17 November 2014

Mengapa Pairin Sealiran dengan Musa Dalam Isu Sabah?

SELEPAS PBS kalah pada PRU 1999; Pairin melihat, bahawa tiada peluang parti itu lagi, malah jika meneruskan sebagai parti Pembangkang; maka pada PRU berikutnya, nama parti itu akan hanya kenangan. Atas sebab itu Pairin memohon untuk kembali ke pangkuan BN yang ditinggalkannya pada tahun 1990. Bn adalah gabungan berbagai parti dimana matalamatnya adalah perkongsian kuasa antara berbagai etnik di negara ini; atas sebab itu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) bersersetuju agar PBS diterima semula.

PBS sebelum kecundang telah berpecah kepada beberapa serpihan. Antara serpihan parti itu adalah PDS (kini UPKO); PBRS, SAPP. Perpecahan PBS bermula pada tahun 1989 apabila AKAR ditubuhkan.

Antara faktor mengapa PBS tidak boleh lagi menjadi parti tunjang di Sabah kerana perpecahan parti itu; selain faktor persempadanan semula. Sebelum persempadanan, terdapatnya 20 kerusi DUN yang dikuasai mutlak untuk KDM, 20 kawasan oleh bumiputera islam dan 8 kerusi oleh kaum cina; selepas persempadanan, kerusi KDM dan cina tetap sama, manakala kawasan bumiputera islam telah menjadi 32.

Pengwujudan persempadanan baru ini, bertujuan untuk menstabilkan politik Sabah, di mana sebelum ini bergolak setiap 9 tahun. Akibat pergolakan politik itu, maka Sabah menjadi negeri termiskin di negara ini. 

Tun Dr Mahathir melihat, bahawa masalah utama di Sabah adalah perseteruan antara kaum, yang berkembang pada tahun 80-an. Akibat perseteruan itu, maka mana-mana pihak yang berkuasa secara terselubung menindas kaum yang kalah. Untuk mengelak perseteruan itu; maka apabila Bn menubuhkan kerajaan negeri, maka diperkenalkan sistem penggiliran Ketua Menteri. Melalui penggiliran itu; telah tercipta satu persefahaman antara kaum, mislanya apabila Tan Sri Chong Kah Kiat dilantik sebagai Ketua Menteri, meskipun dengan satu kerusi DUN, namun setiap etnik baik yang majoriti apatah lagi yang minoriti dapat menerimanya.

Selepas 9 tahun, maka giliran Datuk Musa Haji Aman menjadi Ketua Menteri. Beliau dilantik pada tahun 2003. Sebaik sahaja beliau dilantik, beliau mengwujudkan perancangan untuk membangun negeri yang diekenali sebagai Hala Tuju Sabah. Hala Tuju itu menjadi manifesto pada PRU 2004. Pada PRU itu, BN Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25, manakala DUN, BN menang 59. Pada PRU berikutnya, Bn Sabah mengulangi kejayaan itu dengan jumlah kerusi yang sama. Namun pada PRU-13 lalu, untuk pertama kalinya banyak kerusi telah kalah. Kerusi Parlimen kalah 3, DUN 12; meskipun demikian, Bn Sabah masih menubuhkan kerajaan dengan kuasa 2/3; dan menyumbang kerusi yang diperlukan kerajaan Pusat untuk mempertahankan Putrajaya.

Berkurangnya kerusi bagi BN apakah kerusi Parlimen mahupun Dun, bukan sahaja berlaku di Sabah malah seluruh negara. Di Johor misalnya, belum pernah berlaku, bahawa PAS atau PKR akan menang di negeri itu, namun pada PRU-13 ianya berlaku.

Sentimen untuk mengubah kerajaan pada PRU-13 sungguh kuat; malah kaum cina sudah membuat keputusan bulat, bahawa adalah masanya menumbangkan Bn yang diterajui Umno.

Berkat perjuangan para pemimpin terdahulu terutama semasa mahu merdeka dan masa menentang gerakan komunis; masih berpihak kepada Bn, meskipun komponen terdiri 12 parti, banyak kehilangan kerusi, namun Umno bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12; di mana untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat; malah menambah 9 kerusi; meskipun demikian; pencapaian Bn hanya boleh menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah apabila mendapat 133 daripada 222 kerusi parlimen dengan undi popular 47 peratus.

PRU-13, mendapat gelaran atau jolokan sebagai Ibu kepada semua pilihanraya di negera ini, atas sebab itu; jika berlaku perubahan kerajaan, maka akan berlaku pada masa itu. Masa kritikal itu sudah berlalu; atas sebab itu; meskipun pada masa ini banyak sungguh kritikan kepada kerajaan terutama kepada Perdana Menteri; di mana pengeritiknya termasuklah mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir; namun Bn berupaya menambat hati rakyat; perkara ini terbukti padai PRK Teluk Intan, di mana kawasan DAP berjaya ditawan Bn. Julung-julung kali selepas tahun 2008, kawasan DAP boleh dimenangi Bn.

Melihat kepada scenario semasa ini, pemimpin dan ahli politik veteran seperti Tan Sri Pairin, melihat; bahawa perubahan kerajaan di negara ini tidak akan bakal berlaku; walaupun di Sabah sendiri; ramai kalangan KDM di mana beliau merupakan Huguan Siaunya; cuba meniupkan sentimen; bahawa Sabah lebih baik jika berada di luar Malaysia.

Pemimpin veteran seperti Pairin melihat, bahawa rakyat Sabah lebih senang dan selesa berada dalam Malaysia; atas sebab itu melalui Mesyuarat Tahunan PBS yang dirasmkian Perdana Menteri pada Ahad, Presiden PBS itu dengan lantang dan tegas beliau dan partinya tetap memperjuangkan/mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Ekoran pengakuan dan kenyataan itu; Perdana Menteri menyifatkan beliau sebagai salah seorang patriotik di negara ini.

Pairin tahu dan mengetahui bahawa dikalangan kaumnya ada yang meniupkan kebencian terhadap Persekutuan; malah kaum itu cuba menjadikan isu PATI untuk menarik sokongan; sedangkan masalah itu, merupakan masalah kepada seluruh rakyat negeri ini termasuk kepada kerajaan. Kerajaan terpaksa berbelanja besar termasuk membina depo-depo penahanan, terpaksa berbelanja mengadakan operasi, terpaksa berbelanja melakukan perubuhan rumah-rumah haram dan sebagainya.

Kini Pairin dan Musa sudah sepakat, bahawa Sabah bukan sahaja mahu kekal dalam Malaysia, malah memperkuat komitmen untuk mempertahankan negara ini. Dengan isyarat itu, maka pada mereka yang mempunyai niat mahu membawa negeri ini keluar daripada Malaysia; lebih baik menghayati Rukun Negara dan Pelembagaan negara kita.

15 November 2014

Musa Selamatkan Tanah Orang Asal Sabah

DATUK MUSA AMAN bertanya, kemana sudah tanah yang diberikan kepada penduduk asal sebanyak 1.4 juta hektar yang diberi geran kepada individu rakyat negeri ini? sebelum beliau menajdi Ketua Menteri. Jawab beliau tanah-tanah itu sudah dijual kepada pihak lain.

Atas sebab itu selepas beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, beliau memperkenalkan Geran Komunal bertujuan untuk melindungi tanah adat milik orang asal di Sabah.

Beliau berkata dasar itu juga diperkenalkan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk Bumiputera di samping memudahkan kerajaan menyalurkan kemudahan-kemudahan asas kepada golongan berkenaan.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabtu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama Pemangku Presiden Upko Datuk Madius Tangau.

Ketua Menteri berkata menerusi dasar Geran Komunal, orang asal Sabah yang belum memiliki tanah lebih mudah mendapat tanah namun mereka tidak boleh menjual tanah berkenaan.

Katanya dengan adanya dasar berkenaan juga, kerajaan akan membantu pemilik tanah-tanah berkenaan untuk membangunkan tanah berkenaan termasuk pembinaan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya serta bekalan air, elektrik dan masjid bagi orang asal Islam dan gereja bagi orang asal Kristian.

Musa berkata kerajaan persekutuan telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM34 juta untuk pembangunan kemudahan asas tanah Geran Komunal di Tenom dan RM24.1 juta lagi untuk membangunkan tanah Geran Komunal di Nabawan.

Melalui pendekatan ini, katanya orang asal Sabah bukan sahaja memiliki tanah malah beroleh pendapatan dan pekerjaan melalui pembangunan tanah komunal berkenaan.

Mengenai tanah-tanah adat yang telah diduduki orang asal Sabah sejak turun temurun, Musa berkata kerajaan memutuskan untuk memberikan tanah berkenaan kepada orang asal dan mengeluarkannya daripada kawasan hutan simpan.

13 November 2014

PUNCA PATI DI SABAH

ADA dua faktor mengapa Pendatang Tanpa Izin (PATI) membanjiri Sabah. Pertama kerana pergolakan di Selatan Filipina dan kedua adalah faktor ekonomi.

Pergolakan di Filipina pada tahun 70-an menyebabkan ramai rakyat Filipina terpaksa menjadi pelarian; pada tahun 70-an juga ramai pendatang daripada Indonesia, datang ke Sabah semata-mata untuk tujuan perladangan terutama ladang kelapa sawit. Upah merupakan tarikan daripada pendatang ini. 

Pada mulanya yang datang itu mempunyai dokumen yang sah, namun lama kelamaan, apabila dokumen itu luput, maka mereka menjadi PATI. 

Mereka yang menjadi PATI awal itu, datang bersendirian tanpa keluarga, namun oleh kerana keperluan tenaga buruh di sabah, maka mereka menjemput sama keluarga mereka datang, ada yang menggunakan dokumen sah akan tetapi ada juga yang menggunakan saluran tikus.

Panjangnya pantai Sabah yang meliputi 1400 km menjadi pemangkin kepada mudahnya PATI masuk, selain adanya dalang-dalang tempatan terutama penguasa ladang, penternakan dan perikanan serta pembinaan.

Oleh kerana mereka yang datang ini, bukan tinggal di Bandar, melainkan di kawasan-kawasan terpencil, maka mereka bebas bergerak, berasimilasi dengan penduduk tempatan, malah mempelajari Bahasa tempatan selain Bahasa melayu; sebab itu, ada dikalangan mereka apabila ditanya, mengaku daripada suku dusun, tetapi menyebutnya “dusong” atau “iranong” bagi suku iranun.

Sejak awal 90-an apabila jumlah PATI mula dirasai, kerajaan beberapa kali mengadakan operasi pemutihan untuk merekod PATI; sehingga tindakan kerajaan itu dimanafaatkan oleh dalang-dalang dan menjadikannya suatu bisnes. Dalang-dalang itu menjadi kayaraya, dengan menjual surat beranak dan kad pengenalan. Dalang-dalang ini, tidak akan berjaya, jika tidak terdapat kerjasama dengan pegawai-pegawai tidak amanah di Jabatan Pendaftaran negara. Dalang-dalang merekrut para pegawai dengan membayar dalam bentuk wang untuk memperlancar kegiatan mereka.

Apabila pihak kerajaan mengetahui adanya kegiatan subersif ini, maka diadakan penangkapan beramai-ramai; dan di antaranya ada juga yang melibatkan ahli-ahli poliitik.

Sebenarnya, tiada kerajaan di dunia ini sanggup mengimport rakyat asing untuk bersaing dengan rakyat sendiri; seperti sangkaan pihak-pihak tertentu, bahawa kerajaan merupakan dalang kepada kebanjiran PATI dalam negeri ini.

Untuk merungkai penyebab utama kebanjiran PATI di Sabah, maka diwujudkan RCI PATI pada ogos 2012. Kini tugas RCI itu telahpun tamat dan laporannya sudah diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudiannya YDP Agong menyerahkan laporan itu kepada kerajaan untuk dibentangkan di dewan rakyat. 

Kini, semua rakyat Sabah sedang menunggu pembentangan RCI itu; dan sedang menunggu, apa kah isi laporan itu; apa kah sama dengan persepsi kebanyakan rakyat termasuk penulis.

Sebenarnya, punca kedatangan PATI hanya berasaskan kepada dua faktor yang disebut pada mukidamah tulisan ini; namun faktor-faktor lain akan terungkai melalui RCI itu.

Sebagai rakyat, baik yang menyokong pembangkang atau kerajaan, sebenarnya dirugikan oleh kebanjiran PATI; antaranya kerajaan terpaksa berbelanja besar membina depo-depo penahanan, menanggung makan minum semasa di depo-depo dan juga terpaksa berbelanja bagi proses penghantaran pulang ke negara-negara di mana PATI itu berasal.

Kerajaan juga berdepan dengan gejala sosial yang ditimbulkan oleh PATI, selain penyebab berbagai sumber penyakit yang sebenarnya sudah tidak menjadi apidemik dalam negara seperti polio; kusta dan tibi.

Selain gejala sosial, PATI juga penyumbang kepada jenayah, jika dahulu di Sabah tiada yang mengenal apa itu menghisap gam, menghisap syabu, namun kedatangan PATI, mereka membawa sama budaya itu; sehingga menjadi apidemik di negara ini.

Juga kegiatan pelacuran, jika pada tahun 70-an atau lebih awal daripada itu; para pelancur kebanyakannya berketururan tionghua, di mana mereka ditempatkan di hotel-hotel di Bandar; namun akibat kedatangan PATI, pelacur bukan lagi di monopoli oleh kaum tionghua, malah diambil alih oleh PATI. Kini, di mana-mana, apabila berlaku penangkapan, warganegara yang paling ramai adalah daripada Filipina atau Indonesia.

Kebanjiran PATI sebenarnya menjadi cabaran kepada kerajaan, apatah lagi perkara itu dipolitikkan, kononnya sebagai usaha untuk mendapatkan kuasa.

Sebenarnya jika diteliti dengan seteliti-telitinya, sebenarnya hanya penduduk yang bertambah dengan drastic; namun daripada segi jumlah pengundi; pertamabhannya adalah sesuai dengan pertumbuhan penduduk secara natural; itupun jika dibandingkan dengan jumlah yang layak mengundi; hanya 70 peratus secara keseluruhan; ertinya masih ramai penduduk asal yang belum mendaftar mengundi.

Sistem pengundian negara kita berasaskan kepada Pusat Daerah Mengundi; walaupun banyak sangat dakwaan terdapatnya PATI yang mengundi; namun setakat ini tiada laporan daripada mana-mana pihak; bahawa terdapatnya pengundi yang tidak dikenal mengundi pada pusat-pusat mengundi. Ertinya; kehadiran PATI tidakpun menjadi punca kepada parti-parti yang menang; kerana memang PATI tidak mengundi.

Sebenarnya, kebanjiran PATI, bukan penentu kepada kemenangan sesebuah parti; kemenangan sesebuah parti ditentukan sendiri oleh rakyat tempatan.

Sebagai contoh, jika benar PATI dapat menentukan kemenangan sesebuah parti seperti mana anggapan selama ini, USNO tidak akan kalah, demikian juga Berjaya; dan jika benar bahawa PATI boleh menjadikan sesebuah parti boleh menang, maka BN yang ditunjangi Umno pada PRU-1994 pasti menang, kerana pihak-pihak tertentu menuding jari kepada Umno/Usno kononnya mendaftar PATI sebagai pengundi.

Kemenangan BN bukan kerana PATI, akan tetapi peralihan selera rakyat tempatan daripada PBS kepada BN pada PRU 1999. Dengan adanya peralihan selera itu, maka PBS memutuskan untuk kembali kepada pangkuan BN pada tahun 2002, menjelang PRU-11.

Pendek kata, kehadiran PATI tidak menambah jumlah rakyat yang mengundi sebaliknya menambah jumlah rakyat negeri ini. Dengan pertambahan itu; bukan sahaja menyusahkan kerajaan dalam perancangan pebelanjaan juga mempengarui stok keperluan rakyat seperti keperluan ruji dan sebagainya.

12 November 2014

Kerana PATI Kerajaan Terpaksa Berbelanja Besar

Suruhanjaya DiRaja berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah ditubuhkan pada ogos 2012. Siasatan berkaitan isu PATI sebenarnya telahpun tamat, dan kini menunggu laporan itu dikemukan ke Dewan Rakyat untuk dibincang.

Selepas mengetahui maklum balas dan temuan melalui RCI itu, kerajaan akan mengwujudkan satu dasar untuk penyelesaian.

Masalah PATI, timbul apabila berlakunya pertambahan penduduk Sabah tidak sesuai dengan pertumbuhan kelahiran biasa manusia; selain itu; kerapnya berlaku jenayah yang berkaitan dengan mereka yang bukan warganegara. Juga melalui banci penduduk, terdapatnya lebih 800,000 bukan warganegara terdapat di Sabah.

Sebenarnya kerajaan berbelanja besar mengatasi pendatang tanpa izin, dengan terpaksa membina depo-depo tahanan sementara; selain itu terpaksa menanggung makan minum atas dasar kemanusian semasa PATI berada di depo-depo. Kerajaan juga terpaksa berbelanja dengan menghantar mereka yang ditahan ke negara masing-masing.

Masalah PATI, bukan sahaja berkait dengan masalah sosial, juga kerajaan terpaksa menambah anggota keselamatan untuk mencegah, mengawal dan memburu.

Sebenarnya, pemimpin negeri atau kerajaan tidak mendapat apa-apa manafaat dengan kehadiran PATI dalam negeri ini; walaupun ada penguasa terutama mereka yang bergiat dalam pembinaan dan perladangan serta perikanan mengambil kesempatan mengambil mereka kerana atas pertimbangan gaji murah.

Permintaan daripada pengusaha-penguasa seperti yang disebutkan di ataslah sebenarnya menjadi pendorong kebanjiran PATI dalam negari ini. Kini, bukan sahaja Sabah mengalaminya, malah Semenanjung Malaysia merasa sudah bahang kedatangan PATI ini. Kalau Sabah mempunyai PATI daripada Indonesia dan Filipina, manakala di Semenanjung daripada Mynmar, Bangladesh, Indonesia malah daripada negara-negara Indochina.

Kebanjiran PATI di Sabah sebenarnya bermula sejak tahun 70-an selepas bergolaknya Selatan Filipina. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa mengwujudkan penempatan pelarian di negeri ini melalui UNHCR; dan pada mulanya di bina di mana Kawasan Pasar Kinabalu sekarang atau sebelumnya dikenali sebagai Pasar Filipin. UNIHCR mengesa Malaysia menerima pelarian daripada Selatan Filipina; dan untuk mengenali mereka maka diwujudkan satu mekanisme yang disebut IMM13.

Selepas bertahun-tahun tinggal di negeri ini, maka pelarian itu mula berasimilasi dengan rakyat tempatan, sehingga boleh bercakap bahasa tempatan selain melayu. Melihat kepada keadaan ini, ada pihak-pihak tertentu mengambil peluang tentang kelompangan pendaftaran rakyat tempatan; kerana pada masa itu, terlalu ramai rakyat asal negeri ini terutama di luar bandar dan terpencil, tidak mempunyai surat kelahiran (Mala keadaan itu masih berlaku sehingga kini, di mana satu laporan baru-baru ini ramai anak-anak berketurunan murut di Kinabatangan tidak dapat meneruskan sekolah kerana tidak mempunyai MYKAD- temuan itu ditemui sendiri oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjun).

Bagi peniaga di mana ada peluang mendapatkan wang, maka benar-benar dimanafaatkan. Mereka menjadikan kelompangan ketiadaan surat beranak bagi penduduk rakyat luar bandar sebagai bisnes baru; mereka bergiat menjual surat beranak dan kemudian menjual kad pengenalan kepada PATI, sehingga, keadaan tidak terkawal lagi, dan menyebabkan sukar sudah mengenal, mana satu penduduk asal dan mana yang tidak.

Oleh kerana keadaan sukar dikawal, maka diwujudkan RCI untuk PATI, hanya melalui cara itu; boleh merungkai mana rakyat asal dan mana rakyat bukan. Mungkin kerajaan akan mengwujudkan satu mekaniseme, di mana semua kad pengenalan yang dikeluarkan dimansuhkan dan diganti dengan kad pengenalan baru; sudah tentunya melalui mekanisme yang ketat.

Kewujudan PATI, bukan sahaja menjadi ancaman kepada rakyat, malah kerajaan. Kejadian pencerobohan Kg Tanduo pada Mac 2013, menjadi cabaran kepada kerajaan. Malah kerajaan terpaksa berbelanja ratusan juta untuk mengawal sempadan yang berjarak 1,400km. Dalam bajet 2015 Malaysia, kerajaan memperuntukan RM660 juta semata-mata untuk mengawal sempadan negeri melalui Esscome/Esszone.

Sebenarnya, masalah PATI adalah ancaman kepada seluruh negeri dan rakyatnya; termasuk mereka yang menyokong parti pembangkang dan parti kerajaan.

Tiada kerajaan yang mahu mengwujudkan rakyat import untuk bersaing dengan rakyatnya sendiri. Inilah hakikat yang perlu diterima; namun ada rakyat sendiri yang menjadi katalis kepada kedatangan PATI- itu pengusaha ladang, pembinaan dan perikanan.

Walaupun RCI telah ditubuhkan, malah kerajaan mengenakan hukuman yang berat kepada PATI selain penjara juga sebatan, namun ada juga rakyat kita masih mempererjakan PATI-tujuan mereka ini adalah memaksimumkan keuntungan melalui pengajian yang murah.

Kita sebagai rakyat negeri ini, perlu berfikir secara matang; dengan tidak menyalahkan kerajaan dan mendakwa sebagai dalang kepada PATI.

11 November 2014

Apa Yang Diperlukan Daripada Seorang Ketua Menteri?

PERTAMA yang dilihat bagaimana seorang Ketua Menteri itu membangun negeri dan rakyatnya; Kedua bagaimana beliau mengwujudkan kesepakatan antara semua parti dan pemimpin untuk menjadi satu pasukan yang kuat dan Ketiga pendakatan beliau.

Sejak tahun 2003, pembangunan negeri berjalan seperti mana di rancang, dan rekod menunjukkan hampir 90 peratus peruntukan yang diluluskan dalam RM-10 berjaya dibelanjakan untuk membangun negeri dan rakyat. Juga terlihat saban tahun pengurusan kewangan negeri mendapat clean bill daripada Ketua Audit negara; selain itu pertambahan simpanan kewangan negeri senantiasa dipertahankan pada paras RM3bilion.

Apa yang mahu dilihat oleh seorang Ketua Menteri apabila pembangunan ekonomi dapat memberi impak kepada pembangunan rakyat. Pendekatan ini, dilihat berjaya apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada hampir 20 peratus kepada 8 peratus.

Bajet 2015, masih memperlihatkan pembangunan masih merupakan tumpuan utama, apabila hampir 51 peratus peruntukan dalam bajet itu diperuntukan untuk pembangunan; pembangunan dalam berbagai bidang termasuk modal insan dan belia.

Semalam, Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu, selain bajet Sabah 2015 yang berjumlah RM3.81bilion, juga mendapat tambahan RM4bilion daripada kerajaan Persekutuan untuk pembinaan keperluan rakyat seperti perumahan dan infrastruktur.

Musa memperlihatkan kedinamikan beliau dalam pembangunan negeri; atas sebab itu rakyat memberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan Sabah. Beliau mengerti, bahawa apabila pembangunan tersedia, maka sektor ekonomi akan menyusul, sebab kaedah ini lah yang dilalui oleh negara-negara maju.

Selain itu, memelihara hubungan dengan kerajaan Persekutuan merupakan vital dalam pendekatan beliau membangun negeri. Seperti mana kata beliau di DUN Sabah pada Isnin, keperluan Sabah daripada segi kewangan adalah berterusan; dan apa yang paling dibanggakan, apabila Sabah memerlukan tambahan kewangan untuk berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, kerajaan Persekutuan tidak pernah menolak permintaan.

Adalah menjadi lumrah kehidupan, apabila seseorang itu mempunyai kelebihan, ada sahaja yang cemburu. Mereka yang cemburu itu; sebenarnya secara tersirat mengakui kelebihan Musa, namun enggan mengakuinya.

Rakyat Sabah, sebenarnya berbangga dan berpuashati dengan cara Musa mengurus negeri; walaupun ada pemimpin tertentu cuba mempertikainya; ironinya para pemimpin itu tidak mempunyai kaedah bagaimana mengatasi apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri itu; atas sebab itu, ramai yang mengatakan cubaan kumpulan tertentu itu, hanya bersifat tikus membaiki labu.

9 November 2014

Teringkat Kisah Terengganu Menjelang PRU-1999

SEBELUM PRU-1999, bukan sahaja cakap-cakap kedai kopi, malah merebak pada media, jika MB Tan Sri Mohktar tetap menerajui BN Terengganu, negeri itu akan ditawan Pas. Benar juga, selepas PRU itu, Dato Seri Hadi Awang dilantik sebagai MB.

Kini cerita itu berulang, namun bukan di Terengganu, akan tetapi di negeri asal Perdana Menteri. Terlalu banyak cerita; jika MB sekarang meneruskan tugasnya, Pahang, kalaupun tidak akan dikuasai pembangkang sepenuhnya; akan tetapi BN akan kehilangan kerusi yang banyak yang boleh menjadi punca gabungan 13 parti tetap berkuasa di Putrajaya.

Isu 1MDB, salah satu lagi faktor yang boleh menyebabkan Bn kehilangan kuasa; kalau tidak ditangani dengan baik dan telus.

BN dalam rangka menyusun strategi untuk menawan Selangor; namun atas sebab dua faktor di atas; ditambah dengan faktor dalaman di Selangor sendiri; terlalu sukar menawan negeri termaju di Malaysia itu. Sebabnya, rakyat Selangor; tidak melihat, mengapa mereka perlu menyokong dan mengembalikan kerajaan Bn, tiada indikator ke arah itu yang menggamit sokongan mereka. Malah, pada PRU-14; ramai yang meramalkan, keupayaan Bn di negeri itu akan terus merundum.

Berikut Artikel utusan malaysia yang diterbitkan pada 3 November tulisan Hassan mohd Noor.

DALAM beberapa siri `perjumpaan’ bulan lalu, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) diberi peringatan dan teguran berhubung prestasi masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi BN, Najib Tun Razak pada perhimpunan agung MCA dan Gerakan. Tidak ketinggalan juga UMNO melalui Konvensyen UMNO Selangor yang berlangsung kelmarin. Selepas 18 bulan PRU, parti-parti politik sudah tentu mempunyai pelbagai strategi untuk menghadapi PRU berikutnya.

Dalam tempoh itu, banyak analisis dibuat berhubung kemenangan dan kekalahan. Sekarang adalah masa untuk memperkemaskan jentera parti supaya apabila tiba masanya, pengundi-pengundi sedar kenapa parti-parti berkenaan harus menjadi pilihan. Beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) juga menunjukkan prestasi parti yang bertanding selepas PRU tetapi ia tidak boleh menjadi ukuran kekuatan sebenar. Apa yang penting sekarang ialah menyusun langkah dan strategi untuk memenangi semula hati pengundi-pengundi yang telah beralih sokongan.

Fokus Perdana Menteri dalam beberapa siri perjumpaan itu nampak tertumpu kepada Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang sudah memasuki penggal kedua di bawah naungan pakatan DAP, PKR, Pas. Kedah dan Perak yang jatuh ke tangan pakatan pada 2008 sudah pun kembali ke pangkuan BN manakala di Kelantan, kedudukan Pas sukar digugat. Apakah strategi UMNO, Gerakan dan MCA untuk menawan semula Pulau Pinang dan Selangor? Tanpa menidakkan peranan komponen lain seperti MIC, PPP serta rakan BN lain, tiga parti komponen ini memainkan peranan penting untuk mengembalikan penguasaan di Pulau Pinang dan Selangor. Jika tidak, bukanlah mustahil Pulau Pinang dan Selangor akan terus kukuh di bawah penguasaan pakatan pembangkang seperti dialami di Kelantan. Parti komponen BN ini tidak boleh lagi terlalu bangga dengan jumlah keanggotaan parti. Tidak ada gunanya mempunyai anggota yang ramai tetapi tidak mampu memberi sokongan kepada parti. Tidak ada makna jika ada anggota merajuk menjelang hari pengundian, berpecah kepada pelbagai kem akibat keghairahan mengejar habuan politik atau terbawa-bawa dengan kepentingan peribadi, puak atau kem. Ada juga yang sanggup melihat kawan kecundang sedangkan hakikatnya partilah yang tewas hanya disebabkan anggota parti tidak puas hati dengan pemilihan dan sebagainya. Lebih mendukacitakan jika ada yang mengaku anggota parti tetapi hakikatnya bukanlah seorang pengundi yang sah kerana tidak mendaftar .

Jika mahu dibandingkan dengan DAP, Pas dan PKR, sudah tentu parti komponen BN mempunyai jumlah anggota yang lebih besar. Bagaimanapun, setiap kali PRU, jumlah pengundi yang menyokong pakatan ini lebih besar. Apakah rahsia di sebalik sokongan itu? Selain mengukuhkan sokongan anggota parti itu sendiri, pengundi di luar parti serta `di atas pagar’ juga perlu diberi perhatian.

Jika dilihat keputusan PRU lalu di Pulau Pinang dan Selangor, BN mencatatkan kemerosotan kerusi yang dimenangi. Lebih parah, Gerakan, MCA dan MIC gagal membantu sementara UMNO pula kehilangan banyak kerusi. Situasi inilah yang perlu diperbaiki pada PRU akan datang sama ada mahu melihat kemerosotan berterusan atau melon­jakkan semula kejayaan.

Gerakan khabarnya akan tampil dengan pelan komprehensif untuk memenangi kerusi pada PRU akan datang di Pulau Pinang. Presiden Gerakan, Mah Siew Keong memberitahu, dalam tempoh dua tiga bulan lagi, parti itu akan menyiapkan pelan berkenaan dan menyerahkan kepada Najib. Gerakan berharap pada pertengahan tahun hadapan, parti itu mempunyai strategi yang kon­krit. Diharapkan ia bukan sekadar strategi mahu memenangi beberapa kerusi sebaliknya perlu mempunyai keazaman untuk bertapak semula sebagai sebuah kerajaan di Pulau Pinang. Gerakan perlu mempunyai iltizam yang kuat untuk bangkit semula menawan Pulau Pinang selepas negeri itu ‘jatuh’ pada 2008 dan kemudiannya pada 2013. Selepas dikejutkan dengan keputusan 2008, Gerakan sepatutnya bangkit memperbaiki kedu­­dukan tetapi keputusan pada PRU lalu jelas menunjukkan keadaan lebih teruk. Gerakan tidak seharusnya membiarkan usaha yang dilakukannya bersama BN untuk membangunkan negeri itu sehingga mencapai tahap sekarang berakhir begitu sahaja.

Begitu juga dengan peranan MCA sebagai rakan yang diharap dapat menyumbang kepada penguasaan semula negeri itu. Gelora MCA yang menyaksikan pelbagai kecelaruan dalam membuat keputusan selepas PRU lalu diharap sudah berakhir dan parti itu dapat memberi fokus untuk membantu BN memenangi semula hati pengundi-pengundi. Jangan terlalu selesa dengan kedudukan sama ada di dalam kerajaan negeri atau pusat dan pihak berkuasa tempatan. Usah selesa dengan pelbagai permintaan yang dipenuhi dan dipatuhi oleh rakan-rakan komponen BN atas semangat setia kawan. Najib sebelum ini sudah mengingatkan bahawa MCA mesti menjadi parti yang kuat dan bersatu sekali gus membantu mengembalikan semula sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU akan datang. Masa depan MCA juga bergantung kepada perpaduan dan kewujudan puak-puak dalam parti hanya menyulitkan pemilihan calon pada PRU.

Bagi wanita MCA pula, Ketuanya, Heng Seai Kie, menjelaskan perang untuk memenangi semula kerusi yang tewas pada PRU 12 dan 13 sudah bermula. Dengan kekuatan 423,000 anggota, sayap MCA itu yakin dapat memainkan peranan dan mengharapkan lebih ramai wanita diturunkan sebagai calon. Siapa pun calon, apa yang penting keupayaan serta strategi untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. Begitu juga dengan UMNO. Jika bercakap dalam konteks Pulau Pinang, UMNO negeri itu perlu mendapatkan semula sekurang-kurangnya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Penanti, Batu Maung dan Sungai Bakap. UMNO Pulau Pinang sebelum ini mempunyai rekod yang baik sama ada menang semua kerusi yang ditandingi atau tewas satu atau dua kerusi. Mampukah UMNO Pulau Pinang bertahan dengan kerusi yang dimenangi sebelum ini?

Di Selangor, jika pada PRU12, BN menang 20 kerusi DUN tetapi pada PRU13, hanya menang 12 kerusi. Adakah angka ini akan terus mencorot atau sebaliknya dapat menebus semula maruah BN? Teguran yang perlu mendapat perhatian semua kepemimpinan UMNO bukan setakat Selangor ialah UMNO perlu mengatur strategi baharu. Bagi Selangor, UMNO negeri itu juga perlu membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu. Terima hakikat bahawa UMNO Selangor kini sebagai pembangkang dan bertindak seperti pembangkang, bukan seperti kerajaan negeri.

Parti komponen BN juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepemimpinan pakatan pembangkang serta pelbagai tindakan yang tidak disenangi rakyat sama ada di Pulau Pinang atau Se­langor. Mereka perlu bangkit untuk menyedarkan rakyat siapakah yang lebih baik. Tidak keterlaluan jika apa yang dilakukan oleh kerajaan pakatan itu dilakukan oleh kerajaan BN, sudah pasti, parti pembangkang bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bangun mengkritik. Hal seperti ini seolah-olah tidak berlaku hari ini. Pihak di sebelah sana bebas melakukan apa sahaja sementara pihak sebelah sini kadang-kadang bangun dan ada ketikanya ‘tidur lena’ dibuai mimpi indah.

Parti komponen BN tidak seharusnya mengulangi kesilapan yang lalu. Ingat pesanan Najib supaya berubah. Sikap berpuak-puak atau kem perlu dihapuskan kerana inilah penyakit yang akan membunuh dan memusnahkan parti. Pilih kepentingan diri atau parti.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/bangkit-tawan-semula-atau-biarkan-mereka-terus-berkuasa-1.19989#sthash.1AVNIpbn.dpuf

7 November 2014

Intipati Bajet 2015 Sabah

MESKIPUN harapan OKB melalui tulisan sebelum ini, mengharapkan bahawa bajet 2015 Sabah akan lebih tinggi berbanding tahun ini; namun selepas mendengar/membaca bajet 2015; nampaknya; meskipun jumlah yang difikirkan besar itu tidak tercapai; namun cara Ketua Menteri Sabah membentangkan bajet itu dengan perincian prioritasnya; harapan itu terpenuhi, melalui jumlah peruntukkan yang dikhususkan untuk pembangunan.

PERAHU SUDAH DI AIR, DAYUNG SUDAH DI TANGAN; teruskan membangunan negeri. Bajet 2015 negeri Sabah yang berjumlah RM 3,812.79 juta meskipun lebih rendah berbanding bajet 2014 yang berjumlah RM4.088 bilion; namun sejak tahun 2008; pada kali inilah bajet negeri diunjurkan surplus sejumlah RM49.23juta.

Bajet 2015 Sabah yang membawa tema MENUMPU KELESTARIAN PEMBANGUNAN UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri di Dewan Undangan Negeri pada petang Jumaat.

Meskipun bajet tersebut lebih rendah berbanding bajet tahun ini, Musa yakin fokus pengukuhan kewangan negeri, penambahbaikan infrastruktur dan prasarana, pembangunan belia dan modal insan, pembasmian kemiskinan dan peningkatan taraf hidup serta pembangunan wilayah seimbang akan terus berjalan sepertimana dirancang.

Bajet yang dibentangkan, meskipun kelihatan kecil, namun fokus utamanya mentransformasikan rakyat melalui transformasi ekonomi.

Daripada bajet tesebut sejunlah RM1,930.64 juta atau 50.63 peratus diperuntukan untuk pembangunan; ertinya fokus utama kepimpinan negeri adalah pembangunan. 

Sabah masih dahagakan pembangunan dalam semua bidang; atas sebab itu; fokus pada setiap bajet adalah pembangunan. Hanya melalui pembangunan, akan terwujud satu persekitaran perekonomian yang mapan; dan apabila titik point di mana pembangunan boleh mendukung persekitaran perekoniman; maka Sabah akan mula lepas landas sebagai negeri maju. Tujuan itu akan tercapai; jika rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada tanpa gangguan.

Pembangunan untuk kepentingan rakyat akan berjalan lancar, jika para pemimpin tidak diganggu oleh tukang-tukang karut, tukang kipas mahupun tukang tikam. Sebabnya, apabila pemimpin dapat berkerja tanpa memikirkan perkara-perkara remeh, maka mereka dapat memerah otak dan tenaga untuk memajukan negeri dan rakyatnya.

Kepuasan seorang pemimpin apabila rakyatnya sejahtera, hidup bebas tanpa gangguan dan mudah mencari rezeki.

Kerjasama Berterusan Kunci Kekuatan BN – Musa Aman

KERJASAMA berterusan dan persefahaman dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan kunci kepada kekuatan BN, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata selagi parti komponen bekerjasama, sebarang isu dan cabaran boleh diatasi.

“Saya berterima kasih kepada rakan-rakan di dalam BN kerana sokongan mereka. Ia memudahkan saya untuk melakukan tugas saya. Saya berharap kerjasama ini berterusan,” katanya pada majlis penyerahan surat lantikan kepada pemimpin bahagian kawasan Parlimen BN pada Khamis di Kediaman Rasmi Ketua Menteri- Sri Gaya, Kota Kinabali..

Musa berkata parti komponen BN mempunyai objektif sama untuk membangun Sabah dan menambah baik kebajikan rakyat.

“Sudah tentu terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Oleh itu adalah penting wakil rakyat turun ke bawah untuk menangani masalah dan isu yang dihadapi rakyat.

“Ini amanah yang diberikan kepada anda selaku wakil rakyat dan ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggjungjawab dan berintegriti.” katanya.

Beliau berkata tugas membangunkan negeri ini memerlukan setiap orang bekerjasama selain bertukar pandangan dan idea dalam kalangan BN.

5 November 2014

Bajet 2015 Sabah

DI LAMAN fb Ketua Menteri Sabah; beliau menyatakan ceria menjelang pembentangan Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada Jumaat 7 November 2014 di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Gambaran ceria boleh menggambarkan satu perkhabaran baik untuk rakyat. 

Bajet 2014 Negeri Sabah berjumlah RM4.088 bilion, tidak termasuk peruntukan tambahan; dan jika dicampurkan dengan peruntukan tambahan, bajet tahun 2014 mendekati RM5 bilion.

Biasanya bajet Sabah, untuk tahun berikutnya disandarkan kepada bajet berserta bajet tambahan pada tahun sebelumnya. Dengan itu, adalah satu kepastian, bahawa bajet Sabah untuk tahun 2015 dianggarkan mendekati RM5 bilion ataupun mungkin lebih daripada itu.

Sabah memerlukan bajet yang besar untuk membangun negeri. Pembangunan infrastrukutur merupakan cabaran utama kepimpinan negeri; selain cabaran untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

Bajet Sabah, akan disandarkan kepada pendapatan negeri. Melalui bajet yang tinggi, bererti pendapatan negeri juga bertambah.

Satu perkara yang menarik, sejak Musa menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, bahawa kerajaan negeri tidak menjual aset untuk menampung perbelanjaan; sebaliknya bajet negeri terletak kepada perolehan negeri.

Daya maju negeri digambarkan kepada pertambahan bajet setiap tahun; ertinya sejak 11 tahun lalu, perolehan negeri saban tahun bertambah.

28 October 2014

Mengapa Ada Pihak Mahu Musa Diganti?

MENGAPA ada yang kurang senang dengan Datuk Seri Musa Aman; sekelumit sebabnya sila ikuti tulisan Saudara Musli Oli disni 

Tulisan saudara Musli itu menghampiri kebenaran fakta. kerana sebelum ini seorang pemimpin yang OKB kenal pernah bercakap secara langsung kepada penulis beberapa tahun yang lalu. Malah pemimpin itu, mengandaikan atas sebab ketegasan Musa itu, maka beliau mendapat musuh dalam lingkungan Bn sendiri.

OKB berulang kali meminta kebenaran daripada pemimpin itu, untuk menerbitkan cerita benar itu melalui blog; namun kebenaran itu sehingga kini belum perolehi.

Alasan pemimpin itu, agar pendedahan itu, tidak menjadi katalis kepada pihak-pihak tertentu  untuk menggunakan cerita itu bagi mengwujudkan suasana tidak tenteram dalam kalangan kepimpinan dalam Bn. Selain itu, Musa sendiri tidak mahu perkara itu dijadikan sebagai bahan percakapan, dan bahan perbalahan antara pemimpin.

Tugas Musa, menurut pimpin itu, akan terus berkerja secara diam berasaskan perlembagaan negeri, dan akan terus bertindak untuk menjaga kepentingan negeri; atas sebab itu, dalam perjalanan pemerintahannya, Musa berusaha mengambil alih sebanyak mungkin syarikat-syarikat yang dahulunya diswastakan, untuk kembali sebagai GLC kerajaan negeri.

Tindakan Musa, antara lain membatalkan perjanjian memajukan Tanah Kerajaan yang terletak berhampiran dengan Taman Prince Philip, Tanjung Aru; yang diberikan kepada pihak swasta untuk dimajukan.

Sehingga kini, menurut pemimpin itu, Musa sangat terkilan dengan penjualan ladang lembu milik Sabah di Darwin, Australia; di mana hasil penjualan ladang itu, telah menyebabkan pembelinya sekelip mata menjadi jutawan.

Berikut Tulisan Saudara Musli yang telah OKB salin dan tampal, di mana isinya sama dengan OKB linkkan.

Pertemuan singkat itu sedikit sebanyak merungkai beberapa persoalan. “Saya minta satu saja. Jangan dedahkan nama saya. Saya tidak mahu sebarang kredit. Saya tidak ada kepentingan dalam hal ini. Soal Musa kekal jawatannya sebagai Ketua Menteri atau tidak, ia tidak akan mengubah kehidupan saya.”

Dia menarik kerusi dan jemput saya duduk. Suasana lobi Magellan pagi ini lengang. Agaknya masih terlalu awal. “Saya baca tulisan saudara minggu lepas. Ramai yang salah faham terhadap saudara. Ramai yang prejudis tanpa baca isi kandungan sebenarnya. Saya kenal saudara dan saya tahu, satu ketika dulu, saudara begitu rapat dengan Datuk Musa Aman. Datuk Syed Abas Ali pernah beritahu saya, dia diarahkan oleh KM untuk melantik kamu. Betul?”

Saya mengangguk, mengiyakan.

Minggu lepas saya dan Zabidi Saidi menulis “Konspirasi Jatuhkan Musa?“ selepas pertemuan 8 ketua Umno bahagian dengan PM mencadangkan peralihan kuasa di Sabah menjadi isu perbincangan. Kumpulan yang kami panggil ‘Kumpulan Pendek’ itu dikatakan mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin kanan Umno dari Pusat.

“Benarkah ada konspirasi seperti yang saudara tulis? Jika saya ditanya, saya akan jawap ya. Memang ramai yang mahu dia turun. Kenapa? Kerana Musa jadi batu penghalang kepada orang-orang yang melihat negeri Sabah sebagai ‘gold mine’. Jika bukan kerana ketegasan Musa, seluruh pantai dan kawasan laut dari Pulau Gaya sebelah Sutera Harbour hingga ke Teluk Likas, beratus-ratus ekar, sudah jadi milik syarikat tycoon dari Sarawak”. Menurutnya, kelulusan tanah itu semasa Tan Sri Dompok atau Datuk Yong Teck Lee. Bagaimanapun, pemilik Sutera Harbour Resorts menghantar satu surat bantahan kerana ada cadangan menimbus kawasan laut bersebelahan dengan resorts itu.

Sudah tentu Sutera Harbour Resorts tidak lagi menarik jika kawasan laut dan pantainya ditimbus dan dibangunkan. Bantahan sampai kepada pengetahuan Musa Aman yang baru dilantik sebagai KM Sabah menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat. Musa minta EIA buat laporan kesan penimbusan kawasan laut tersebut terhadap alam sekitar. Dan seterusnya membawa perkara itu kepada tribunal dan kerajaan negeri dapat membatalkan kelulusan.

Beliau juga bawa perkara itu ke Dewan Undangan Negeri Sabah untuk gazette kawasan tersebut sebagai kawasan yang kekal milik kerajaan dan tidak boleh dipohon atau dianugerahkan kepada mana-mana individu atau syarikat tanpa persetujuan DUN Sabah.

Tindakan Musa membawa perkara itu ke DUN Sabah patut dipuji kerana ia satu langkah mengelak salahguna kuasa berlaku di masa depan. Jika kuasa menganugerah tanah kekal sebagai hak mutlak KM dan kabinet negeri, insiden itu boleh berulang dan negeri bakal kehilangan prime land yang nilainya berbilion ringgit.

“Pemilik syarikat berpangkat Datuk Seri itu seorang Ahli Parlimen yang berpengaruh dan kaya raya. Bayangkan apa perasaannya terhadap Musa selepas kelulusan tanah itu batal. Suka atau marah? Tentu sekali bukan saja marah tapi mungkin berdendam dengan Musa. Wang telah banyak dilaburkan untuk mendapatkan kelulusan tanah itu. Saya dapat tahu ada seorang dua MP dari Sabah yang mendapat payroll darinya.Orang-orang ini juga marah dengan Musa, termasuk pemimpin kanan Umno Pusat yang merupakan rakan niaga pemimpin Sarawak ini.”

Tangannya beri isyarat kepada pelayan. “Dua kopi tenom, boleh?” Saya mengangguk. Tidak kisah minum apa kerana saya lebih berminat mendengar ceritanya daripada memikirkan soal minuman.

“Kamu berani tapi kadang-kadang agak sarcastic. Tapi itu stail masing-masing. Saya suka baca catatan perjalanan dari KK ke Sandakan dan dari KL ke Kuantan baru-baru ini. Satu sindiran yang cukup tajam terhadap Federal Government tentang Pan Borneo Highway. Memang benar Pan Borneo bukan highway seperti kamu kata.” Dia memuji.

Saya tidak balas pujiannya. Hanya senyum dan biarkan dia terus bercerita. “Musli, you are a story teller, saya bukan story teller.

Saya bukan penulis atau novelis. Bukan juga penglipur lara. Saya cerita perkara benar, bukan rekaan. Cerita daripada orang-orang yang rapat dengan Musa dan cerita yang saya dengar sendiri dari mulutnya. Saya tidak paksa kamu percaya sepenuhnya. Terpulanglah. Saya tidak ada kepentingan. Tetapi saya perlu ceritakan perkara yang berlaku. Do justice to him. Saya tidak kata Musa KM Sabah yang terbaik dan tidak ambil kesempatan daripada jawatannya. Begitu juga dengan KM Sabah terdahulu seperti Tun Stephens, Tun Mustapha, Harris Salleh, Pairin dan lain-lain.”

Apa pun tanggapan umum, Tun Mustapha menurutnya seorang KM yang tegas pertahankan hak Sabah. Katanya, jika diletak pistol di kepalanya sekalipun Tun Mustapha tidak akan menyerahkan tanah Sabah kepada syarikat-syarikat dari luar terutama kawasan prime land dalam kawasan bandar. Begitu juga dengan Allahyarham Tun Stephen. Dua pemimpin ini tidak bersetuju dengan pemberian royalti 5% kepada Sabah.

“Jangan samakan pemimpin Sabah dulu dengan sekarang. Amat tidak adil untuk kita bandingkan Tun Mustapha dan Tun Stephens dengan pemimpin Sabah hari ini. Set up tidak sama. Dulu parti dalam negeri. Sekarang parti nasional. Begitu juga dengan politik Sarawak. Kita tidak sama status dengan Sarawak kerana presiden parti yang memerintah Sabah adalah juga Perdana Menteri. Pemimpin BN Sarawak boleh bercakap soal Malaysia Agreement, soal royalty secara terbuka tapi di Sabah, ini tidak boleh dilakukan”.

Ini tidak bermakna pemimpin Sabah tidak pertahankan hak-hak Sabah bila tidak buat kenyataan terbuka, katanya lagi. Musa Aman telah membuktikan dia seorang pemimpin yang tegas dalam soal hak negeri Sabah bukan sahaja dalam kes tanah tetapi juga satu kes yang berlaku sebelum dia menjadi KM Sabah. Peristiwa itu berlaku pada tahun 1994.
“Kes ini telah lama tetapi kesannya membawa kepada persengketaan antara dua pemimpin itu hingga ke hari ini.”

Satu proposal telah dikemukakan kepada KM Sabah ketika itu, Tun Sakaran Dandai untuk menubuhkan syarikat pelaburan atau investment arm kepada Yayasan Sabah. Beberapa pemimpin terlibat termasuk Timbalan Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee dan seorang peniaga dari Sarawak bernama Datuk Ambrose Lee, pemilik syarikat NBT, sebuah listed company. Syarikat yang dicadangkan Aman Takzim. Cadangan itu daripada pemuda Umno, dan semua pemuda Umno seluruh Sabah pada masa itu dijanjikan elaun RM5000 sebulan sepanjang hayat, dengan syarat memberi sokongan sepenuhnya.
Deal untuk ambil alih asset Yayasan Sabah yang bernilai puluhan billion itu telahpun mendapat kelulusan KM Sabah dan kabinet negeri juga tidak menghalang cadangan tersebut.

Pada masa itu Musa bukan anggota kabinet. Dia sekadar Pengerusi GLC. Musa dilantik sebagai pengerusi SEDCO setelah menolak tawaran menjadi pembantu menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihan raya 1994. Pengambil alihan harta Yayasan Sabah oleh syarikat Aman Takzim berjalan lancar tetapi cadangan itu tidak boleh berkuat kuasa jika tidak mendapat persetujuan Ahli Lembagai Pemegang Amanah Yayasan Sabah (BOT) yang dipengerusikan KM Sabah. Secara kebetulan Musa adalah salah seorang daripada anggota BOT Yayasan Sabah. Antara lain anggota termasuk Tan Sri Ampong Puyon dan Datuk Hasbollah Taha.
Maklumat yang diperolehi Musa daripada kakitangan kanan Yayasan Sabah begitu merisaukannya. Setelah Aman Takzim mengambil alih asset Yayasan Sabah, syarikat itu kemudian akan diambil alih NBT secara reverse takeover dan di senaraikan dalam BSKL. Ini bermakna Aman Takzim akan menjadi listed company dan bukan lagi milik penuh Yayaan Sabah dan di luar kawalan setelah ia menjadi syarikat awam. Pada masa itu Musa dapat maklumat Datuk Ambrose Lee adalah orang di belakang idea penubuhan Aman Takzim untuk mengawal syarikat itu melalui NBT.

Dalam mesyuarat pertama BOT Yayasan Sabah, Musa memberi pandangannya dan menyatakan kebimbangan itu kepada ahli-ahli lembaga yang lain tentang kemungkinan Sabah akan hilang kuasa pemilikan saham sekiranya syarikat itu disenaraikan kelak. Jika syarikat itu bukan lagi milik Yayasan Sabah, bermakna harta berbilion ringgit akan berpindah milik. Mesyuarat gagal mencapai kata sepakat dan ditangguhkan.

Pandangan Musa menjadikan dia tidak disenangi. Musa dianggap sebagai penghalang . Oleh itu, satu mesyuarat BOT Yayasan Sabah telah dirancang secara senyap-senyap dan diadakan semasa Musa mengikuti rombongan lawatan menteri, Tan Sri Joseph Kurup ke Pulau Pinang.

Bagaimanapun Musa telah dihubungi dua pegawai kanan Yayasan Sabah, Datuk Tengku Adlin danDatuk Safari Manan mengatakan keesokan pagi BOT Yayasan Sabah akan mengadakan mesyuarat khas. Musa mendapat panggilan telefon itu pada sebelah malam. Tanpa berlengah, beliau menaiki teksi dari Pulau Pinang ke Airport Subang. Beliau tiba sekitar jam 4 pagi dan sempat menaiki pesawat pertama ke Kota Kinabalu.

Ketibaan Musa dalam mesyuarat itu amat memeranjatkan kerana dia tidak dimaklumkan dan secara sengaja telah dirahsiakan daripada pengetahuannya. Mesyuarat BOT pagi itu khususnya membincangkan proposal Aman Takzim. Selepas beberapa orang memberi pandangan, tiba giliran Musa. Pertama sekali Musa meminta KM Sabah untuk tidak terlibat dalam mesyuarat itu kerana kemungkinan akan berlaku ‘conflict of interest’ disebabkan salah satu nama dalam syarikat Aman Takzim ada hubungan keluarga dengannya.

Tun Sakaran meninggalkan mesyuarat BOT. Timbalan KM, Yong Teck Lee di cadang mengambil alih mempengerusikan mesyuarat tapi Yong juga menolak dan Musa dicadangkan untuk menjadi pengerusi mesyuarat. Musa mencadangkan keputusan hendaklah ditangguhkan dan mohon perkara itu dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Tidak lama selepas itu, Musa menjelaskan kepada Tun Mahathir di Kuala Lumpur. Tun Mahathir mengarahkan satu team yang diketuai penasihat ekonomi PM ke Sabah untuk membuat siasatan lanjut mengenai proposal mengambil alih asset Yayasan Sabah. Keputusan Tun Mahathir, cadangan Aman Takzim telah dibatalkan.

“Apakah peranan Musa membatalkan proposal itu, antara sebab Tun Mahathir memilihnya menjadi KM Sabah?” Pertama kali saya bertanya. “Mungkin juga itu salah satu factor” jawapnya ringkas.

Begitulah kisah yang dikisahkan kepada saya. Sebagaimana saya terbuka untuk mendengar apa yang disampaikan oleh mereka yang tidak ‘selesa’ dengan Musa, saya juga sentiasa berbesar hati mendengar apa yang disampaikan kepada saya oleh mereka yang menyenanginya. Saya percaya itulah sebaik-baik cara kerana kita tidak berhak bercakap mengenai kebenaran dan keadilan selagi kita hanya memilih nak mendengar apa yang kita mahu dengar.

23 October 2014

Kadar Kemiskinan Sabah Di Mata Dato Rahman Dahalan

Ramai pihak yang gemar mengambil kesempatan politik dalam isu kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Kata mereka Kerajaan BN gagal menangani kemiskinan di negeri Sabah. Benarkah tuduhan mereka ini?

Untuk merungkaikan tuduhan ini, kita perlu buat perbandingan secara rasional.

Kita mulakan dengan zaman sebelum merdeka. Semua tahu kehidupan di Sabah sebelum merdeka amat daif sekali. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Infrastruktur seperti jalan, hospital dan sekolah begitu berkurangan sekali. Gambar-gambar keadaan negeri Sabah zaman penjajah yang terdapat di dalam arkib negeri menjadi bukti.

Kalau kita dengar cerita orang-orang tua kita, perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu pada zaman mereka memakan masa sehari dua untuk sampai ke destinasi. Untuk pergi ke Tuaran dari Kota Belud akan memakan masa hampir sehari suntuk kata mereka. Ada yang naik kerbau, ada yang kayuh perahu dan ada yang berjalan kaki.

Oleh kerana prasarana yang teruk, maka aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan amat kecil sehinggakan kadar kemiskinan di negeri Sabah pada waktu itu begitu tinggi sekali.

Sebelum kemerdekaan, negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Ada anggaran yang menyebut kadar kemiskinan semasa zaman penjajahan British dan Jepun mencecah sehingga 80%. Rekod rasmi yang terawal yang saya pernah terbaca menunjukkan kadar kemiskinan di negeri Sabah berada pada tahap 52% pada tahun 1976. Ini bermakna kita bermula dengan angka kadar kemiskinan yang tinggi sementara semenanjung Malaysia yang mempunyai ekonomi yang jauh lebih baik dan teratur sebelum merdeka, bermula dengan angka yang rendah iaitu 51% pada tahun 1957.

Apa kadar kemiskinan negeri Sabah masa kini?

Menurut angka statistik terakhir yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2013, kadar kemiskinan Sabah telah turun ketahap 8%. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tidak ada seorang pun boleh menafikan fakta ini.

Dalam tempoh 51 tahun, satu tempoh jangka hayat yang pendek bagi sesebuah negara, kerajaan telah mampu mengurangkan kemiskinan dengan drastiknya.

Memang benar 8% itu masih tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia atau kalau dibandingkan dengan purata kadar kemiskinan negara kita. Itu kita tidak nafikan. Kerajaan perlu dan wajib untuk tingkatkan lagi tindakan untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah.

Persoalan yang saya ingin bincang dalam artikel ini ialah benarkah kerajaan gagal membasmi kemiskinan di negeri Sabah. Pada saya itu adalah tuduhan yang tidak benar. Penurunan kadar kemiskinan yang amat ketara ini adalah bukti besar kejayaan dasar dan program pembasmian kemiskinan kerajaan.

Ada beberapa sebab utama kenapa kemiskinan di Sabah secara relatifnya tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Antara penyebabnya ialah kerana keluasan negeri Sabah yang besar dan berbukit bukau serta taburan meluas kampung-kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

Dengan taburan kepadatan penduduk yang rendah dan permukaan bumi yang berbukit bukau ini, pembangunan infrastruktur asas seperti jalanraya, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan, menjadi satu cabaran yang cukup besar.

Masih ada kampung-kampung di negeri Sabah yang mempunyai 20 buah rumah kebawah terletak jauh berpuluh-puluh kilometer dari jalan berturap yang terdekat.

Saya dimaklumkan oleh pihak berkenaan bahawa untuk membina satu kilometer jalan luar bandar yang berturap ke perkampungan yang jauh dan berbukit memerlukan perbelanjaan antara RM2.5juta hingga RM3juta satu kilometer. Ini belum lagi mengambil kira jika ada keperluan untuk pembinaan beberapa jambatan merentasi sungai.

Sudah tentu semua penduduk di kampung-kampung tersebut menuntut jalan berturap dibina segera tetapi hakikatnya semua ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi yang hanya mampu dibuat oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Ini bukan bermakna kerajaan sengaja berpeluk tubuh dan tidak membina jalan-jalan tersebut tetapi ianya akan memakan masa.

Saya dapati ada pihak yang gemar menunjukkan jalan yang teruk di luar bandar seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Ini yang saya pertikaikan. Saya kira untuk berlaku adil, kalau ada gambar jalan yang teruk, tunjukkan juga gambar jalan-jalan yang dibina oleh kerajaan.

Untuk makluman, menurut kajian PEMANDU, 87% penduduk Sabah sekarang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari jalanraya berturap / jalan kelikir yang terdekat (rujukan NKRA Pemandu —>http://www.pemandu.gov.my/…/a…/Language/ms-MY/open_rbi_2.jpg).

Saya tahu ada yang mungkin bertanya kenapa negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah masih mempunyai rakyat yang miskin. Ini soalan yang relevan yang perlu penjelasan.

Sebenarnya bukan mudah untuk membasmi kemiskinan. Negara-negara maju yang jauh lebih kaya dari kita dan yang telah merdeka beratus-ratus tahun pun masih lagi bergelut dengan permasalahan ini. Kata orang putih, "Poverty is stubborn!".

Amerika contohnya, walaupun negara terkaya dalam dunia dan ujud sejak tahun 1776 lagi, mempunyai kadar kemiskinan 14.5% pada tahun 2013 (rujukan: United States National Census Bureau —>http://www.census.gov/newsro…/press-releases/…/cb14-169.html#). Di United Kingdom, negara keenam terbesar dari segi ekonominya, 1 daripada 5 orang atau 20% penduduknya berada dibawah paras kemiskinan (rujukan OXFAM GB — > http://policy-practice.oxfam.org.uk/our-w…/poverty-in-the-uk) dan di Australia, kadar kemiskinannya ialah 13.9% (rujukan Australia Council Of Social Services — > http://www.acoss.org.au/policy/poverty/).

Walaupun kekayaan sesebuah wilayah itu sudah tentu boleh membantu, tetapi nyata ianya tidak menjamin pembasmian kemiskinan sampai ke tahap sifar.

Pembasmian kemiskinan yang berkesan juga melibatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan dan dasar dan program yang mereka ketengahkan. Selain itu, penglibatan dan komitmen rakyat miskin itu sendiri banyak memberi impak kepada keberkesanan program pembasmian kemiskinan.

Ini telah sedikit sebanyak dilakukan oleh kerajaan kita. Sebab itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, mengikhtiraf kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan dan meminta jasa baik Malaysia untuk berkongsi pengalaman itu dengan negara-negara lain (rujukan UN News Center — > http://www.un.org/apps/news/story.asp…).

Apapun, perbahasan mengenai kemiskinan di negeri Sabah tidak boleh dihentikan.

Pada pendapat saya, lebih banyak diskusi mengenainya, lebih ramai yang boleh memahaminya dan mengetahui perkara yang sebenar.

Semalam contohnya, dalam perbualan saya dengan rakan-rakan dari Sabah, saya masih dihujani dengan pertanyaan kenapa kemiskinan Sabah lebih tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Saya menjawab mereka seperti apa yang saya tulis di atas. Dan saya tambah lagi dengan satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu.

Ini ada kaitan dengan angka garis kemiskinan yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk negeri Sabah.

Kalau anda perhatikan, anda akan dapati kerajaan menggunakan angka garis kemiskinan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan di Semenanjung Malaysia.

Bagi negeri Sabah, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung Malaysia pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan.

Ini bermakna semua isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan adalah dianggap miskin di Sabah tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan di Sabah lebih tinggi dari semenanjung.

Kenapa ini berlaku? Kenapa mesti ada perbezaan? Jawapannya ada dua.

Pertama, angka garis kemiskinan Sabah sengaja ditinggikan bagi mengambarkan kos kehidupan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan Semenanjung Malaysia. Maknanya, oleh kerana kos kehidupan yang tinggi di Sabah, pendapatan RM1,090 bulan itu sama nilainya dengan pendapatan RM830 sebulan di Semenanjung Malaysia.

Sebab yang kedua kenapa angka garis kemiskinan sengaja ditinggikan di negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi rakyat Sabah menikmati bantuan dan program kerajaan persekutuan untuk orang miskin.

Pendeknya, isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan di Sabah layak untuk mendapat faedah program kemiskinan kerajaan persekutuan tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Kita di Sabah mahukan lebih ramai yang mendapat bantuan kerajaan persekutuan walaupun ini bermakna kadar kemiskinan di Sabah itu akan dilihat tinggi.

Kalau BN hanya mementingkan pulangan politik, sudah tentu kerajaan akan menggunakan angka pendapatan bulanan RM830 di peringkat kebangsaan sebagai tanda aras. Tapi hakikatnya kerajaan bersikap telus dan terbuka. Ia sanggup dikritik asalkan yang penting, lebih ramai yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan.

Sebenarnya saya pernah bertanya kepada menteri-menteri yang menjaga ekonomi seperti Datuk Abdul Wahid Omar, apakah agaknya peratus kemiskinan di negeri Sabah jika angka garis kemiskinan negeri Sabah disamakan dengan angka garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM830 sebulan?

Jawapannya kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.3% dan bukannya 8%! (Sumber: EPU - 2014). Pada tahap peratusan itu, kadar kemiskinan negeri Sabah hampir sama dengan negeri- negeri lain dalam Malaysia.

Ada pula rakan saya malam itu yang berkata kalau begitulah hakikatnya, kita perlu minta royalti lebih dari kerajaan pusat. Saya tidak nafikan itu idea yang baik. Tetapi seperti mana yang saya katakan dalam perdebatan saya dengan MP PKR dari Penampang, YB Darell Leiking, permintaa peruntukan royalti 20% itu lebih kecil dari apa yang kerajaan persekutuan telah, sedang dan bakal salurkan kepada negeri Sabah. Bagi saya sedikit masa untuk menulis mengenai isu ini pada masa akan datang. Saya akan menulis berdasarkan fakta dan angka, bukan retorik dan emosi.

Sebagai penutup, saya ingin beritahu rakan-rakan semua bahawa percayalah, kerajaan maklum keluh-kesah rakyat Sabah mengenai kemiskinan. Sebab itu kerajaan masih meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dengan kadar yang lebih agresif lagi.

Berbillion-bilion peruntukan telah disalurkan untuk program-program pembasmian kemiskinan sejak dulu hingga sekarang. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi tumbuh seperti cendawan di seluruh pelusuk negara kita. Dengan adanya pendidikan, maka lebih ramai lagi penduduk miskin yang mempunyai peluang yang cerah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Dalam bajet 2015, Perdana Menteri sekali lagi menggariskan beberapa dasar dan program khusus untuk mengurangkan kemiskinan. Begitu juga dengan kerajaan negeri Sabah yang bakal membentangkan bajetnya tidak lama lagi. Saya yakin Ketua Menteri Sabah tidak akan membelakangkan agenda pembasmian kemiskinan semasa pembentangan bajet negeri nanti kerana sebelum ini pun, pembentangan bajet negeri Sabah sentiasa mengambil kira secara serius program pembasmian kemiskinan.

Saya berkeyakinan penuh bahawa masa depan negeri Sabah adalah cerah. Insyallah kemenangan akan akhirnya berpihak dengan kita dalam memerangi kemiskinan di negeri Sabah.

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat sedikit sebanyak memberi pemahaman yang lebih dalam diskusi mengenai kadar kemiskinan di negeri Sabah. Saya menunggu komen anda dan kongsikan artikel ini jika anda prihatin dan mahukan perbincangan yang lebih berinformasi dan berfakta mengenai kadar kemiskinan negeri Sabah.

Teruskan beristirehat dengan keluarga dan rakan- rakan sempena cuti Deepavali ini.

Salam. Terima kasih.


Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Syarikat M3Energy-Impak Kepada Perekonomian Sabah

APABILA ada orang bising-bising berkaitan royalty minyak; kepimpinan Sabah di bawah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan pembelian syarikat M3Energy, sebuah syarikart yang bergiat dalam ekplorasi minyak dan gas. Syarikat berusia 24 tahun itu diambilalih dan diletakkan sebagai anak syarikat Bank Pembangunan Sabah.

Dua hari lalu, sebuah bernilai RM287 juta yang diberi nama Ratu Nusantara yang sedang dibina di sebuah limbungan kapal di Singapura telah dilancarkan. Fungsi kapal ini sebagai kilang penafis minyak terapung berfungsi berasaskan FPSO (Floating, Production, Storage, Off Loading) 

Sebagai kilang terapung, maka memundahkan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat; ertinya; ianya bergerak sesuai dengan permintaan.

Sebagai permulaan, kapal terapung itu akan berlokasi di perairan Indonesia, di lokasi di mana Petronas mempunyai aktivtiti carigali. Di masa depan, akan melihat permintaan di lokasi lain seperti Vietnam atau Thailand.

Musa berkali-kali menyatakan bahawa Sabah lebih mementingkan industri hiliran daripada minyak dan gas berbanding bayaran royalty 5 peratus. Melalui industri hiliran, bukan sahaja meningkat nilai wang juga boleh mencipta berbagai implikasi seperti pengwujudan peluang pekerjaan dan industri-industri iringan yang lain.

Apabila Ratu Nusantara beroperasi kelak, maka Sabah dengan rasminya terlibat dalam industri carigali dan pemerosesan minyak dan gas; di mana sebelum ini, hanya melibatkan syarikat-syarikat gergasi seperti Petronas atau Sapura Kencana.

Carigali minyak bermula sejak tahun 70-an walaupun Perjanjian carigali minyak dengan tertubuhnya Petronas bermula pada tahun 1974.

Penubuhan Petronas bagi Sabah mempunyai sejarah hitam. Pertama tersingkarnya kerajaan Tun Mustapha dan kemudian terbunuhnya Tun Mohd Stephens.

Persengkataan yang ada melalui tertubuhnya Petrons adalah berkaitan bayaran tunai atau disebut sekarang sebagai royaliti. Tun Mustapha tidak setuju dengan 5 peratus, demikian juga Tun Fuad. Tan Sri Harrris Salleh terpaksa menandatangani perjanjian itu; kerana menurut pandangan beberapa pengamal undang-undang pada masa itu; adalah lebih baik Sabah menandatangi perjanjian itu; kalau tidak kemungkin Sabah tidak akan mendapat faedah daripadanya; kerana pada masa itu, kebanyakan hasil minyak dan gas tertumpu di kawasan luar 12 batu nautika; kawasan ini adalah milik Persekutuan sepertimana takrifan kawasan Perekonomian eklusif (ZEE).

Musa mengambil iktibar berkaitan sejarah hitam masa lalu. Sejarah hitam itu kerana akibat bertegang leher berkaitan pembahagian keuntungan harta karun itu. Musa memilih, untuk sama-sama terlibat dalam memperkayasa harta karun itu. 

Melalui M3Energy Sdn. Bhd. Sabah mengistiharkan dirinya sebagai salah satu pemain, bukan lagi sebagai penonton yang hanya berharap kepada ikhsan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels