21 December 2014

IMPAK NEGATIF IBRAHIM ALI PADA BN SABAH DAN SARAWAK

PEMBANGKITAN isu AGAMA DAN MELAYU oleh Ibrahim Ali dan Perkasa MUNGKIN BERIMPAK POSTIF kepada Umno Semenanjung, tetapi berimpak negatif terhadap parti Komponen Bn lain, selain terhadap Sabah dan Sarawak.

Sarawak sudah terkena tempias itu pada PRN negeri itu pada tahun 2011, demikian juga semasa Pilihanraya parlimen pada tahun 2013.

Sabah juga demikian, terkena tempiasan pada PRU-13, di mana untuk pertama kalinya selepas tahun 2004, Bn Sabah kalah sedozen kawasan DUN dan Pembangkang menambah kerusi untuk Parlimen.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen dipertandingkan. Daripada jumlah itu BN menang 85 kerusi. Ironinya, jumlah yang dimenangi untuk tahun 2008 dan 2013 identical, meskipun Umno menambah 8 kerusi di wilayah itu. Apa yang berlaku adalah Umno menambah kerusi, akan tetapi komponen Bn seperti MCA dan Gerakan kehilangan kerusi yang sangat signifikan. 

Pada PRU-14 akan datang, Komponen BN akan kehilangan banyak kerusi lagi, terutama komponen Parti yang berasaskan bukan islam. MCA diperkirakan akan kehilangan banyak kerusi, diikuti parti Gerakan, sementara MIC mungkin menang 1 atau 2 kerusi.

Kerusi BN untuk Sabah dan Sarawak masih mungkin boleh dipertahankan, atas sebab dua negeri itu boleh bertindak mengenepikan dakwaan Ibrahim Ali dan Perkasa melalui pengharaman kumpulan Ngo itu, selain menghalang kemasukan Presiden Ngo itu ke negeri-negeri itu.

Tindakan ekstrim Perkasa langsung tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pembangkitan isu-isu ekstrim berkaitan agama dan ketuanan melayu, berimpak negatif terhadap kerharmonian beragama di Sabah dan Sarawak.

Salah seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pernah memberi kenyataan bahawa tindak tanduk Perkasa dan Isma hanya mendatangkan impak negatif dari segi politik kepada Sabah dan Sarawak. Sebabnya, sejak merdeka masalah agama bukan masalah pokok di dua negeri itu. Malah di awal kemerdekaan, Sabah tidak mempunyai agama rasmi.

Pada Mesyuarat Tahun Ngo ekstrim melayu itu minggu lepas telah memberi amaran kepada 5 pemimpin Umno antara lain kepada Salleh Said Keruak agar tidak mencampuri tindak taduk Perkasa dan ISMA.


Sebenarnya Salleh tidak pernah mencampuri urusan Perkasa, malah satu ketika pernah merasmikan Protem Ngo itu di Sabah. Namun tindakan ekstrim Ngo itu terutama Presidennya, yang hanya bermatalamat menjual bangsanya dan agamanya untuk kepentingan tertentu. 

Salleh sebagai ahli politik yang berpandangan jauh memberi pandangan bahawa tindak tanduk Perkasa boleh mengancam keharmonian beragama dan hubungan sosial antara penduduk di Sabah dan Sarawak.

Tiada kesilapan berkaitan kenyataan Salleh itu, malah selepas itu, Ketua Menteri Sarawak juga pernah berkata bahawa tindak tanduk Perkasa tidak boleh menyebar di bumi kenyalang.

Adalah belum terlambat bagi Sabah dan Sarawak, bertindak berkaitan kehadiran kumpulan Ngo ekstrim itu di dua negeri itu.

20 December 2014

PATI SABAH: Lim Kit Siang Main Politik

Lim Kit Siang langsung tiada merit bercakap berkaitan PATI Sabah. Sebabnya-pemimpin DAP itu tidak pernah bercakappun berkaitan PATI sebagai pemimpin Pembangkang Dewan Rakyat sebelum ini.

Hanya kerana, dia melihat bahawa ada peluang politik, atas faktor ada sebahagian KDM mempersoalkan Laporan RCI, maka Kit Siang turut tumpang tui.

Pemimpin DAP itu mahu menumpang, kerana ada beberapa kawasan di Sabah, di mana terdapat peratusan bahagi tiga antara kaum bumi islam, kaum KDM dan Cina. Mempengaruhi kaum KDM adalah untuk memastikan kawasan-kawasan itu jatuh pada parti pembangkang itu pada PRU.

Sukar disangkal bahawa parti pembangkang boleh menambah kerusi DUN dan atau Parlimen, kalau KDM menolak BN. 11 Kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-12, adalah kawasan KDM, dan hanya satu juga kawasan KDM akan tetapi KDM majoriti islam, iaitu DUN Klias.

Pada PRU-14, Matunggung*, Kedamaian*, Tamparuli*, Inanam*, Luyang*, Api-api*, Likas*, Kepayan*, Moyog*, Bingkor*, Sri Tanjong*, Klias*. Tandek, Kiulu, Tanjong Kapor, Tanjong Papat, Elopura, Karamunting, Paginatan, Melalap, Nabawan, Kuala Penyu dan Tambunan merupakan target pembangkang di peringkat DUN, manakala bagi Parlimen pula, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu*, Penampang*, Putatan, Ranau, Pensiangan, Tawau, Batu Sapi, Beaufort, Keningau, Tenom dan Sandakan*. Nota: yang bertanda * dimenangi Pembangkang pada PRU-13.

Bagi kawasan Parlimen- Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tawau, Sepanggar, Putatan, Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan merupakan kawasan 50-50, meskipun pembangkang mempergunakan PATI sebagai modal utama. Pada kawasan-kawasan ini, BN masih mempunyai kekuatan yang boleh membendung tembusan Pembangkang, hanya Kota Kinabalu, Sepanggar, Batu Sapi, Beaufort dan Sandakan, walaupun Bn berhempas pulas, nampak gayanya kawasan-kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

Analisis ini hanya berasaskan kepada Keputusan PRU-13. Kita tahu setiap pilihanraya, isu berlainan, persepsi juga berlainan, emosi juga berlainan. 

Pada masa ini, pembangkang menaikan emosi rakyat Sabah terutama kaum KDM, sambil diselang seli oleh pemimpin KDM yang ada dalam Bn. Nampaknya pemimpin tersalah baca berakitan Laporan RCI, mereka kini terbawa-bawa dengan emosi sehingga dituang dengan petrol oleh pihak pembangkang terutama Lim Kit Siang. 

Kepada pemimpin KDM bermuhasabah dirilah, Lim Kit Siang atau DAP tidak akan membela KDM dan bumiputera, DAP hanya menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan.

17 December 2014

Langkah Inanam- Langkah Anwar Memanaskan Laporan RCI

ANWAR Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.

Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku.

Impak Negatif Terhadap Pengusiran Pekerja Asing/PATI

BELUMPUN Kerajaan memulakan tindakan memburu, menangkap dan mengusir pekerja asing/PATI, sektor Pembinaan Sabah sudah berteriak kerana sektor itu akan berdepan dengan masalah besar.

Berkali-kali OKB berhujah bahawa kebanjiran warga asing/PATI di Sabah adalah disebabkan oleh permintaan sektor yang memerlukan pekerja kolar biru seperti pembinaan, perladangan dan perikanan selain perkebunan.

Pembangkang dan pihak-pihak lain yang beretorik politik, hanya tahu menuding jari kepada kerajaan umumnya dan khasnya kepada Umno/Bn, bahawa kononnya menternak warga asing/Pati. Apa yang paling malang adalah tuduhan, kononnya Umno/Bn mempergunakan mereka untuk mempertahankan kuasa.

Semalam di Semenanjung persatuan Pembinaan di Malaya berteriak juga, apabila kerajaan memutuskan menghantar pulang semua PATI yang termasuk dalam program 6P yang meliputi 500,000 orang. Sektor itu akan lumpuh kerana berdepan dengan kekurangan pekerja.

Di Sabah pula, di muka depan Surat Khabar Daily Express pada Rabu, Persatuan pembinaan Sabah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI mempunyai impak negatif terhadap sektor itu, sebabnya 95% perkerja sektor itu adalah warga asing/PATI.

11 December 2014

Sabah Tumpu Kepada Penahanan dan Penghantaran PATI: MUSA

Kerajaan Sabah akan memberi tumpuan terhadap penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin di samping membendung kemasukan warga asing secara haram.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menegaskan ia adalah sebahagian daripada langkah drastik yang akan diambil untuk menangani masalah pendatang tanpa izin yang sejak sekian lama menghantui penduduk di Sabah.

“Bagi fokus pertama (penahanan dan penghantaran pulang pendatang tanpa izin), kami meneliti butiran beberapa aspek yang perlu ditambah baik dalam operasi sedia ada oleh agensi berkaitan.

“Kami bersetuju untuk memperkenalkan semula secara segera operasi bersepadu dan saya telahpun mengarahkan persediaan praoperasi dilakukan secepat mungkin untuk memperkukuhkan operasi yang akan dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu Kenyataan itu dikeluarkan selepas Musa mempengerusikan dua mesyuarat berkaitan keselamatan di Sabah hari ini iaitu Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Ketua Menteri berkata fokus pertama akan turut merangkumi peningkatan keupayaan Pusat Tahanan Sementara yang pada masa ini boleh menempatkan 5,000 orang pada satu-satu masa.

Beliau menjelaskan lokasi sesuai dan bangunan yang boleh diubah suai serta diwartakan sebagai Pusat Tahanan Sementara telahpun dicadang bagi memastikan keupayaan untuk menahan dapat dipertingkatkan tanpa sebarang kelewatan yang lazimnya berlaku ketika pembinaan pusat baharu.

Katanya terdapat juga keperluan untuk menyemak dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin, yang turut merangkumi aspek seperti reman, siasatan, dokumentasi dan jadual penghantaran pulang.

“Sungguhpun SOP sedia ada sudah ditambah baik daripada purata enam bulan hingga dua bulan, tempoh ini masih dilihat agak lama dan memerlukan kos operasi yang tinggi dari segi penyediaan makanan kepada tahanan, penyelenggaraan dan keselamatan.

“Penambahbaikan SOP ini akan memerlukan rundingan dan kerjasama daripada negara asal memandangkan komitmen diperlukan daripada negara berkenaan dalam usaha mengurangkan masa yang diambil untuk menghantar pulang tahanan,” katanya.

Dalam hubungan ini, Musa berkata Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri ditubuhkan untuk membuat susulan terhadap dua tindakan yang akan dilaksanakan dan untuk mengetuai pelaksanaan operasi bersepadu itu.

Beliau turut menggesa semua pihak terutamanya majikan dalam memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah, manakala pemimpin masyarakat, ketua kampung dan pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung pula diarah supaya memberi kerjasama kepada agensi keselamatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pendatang tanpa izin di kawasan masing-masing.

Beliau memberi amaran tindakan akan diambil terhadap mereka yang melindungi pendatang tanpa izin.

Bagi fokus kedua (membendung kemasukan warga asing secara haram), Musa berkata kerajaan bersetuju untuk memperluaskan strategi sedia ada dalam menguatkuasakan perintah berkurung di ESSZone, yang akan diperkukuhkan lagi dengan cadangan melaksanakan strategi baharu untuk mewartakan pulau yang digunakan oleh pendatang tanpa izin dan penjenayah sebagai Kawasan Larangan.

“Strategi ini penting kerana pulau dalam perairan ESSZone adalah antara lokasi jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan, penculikan dan penyembunyian pendatang tanpa izin sebelum mereka memasuki Sabah,” katanya, dan menambah terdapat lebih 360 pulau dalam ESSZone dan 83 daripada pulau itu terletak di Semporna.

secara prinsip, Musa berkata pelaksanaan untuk mewartakan pulau yang disasarkan itu sebagai Kawasan Larangan bergantung kepada kajian yang akan dijalankan oleh sebuah jawatankuasa bertindak.

“Sama dengan strategi perintah berkurung, kami yakin strategi Kawasan Larangan akan mewujudkan kesan ketara dalam agenda kami untuk membendung kemasukan pendatang tanpa izin.

“Ini sebaliknya akan membantu kerajaan negeri dalam mengatasi masalah pendatang tanpa izin yang menjadi fokus utama kami pada masa depan,” katanya.

8 December 2014

CUBA TANYA MEREKA YANG DILAHIRKAN SEBELUM TAHUN 1960, BERAPA RAMAI KAH ADA SURAT BERANAK?

BUKAN sahaja separuh penduduk Sabah yang dilahirkan sebelum 1960, malah lebih daripada itu, TIDAK MEMPUNYAI SURAT BERANAK!!!!. Keadaan ini yang menjadi kebimbangan pengasas Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Harun dan Tun Fuad Stephens, semasa Sabah bercadang menyertai Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Kalau rakyat tidak mempunyai Kad Pengenalan, bagaimana mereka boleh diterima bersekolah?, lagipun bagaimana mereka MENERIMA bantuan-bantuan daripada kerajaan.

Atas sebab itu, kedua-dua pemimpin pengasas kemerdekaan itu meminta Kerajaan Persekutuan memasukan satu kluasa dalam Akta Pendaftaran yang akan membolehkan permohonan IC dibuat bersama dengan akuan berkanun yang dikeluarkan oleh ketua Kampung.

Bagaimanapun, lama kelamaan, hak ini disalahgunakan. Ada ketua kampung tertentu menjual akuan berkanun ini atas sebab-sebab tertentu atau peribadi. Mereka membawa orang luar pergi ke Jabatan Pendaftran Negara (JPN) dan mengaku warga asing ini dilahirkan di kampung mereka.

Dalam keadaan ini, Pengarah JPN di Sabah tidak mempunyai kuasa untuk menolak permohonan kerana Sabahlah yang meminta undang-undang seperti itu. Peraturan atau undang-undang itu untuk mengatasi masalah pada masa itu, namun ianya mengwujudkan masalah lain, sepertimana yang dihadapi Sabah pada masa ini.

Jika selama ini, ramai pemimpin Sabah atau pihak-pihak tertentu menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, kononnya terlibat dalam Projek IC, namun mereka sebenarnya tidak mengetahui, bahawa mantan Perdana menteri itulah yang membatalkan penggunaan dokumen tersebut (akuan berkanun).

Akhirnya permohonan Kad Pengenalan perlu mengemukankan Sijil Kelahiran, jika ketiadaan dokumen itu, maka perlukan pendaftaran lewat, yang memerlukan prosedur tertentu, dan tandatangan doktor sesebuah hospital diwajibkan.

APA YANG PERLU DIBUAT BERKAITAN DENGAN KAD PENGENALAN DIDAPAT DENGAN SURAT BERKANUN?

Jika keputusan diambil, bahawa mereka yang mendapat Kad Pengenalan biru, yang menggunakan SURAT SUMPAH atau SURAT AKUAN ATAU SURAT BERKANUN, DITARIK BALIK KAD PENGENALAN ITU, maka lebih separuh penduduk Sabah akan kehilangan STATUS WARGANEGARA.

Tentu sebabnya KERAJAAN pada masa itu, membuat keputusan, bahawa mereka yang TIADA SURAT BERANAK, maka PERLU MEMBUAT SURAT SUMPAH ATAU SURAT AKUAN, untuk memohon Kad Pengenalan; kerana mengetahui bahawa melalui bancian penduduk Sabah tidak mempunyai sebarang dokumen.

Malangnya, ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan keputusan Kerajaan itu, untuk Tujuan MENDAPATKAN WANG. Ketua Kampong, yang tidak TAHU apa itu RASUAH, hanya terbuai dengan PEMBERIAN WANG, apabila diminta memberi pengakuan terhadap orang BUKAN TEMPATAN yang memohon PENGESAHAN, berkaitan kampung pemohon, ITULAH TEMUAN RCI DAN PERSEPSI MEREKA YANG MEMPERTIKAI PERTAMBAHAN PENDUDUK SABAH. Mereka-mereka ini, langsung tidak menggunakan faktor biologi, faktor ekonomi untuk berhujah. Mereka hanya bersandar kepada angka-angka statistik dan Persepsi.

JIKA DEMIKIAN, BERAPA RAMAI KAH KETUA KAMPUNG AKAN DIHERET KE MAHKAMAH? BAGAIMANA KAH MENGENAL PASTI ORANG BUKAN TEMPATAN ITU? APA KAH MENTERI DI JABATAN KETUA MENTERI DATUK TEO CHEE KANG, YANG JUGA PRESIDEN LDP BOLEH MEMBANTU???? BILA KAH BELIAU LAHIR? ATAU DATUK MADIUS TANGAU, MP TUARAN BOLEH MEMBANTU??? MENGENAL PASTI ORANG-ORANG BUKAN TEMPATAN ITU??? ATAU MEREKA MEMINTA BANTUAN KEPAKARAN DR JEFFREY G KITINGAN ATAU DR CHONG ENG LEONG????

MEREKA-MEREKA INI, hanya menyalahkan MENGAPA IBU MENGANDUNG!!!!, itu sahaja alasan mereka; tanpa langsung melihat melihat hubungan pertambahan penduduk dengan sosio ekonomi. Mereka cuba menidakkan, temuan pakar-pakar sosiologi, bahawa kadar kelahiran tinggi selari dengan kadar kemiskinan suatu negeri atau kumpulan masyarakat.

Memang diakui bahawa seramai 68,703 warga asing diberikan kerakyatan Sebah daripada tahun 1970 hingga tahun 2010; namun 10 kali ganda daripada angka itu merupakan warga asing berada di Sabah pada tahun 2010.

Kalaulah benar, bahawa pemegang IMM13 diberikan kewarganegaraan, mengapa temuan semalam oleh pihak polis dan imigresen di Penempatan Kinarut, seramai lebih kurang 5,000 pemegang IMM13 belum diberi kewarganegaraan?

ADALAH malang, RCI yang ditubuhkan gagal menemukan perincian WARGA ASING yang mendapat KAD pengenalan BIRU melalui sindiket, yang berlaku pada tahun 90-an. 

Umum mengetahui bahawa seramai 90-an ditangkap menggunakan ISA pada tahun 1995 dan seterusnya termasuk para pegawai Jabatan Pendaftran, Imigresen, orang-orang awam dan ahli politik kerana terlibat dalam satu sindiket menjual Kad Pengenalan Biru Malaysia. 

Sejak masa itu juga berlakunya pemberisihan Kad Pengenalan yang dikeluarkan melalui sindiket itu, malangnya pihak RCI gagal merinci berapa banyak kah mereka yang ditangkap menggunakan Kad Pengenalan Palsu.

Tetapi apa yang nyata sejak tahun 90-an, malah hingga kini, kita masih terbaca dan mendengar bahawa terdapatnya orang-orang asing ditangkap kerana menggunakan kad pengenalan palsu saban hari, 7 hari seminggu.

Jika dipuratakan daripada tahun 1991-hingga 2010, bahwa setiap hari seluruh Sabah tertangkapnya 50 orang pemegang Kad Pengenalan palsu, maka selama 10 tahun, ianya melibatkan 182,500 orang; jika sindiket menjual minima RM500 setiap Kad, ertinya sindiket mengaut keuntungan lebih RM91 juta ringgit. 

Patutpun, ramai daripada sindiket itu tiba-tiba kaya raya, berlifestyle mewah, mampu membeli kereta-kereta mewah, malah nombor pendaftaran single.

Hingga kini, mereka yang termasuk dalam sindiket itu hidup mewah!!!!!!, malah salah seorang daripadanya mengaku sebagai SULTAN.

APA SEBENARNYA YANG MENJADI KEBIMBANGAN?

Apa kah 68,703 yang diberikan Kad Pengenalan itu membimbangkan? Jumlah itu diberikan oleh Jabatan Pedaftaran Negara semasa pendengaran RCI, namun RCI dalam laporannya tidak dapat merinci, di mana mereka itu sekarang, atas sebab, mereka-mereka itu tidak terdapat dalam senarai pengundi. Senarai pengundi mengandungi senarai lokaliti seseorang warga yang mendaftar menjadi pengundi.

Apa kah sejumlah 867,190 warga asing yang berada di Sabah tahun 2010 membimbangkan? Kalau membimbangkan daripada segi apa? paling-paling negeri ini kekurangan makanan, atau mereka-mereka itu menyumbang kepada masalah sosial seperti jenayah.

Disebabkan warga asing itu, ramai yang tidak mempunyai dokumen, maka tugas pihak berkuasa adalah untuk memburu mereka, mudah-mudahan pada tahun 2020, bancian penduduk Sabah berikutnya, kehadiran mereka di negeri ini, kalaupun tidak terhapus seluruhnya, akan tetapi hanya dalam jumlah yang sangat minima.

7 December 2014

JANGAN TANYA APA YANG DR JEFFREY MAHU?

JANGAN Tanya apa yang Dr Jeffrey mahu. Dia mahu, siapa yang bukan sebangsa dengannya dihalau daripada Sabah.

Jeffery adalah orang yang paling berkuasa di zaman pemerintahan abangnya bermula tahun 1985, sebelum beliau ditangkap menggunakan ISA.

Mengapa Jeffrey ditangkap, sebabnya beliau mempergunakan People Development Catalyst (Pedecat) pada masa itu untuk mempengaruhi rakyat Sabah agar berpisah dengan Malaysia.

Semasa berkuasa, selain Pengerusi IDS juga Pengarah Yayasan Sabah dan CEO Innoprise Sdn Bhd yang beliau wujudkan untuk mendapat dana bagi pergerakan pemisahan.

Semenjak ditahan, kemudian bebas, Jeffrey menjadi pemimpin angau yang tidak tentu kiblatnya. Beliau keluar masuk PBS, pimpinan abangnya, kemudian masuk PBRS, Akar, mencuba masuk Umno tetapi tidak diterima.

Perjalanan politik Jeffrey tidak menentu, atas sebab sifatnya yang hanya mahu jadi ketua, kecuali semasa dalam PBS, semua parti yang beliau sertai, beliau berusaha merampas kuasa.

Kini, sebagai Pengerusi Star Sabah, serpihan parti daripada Sarawak, bertanding pada PRU-13 untuk beberapa kawasan majoriti KDM, hanya DUN Bingkor ditawan, atas sebab perpecahan undi. Pada PRU-13 juga, beliau cuba mengalahkan abangnya di Parlimen Keningau, namun tidak berjaya.

Entah apa yang menyebabkan Jeffrey angau dengan penduduk lain, sama halnya dengan beberapa pemimpin UPKO; apa kah dendam mereka terhadap persempadan Sabah daripada 48 ke 60 menjadi dendem kesemuat mereka?

Kalau dikatakan bahawa Pendatang asing adalah penyebabnya, adalah sesuatu yang kurang lojik, atas sebab PATI tidakpun mendaftar sebagai pengundi, malah melalui RCI, hanya didapati 68,703 jiwa mendapat Kad Pengenalan, namun jumlah itupun tidak dapat dirinci oleh RCI, atas sebab tidak dapat dikesan melalui Daftar pengundi, malah mana-mana pihakpun tidak dapat menunjukkan di mana mereka berada pada masa kini, apa kah masih hidup? atau kah berada di mana. Sebabnya, pemegang IC yang termasuk dalam 68,703 itu akan hanya diketahui keberadaannya jika membuat sesuatu tindakan, misalnya memperbaruhi Kad Pengenalan, atau membuat passport, atau memohon BR1M dan sebagainya. 

Keadaan pemegang IC yang termasuk dalam 68,703 itu seperti status Facebook, kalau ada yang like atau komen, maka akan naik ke atas.

Pada tahun 2010, terdapatnya 3,120,040 jiwa penduduk Sabah, di mana didalamnya terdapat 867,190 warga asing. Jika dilihat, analisis pertambahan penduduk Sabah bermula tahun 1970, sehingga tahun 2010, pertambahan penduduk Sabah menunjukkan penurunan, malah berdepan dengan kelahiran yang menurun sekali.

Sabah sebuah negeri termiskin di Malaysia. Biasanya negeri miskin dihubungkan dengan kadar kelahiran yang tinggi, iaitu antara 7-10 peratus setahun. Kalau diambilkira jangka masa 40 tahun, ertinya pertambahan penduduk Sabah antara 280- 400 peratus. Data penduduk tahun 2010, menununjukkan bahawa kaum KDM meningkat 301 peratus, kaum Bajau-Iranun 344 peratus, ertinya pertambahan itu, dalam lingkungan matematik perkiraan pertambahan penduduk sebuah negeri miskin.

Sabah, hingga kini diwar-warkan sebagai negeri miskin, malah pendapatan purata RM4,000 bagi isi rumah tangga, dipersoal, ertinya angka 8.1 kadar kemiskinan tahun 2012, masih tanda tanya.

Pembaikan sosio-ekonomi akan mempengaruhi kadar kelahiran. Selain, tingkat kesuburan juga mempengaruhi kadar kelahiran. Dalam kajian, didapati, penduduk yang menjadikan menu harian mereka makanan laut atau ikan akan lebih subur berbanding dengan penduduk yang tidak mengamalkannya. Penduduk pendalaman misalanya, berdepan dengan masalah kelahiran. Sebagai contoh, pertumbuhan penduduk Sarawak antara tahun 2000-2010, hanya 1.9 peratus setahun, di bawah pertumbuhan kebangsaan 2.4 peratus, malah terlalu jauh berbanding pertumbuhan penduduk dunia. Demikian juga trend pertumbuhan penduduk Sabah, di mana kaum KDM hanya 301 peratus selama 40 tahun, manakala Bajau-Iranun 344 peratus.

Pertambahan penduduk juga ada hubungannya dengan agama, kaum yang beragama islam mempraktikkan poligami, manakala yang bukan, kalaupun ada tidak lah ramai.

Keadaan alami, cuba disanggah oleh Dr Jeffrey, seolah-olah beliau adalah Tuhan.

6 December 2014

Mengapa Laporan RCI Dipersoal Pembangkang?

SEBABNYA, isu yang mereka jajah selama ini ternyata palsu. Mereka mendakwa bahawa wujudnya Projek IC, dan mengaitkan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Asas kepada dakwaan bahawa Projek IC dijalankan di Sabah, apabila pertambahan penduduk dikatakan diluar kelahiran biasa.

Tahun 1970, penduduk Sabah adalah 636,431 jiwa, sepuluh tahun kemudian, iaitu tahun 1980 menjadi 1,011,040 pertambahan seramai 374,609 jiwa atau 58.86 peratus atau 5.9 peratus setahun. Angka peningkatan penduduk bagi negeri miskin seperti Sabah ini, sebenarnya masih rendah jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan miskin di dunia, seperti Indonesia, China dan Bangladesh.

Kadar kemiskinan Sabah berkisar pada angka 60 peratus di ambang kemerdekaan, dan lima tahun selepas merdeka masih berlegar-legar pada angka itu.

Selepas tahun 1970, angka kemiskinan mula menurun, kepada 40 peratus, tahun 2009 masih 19.8 peratus sebelum turun kepada single digit pada tahun 2012, iaitu 8.1 peratus.

Projek pertambahan penduduk, kalau benar ada pada tahun 1970-1980; hanya menjadi dakwaan, sebabnya- pada tahun itu hanya satu parti yang memerintah- Usno dan kemudian disusuli Berjaya.

Kalaulah ada program pertambahan penduduk oleh kerajaan yang memerintah, mengapa Usno  dan Berjaya kalah dalam pilihanraya?

Mari kita lihat pula perubahan penduduk Sabah antara tahun 1980 ke 1991. Pada tahun 1991 penduduk Sabah adalah 1,734,685, iaitu pertambahan seramai 723,645 jiwa berbanding banci penduduk tahun 1980. Selama 10 tahun penduduk Sabah meningkat 71.57 peratus atau 7.2 peratus setahun. Kadar pertambahan ini menggambarkan bahawa pertambahan penduduk Sabah selari dengan pertambahan penduduk negara-negara miskin.

Data penduduk Sabah bagi tahun 2000 pula adalah 2,488,348 jiwa dengan pertambahan seramai 753,663 jiwa berbanding data tahun 1991. Selama 10 tahun penduduk Sabah bertambah 43.45 peratus atau 4.3 peratus setahun. Penurunan kadar pertambahan penduduk ini sejajar dengan usaha kerajaan menurunkan kadar kemiskinan terutama di luar-luar Bandar. Kadar penurunan kadar kelahiran, selari dengan pembaikan sosio ekonomi.

Pakar sosialogi mengakui, bahawa semakin maju seseuatu masyarakat, maka masalah yang dihadapi adalah kadar kelahiran yang semakin menurun. Ambil contoh negara Singapura. Negara itu berdepan dengan kadar kelahiran yang rendah bermula pada tahun 1990.

Data penduduk Sabah tahun 2010 adalah 3,120,040 jiwa. Pertambahan selama 10 tahun sejak tahun 2000 adalah 631,692 jiwa atau dalam peratusan 25.39 peratus atau 2.5 peratus setahun.

Angka kelahiran penduduk Sabah ini, hampir sama dengan angka kelahiran negara (2.4 peratus); walaupun masih tinggi berbanding Sarawak (1.9 peratus).

Adalah menjadi kebimbangan bagi Sabah dan Sarawak di masa depan, bahawa dua negeri itu berdepan dengan kadar kelahiran yang rendah.

Masalah kelahiran yang rendah, adalah akan berlakunya kekurangan tenaga kerja produktif; atas sebab penduduk yang ada telah berusia lanjut- memasuki usia tidak produktif.

Kadar kelahiran alami sebenarnya telah berlaku di Sabah pada awal kemerdekaan, akibat daripada kemiskinan yang melanda negeri itu. Kemiskinan merupakan pemangkin utama pertambahan penduduk di negara-negara Indonesia, India, Bangladesh dan negara china di awal tahun 80-90-an. Pola itu tercermin pada pertambahan penduduk Sabah di awal tahun 70-an adan 80-an.

Sangat membimbangkan bagi sebuah negeri seperti Sabah yang masih terbelakang daripada segi kemajuan. Kemajuan sebuah negeri, bukan sahajA bergantung kepada sektor perekonomian, juga bergantung kepada sumber tenaga kerja.

Sungguh malang, jika berlaku penurunan kelahiran. Jika ini berlaku, maka Sabah kehilangan tenaga produkatif selain kehilangan kompentitif.

Sebagai contoh, banci penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,120,040 jiwa, di mana 867,190 adalah bukan warganegara. Jika dikira betul, maka penduduk Sabah hanya 2,252,850 jiwa pada tahun bancian itu. Jika angka itu dibandingkan dengan bancian penduduk tahun 2000, seramai 2,488,348- ertinya penduduk Sabah sebenar mengalami penurunan seramai 235,498 jiwa. Dengan kata lain, penduduk Sabah pada tahun 2000, sebenarnya bukanlah pada angka 2,488,348 akan tetapi lebih kecil daripada itu.

Berasaskan perkiraan kelahiran alami, penduduk Sabah pada tahun 2000 hanya seramai 2,255,090 jiwa (berasaskan pertumbuhan alami duinia 3 peratus setahun). Jumlah itu mendekati angka bancian tahun 2010, iaitu 2,252,850 jiwa.

Menyalahkan rakyat asing bagi menjawab pertumbuhan penduduk yang warganegara sebenarnya hanya persepsi; atas sebab, sejak tahun 1970, hanya 68,703 warga asing diberikan kewarganegaraan dan sekaligus diberikan Kad Pengenalan diri.(Laporan RCI).

APA YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP WARGA ASING SERAMAI 867,190 ITU?

Semalam, Dato Rahman Dahalan, Wakil Rakyat Parlimen Kota Belud merangkap Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan yang juga Setiausaha Bn Sabah, menyarankan; bahawa bukan tugas kerajaan untuk membuat keputusan apa kah menerima atau menolak warga asing tersebut, sebaliknya keputusan terletak di tangan rakyat Sabah.

Apa kah rakyat Sabah sanggup menerima mereka? mengasimilasi mereka? menjadikan mereka warganegara produktif, sehingga turut sama membayar cukai, boleh membuka akaun bank dan akan turut sama membangun negeri.

Sebahagian warga asing tersebut telah tinggal di Sabah melebihi 40 tahun, apa kah dengan menghantar mereka ke negara asal bersama-sama keluarga mereka serta harta mereka sesuatu yang prkatikal?

Rahman berhujah, bahawa transmigrasi berlaku di seluruh dunia, misalnya antara negara Mexico dan Amerika Serikat, rentas sempadan dan transmigrasi bukan sesuatu yang pelik.

Pembangkang menangkapi Laporan RCI yang dikeluarkan pada Rabu lepas (3 December 2014) agar mereka yang diberikan Kad Pengenalan (68,703 orang) ditarik balik dokumen itu dan memberikan mereka dokumen lain, apa kah satu tindakan yang lojik? sedangkan Sabah masih berdepan dengan lebih 800 ribu warga asing di negeri ini?

4 December 2014

Laporan RCI- Di Mata Dato Rahman

1. Ini adalah maklum balas saya terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dikeluarkan semalam. Saya ingin menegaskan bahawa fokus seterusnya harus menjurus kepada keperluan untuk terus melangkah, khususnya bagi rakyat Sabah. Usaha mesti terarah terhadap apa yang perlu dilakukan selepas ini dan bukannya menuding cari mencari kesalahan serta mengungkit apa yang berlaku pada masa lampau. Sabah hanya boleh melangkah ke hadapan dan mencapai kemajuan jika kita berfikiran proaktif.

2. Dapatan RCI itu perlu dilihat secara menyeluruh. Bagaimanapun, rakyat Sabah juga perlu melaksanakan peranannya untuk seiring bergerak ke hadapan. Tanpa disedari, kita juga adalah sebahagian daripada masalah ini. Sebagai contoh, rakyat Sabah mesti mengikis kecenderungan untuk menggaji tenaga kerja pendatang asing yang murah. Kita merungut mengenai kebanjiran golongan itu tetapi pada masa sama, kita tidak teragak-agak mengupah mereka berikutan gajinya rendah. Saya sedar mengupah orang tempatan akan meningkatkan kos kerana upahnya lebih tinggi. Kos yang lebih tinggi bermakna produk dan perkhidmatan terpilih juga akan menjadi lebih mahal. Bagaimanapun, pengorbanan itu berbaloi bagi mencapai manfaat jangka panjang. Lebih ramai rakyat tempatan diambil bekerja bermakna kita boleh mengurangkan pergantungan terhadap warga asing.

3. Kerajaan perlu mengkaji semula dasar membabitkan pengambilan rakyat tempatan melakukan kerja yang dianggap kurang diminati (contoh: pembantu rumah, pekerja binaan, pekerja perladangan dan pembantu dalam sektor perkhidmatan). Antara dasarnya ialah upah lebih tinggi. Turut perlu dikaji ialah lebih banyak kemudahan dan persekitaran kerja kondusif. Ini penting jika Sabah benar-benar mahu melaksanakan dasar tiada pekerja asing tanpa izin - dasar yang boleh mengekang kemasukan pendatang asing atau mungkin terus menghentikannya. Ini hanya boleh dilakukan jika rakyat Sabah bersatu untuk menjadikannya kenyataan.

4. Seperkara lagi yang wajar diperluaskan ialah dasar 'Memakmurkan Jiran' (Prosper Thy Neighbour). Malaysia mesti membantu Selatan Filipina mencapai keamanan. Keamanan di wilayah ini bermakna ia akan menjadi lebih makmur, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Filipina. Keadaan itu dengan sendirinya akan mengurangkan kecenderungan pendatang asing merentas sempadan untuk mencari pekerjaan di Sabah.

5. Konsep 'Memakmurkan Jiran' itu harus bergerak seiring dengan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). BIMP EAGA adalah kerjasama ekonomi yang diwujudkan empat negara ASEAN itu, bermatlamat untuk meningkatkan dagangan, pelancongan dan pelaburan di dalam serta di luar rantau ASEAN. Walaupun BIMP-EAGA tidak seaktif seperti sepatutnya, ia berperanan penting dalam membangunkan ekonomi serantau dalam lingkungan bidang kuasanya. Justeru, adalah wajar bagi Malaysia menilai semula peranan boleh dimainkan BIMP-EAGA apabila memulakan tugas sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Kita perlu memiliki strategi bersama yang lebih mantap, seiring usaha membawa lebih banyak kemakmuran ke rantau ini.

6. Saya memahami kepentingan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kebanjiran pendatang asing di Sabah. Hakikat itu adalah pengakhiran sempurna terhadap pelbagai persoalan yang dihadapi sejak berpuluh tahun lalu. Kita perlu melakukan segala yang termampu dalam membawa dalangnya ke muka pengadilan. Malah, ramai daripada mereka dapat ditangkap dan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1990-an. Saya yakin pihak berkuasa akan bertindak sewajarnya jika mendapat lebih banyak bukti. Pada masa sama, serbuan terhadap penempatan haram dan penghantaran pulang ke negara asal mesti diteruskan.

7. Pada masa sama, kita perlu berhenti daripada mempolitikkan isu pendatang asing di Sabah. Masalah ini adalah lebih besar daripada politik kerana ia membabitkan kehidupan harian rakyat secara kolektif, melangkau sempadan politik. Ini adalah masalah kemanusiaan yang perlu ditangani bersama. Hakikatnya, kebimbangan terhadap pendatang asing di Sabah berjaya menyatukan pemimpin daripada pelbagai fahaman politik atas matlamat sama kerana kita memikirkan soal masa depan rakyat Sabah di negeri sendiri. Justeru, jangan terperangkap dengan permainan mana-mana pihak yang cuba mencari kelebihan politik susulan laporan RCI ini.

8. Apa langkah seterusnya? Saya percaya kita mesti mendahulukan apa yang perlu. Selain daripada apa yang disebut di atas, banyak lagi langkah boleh diambil, dinilai semula dan diperbaiki. Sebagai contoh, kita perlu meningkatkan kawalan sempadan, selain memperketatkan proses pendaftaran kewarganeraan dan undang-undang Imigresen. Kita perlu memantapkan kawalan di sempadan Pantai Timur Sabah, selain mengawasi perairan negeri itu dengan lebih teliti. Ia boleh dimulakan dengan memberi tanggungjawab kepada masyarakat setempat di kawasan sempadan yang bebas daripada pendatang asing, untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Mungkin kita boleh berkongsi pengalaman United Kingdom dan Australia dalam menangani kemasukan pendatang asing di negara mereka.

9. Kesimpulannya, keghairahan untuk saling menuding jari meletak kesalahan sejak tiga dekad lalu tidak menyelesaikan masalah dihadapi. Sebaliknya, ia banyak memakan masa, selain memperlahankan rentak kemajuan. Ketika sesetengah pihak sibuk mencari silap orang lain, sempadan Sabah terus diceroboh. Itu sebabnya mengapa kita perlu melihat semula usaha sedia ada supaya menjadi lebih konstruktif, terutama dalam aspek yang boleh membantu kita melangkah jauh ke hadapan dan memberi penyelesaian praktikal terhadap isu serba rumit ini. Cadangan di atas bukan secara menyeluruh dan saya yakin kita boleh memikirkan langkah rasional serta praktikal untuk menangani masalah ini jika dilakukan bersama. Ia boleh dimulakan dengan soalan ini: "Apa yang boleh saya lakukan untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukannya menambah masalah?".

YB Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ 
Setiausaha BN Sabah.

25 November 2014

SAFMA Tidak Perlu Lantik Syarikat Swasta

KENYATAAN Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; agar SAFMA (Sabah Fish Markerting Sdn Bhd) perlu menyelesaikan kemelut antara syarikat Sejahtera Bumimas dengan Persatuan pemilik Boat Kota Kinabalu (KKBOA) adalah tepat.

Sepatutnya anak syarikat Ko-Nelayan itu tidak perlu melantik syraikat lain untuk mengurus pendaratan ikan di kawasan syarikat milik kerajaan itu.

Sejak penubuhannya, Safma belum pernah melantik syarikat swasta mengurus pendaratan miliknya.

Sebenarnya Safma selepas tahun 1998; hanya bergantung kepada pungutan sewa kemudahan yang dimilikinya; atas sebab syarikat itu sudah berhenti beroparasi menangkap ikan. 

Mungkin, pengurusan anak syarikat Ko-Nelayan itu; tidak mampu memungut sewa kemudahan yang dimilikinya; maka punca melantik syarikat swasta.

Syarikat swasta, tentu bermatalamat untung. Untuk mendapatkan sumber kewangan, maka yang menjadi sasaran adalah nelayan termasuk pemilik boat.

Dengan melantik syariakat swasta; selain Safma mempertahankan sumber kewangan melalui pungutan sewa; juga syarikat itu perlu mendapat sumber kewangan untuk kos operasi selain gaji kakitangannya. melalui tindakan Safma itu; maka pengguna terpaksa membayar berkali ganda.

Melalui kemelut ini; adalah wajar, pengurusan Safma membatalkan perlantikan syarikat Sejahtera Bumimas; atau pengurusan syarikat itu diambil alih sepenuhnya oleh New Co.

Kemelut ini sebenarnya dicipta sendiri oleh Pengurusan Safma; sehingga Kerajaan terkena getahnya.

20 November 2014

Apa Kah Impak SSKM?

KALAU saya ditanya, sebenarnya impak SSKM itu tiada. Kegiatan mereka itu hanya sementara; atas sebab perkara-perkara semasa yang mereka cipta. 

Sesuatu perkara yang bersifat bohong, hanya sementara; siranalah pembohongan itu, kalau fakta sebenar diketahui.

Sebagai contoh pembohongan, semasa PRU-13, pakatan Rakyat menyibarkan, diambang pengudian, bahawa BN membawa masuk 40,000 pengundi bangla; demikian juga pembohongan berupa lakonan yang kononnya SPR menipu, kerana mengira kertas undi dalam keadaan lampu padam.

Pengerak utama SSKM adalah orang yang tinggal diluar negara, dan bersandar kepada orang asing. Tindakan mereka itu, sebenarnya mereka dijajah oleh orang asing. Bagi rakyat yang celik mindanya, tidak mungkin dapat menerima bahawa asing menjajah semula.

Orang-orang tua kita sudah tentu ada menceritakan kehidupan mereka semasa dijajah; keadaan itu sungguh mengerikan.

Cuba tanya diantara kita; sudi kah kita bertuan kan orang asing? sudah tentu tidak.

Lihat sahaja gambar-gambar yang dipos oleh Doris Jones, penggerak utama SSKM, dia diapit oleh orang-orang asing. Apa ertinya itu? orang-orang asing itu sudah tentu berfikiran bisnes; kalau SSKM berjaya, maka untung baginya. 

Semasa penjajahan, semua hasil mashul negeri ini di bawah keluar; bukan itu sahaja, rakyat asal negeri ini; hanya layak sebagai tukang kebun; tidak layakpun sebagai pengawal.

Mereka yang menyokong SSKM, sebenarnya, mereka yang mahu rakyat yang masih mundur sebagai tukang kebun dan kuli.

Rakyat Sabah dan Sarawak sudah ramai yang sudah maju, baik minda mahupun fikiran. Atas sebab itu langsung tidak terpengaruh dengan dakya pembohongan oleh aktivis SSKM, kerana mereka tahu dan faham SSKM ditaja oleh pihak-pihak tertentu atas urusan bisnes.

19 November 2014

Najib Yakin Dengan Kepimpinan Musa

LAWATAN Perdana Menteri di Sabah bermula pada Jumaat minggu lalu dan berakhir pada Ahad, selain bertujuan merasmikan perhimpunan PBS, UPKO dan LDP, juga berkesempatan berjumpa dengan para pemimpin Umno Sabah yang diketuai Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman.

Semasa lawatan tersebut, Dato Seri Najib pada pagi Sabtu sempat bermain golf di Sutera Golf and Country Club bersama Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawiq Titingan.

Juga dalam lawatan tersebut, Perdana Menteri sempat melawat penterakan udang kara (lobseter) di Tuaran Sabah. Melalui lawatan itu; terpancar, bagaimana PM kagum kerana kemampuan Musa membangun ekonomi Sabah; apabila udang kara pada kehidupan alami hanya mampu menetas 3 peratus dari jumlah telur; akan tetapi melalui pemuliharaan di Tuaran mampu mengatasi alami, apabila purata 10% daripada telur dapat membiak dan akan menjadi santapan kita.

Meskipun terlihat sederhana, pujian kepada kemampuan Musa itu, menunjukkan bagaimana yakinnya beliau terhadap kepimpinan Sabah itu.

Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003; dan beliau satu-satunya ketua menteri yang melepasi jinx 9 tahun.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels