhubungan dengan desakan kenaikan royalti minyak, namun ianya perlu berasaskan satu mekanisme dan kerangka yang jelas.

Menurut MP Kota Belud itu, apakah melalui kenaikan royalti tidak menganggu penyaluran peruntukan kepada Sabah dan Sarawak? kerana sebagaimana yang kita ketahui melalui bajet sejak tahun 2009, peruntukan besar diberikan kepada Sabah dan Sarawak melebihi pendapatan yang dikutip daripada dua negeri itu. Sejak Dato Seri Najib dilantik sebagai Perdana Mneteri, Sabah dan Sarawak memperolehi bajet yang lebih berbanding negeri-negeri lain. Hakekat itu, kita perlu perhalusi dalam membincangkan royalti minyak, ulas Menteri itu.

Kita perlu menerima hakekat bahawa pendapatan Sabah dan Sarawak bukan hanya daripada royalti minyak tetapi juga peruntukan daripada kerajaan pusat. Atas sebab itu, membincangkan royalti minyak perlu melihat kepada peruntukan yang disalurkan kerajaan Pusat. Kerana kita perlu menerima hakekat, walaupun royalti hanya 5% akan tetapi peruntukan yang disalurkan jauh lebih daripada 5%.

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah melihat, bahawa pembangkang secara terancang memainkan isu royalti minyak untuk kepentingan politik, malangnya ada sebahagian daripada parti atau pemimpin BN terikut rentak pembangkang itu.

Rahman menambah, Anwar berjanji untuk menaikan royalti minyak untuk negeri-negeri pengeluar minyak kepada 20% dan kenaikan itu pada satu-satu masa akan melibatkan jumlah kewangan tidak kurang RM12.5 bilion. Namun Anwar tidak menjelaskan daripada mana wang itu dan bagaimanakah mekanisme pengiraan pembayaran royalti 20%?

Sebelum ini Rahman mengulas panjang lebar disini bahawa Petronas lambat laun akan muflis kerana tidak berdaya maju jika sekiranya membayar 15% royalti apatah lagi 20%.
Dalam perkembangan yang lain Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong yang juga MP Kota Kinabalu menyatakan bahawa ADUN DAP bersedia mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Persidangan dewan itu bulan depan. Juga, difahamkan ADUN Bingkor Dr Jeffery Kitingan telah menghantar usul itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Apa kah usul itu ditolak? atau tidak, maka sama-sama kita tunggu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels