7 November 2014

Intipati Bajet 2015 Sabah

MESKIPUN harapan OKB melalui tulisan sebelum ini, mengharapkan bahawa bajet 2015 Sabah akan lebih tinggi berbanding tahun ini; namun selepas mendengar/membaca bajet 2015; nampaknya; meskipun jumlah yang difikirkan besar itu tidak tercapai; namun cara Ketua Menteri Sabah membentangkan bajet itu dengan perincian prioritasnya; harapan itu terpenuhi, melalui jumlah peruntukkan yang dikhususkan untuk pembangunan.

PERAHU SUDAH DI AIR, DAYUNG SUDAH DI TANGAN; teruskan membangunan negeri. Bajet 2015 negeri Sabah yang berjumlah RM 3,812.79 juta meskipun lebih rendah berbanding bajet 2014 yang berjumlah RM4.088 bilion; namun sejak tahun 2008; pada kali inilah bajet negeri diunjurkan surplus sejumlah RM49.23juta.

Bajet 2015 Sabah yang membawa tema MENUMPU KELESTARIAN PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri di Dewan Undangan Negeri pada petang Jumaat.

Meskipun bajet tersebut lebih rendah berbanding bajet tahun ini, Musa yakin fokus pengukuhan kewangan negeri, penambahbaikan infrastruktur dan prasarana, pembangunan belia dan modal insan, pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup serta pembangunan wilayah seimbang akan terus berjalan sepertimana dirancang.

Bajet yang dibentangkan, meskipun kelihatan kecil, namun fokus utamanya mentransformasikan rakyat melalui transformasi ekonomi.

Daripada bajet tesebut sejunlah RM1,930.64 juta atau 50.63 peratus diperuntukan untuk pembangunan; ertinya fokus utama kepimpinan negeri adalah pembangunan. 

Sabah masih dahagakan pembangunan dalam semua bidang; atas sebab itu; fokus pada setiap bajet adalah pembangunan. Hanya melalui pembangunan, akan terwujud satu persekitaran perekonomian yang mapan; dan apabila titik point di mana pembangunan boleh mendukung persekitaran perekoniman; maka Sabah akan mula lepas landas sebagai negeri maju. Tujuan itu akan tercapai; jika rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada tanpa gangguan.

Pembangunan untuk kepentingan rakyat akan berjalan lancar, jika para pemimpin tidak diganggu oleh tukang-tukang karut, tukang kipas mahupun tukang tikam. Sebabnya, apabila pemimpin dapat berkerja tanpa memikirkan perkara-perkara remeh, maka mereka dapat memerah otak dan tenaga untuk memajukan negeri dan rakyatnya.

Kepuasan seorang pemimpin apabila rakyatnya sejahtera, hidup bebas tanpa gangguan dan mudah mencari rezeki.

Kerjasama Berterusan Kunci Kekuatan BN – Musa Aman

KERJASAMA berterusan dan persefahaman dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan kunci kepada kekuatan BN, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata selagi parti komponen bekerjasama, sebarang isu dan cabaran boleh diatasi.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di dalam BN kerana sokongan mereka. Ia memudahkan saya untuk melakukan tugas saya. Saya berharap kerjasama ini berterusan,” katanya pada majlis penyerahan surat lantikan kepada pemimpin bahagian kawasan Parlimen BN pada Khamis di Kediaman Rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya, Kota Kinabali..

Musa berkata parti komponen BN mempunyai objektif sama untuk membangun Sabah dan menambah baik kebajikan rakyat.

“Sudah tentu terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Oleh itu adalah penting wakil rakyat turun ke bawah untuk menangani masalah dan isu yang dihadapi rakyat.

“Ini amanah yang diberikan kepada anda selaku wakil rakyat dan ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggjungjawab dan berintegriti.” katanya.

Beliau berkata tugas membangunkan negeri ini memerlukan setiap orang bekerjasama selain bertukar pandangan dan idea dalam kalangan BN.

5 November 2014

Bajet 2015 Sabah

DI LAMAN fb Ketua Menteri Sabah; beliau menyatakan ceria menjelang pembentangan Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada Jumaat 7 November 2014 di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Gambaran ceria boleh menggambarkan satu perkhabaran baik untuk rakyat. 

Bajet 2014 Negeri Sabah berjumlah RM4.088 bilion, tidak termasuk peruntukan tambahan; dan jika dicampurkan dengan peruntukan tambahan, bajet tahun 2014 mendekati RM5 bilion.

Biasanya bajet Sabah, untuk tahun berikutnya disandarkan kepada bajet berserta bajet tambahan pada tahun sebelumnya. Dengan itu, adalah satu kepastian, bahawa bajet Sabah untuk tahun 2015 dianggarkan mendekati RM5 bilion ataupun mungkin lebih daripada itu.

Sabah memerlukan bajet yang besar untuk membangun negeri. Pembangunan infrastrukutur merupakan cabaran utama kepimpinan negeri; selain cabaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Bajet Sabah, akan disandarkan kepada pendapatan negeri. Melalui bajet yang tinggi, bererti pendapatan negeri juga bertambah.

Satu perkara yang menarik, sejak Musa menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, bahawa kerajaan negeri tidak menjual aset untuk menampung perbelanjaan; sebaliknya bajet negeri terletak kepada perolehan negeri.

Daya maju negeri digambarkan kepada pertambahan bajet setiap tahun; ertinya sejak 11 tahun lalu, perolehan negeri saban tahun bertambah.

28 October 2014

Mengapa Ada Pihak Mahu Musa Diganti?

MENGAPA ada yang kurang senang dengan Datuk Seri Musa Aman; sekelumit sebabnya sila ikuti tulisan Saudara Musli Oli disni 

Tulisan saudara Musli itu menghampiri kebenaran fakta. kerana sebelum ini seorang pemimpin yang OKB kenal pernah bercakap secara langsung kepada penulis beberapa tahun yang lalu. Malah pemimpin itu, mengandaikan atas sebab ketegasan Musa itu, maka beliau mendapat musuh dalam lingkungan Bn sendiri.

OKB berulang kali meminta kebenaran daripada pemimpin itu, untuk menerbitkan cerita benar itu melalui blog; namun kebenaran itu sehingga kini belum perolehi.

Alasan pemimpin itu, agar pendedahan itu, tidak menjadi katalis kepada pihak-pihak tertentu  untuk menggunakan cerita itu bagi mengwujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan kepimpinan dalam Bn. Selain itu, Musa sendiri tidak mahu perkara itu dijadikan sebagai bahan percakapan, dan bahan perbalahan antara pemimpin.

Tugas Musa, menurut pimpin itu, akan terus berkerja secara diam berasaskan perlembagaan negeri, dan akan terus bertindak untuk menjaga kepentingan negeri; atas sebab itu, dalam perjalanan pemerintahannya, Musa berusaha mengambil alih sebanyak mungkin syarikat-syarikat yang dahulunya diswastakan, untuk kembali sebagai GLC kerajaan negeri.

Tindakan Musa, antara lain membatalkan perjanjian memajukan Tanah Kerajaan yang terletak berhampiran dengan Taman Prince Philip, Tanjung Aru; yang diberikan kepada pihak swasta untuk dimajukan.

Sehingga kini, menurut pemimpin itu, Musa sangat terkilan dengan penjualan ladang lembu milik Sabah di Darwin, Australia; di mana hasil penjualan ladang itu, telah menyebabkan pembelinya sekelip mata menjadi jutawan.

Berikut Tulisan Saudara Musli yang telah OKB salin dan tampal, di mana isinya sama dengan OKB linkkan.

Pertemuan singkat itu sedikit sebanyak merungkai beberapa persoalan. “Saya minta satu saja. Jangan dedahkan nama saya. Saya tidak mahu sebarang kredit. Saya tidak ada kepentingan dalam hal ini. Soal Musa kekal jawatannya sebagai Ketua Menteri atau tidak, ia tidak akan mengubah kehidupan saya.”

Dia menarik kerusi dan jemput saya duduk. Suasana lobi Magellan pagi ini lengang. Agaknya masih terlalu awal. “Saya baca tulisan saudara minggu lepas. Ramai yang salah faham terhadap saudara. Ramai yang prejudis tanpa baca isi kandungan sebenarnya. Saya kenal saudara dan saya tahu, satu ketika dulu, saudara begitu rapat dengan Datuk Musa Aman. Datuk Syed Abas Ali pernah beritahu saya, dia diarahkan oleh KM untuk melantik kamu. Betul?”

Saya mengangguk, mengiyakan.

Minggu lepas saya dan Zabidi Saidi menulis “Konspirasi Jatuhkan Musa?“ selepas pertemuan 8 ketua Umno bahagian dengan PM mencadangkan peralihan kuasa di Sabah menjadi isu perbincangan. Kumpulan yang kami panggil ‘Kumpulan Pendek’ itu dikatakan mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin kanan Umno dari Pusat.

“Benarkah ada konspirasi seperti yang saudara tulis? Jika saya ditanya, saya akan jawap ya. Memang ramai yang mahu dia turun. Kenapa? Kerana Musa jadi batu penghalang kepada orang-orang yang melihat negeri Sabah sebagai ‘gold mine’. Jika bukan kerana ketegasan Musa, seluruh pantai dan kawasan laut dari Pulau Gaya sebelah Sutera Harbour hingga ke Teluk Likas, beratus-ratus ekar, sudah jadi milik syarikat tycoon dari Sarawak”. Menurutnya, kelulusan tanah itu semasa Tan Sri Dompok atau Datuk Yong Teck Lee. Bagaimanapun, pemilik Sutera Harbour Resorts menghantar satu surat bantahan kerana ada cadangan menimbus kawasan laut bersebelahan dengan resorts itu.

Sudah tentu Sutera Harbour Resorts tidak lagi menarik jika kawasan laut dan pantainya ditimbus dan dibangunkan. Bantahan sampai kepada pengetahuan Musa Aman yang baru dilantik sebagai KM Sabah menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat. Musa minta EIA buat laporan kesan penimbusan kawasan laut tersebut terhadap alam sekitar. Dan seterusnya membawa perkara itu kepada tribunal dan kerajaan negeri dapat membatalkan kelulusan.

Beliau juga bawa perkara itu ke Dewan Undangan Negeri Sabah untuk gazette kawasan tersebut sebagai kawasan yang kekal milik kerajaan dan tidak boleh dipohon atau dianugerahkan kepada mana-mana individu atau syarikat tanpa persetujuan DUN Sabah.

Tindakan Musa membawa perkara itu ke DUN Sabah patut dipuji kerana ia satu langkah mengelak salahguna kuasa berlaku di masa depan. Jika kuasa menganugerah tanah kekal sebagai hak mutlak KM dan kabinet negeri, insiden itu boleh berulang dan negeri bakal kehilangan prime land yang nilainya berbilion ringgit.

“Pemilik syarikat berpangkat Datuk Seri itu seorang Ahli Parlimen yang berpengaruh dan kaya raya. Bayangkan apa perasaannya terhadap Musa selepas kelulusan tanah itu batal. Suka atau marah? Tentu sekali bukan saja marah tapi mungkin berdendam dengan Musa. Wang telah banyak dilaburkan untuk mendapatkan kelulusan tanah itu. Saya dapat tahu ada seorang dua MP dari Sabah yang mendapat payroll darinya.Orang-orang ini juga marah dengan Musa, termasuk pemimpin kanan Umno Pusat yang merupakan rakan niaga pemimpin Sarawak ini.”

Tangannya beri isyarat kepada pelayan. “Dua kopi tenom, boleh?” Saya mengangguk. Tidak kisah minum apa kerana saya lebih berminat mendengar ceritanya daripada memikirkan soal minuman.

“Kamu berani tapi kadang-kadang agak sarcastic. Tapi itu stail masing-masing. Saya suka baca catatan perjalanan dari KK ke Sandakan dan dari KL ke Kuantan baru-baru ini. Satu sindiran yang cukup tajam terhadap Federal Government tentang Pan Borneo Highway. Memang benar Pan Borneo bukan highway seperti kamu kata.” Dia memuji.

Saya tidak balas pujiannya. Hanya senyum dan biarkan dia terus bercerita. “Musli, you are a story teller, saya bukan story teller.

Saya bukan penulis atau novelis. Bukan juga penglipur lara. Saya cerita perkara benar, bukan rekaan. Cerita daripada orang-orang yang rapat dengan Musa dan cerita yang saya dengar sendiri dari mulutnya. Saya tidak paksa kamu percaya sepenuhnya. Terpulanglah. Saya tidak ada kepentingan. Tetapi saya perlu ceritakan perkara yang berlaku. Do justice to him. Saya tidak kata Musa KM Sabah yang terbaik dan tidak ambil kesempatan daripada jawatannya. Begitu juga dengan KM Sabah terdahulu seperti Tun Stephens, Tun Mustapha, Harris Salleh, Pairin dan lain-lain.”

Apa pun tanggapan umum, Tun Mustapha menurutnya seorang KM yang tegas pertahankan hak Sabah. Katanya, jika diletak pistol di kepalanya sekalipun Tun Mustapha tidak akan menyerahkan tanah Sabah kepada syarikat-syarikat dari luar terutama kawasan prime land dalam kawasan bandar. Begitu juga dengan Allahyarham Tun Stephen. Dua pemimpin ini tidak bersetuju dengan pemberian royalti 5% kepada Sabah.

“Jangan samakan pemimpin Sabah dulu dengan sekarang. Amat tidak adil untuk kita bandingkan Tun Mustapha dan Tun Stephens dengan pemimpin Sabah hari ini. Set up tidak sama. Dulu parti dalam negeri. Sekarang parti nasional. Begitu juga dengan politik Sarawak. Kita tidak sama status dengan Sarawak kerana presiden parti yang memerintah Sabah adalah juga Perdana Menteri. Pemimpin BN Sarawak boleh bercakap soal Malaysia Agreement, soal royalty secara terbuka tapi di Sabah, ini tidak boleh dilakukan”.

Ini tidak bermakna pemimpin Sabah tidak pertahankan hak-hak Sabah bila tidak buat kenyataan terbuka, katanya lagi. Musa Aman telah membuktikan dia seorang pemimpin yang tegas dalam soal hak negeri Sabah bukan sahaja dalam kes tanah tetapi juga satu kes yang berlaku sebelum dia menjadi KM Sabah. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1994.
“Kes ini telah lama tetapi kesannya membawa kepada persengketaan antara dua pemimpin itu hingga ke hari ini.”

Satu proposal telah dikemukakan kepada KM Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai untuk menubuhkan syarikat pelaburan atau investment arm kepada Yayasan Sabah. Beberapa pemimpin terlibat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee dan seorang peniaga dari Sarawak bernama Datuk Ambrose Lee, pemilik syarikat NBT, sebuah listed company. Syarikat yang dicadangkan Aman Takzim. Cadangan itu daripada pemuda Umno, dan semua pemuda Umno seluruh Sabah pada masa itu dijanjikan elaun RM5000 sebulan sepanjang hayat, dengan syarat memberi sokongan sepenuhnya.
Deal untuk ambil alih asset Yayasan Sabah yang bernilai puluhan billion itu telahpun mendapat kelulusan KM Sabah dan kabinet negeri juga tidak menghalang cadangan tersebut.

Pada masa itu Musa bukan anggota kabinet. Dia sekadar Pengerusi GLC. Musa dilantik sebagai pengerusi SEDCO setelah menolak tawaran menjadi pembantu menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihan raya 1994. Pengambil alihan harta Yayasan Sabah oleh syarikat Aman Takzim berjalan lancar tetapi cadangan itu tidak boleh berkuat kuasa jika tidak mendapat persetujuan Ahli Lembagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah (BOT) yang dipengerusikan KM Sabah. Secara kebetulan Musa adalah salah seorang daripada anggota BOT Yayasan Sabah. Antara lain anggota termasuk Tan Sri Ampong Puyon dan Datuk Hasbollah Taha.
Maklumat yang diperolehi Musa daripada kakitangan kanan Yayasan Sabah begitu merisaukannya. Setelah Aman Takzim mengambil alih asset Yayasan Sabah, syarikat itu kemudian akan diambil alih NBT secara reverse takeover dan di senaraikan dalam BSKL. Ini bermakna Aman Takzim akan menjadi listed company dan bukan lagi milik penuh Yayaan Sabah dan di luar kawalan setelah ia menjadi syarikat awam. Pada masa itu Musa dapat maklumat Datuk Ambrose Lee adalah orang di belakang idea penubuhan Aman Takzim untuk mengawal syarikat itu melalui NBT.

Dalam mesyuarat pertama BOT Yayasan Sabah, Musa memberi pandangannya dan menyatakan kebimbangan itu kepada ahli-ahli lembaga yang lain tentang kemungkinan Sabah akan hilang kuasa pemilikan saham sekiranya syarikat itu disenaraikan kelak. Jika syarikat itu bukan lagi milik Yayasan Sabah, bermakna harta berbilion ringgit akan berpindah milik. Mesyuarat gagal mencapai kata sepakat dan ditangguhkan.

Pandangan Musa menjadikan dia tidak disenangi. Musa dianggap sebagai penghalang . Oleh itu, satu mesyuarat BOT Yayasan Sabah telah dirancang secara senyap-senyap dan diadakan semasa Musa mengikuti rombongan lawatan menteri, Tan Sri Joseph Kurup ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun Musa telah dihubungi dua pegawai kanan Yayasan Sabah, Datuk Tengku Adlin danDatuk Safari Manan mengatakan keesokan pagi BOT Yayasan Sabah akan mengadakan mesyuarat khas. Musa mendapat panggilan telefon itu pada sebelah malam. Tanpa berlengah, beliau menaiki teksi dari Pulau Pinang ke Airport Subang. Beliau tiba sekitar jam 4 pagi dan sempat menaiki pesawat pertama ke Kota Kinabalu.

Ketibaan Musa dalam mesyuarat itu amat memeranjatkan kerana dia tidak dimaklumkan dan secara sengaja telah dirahsiakan daripada pengetahuannya. Mesyuarat BOT pagi itu khususnya membincangkan proposal Aman Takzim. Selepas beberapa orang memberi pandangan, tiba giliran Musa. Pertama sekali Musa meminta KM Sabah untuk tidak terlibat dalam mesyuarat itu kerana kemungkinan akan berlaku ‘conflict of interest’ disebabkan salah satu nama dalam syarikat Aman Takzim ada hubungan keluarga dengannya.

Tun Sakaran meninggalkan mesyuarat BOT. Timbalan KM, Yong Teck Lee di cadang mengambil alih mempengerusikan mesyuarat tapi Yong juga menolak dan Musa dicadangkan untuk menjadi pengerusi mesyuarat. Musa mencadangkan keputusan hendaklah ditangguhkan dan mohon perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Tidak lama selepas itu, Musa menjelaskan kepada Tun Mahathir di Kuala Lumpur. Tun Mahathir mengarahkan satu team yang diketuai penasihat ekonomi PM ke Sabah untuk membuat siasatan lanjut mengenai proposal mengambil alih asset Yayasan Sabah. Keputusan Tun Mahathir, cadangan Aman Takzim telah dibatalkan.

“Apakah peranan Musa membatalkan proposal itu, antara sebab Tun Mahathir memilihnya menjadi KM Sabah?” Pertama kali saya bertanya. “Mungkin juga itu salah satu factor” jawapnya ringkas.

Begitulah kisah yang dikisahkan kepada saya. Sebagaimana saya terbuka untuk mendengar apa yang disampaikan oleh mereka yang tidak ‘selesa’ dengan Musa, saya juga sentiasa berbesar hati mendengar apa yang disampaikan kepada saya oleh mereka yang menyenanginya. Saya percaya itulah sebaik-baik cara kerana kita tidak berhak bercakap mengenai kebenaran dan keadilan selagi kita hanya memilih nak mendengar apa yang kita mahu dengar.

23 October 2014

Kadar Kemiskinan Sabah Di Mata Dato Rahman Dahalan

Ramai pihak yang gemar mengambil kesempatan politik dalam isu kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Kata mereka Kerajaan BN gagal menangani kemiskinan di negeri Sabah. Benarkah tuduhan mereka ini?

Untuk merungkaikan tuduhan ini, kita perlu buat perbandingan secara rasional.

Kita mulakan dengan zaman sebelum merdeka. Semua tahu kehidupan di Sabah sebelum merdeka amat daif sekali. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Infrastruktur seperti jalan, hospital dan sekolah begitu berkurangan sekali. Gambar-gambar keadaan negeri Sabah zaman penjajah yang terdapat di dalam arkib negeri menjadi bukti.

Kalau kita dengar cerita orang-orang tua kita, perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu pada zaman mereka memakan masa sehari dua untuk sampai ke destinasi. Untuk pergi ke Tuaran dari Kota Belud akan memakan masa hampir sehari suntuk kata mereka. Ada yang naik kerbau, ada yang kayuh perahu dan ada yang berjalan kaki.

Oleh kerana prasarana yang teruk, maka aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan amat kecil sehinggakan kadar kemiskinan di negeri Sabah pada waktu itu begitu tinggi sekali.

Sebelum kemerdekaan, negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Ada anggaran yang menyebut kadar kemiskinan semasa zaman penjajahan British dan Jepun mencecah sehingga 80%. Rekod rasmi yang terawal yang saya pernah terbaca menunjukkan kadar kemiskinan di negeri Sabah berada pada tahap 52% pada tahun 1976. Ini bermakna kita bermula dengan angka kadar kemiskinan yang tinggi sementara semenanjung Malaysia yang mempunyai ekonomi yang jauh lebih baik dan teratur sebelum merdeka, bermula dengan angka yang rendah iaitu 51% pada tahun 1957.

Apa kadar kemiskinan negeri Sabah masa kini?

Menurut angka statistik terakhir yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2013, kadar kemiskinan Sabah telah turun ketahap 8%. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tidak ada seorang pun boleh menafikan fakta ini.

Dalam tempoh 51 tahun, satu tempoh jangka hayat yang pendek bagi sesebuah negara, kerajaan telah mampu mengurangkan kemiskinan dengan drastiknya.

Memang benar 8% itu masih tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia atau kalau dibandingkan dengan purata kadar kemiskinan negara kita. Itu kita tidak nafikan. Kerajaan perlu dan wajib untuk tingkatkan lagi tindakan untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah.

Persoalan yang saya ingin bincang dalam artikel ini ialah benarkah kerajaan gagal membasmi kemiskinan di negeri Sabah. Pada saya itu adalah tuduhan yang tidak benar. Penurunan kadar kemiskinan yang amat ketara ini adalah bukti besar kejayaan dasar dan program pembasmian kemiskinan kerajaan.

Ada beberapa sebab utama kenapa kemiskinan di Sabah secara relatifnya tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Antara penyebabnya ialah kerana keluasan negeri Sabah yang besar dan berbukit bukau serta taburan meluas kampung-kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

Dengan taburan kepadatan penduduk yang rendah dan permukaan bumi yang berbukit bukau ini, pembangunan infrastruktur asas seperti jalanraya, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan, menjadi satu cabaran yang cukup besar.

Masih ada kampung-kampung di negeri Sabah yang mempunyai 20 buah rumah kebawah terletak jauh berpuluh-puluh kilometer dari jalan berturap yang terdekat.

Saya dimaklumkan oleh pihak berkenaan bahawa untuk membina satu kilometer jalan luar bandar yang berturap ke perkampungan yang jauh dan berbukit memerlukan perbelanjaan antara RM2.5juta hingga RM3juta satu kilometer. Ini belum lagi mengambil kira jika ada keperluan untuk pembinaan beberapa jambatan merentasi sungai.

Sudah tentu semua penduduk di kampung-kampung tersebut menuntut jalan berturap dibina segera tetapi hakikatnya semua ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi yang hanya mampu dibuat oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Ini bukan bermakna kerajaan sengaja berpeluk tubuh dan tidak membina jalan-jalan tersebut tetapi ianya akan memakan masa.

Saya dapati ada pihak yang gemar menunjukkan jalan yang teruk di luar bandar seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Ini yang saya pertikaikan. Saya kira untuk berlaku adil, kalau ada gambar jalan yang teruk, tunjukkan juga gambar jalan-jalan yang dibina oleh kerajaan.

Untuk makluman, menurut kajian PEMANDU, 87% penduduk Sabah sekarang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari jalanraya berturap / jalan kelikir yang terdekat (rujukan NKRA Pemandu —>http://www.pemandu.gov.my/…/a…/Language/ms-MY/open_rbi_2.jpg).

Saya tahu ada yang mungkin bertanya kenapa negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah masih mempunyai rakyat yang miskin. Ini soalan yang relevan yang perlu penjelasan.

Sebenarnya bukan mudah untuk membasmi kemiskinan. Negara-negara maju yang jauh lebih kaya dari kita dan yang telah merdeka beratus-ratus tahun pun masih lagi bergelut dengan permasalahan ini. Kata orang putih, "Poverty is stubborn!".

Amerika contohnya, walaupun negara terkaya dalam dunia dan ujud sejak tahun 1776 lagi, mempunyai kadar kemiskinan 14.5% pada tahun 2013 (rujukan: United States National Census Bureau —>http://www.census.gov/newsro…/press-releases/…/cb14-169.html#). Di United Kingdom, negara keenam terbesar dari segi ekonominya, 1 daripada 5 orang atau 20% penduduknya berada dibawah paras kemiskinan (rujukan OXFAM GB — > http://policy-practice.oxfam.org.uk/our-w…/poverty-in-the-uk) dan di Australia, kadar kemiskinannya ialah 13.9% (rujukan Australia Council Of Social Services — > http://www.acoss.org.au/policy/poverty/).

Walaupun kekayaan sesebuah wilayah itu sudah tentu boleh membantu, tetapi nyata ianya tidak menjamin pembasmian kemiskinan sampai ke tahap sifar.

Pembasmian kemiskinan yang berkesan juga melibatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan dan dasar dan program yang mereka ketengahkan. Selain itu, penglibatan dan komitmen rakyat miskin itu sendiri banyak memberi impak kepada keberkesanan program pembasmian kemiskinan.

Ini telah sedikit sebanyak dilakukan oleh kerajaan kita. Sebab itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, mengikhtiraf kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan dan meminta jasa baik Malaysia untuk berkongsi pengalaman itu dengan negara-negara lain (rujukan UN News Center — > http://www.un.org/apps/news/story.asp…).

Apapun, perbahasan mengenai kemiskinan di negeri Sabah tidak boleh dihentikan.

Pada pendapat saya, lebih banyak diskusi mengenainya, lebih ramai yang boleh memahaminya dan mengetahui perkara yang sebenar.

Semalam contohnya, dalam perbualan saya dengan rakan-rakan dari Sabah, saya masih dihujani dengan pertanyaan kenapa kemiskinan Sabah lebih tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Saya menjawab mereka seperti apa yang saya tulis di atas. Dan saya tambah lagi dengan satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu.

Ini ada kaitan dengan angka garis kemiskinan yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk negeri Sabah.

Kalau anda perhatikan, anda akan dapati kerajaan menggunakan angka garis kemiskinan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan di Semenanjung Malaysia.

Bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan.

Ini bermakna semua isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan adalah dianggap miskin di Sabah tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan di Sabah lebih tinggi dari semenanjung.

Kenapa ini berlaku? Kenapa mesti ada perbezaan? Jawapannya ada dua.

Pertama, angka garis kemiskinan Sabah sengaja ditinggikan bagi mengambarkan kos kehidupan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan Semenanjung Malaysia. Maknanya, oleh kerana kos kehidupan yang tinggi di Sabah, pendapatan RM1,090 bulan itu sama nilainya dengan pendapatan RM830 sebulan di Semenanjung Malaysia.

Sebab yang kedua kenapa angka garis kemiskinan sengaja ditinggikan di negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi rakyat Sabah menikmati bantuan dan program kerajaan persekutuan untuk orang miskin.

Pendeknya, isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan di Sabah layak untuk mendapat faedah program kemiskinan kerajaan persekutuan tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Kita di Sabah mahukan lebih ramai yang mendapat bantuan kerajaan persekutuan walaupun ini bermakna kadar kemiskinan di Sabah itu akan dilihat tinggi.

Kalau BN hanya mementingkan pulangan politik, sudah tentu kerajaan akan menggunakan angka pendapatan bulanan RM830 di peringkat kebangsaan sebagai tanda aras. Tapi hakikatnya kerajaan bersikap telus dan terbuka. Ia sanggup dikritik asalkan yang penting, lebih ramai yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan.

Sebenarnya saya pernah bertanya kepada menteri-menteri yang menjaga ekonomi seperti Datuk Abdul Wahid Omar, apakah agaknya peratus kemiskinan di negeri Sabah jika angka garis kemiskinan negeri Sabah disamakan dengan angka garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM830 sebulan?

Jawapannya kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.3% dan bukannya 8%! (Sumber: EPU - 2014). Pada tahap peratusan itu, kadar kemiskinan negeri Sabah hampir sama dengan negeri- negeri lain dalam Malaysia.

Ada pula rakan saya malam itu yang berkata kalau begitulah hakikatnya, kita perlu minta royalti lebih dari kerajaan pusat. Saya tidak nafikan itu idea yang baik. Tetapi seperti mana yang saya katakan dalam perdebatan saya dengan MP PKR dari Penampang, YB Darell Leiking, permintaa peruntukan royalti 20% itu lebih kecil dari apa yang kerajaan persekutuan telah, sedang dan bakal salurkan kepada negeri Sabah. Bagi saya sedikit masa untuk menulis mengenai isu ini pada masa akan datang. Saya akan menulis berdasarkan fakta dan angka, bukan retorik dan emosi.

Sebagai penutup, saya ingin beritahu rakan-rakan semua bahawa percayalah, kerajaan maklum keluh-kesah rakyat Sabah mengenai kemiskinan. Sebab itu kerajaan masih meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dengan kadar yang lebih agresif lagi.

Berbillion-bilion peruntukan telah disalurkan untuk program-program pembasmian kemiskinan sejak dulu hingga sekarang. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi tumbuh seperti cendawan di seluruh pelusuk negara kita. Dengan adanya pendidikan, maka lebih ramai lagi penduduk miskin yang mempunyai peluang yang cerah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Dalam bajet 2015, Perdana Menteri sekali lagi menggariskan beberapa dasar dan program khusus untuk mengurangkan kemiskinan. Begitu juga dengan kerajaan negeri Sabah yang bakal membentangkan bajetnya tidak lama lagi. Saya yakin Ketua Menteri Sabah tidak akan membelakangkan agenda pembasmian kemiskinan semasa pembentangan bajet negeri nanti kerana sebelum ini pun, pembentangan bajet negeri Sabah sentiasa mengambil kira secara serius program pembasmian kemiskinan.

Saya berkeyakinan penuh bahawa masa depan negeri Sabah adalah cerah. Insyallah kemenangan akan akhirnya berpihak dengan kita dalam memerangi kemiskinan di negeri Sabah.

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat sedikit sebanyak memberi pemahaman yang lebih dalam diskusi mengenai kadar kemiskinan di negeri Sabah. Saya menunggu komen anda dan kongsikan artikel ini jika anda prihatin dan mahukan perbincangan yang lebih berinformasi dan berfakta mengenai kadar kemiskinan negeri Sabah.

Teruskan beristirehat dengan keluarga dan rakan- rakan sempena cuti Deepavali ini.

Salam. Terima kasih.


Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Syarikat M3Energy-Impak Kepada Perekonomian Sabah

APABILA ada orang bising-bising berkaitan royalty minyak; kepimpinan Sabah di bawah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan pembelian syarikat M3Energy, sebuah syarikart yang bergiat dalam ekplorasi minyak dan gas. Syarikat berusia 24 tahun itu diambilalih dan diletakkan sebagai anak syarikat Bank Pembangunan Sabah.

Dua hari lalu, sebuah bernilai RM287 juta yang diberi nama Ratu Nusantara yang sedang dibina di sebuah limbungan kapal di Singapura telah dilancarkan. Fungsi kapal ini sebagai kilang penafis minyak terapung berfungsi berasaskan FPSO (Floating, Production, Storage, Off Loading) 

Sebagai kilang terapung, maka memundahkan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat; ertinya; ianya bergerak sesuai dengan permintaan.

Sebagai permulaan, kapal terapung itu akan berlokasi di perairan Indonesia, di lokasi di mana Petronas mempunyai aktivtiti carigali. Di masa depan, akan melihat permintaan di lokasi lain seperti Vietnam atau Thailand.

Musa berkali-kali menyatakan bahawa Sabah lebih mementingkan industri hiliran daripada minyak dan gas berbanding bayaran royalty 5 peratus. Melalui industri hiliran, bukan sahaja meningkat nilai wang juga boleh mencipta berbagai implikasi seperti pengwujudan peluang pekerjaan dan industri-industri iringan yang lain.

Apabila Ratu Nusantara beroperasi kelak, maka Sabah dengan rasminya terlibat dalam industri carigali dan pemerosesan minyak dan gas; di mana sebelum ini, hanya melibatkan syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas atau Sapura Kencana.

Carigali minyak bermula sejak tahun 70-an walaupun Perjanjian carigali minyak dengan tertubuhnya Petronas bermula pada tahun 1974.

Penubuhan Petronas bagi Sabah mempunyai sejarah hitam. Pertama tersingkarnya kerajaan Tun Mustapha dan kemudian terbunuhnya Tun Mohd Stephens.

Persengkataan yang ada melalui tertubuhnya Petrons adalah berkaitan bayaran tunai atau disebut sekarang sebagai royaliti. Tun Mustapha tidak setuju dengan 5 peratus, demikian juga Tun Fuad. Tan Sri Harrris Salleh terpaksa menandatangani perjanjian itu; kerana menurut pandangan beberapa pengamal undang-undang pada masa itu; adalah lebih baik Sabah menandatangi perjanjian itu; kalau tidak kemungkin Sabah tidak akan mendapat faedah daripadanya; kerana pada masa itu, kebanyakan hasil minyak dan gas tertumpu di kawasan luar 12 batu nautika; kawasan ini adalah milik Persekutuan sepertimana takrifan kawasan Perekonomian eklusif (ZEE).

Musa mengambil iktibar berkaitan sejarah hitam masa lalu. Sejarah hitam itu kerana akibat bertegang leher berkaitan pembahagian keuntungan harta karun itu. Musa memilih, untuk sama-sama terlibat dalam memperkayasa harta karun itu. 

Melalui M3Energy Sdn. Bhd. Sabah mengistiharkan dirinya sebagai salah satu pemain, bukan lagi sebagai penonton yang hanya berharap kepada ikhsan.

19 October 2014

Apa Kah Transformasi Kepimpinan Berlaku di Sabah?

SEBENARNYA transformasi kepimpinan di Sabah mula berlaku sebaik sahaja Datuk Musa Aman menerajui Umno dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apa transformasi yang dilakukan Musa? Sudah menjadi tradisi bahawa Ketua Setiausaha Politik akan dijawat oleh para pemimpin kanan atau lama, namun di zaman Musa, beliau melantik seorang tokoh muda, iaitu Rahman Dahalan (kini Dato, AMT Umno Pusat dan Menteri Persekutuan) sebagai Ketua Setiausaha politik.

Dalam perjalanan politik Musa, beliau berani mencatur masa depan parti dengan calon-calon muda setiap pilihanraya. Melalui pilihanraya, nama-nama seperti Tawfiq Abu Bakar Titingan (kini Datuk, dan Menteri kabinet Sabah); Arifin Arif ( kini Datuk dan Pembantu Menteri), Rosnah Rahsid (kini Datuk dan Timbalan Menteri persekutuan); Ronald Kiandee ( Kini Datuk dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat); Bolkiah Ismail (kini Datuk dan Pembantu menteri); Rahim Bakri (kini Datuk dan Timbalan Menteri Persekutuan).

Musa meneruskan peremajaan kepimpinan dengan melantik Ketua Setiausaha Politik daripada tokoh muda, dengan melantik Haji Nizam Abu Bakar Titingan (kini Datuk).

Pada tahun 2009, selepas Dato Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau meletakkan transformasi politik sebagai keutamaan, Najib bermula dengan cara pemilihan parti; daripada hanya 2,000 perwakilan memilih kepimpinan parti kepada hampir 150,000 perwakilan.

Dalam segi peremajaan parti secara keseluruhan, nampaknya Najib tidak berjaya sangat, kerana calon-calon parti pada PRU-13, masih meletakkan calon-calon berpengalaman; walaupun mencuba meletakkan calon-calon baru, namun majoriti calon-calon baru tidak mampu melangkah lebih lanjut.

Sebaliknya di Sabah, tokoh-tokoh muda terus dikekalkan, malah diberi peranan menganggotai jemaah menteri dan diberi tanggungjawab menjadi pengerusi-pengerusi syarikat-syarikat di mana Kerajaan mempunyai kepentingan.

Natijahnya, transformasi kepimpinan sudahpun bermula di Sabah.

18 October 2014

Mengapa Sabah Mampu Kumpul Simpanan RM3bilion?

KESTABILAN POLITIK adalah punca Sabah mampu mengumpul simpanan kewangan sehingga RM3bilion. Kestabilan politik, punca Sabah mampu membentangkan bajet lebih RM4bilion. Kestabilan politik, Sabah mampu mengumpul pendapatan melalui cukai, kerana pihak peniaga senang hati berniaga. Kestabilan politik, menjadikan pemimpin dapat menumpukan pemikiran dan tenaga membangun negeri.

Akibat pertukaran kerajaan yang kerap, Sabah daripada sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam, menjadi negeri termiskin; hanya bermula tahun 1994, Sabah mula mengorak langkah membangun dan secara perlahan-lahan mengumpulkan kewangan demi faedah negeri dan rakyatnya.

Setiap Ketua Kerajaan di Sabah sejak tahun 1994 mempunyai perananan sendiri dalam memajukan Sabah, sehingga mampu mencapai kedudukan pada masa kini.

Menilai pencapaian sesebuah kerajaan, tidak akan dapat dinilai dalam masa singkat, pencapaian hanya akan dapat dilihat sekurang-kurang dalam tempoh 5 tahun. 

Pencapaian Kerajaan BN Sabah kini, merupakan sumbangan para pemimpin awal yang mengetuai kerajaan Bn Sabah.

Kerajaan Bn Sabah tertubuh pada awal tahun 1994, selepas beberapa bulan pilihanraya negeri. Pada pilihanraya tahun 1994, Bn Sabah tidak menang pilihanraya, sebaliknya parti pembangkang PBS. Daripada 48 kerusi yang dipertandingkan, PBS mendapat 25 kerusi, manakala Bn 23.

Ekoran gerakan politik yang dijalankan pada ketika itu, maka Bn mampu mencekup dua ADUN PBS, iaitu ADUN Kemabong Rubin Balang (kini Datuk) dan ADUN Klias Datuk Lajim Ukin, untuk menyertai Umno. Akibat gerakan itu, maka kedudukan di DUN Sabah bertukar, Pairin kehilangan sokongan, dan terpaksa melepas jawatan Ketua Menteri.

Tahun 1994, bermulalah kerajaan Bn yang dijenamakan, kerana sejak Sabah merdeka, Sabah diperintah oleh kerajaan Bn, kecuali selama 4 tahun, diperintah oleh parti pembangkang.

Demi memuaskan berbagai etnik, maka diperkenalkan sistem pengelirian Ketua Menteri antara bumi islam, bukan islam dan kaum cina. Selama 9 tahun, sistem pengiliran berjalan, semata-mata untuk menstabilkan politik Sabah. Penggiliran itu untuk mencipta kerukunan, kerjasama berbagai etnik; saling hormat menghormati; bukan atas sebab majoriti kaum seseorang pemimpin, akan tetapi merentasi kaum; apa yang ingin dicipta melalui penggiliran itu, adalah rasa kerja berpasukan, rasa kerja kekeluargaan, rasa kerja kekitaan. 

Penutup kepada sistem penggiliran itu apabila Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai ketua menteri; meskipun hanya mewakili satu kerusi Dun, namun semangat kebersamaan telahpun dirintis bermula dengan Tan Sri Sakaran Dandai (kini Tun) dikuti oleh Datuk Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Datuk Osu Sukam. Selepas 9 tahun, masa jinx telah berlalu. Dalam sembilan tahun itu, kestabilan politik telah tercipta. 

Akibat kepada kestabilan politik yang dirintis oleh para pemimpin Bn itu, maka Ketua Menteri berikutnya mampu menumpukan kepada pembangunan negeri, pembangunan rakyat serta mengumpul kewangan untuk negeri.

Selama 11 tahun, selepas era penstabilan politik, maka Sabah mengalamai pembangunan yang begitu pesat, selain dapat membentangkan bajet yang senantiasa menjadi rekod.

Kejayaan Musa sebagai Ketua Menteri adalah sebahagian daripada usaha-usaha Ketua Menteri sebelumnya; dan usaha-usaha enam ketua menteri itu, ibarat mengelecek bola bermula daripada bawah, dan selepas itu diumpan kepada Musa, Musa pula menyempurnakannya dengan memasukkan bola itu ke dalam gawang.

Terlihat, akibat kestabilan politik dan kerjasama erat antara etnik, maka pada PRU 2004, 2008 dan 2013, kerajaan Bn Sabah secara maraton membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri; selain itu menyumbang sejumlah kerusi Parlimen untuk mempertahankan kerajaan Bn pusat.

Kerajaan Sabah pada masa kini, adalah kerajaan Bn yang bermula sejak tahun 1994. Setiap pemimpin, penyokong terlibat erat mempertahankan kerajaan itu. Politik bercorak massa, bukan individu, kemenangan dalam politik, apabila majoriti berkerja secara berpasukan. Kejayaan dalam politik, apabila mendakap dengan erat konsep berketuakan satu.

17 October 2014

Benarkah Ada konspirasi Jatuhkan Musa?

ORANG politik kalau tidak bercakap politik, maka berakhirlah kerjaya. Bagi orang politik, agar dirinya diingat atau dikira relevan, perlu bercakap poltik. Politik boleh sahaja berasas fakta atau spekulatif.

Keadaan inilah yang berlaku di Sabah. Mereka yang tidak mengetahui fakta sebenar mensensasikan sesuatu perkhabaran dengan menokok tambah; seolah-olah isu itu benar.

Isu pertama apabila berlakunya perjumpaan 17 Ketua Bahagian Umno (walaupun tidak semua Ketua Bahagian hadir, akan tetapi menghantar wakil) dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Dato Seri Najib Razak pada 17 Julai lalu. Kelompok 17 itu sebenarnya adalah kumpulan Ketua Bahagian penyokong Perdana Menteri di Sabah; namun mereka yang tidak mengetahui pokok pangkal perjumpaan itu, menembak merata, kononnya perjumpaan itu untuk menyampaikan hasrat mereka kepada Perdana Menteri berkaitan dengan hilangnya kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman yang juga Pengerusi Umno Sabah.

Isu kedua apabila kelompok 8 (G8) Ketua-Ketua bahagian Umno, di mana pengundi bahagaian mereka bermajoriti KDM. Kelompok ini, memang mengakui berjumpa dengan PM pada 10 Julai, semata-mata untuk membincangkan pelan peralihan kepimpinan negeri. Daripada 8 Ketua bahagian, dua Ketua bahagian telah mengeluarkan kenyataan diperalat dan terperangkap. Sementara yang enam lagi, hanya seorang yang begitu lugas/nyaring mempertahankan hasrat mereka itu.

Kalaulah isu perjumpaan itu tidak didedahkan oleh salah seorang daripada G-8, maka ianya tetap menjadi rahsia antara mereka dengan Perdana Menteri. Atas sifat kerahsiannnya, maka tindakan seperti itu boleh dianggap sebagai konspirasi. Ertinya, jika salah seorang daripada G-8 itu tidak mendedahkan perjumpaan itu, maka elemen konspirasi sudah tentu melibatkan Perdana Menteri.

Mengapa berlaku? sehingga G-8 itu berani bertindak berbincang pelan peralihan kepimpinan negeri? Mengingat, daripada 8 Ketua Bahagian itu, tidak mempunyai kedudukan kanan dalam parti baik peringkat negeri atau pusat. Daripada 8 itu, hanya seorang yang menawarkan diri bertanding AMT, namun tewas.

Dalam sebarang organisasi, biasanya pemimpin yang dikira tidak kanan namun berani bertindak, biasanya mempunyai backing; sebagai contoh, Parti Berjaya ditubuhkan oleh Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) kerana ada backing (backing daripada Tun Mohd Stephens di mana masa itu sebagai TYT Sabah) selain backing kepimpinan Pusat. 

Melihat tindakan G-8 itu, tentunya ada backing? siapakah dibelakang tindakan itu? Pemimpin yang berada dibelakang G-8 itu, boleh disebut sebagai konspirator. 

Satu pertanyaan? mengapa perlu ada konspirasi? memandangkan situasi dan konsdisi politik Sabah begiitu tenang, walaupun pemimpin pembangkang daripada Semenanjung kerap datang yang berlagak sebagai mencucuk, mengipas dan membakar; di mana diistilah oleh MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin sebagai politik Sate.

Kepimpinan Bn Sabah begitu kukuh sejak tahun 2003; malah melalui tiga PRU, Bn Sabah menyumbang kerusi yang diperlukan oleh pemimpin pusat; dan Sabah membentuk kerajaan senantiasa dengan kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Selain itu, selama 10 tahun, Sabah terus membangun dengan pesat, simpanan kewangan negeri menjadi mapan, daripada hanya RM100 juta pada tahun 2003, kini melebihi RM3bilion. Bajet Sabah yang berligar-ligar pada angka RM1bilion, kini melepasi RM4bilion.

Kemiskinan yang merupakan sinonim untuk Sabah berjaya diturunkan sehingga ke paras 8 peratus; dan angka itu akan terus turun, memandangkan begitu banyaknya program pembasmian kemiskinan yang dijalankan oleh Kerajaan negeri.

Walaupun secara langsung aliran kewangan daripada Kerajaan Pusat tidak begitu lancar, namun Sabah berjaya mendapat Pelaburan Langsung Asing mencecah RM2.3 bilion pada tahun 2012, dan angka itu dijangka akan terus bertambah, memandangkan faktor keamanan negeri sudah menjadi perhatian kerajaan dengan tertubuhnya Esscom/Esszone.

Melihat kepada kadar pembangunan yang berjaya bertapak di Sabah, adalah penyebab mengapa Musa dijoloki sebagai Bapa Pembangunan Sabah; gelaran itu, bukannya atas keinginan beliau, akan tetapi diberikan oleh rakyat Sabah sendiri.

Dalam sebuah Syarikat, kejayaan seseorang CEO adalah melalui berapa banyak keuntungan yang dicipta oleh syarikat; berapa turnover dan berapa jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan. Bagi sebuah negeri yang dilihat adalah kadar pembangunan, jumlah bajet, jumlah simpanan. jumlah peluang pekerjaan, dan sejauh mana peranan kerajaan meningkatkan pendapatan rakyatnya. Perubahan kadar pendapatan dilihat daripada segi berapa peratus kadar kemiskinan dapat diturunkan.

OKB sangat mengikuti perkembangan Ketua-ketua Menteri Sabah, Tun Mustpaha terkenal dengan sekolah-sekolah yang berunsur agama, manakala Musa berkait rapat dengan sekolah-sekolah anak yatim atau pondok anak yatim. Bagi mereka yang pakar agama, sudah tentu mampu memberi pencerahan, pahala apa yang akan diperolehi jika membela anak-anak yatim.

OKB menilai seseorang pemimpin berasas kepada pencapaiannya kepada negeri dan rakyat; programnya kepada negeri dan rakyat; selain cara kerja yang ikhlas dan tersusun. Musa termasuk dalam kategori itu.

12 October 2014

Cabaran Membangun Negeri Yang Bernama Sabah

BUKAN mudah membangun negeri bernama Sabah, selain keadaan tofografinya juga kawasannya yang luas. Selain itu, panjangnya pantai yang berdepan dengan negara jiran yang senantiasa bergolak, perbedaan faktor ekonomi dengan negara jiran juga merupakan cabaran.

Pada awal kemerdekaan, hanya faktor keagamaan sahaja yang menjadi pengekang kerukunan antara penduduk, kerana kedatangan pengajar agama yang bersifat ektermis, membawa kepada pergeseran fahaman antara penduduk; selain itu, kemasukan pemimpin luar yang mempunyai agenda politik, menyemarakan lagi pergeseran fahaman dan kerukunan antara rakyat.

Sejak Sabah dibebaskan oleh penjajah pada 31 Ogos 1963, sehingga kini, Sabah bertukar kerajaan sebanyak empat kali; sekali air bah sekali pasir berubah, atas sebab itu, Sabah sebelumnya sebagai negeri yang kaya dengan sumber semulajadi seperti kayu kayan dan minyak, bukan menjadi sejahtera selepas terlepas daripada penjajahan, sebaliknya menjadi termiskin dalam negara.

Pemimpin masa kini, mencuba mengejar dan membangun Sabah untuk melepaskan diri daripada keadaan akibat pertukaran kerajaan; namun kekangan yang ada adalah sumber yang terhad, selain kecilnya aliran peruntukan yang bersifat pemacu ekonomi; aliran peruntukan hanya bersifat perkhidmatan, samada dalam sektor keselamatan, pendidikan atau penguatkuasaan.

Bajet 2015, Sabah mendapat peruntukan RM660 juta hanya untuk menjaga keselamatan Sabah, dan dana itu merupakan dana perkhidmatan, bukan dana pemacu perekonomian. Harapan daripada keamanan yang mapan adalah pelaburan asing atau tempatan, namun itu hanya harapan, bukan sesuatu yang pasti. Pelabur mempunyai banyak pertimbangan dalam segi pelaburan, bukan sahaja bergantung kepada keamanan akan tetapi potensi pulangan kepada pelaburan itu.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Musa Haji Aman, terpaksa memerah otak dan mengembeling tenaga, bagaimana mencatur pembangunan negeri. Memandangkan luasnya Sabah, walaupun bajet saban tahun membuat rekod, namun bajet itu tidak mampu mengejar ketinggalan dalam semua bidang, kerana pembangunan sering dikaitkan dengan waktu dan dana yang tersedia.

Bencana alam, merupakan salah satu penghalang kepada pembangunan yang telah sedia ada. Sebagai misalan, akibat banjir minggu lalu, hanya untuk empat kawasan Penampang, Sepanggar, Tuaran dan Kota Belud, sudah ratusan juta infrastrukur telah musnah, ertinya jika ada peruntukan yang mampu diluncurkan oleh kerajaan, maka ianya akan pergi kepada pembetulan kerosakan, bukannya membina kekurangan yang ada.

OKB mengharapkan sesuatu yang LUARBIASA melalui bajet 2015 khusus untuk Sabah, memandangkan Sabah adalah fixed deposit untuk kerajaan Barisan Nasional, namun harapan itu meleset sekali, kerana melalui bajet 2015, tiada polisi baru atau pendekatan baru yang bercorak memacu ekonimi khusus untuk Sabah. 

Sabah memerlukan berbagai industri hiliran, bagi membuka peluang pekerjaan, agar supaya rakyatnya berpendapatan. Selagi keadaan itu tidak tercipta, maka isu-isu kenaikan harga barangan atau isu subsidi akan terus menjadi buah mulut rakyat.

Biasanya, kalau isu subsidi atau harga barangan itu menjadi buah mulut rakyat, keadaan negeri itu adalah negeri yang baru mencapai kemerdekaan, kerana dalam suasana baru mencapai kemerdekaan, semuanya serba tiada, namun Sabah telah merdeka selama lebih 50 tahun, namun isu fundemintal masih merupakan buah mulut rakyat.

Apa kah yang akan dilakukan Ketua Menteri Sabah pada bajet Sabah akan datang? memandangkan melalui bajet 2015, tiada pengkhususan terhadap Sabah. Sama-sama kita tunggu.

24 September 2014

Musa Pemimpin Yang Dinamik: Musbah

RAKYAT Sabah memerlukan kepimpinan Musa Aman, bukan sahaja masa kini akan tetapi sehingga selepas 2020. 

Sabah memerlukan kepimpinan dinamik sepertimana ditunjukan beliau sejak menjadi Ketua Menteri dari tahun 2003.

Atas kepimpinan beliau, Sabah bukan sahaja mampu membangun dengan pesat, akan tetapi bajet kerajaan negeri saban tahun terus meningkat, malah simpanan kewangan negeri meningkat ke paras lebih RM3bilion berbanding hanya di atas RM100 juta pada tahun 2003.

Tiga ayat di atas merupakan pengakuan Datuk Musbah Jamli, semasa ditanya apa komen beliau berkaitan tindakan 8 Ketua Bahagian Umno yang berjumpa Perdana Menteri pada 10 Julai lalu yang membincangkan tentang pertukaran kepimpinan negeri.

"Sepanjang saya mengikuti kepimpinan Musa, apa yang saya dapat garaf adalah tingginya keikhlasan beliau dalam membangun Sabah, hubungan beliau dengan rakan-rakan pemimpin dan yang paling mustahak keikhlasan beliau dalam membasmi kemiskinan di Sabah" sambung Musbah.

"Untuk masa ini, belum ada pemimpin yang boleh mengganti kedinamikan Musa" " Atas sebab itu, membicara soal pergantian atau pertukaran kepimpinan Sabah, seharusnya tidak berlaku" kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri di kediamannya pada Rabu.

Musbah selain sebagai ADUN Tempasuk, Kota Belud juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. 

Umno Kota Belud, merupakan anak sulung Umno Sabah, apabila parti itu mengembangkan sayapnya di Sabah pada tahun 1991.

"Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Sabah, kepimpinan Musa merupakan kepimpinan yang penuh toleransi dan tidak mengabaikan semua kaum yang terdapat di Sabah", keadaan ini dapat dilihat daripada kabinet negeri, pengerusi-pengerusi GLC, malah perlantikan ketua-ketua jabatan negeri".

9 September 2014

PRU 14: Cabaran Utama Sabah Adalah Soal Agama Dan Sukuan

PARTI PEMBANGKANG terutama PKR dan DAP tahu benar bagaimana mengalahkan parti-parti kerajaan di Sabah.

Parti-parti itu melihat kejatuhan parti-parti yang memerintah Sabah sejak merdeka. Kejatuhan kerajaan USNO, BERJAYA dan PBS semuanya berkisar atas agama dan sukuan.

Usaha Pakatan Rakyat merampas kerajaan Malaysia hanya tersandung kerana sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap parti Barisan Nasional. Pada PRU-12 dan 13, sokongan Sabah dan Sarawak tetap padu kepada BN, atas sebab itu parti yang memerintah sejak merdeka masih lagi membentuk kerajaan.

Pakatan Rakyat melihat, jika tidak mendapat kerusi parlimen sekurang-kurangnya separuh daripada 57 yang tersedia bagi Sabah dan Sarawak, maka impian mereka menduduki Putrajaya hanya tinggal angan-angan.

Untuk mencapai matalamat itu, parti-parti pembangkang memainkan isu agama, sukuan untuk membangkitkan kebencian terhadap parti-parti kerajaan; kerana melalui cara itu sahaja, rakyat ke dua negeri itu akan merasa emosi. 

Pihak pembangkang apakah secara langsung atau tidak atau menggunakan proxi membuat kenyataan-kenyataan yang memperbesar-besarkan soal-soal agama, kesukuan, mempersoalkan istilah kemerdekaan, mempersoalkan angka kemerdekaan, malah mendakwa bahawa harta Sabah dan Sarawak dibolot oleh pihak Malaya apakah melalui Petronas mahupun ladang-ladang besar pertanian yang diluasai oleh syarikat-syarikat Semenanjung.

Tindakan Lim Kit Siang melawat Batu Sumpah di Keningau pada 31 Ogos, merupakan satu tindakan provokasi kepada rakyat Sabah, melalui lawatan itu, seolah-olah kerajaan Persekutuan melanggar sumpah itu, selain dikaitkan dengan 20 perkara yang sering dikumandangkan oleh puak-puak ini.

Lim Kit Siang tahu, bahawa hanya melalui perpecahan kerharmonian antara kaum sahaja yang di Sabah dan Sarawak yang membolehkan parti itu mendapat undi; hanya melalui emosi sahaja rakyat akan terpengaruh.

Contoh mudah yang dilakukan Lim Kit Siang adalah menghasut tidak lebih 400 penduduk Tambutoun di Kota Belud, sehingga kira-kira 100 ribu penduduk menderita kerana kegagalan pembinaan empangan Tambutuon; di mana empangan itu diperlukan sebagai sumber air bersih, sawah dan tenaga litrik. Malangnya, di Pulau Pinang pembinaan empangan yang jauh lebih besar daripada empangan Tambutuon tidakpun dibantah malah menjadi keutamaan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah anak Kit Siang, Lim Guan Eng.

Pada PRU-13, isu agama di Sabah dan Sarawak memungkinkan parti DAP dan PKR mendapat kerusi; sebagai contoh di DUN Kedamaian, isu utama pada ketika itu, kalau calon BN menang, maka esok semua kitab injil di gereja-gereja akan dirampas dan dibakar; pihak BN tidak sempat kaunter dakwaan itu, kerana mereka menghubungkannya dengan keputusan mahkamah di Putrajaya, bahawa kaum kristian dilarang menggunakan Kalimah Allah.

Pada PRU-14 akan datang, isu agama dan sukuan akan dijadikan pendekatan parti-parti pembangkang; dan ironinya, parti-parti kaum dalam Bn sendiri, kurang memberi perhatian kepada tindakan pembangkang ini.

Kepada pihak pucuk pimpinan BN Sabah, walaupun di atas kertas Umno sebagai tunjang kepada kerajaan dan mempunyai 32 kawasan ADUN; namun ada beberapa ADUN yang dimenangi Umno berpaksi kepada tiga suku kaum; demikian juga kawasan-kawasan Parlimen seperti Beluran, Sepanggar, Kinabatangan, Pensiangan, Tenom, Keningau, Kota Belud, Tawau, Batu Sapi, Ranau dan Beaufort.

Untuk menjamin bahawa parti BN Sabah senantiasa mendapat kerusi yang diperlukan oleh BN Pusat, maka satu strategi awalan perlu dilakukan, untuk membendung karenah parti pembangkang terutama DAP.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels