DATUK Jumat Idris dan penyokongnya mempergunakan nama Presiden Umno dan Perdana Menteri untuk menjustifikasi tindakan mereka melakukan berbagai dakwaan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.
Perdana Menteri memberitahu barisan Exco Umno Sabah, bahawa beliau tiada kaitan dengan tindakan Jumat dan penyokongnya. Malah, Presiden parti itu, cukup terkejut dengan dakwaan itu, dan akan meniliti tindakan apa yang harus dilakukan, termasuklah tindakan disiplin terhadap Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu.
Jumat yang mengetuai 7 Ketua Bahagian Umno majoriti KDM telah berjumpa Perdana Menteri pada Julai 2014, dengan tujuan asal membincangkan projek-projek bagi kawasan-kawasan mereka, tetapi berakhir dengan mencadangkan pertukaran kepimpinan di Sabah.
Selepas sahaja pertemuan itu, satu sumber yang dekat Ketua Menteri memberitahu, bahawa PM sendiri menghibahkan semua hasil pertemuan itu termasuk cadangan mereka berhubungan dengan pertukaran kuasa. Malah, jaminan Perdana Menteri disusuli dengan satu kenyataan semasa melawat Sabah selepas itu, bahawa tiada sebarang pertukaran atau peralihan kuasa di Sabah.
Menurut Perdana Menteri, Sabah maju jaya kerana kepimpinan Musa, sungguh tidak arif atau bijak membunuh angsa bertelur emas.
Musa membuktikan untuk tiga piliharaya umum, di mana Bn Sabah menang dengan cemerlang, sehingga Sabah diberi julukkan "Fixed Deposit Bn" oleh Perdana Menteri sendiri.
Barisana Exco Umno Sabah yang diketuai Datuk Salleh Tun Said berdiri teguh dibelakang Musa, hal ini diperlihatkan, melalui tindakan-tindakan serta kenyataan-kenyataan mereka.
Juga pada tahun lepas, sebenarnya semua Bahagian Umno Sabah telah memutuskan, bahawa mereka hanya berketuakan satu, iaitu Datuk Musa di Sabah dan Dato Seri Najib diperingkat pusat.
Dalam parti jika belaku perbezaan pendapat adalah wajar, akan tetapi membuat dakwaan fitnah adalah sesuatu yang melanggar adab dan etika parti dan semangat kepimpinan.
Tindakan Jumat dan kawan-kawan adalah seperti gunting dalam lipatan, kerana Musa, tiada dalam sebarang kesempatan bertindak bercanggah dengan matalamat parti atau kerajaan. Tindakan Musa adalah untuk Bangsa, Negara dan agama.