14 April 2015

Wakil Rakyat Bukan Sahaja Kelihatan Bersih Akan Tetapi Perlu Bersih: Musa

 1. Wakil Rakyat Sabah, bukan sahaja kelihatan bersih akan tetapi perlu bersih. Demikian intipati ucapan Ketua Menteri Sabah semasa majlis aku janji bersama SPRM seluruh ADUN Sabah di bangunan DUN Sabah pada Selasa.

2. Pada majlis tersebut, seluruh ADUN Sabah menandatangi akujanji bersama SPRM, di mana di pihak ADUN BN- Musa mengetuainya, manakala dipihak pembangkang diketuai oleh Datuk Lajim Ukin-ADUN Klias.

3. ADUN Sabah membuat sejarah, apabila secara bersama-sama tanpa mengira kedudukan ADUN bersetuju menandatangi akujanji bersama SPRM.

4. Dalam keadaan informasi yang semakin pantas pada masa ini, persepsi atau tanggapan negatif terhadap wakil rakyat, mengatasi realiti. Rakyat lebih cepat menerima informasi yang diputar belit, seolah-olah perkara itu betul. Demi pencerahan dan mengelak perkara negatif itu, para wakil rakyat perlu pro-aktif agar supaya persepsi yang mengaitkan ahli politik sebagai golongan pemimpin yang menyalahguna kuasa, rasuah dan tidak boleh dipercayai, maka melalui akujanji bersama SPRM, maka para wakil rakyat  memperlihatkan kesungguhan untuk bersama menyokong dan melaksanakan program pencegahan rasuah.

5. Menurut Musa, para wakil rakyat perlu mendepani program pencegahan rasuah dan seterusnya menunjukkan contoh terbaik melalui penzahiran tindakan kepimpinan telus, adil dan berintegriti khusus dalam soal pengurusan projek pembangunan, penyaluran peruntukan kewangan ADUN, bantuan kepada rakyat dan sebagainya.

13 April 2015

Sabah Perlu Kepimpinan Najib

1. Tiada yang mustahak dan penting bagi Sabah, samada rakyatnya atau pembangunannya, adalah sokongan yang bertali arus daripada kepimpinan pusat.

2. Terbukti, sebaik sahaja Dato Seri Najib Razak dilantik sebagai Perdana Menteri, Sabah diberi perhatian. Antara lain, pembinaan Projek Amonia di Sipitang, pembinaan SGOT, di Kimanis, kebenaran untuk Sabah menubuhkan Syarikat Minyak dan Gas, malah membenarkan Sabah mengambil alih operasi minyak dan gas bagi telaga-telaga baru yang dijumpai.

3. Selain itu, pengistiharan 16 September sebagai hari Malaysia dan cuti umum seluruh negara, merupakan pengiktirafan kepada rakyat Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Bayangkan sahaja sejak tahun 1963, 16 September hanya dijadikan sebagai cuti umum bagi TYT Sabah sahaja.

4.Melalui pemerintahan Najib, untuk julung kalinya enam menteri penuh kabinet daripada Sabah, ditambah dengan jumlah Timbalan Menteri yang hampir sama ramainya. Juga, untuk pertama kalinya, Speaker Dewan Rakyat dilantik daripada Sabah.

5. Juga melalui kepimpinan Najib, Trans-Borneo yang menghubungkan semua bandar di Sabah dan Sarawak menjadi realiti semasa pemerintahan Najib.

6. Juga melalui pemerintahan Najib, diwujudkan RCI untuk mengenal pasti, penyebab membanjirnya Pendatang Tanpa Izin ke Sabah, serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil untuk membendung kedatangan PATI.

7. Demi menjamin keseleamatan Sabah, diwujudkan ESSZONE/ESSCOM sebagai benteng kepada negeri, agar kemasukan PATI tidak berlaku.

8.Sabah tidak boleh kehilangan kepimpian Najib untuk tempoh 5-10 tahun akan datang, kerana Sabah dan rakyatnya memerlukan kepimpinan beliau.

9. Adalah tepat tindakan Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman menyokong secara terbuka kepimpinan Najib.

10. Apapun kritikan terhadap Najib, rakyat Sabah tidak akan berganjak kepada sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri ke-6 itu.

11. Benarlah kata Speaker DUN Sabah- Datuk salleh Tun Said, bahawa Sabah dan Sarawak akan tetap menjadi fixed deposit UBN pada PRU-14 akan datang.

10 April 2015

Sabah Terus Membangun di Bawah Musa- Tun Juhar

Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu semalam, melalui Ucapan Perasmian Tuan Yang Terutama Negeri Sabah- antara kandungan ucapan tersebut adalah seperti berikut:-

1. SABAH DEVELOPMENT CORRIDOR (SDC) yang diperkenalkan semasa pemerintahan Musa telah menerima RM50.4 bilion sejak tahun 2008 sehingga 2014. Ertinya, setiap tahun pelaburan yang dicurahkan melalui program itu rata-rata RM7.2 bilion setahun. 

2. Jumlah pelaburan pada SDC hampir 2 kali ganda bajet tahun negeri.

3. Sejak Sabah diterajui Musa, pelaburan untuk berbagai sektor terus meningkat, sebagai contoh tahun 2014, Sabah menerima RM2.8 bilion pelaburan, dimana RM570 juta merupakan pelaburan asing.

4. Demi permoden Sabah misalnya, pada Tahun 2014 Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.2 bilion untuk pembangunan infrastruktur, manakala Kerajaan Persekutuan pula membelanjakan RM2.6 bilion bagi maksud yang sama.

5. Bagi tujuan membuka peluang pekerjaan dan sektor perniagaan, kerajaan negeri menwujudkan pusat peranginan pelancongan bersepadu Teluk Dalit, Pusat konvensyen Antarabangsa Sabah, pusat Teknologi dan Konvensyen Antarabangsa Sabah, Tawau Green Energy, Jesselton Water Front, Sabah Amonia Urea (SAMUR), serta projek peternakan udang di Telaga, Pitas.

6.Untuk tahun 2015, Kerajaan negeri telah meluluskan pembangunan hartanah bernilai RM3.7 bilion.

7. Demi keselesaan rakyat, Kerajaan Negeri juga mengwujudkan pusat-pusat transformasi, seperti Pusat Transformasi Luar Bandar, Pusat Transformasi Bandar Mini, Projek Rimbunan Kasih dan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru.

7 April 2015

Satu Lagi Kejayaan Datuk Musa

DATUK Musa masih ingat, lawatan julung kali beliau di Pejabatn Perbadanan Pnjaman Sabah (SCC) tahun 2000, beliau diberitahu, bahawa keuntungan syarikat milik negeri itu hanya RM6 juta. Namun selepas 14 tahun, kini keuntungan syarikat itu mencecah RM71.1 juta pada tahun 2014.

Ekoran keuntungan yang cukup tinggi itu, GLC berkenaan membayar dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM20 juta untuk tahun 2014.

GLC itu berperanaan sebagai pemangkin kepada pembangunan negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

Pekan-pekan baru di Sabah kebanyakkannya mendapat pembiayaan daripada syarikat milik kerajaan negeri tersebut.

Musa yang berlatar belakang perbankan, sudah tentu bangga dan gembira dengan pencapaian syarikat milik negeri itu.

5 April 2015

Hubungan Najib-Tun Dr Mahathir: Musa Boleh Jadi Perantara

1.TIADA pihak dalam Bn yang mendapat keuntungan daripada pertikaian antara mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dengan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak, melainkan pihak pembanggkang.

2. Perlu ada pihak yang berwibawa menjembatani agar kedua belah pihak bertaut semula demi Umno Bn dan negara.

3. Mungkin mantan Perdana Menteri mempunyai sebab-sebab tertentu, mengapa beliau menyerang bertali arus Perdana Menteri. Sebagai mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dan Presiden Umno, sudah tentu beliau melihat sesuatu yang tidak kena.

4.Sebagai mantan Perdana Menteri dan negarawan, mungkin Tun Dr Mahathir merasa terkilan, apabila teguran-teguran beliau tidak diperhalusi dan tidak diperbetulkan.

5. Pembangkitan isu 1MDB, yang menjadi senjata utama mantan PM itu menyerang Najib, perlu ditangani dengan cepat, kerana isu itu mengena dengan perasaan rakyat jelata.

6. Seharusnya pihak Jabatan Perdana Menteri khususnya Perdana Menteri memperjelas kedudukan sebenar 1MDB kepada Tun Dr Mahathir secara terperinci, jika boleh melalui perjumpaan 4 mata.

7. Oleh kerana isu 1MDB tidak dijelaskan dengan terperinci kepada mantan PM itu, kini Tun Dr Mahathir memperlebar jangkauan kritikan beliau kepada peribadi Najib, termasuk mempersoalkan, punca mana anak tiri beliau Reza Aziz mendapat sumber kewangan ratusan juta untuk membeli harta di New York, meneribitkan filem Hollywood berkos ratusan juta ringgit, akan tetapi filem itu tidak mendapat sambutan aka rugi.

8.Kedudukan kewangan 1MDB termasuk menyimpan di Singapura, kedudukan aset dan hutang, perlu dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir, walaupun Najib tidak mempunyai obligasi kepada tindakan itu.

9. Syogianya Najib dapat mempergunakan Tun Dr Mahathir untuk menangkis serangan pihak pembangkang berhubungan dengan 1MDB, jika dari awal-awal satu penjelasan terperinci diberikan.


10. Sebenarnya hubungan antara Najib dan Tun Mahathir adalah masalah teknikal yang boleh dirungkai dan diselesaikan.

11. Pihak kepimpinan Bn perlu melihat cara terbaik mebaik pulih hubungan antara Najib dan Tun Dr Mahathir. Mungkin kah pemimpin seperti Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman boleh menjadi perantara?.

4 April 2015

Jika Mahu Tahu Masalah Rakyat-Turun Padang Lah" Musa

JAWATAN Ketua Menteri tidak menghalang Datuk Musa Aman melakukan turun padang. Tujuh hari seminggu, ada sahaja aktiviti beliau turun padang. Menurut beliau, hanya melalui turun padang sahajalah mengetahui masalah rakyat.

Acara turun padang perlu diamalkan sepanjang masa. Jangan hanya dijalankan menjelang pilihanraya. Ambillah iktibar pada kawasan-kawasan yang kalah pada PRU-13 lalu, faktor penyumbang kepada kekalahan calon-calon Bn pada kawasan-kawasan itu, kerana para calon-calonnya kurang mesra rakyat kerana kurang turun padang.

Mengambil hati rakyat jelata bukan sahaja melalui pendekatan pembangunan atau berbentuk kewangan, namun pendekatan kemanusian memberi impak yang sangat besar sokongan kepada seseorang pemimpin.

Rakyat jelata pada masa kini, bukan lagi bergantung kepada "indah khabar" tetapi lebih terpengaruh dengan pendekatan peribadi.

Melihat keadaan politik semasa, nampaknya untuk memperkuat sokongan dan ikatan antara rakyat dan pemimpin, maka acara turun padang perlu dipergiat.

Semalam di Sandakan, Datuk Musa membuat kenyataan, agar para wakil rakyat kerap turun padang, agar supaya mereka "alert' dan mengetahui permasalahan rakyat.

1 April 2015

Musa Selamatkan Yayasan Sabah

AWAL kemerdekaan, Yayasan Sabah merupakan satu yayasan yang gergasi, namun bermula tahun 80-an, menjelang tahun 90-an, yayasan itu, bagaikan hidup segan mati tak mahu.

Sebuah yayasan yang hanya bergantung kepada hutan, suatu ketika hampir sahaja dimiliki pihak lain, kalaulah Musa tidak menjadi Pengarah yayasan itu.

Kini, Yayasan Sabah, bukan lagi sepenuh bergantung kepada hasil hutan, akan tetapi telah terlibat dalam berbagai sektor, termasuk perladangan.

Daripada yayasan yang hampir lumpuh pada tahun 1995, kini memiliki asset dan wang simpanan berbilion ringgit jumlah. OKB tidak pasti berapa bilion, kerana Pengerusinyapun tidak menyebut jumlah sebenar.

31 March 2015

Yayasan Sabah: Jambatan antara Kerajaan dan Rakyat: Musa

SEMALAM genaplah Datuk Musa Aman bersama-sama dengan Yayasan Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Amanah yayasan itu.

Yayasan Sabah yang ditubuhkan oleh Tun Mustpaha pada awal kemerdekaan Sabah, adalah satu agensi berperanan sebagai rakan kerajaan dalam usaha mencorakkan sosio-ekonomi negeri dalam rangka meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Di zaman awal kemerdekaan Sabah, yayasan itu pernah memperkenalkan Amanah Tun Mustapaha, di mana setiap rakyat Sabah berumur 21 tahun dibayar sejumlah wang. Sebenarnya, sebelum BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) diberikan, Kerajaan Sabah adalah negeri pertama di Malaysia memberikan bantuan kewangan secara tunai kepada rakyat.

Bayaran kewangan kepada rakyat Sabah, hanya diberhentikan pada tahun 1986, selepas Kerajaan Usno dan Berjaya ditumbangkan.

Yayasan Sabah merupakan pelopor kepada pemberian biasiswa kepada pelajar Sabah baik yang melanjutkan pelajaran dalam negara mahupun luar negara.

Yayasan yang mempunyai konsesi hutan terbesar di dalam negeri itu, terus berperanaan memacu perekonomian negeri, termasuk penubuhan instutisi pengajian tinggi, menceburi sektor pelancongan, perladangan dan perikanan serta minyak dan gas, selain kepada "core" perniagaannya perhutanan.

Pada tahun 1994, Yayasan itu hampir sahaja menjalani masa-masa gelap, jika berjaya diambil alih oleh syarikat swasta. Hanya kerana pendirian teguh Datuk Musa, yayasan itu terlepas daripada tindakan pengambilalihan oleh pihak-pihak tertentu.

Kini, Yayasan Sabah diterajui Musa berjaya menubuhkan University College Sabah Foundation (UCSF) dan pembinaan Sabah International Convention Centre (SICC).

28 March 2015

Lim Kit Siang Cuba Pengaruhi Pemimpin Sabah

SEBAIK sahaja Pas Kelantan meluluskan undang-undang Hudud dan Qisas, Dap sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat,  terus mabuk. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, tergopoh gapah, melontarkan kenyataan, bahawa satu gabungan baru perlu diwujudkan untuk menggantikan kerajaan BN. Kenyataan MP Gelang Patah itu, seolah-olah "echo" dengan kenyataan MP Gua Musang Tengku Razalegh di dewan rakyat minggu lalu.

Melalui gabungan baru itu, Kit Siang memberi gambaran, bahawa Perdana Menteri pada gabungan itu, boleh sahaja berasal daripada Sabah atau Sarawak.

Semalam, semasa di Pitas Sabah, Kit Siang mengulangi cadangan itu, dengan memberi spesfik kepada Sabah. menurut bapa kepada Lim Guan Eng itu, jika gabungan baru itu menjadi kenyataan, Sabah bakal menerima Ketua Menteri baru. Nama-nama yang disebut antara lain Datuk Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun, atau Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Salleh Said Keruak.

Dalam reaksi cepat, Salleh, beliau mengatakan, kenyataan Kit Siang itu, sebenarnya tersalah alamat, sebabnya, supermo DAP itu tidak akan bakal dapat mempengaruhi para pemimpin Sabah, sebabnya, ikatan antara pemimpin Sabah cukup teguh dan senantiasa berkerja secara berpasukan.

Para pemimpin UBN Sabah senantiasa teguh di bawah kepimpinan Datuk Musa Haji Aman di peringkat negeri dan Dato Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat.

8 March 2015

Pengwujudan Peluang Pekerjaan Berkualiti Bagi Sabah

SEBUAH Kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, adalah sebuah kerajaan yang mampu mengwujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyatnya.

Kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman, selain menggariskan Halatuju Sabah pada tahun 2003, juga merancang bagaimana mengwujudkan peluang pekerjaan berkualiti, khususnya kepada generasi muda, lepasan pengajian tinggi.

Industri minyak dan gas salah satu lapangan pekerjaan yang memerlukan kepakaran, dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan berkualiti, bersamaan dengan gaji yang lumayan.

Kerjasama dengan Petronas, pada tahun 2011 dibinalah Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis Sabah. Pembinaan terminal tersebut berhubungkait dengan pusat gas di Bintulu, Sarawak-iaitu jaringan paip gas melalui Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP).

SOGT adalah pusat gas yang mendarat di Sabah dan disalurkan ke Bintulu. Jaringan paip gas yang berjarak 500km itu, mampu menyalurkan 500 juta metrik tan gas sehari.

SOGT yang dibina dengan kos RM8bilion, selain pusat gas, disalurkan Bintulu, juga menyalurkan gas pada dua janakuasa pembangkit litrik berkapasiti 400megawatt.

Pembangunan SOGT juga berimpak kepada pembinaan Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), di mana dibina pula Sabah Ammonia and Urea Plant (SAMUR). Melalui pembinaan SAMUR, memberikan Petronas kedudukan kedua di Asia Tenggara sebagai pengeluar baja urea.

Melalui projek-projek mega tersebut, beribu peluang pekerjaan diwujudkan. Dengan tersedianya peluang pekerjaan tersebut, selain memberi pekerjaan kepada rakyat Sabah, juga membendung penghijraan ke negeri-negeri lain, khususnya ke Semenanjung.

Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Musa, bukan sahaja meletakkan peluang-peluang pekerjaan kepada industri berkait minyak dan gas, akan tetapi lapangan pekerjaan lain, seperti pelancongan dan pengwujudan pusat-pusat bandar baru.

Melalui pembinaan beribu unit rumah rakyat (PPR), maka cara itu boleh mengwujud Central Business Centre (CBD) yang baru. Pengwujudan CBD, selain bertujuan pemerataan jaringan perekonomian, juga mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan-kawasan tumpuan.

Melihat luasnya Sabah, nampaknya pegwujudan industri-industri sangat diperlukan. Syogianyalah pihak Persekutuan, terus menyalurkan peruntukan besar kepada negeri ini, sekurang-kurangnya untuk menebus 40 tahun keterbelakangan Sabah, dalam semua segi.

28 February 2015

Pulau Mantanani: Dari Pulau Tidak Dikenal Kini Membangun Pesat

MANTANAI-sebuah pulau di barat laut Kota Belud. Untuk sampai ke pulau itu, boleh melalui Kuala Abai atau Rampayan Laut, bagi laluan biasa, namun bagi penduduk Kota Belud terutama daripada Pantai Emas, Tamau, di sepanjang pantai kawasan itu, boleh menjadi titik point untuk ke pulau itu.

Pulau kecil yang berbentuk ikan duyung atau kucing sedang tidur, jika di lihat melalui udara, mempunyai penduduk mendekati 1,000 orang.

Sebuah pulau yang didiami oleh nelayan, kerana mata pencarian mereka tergantung pada laut. Semua makanan dibeli daripada darat, tiada tumbuhan yang diusahakan kecuali kelapa.

Sebuah pulau di mana penduduknya dikategorikan sebagai sangat daif, kini berubah, bukan kerana ada khazanah atau harta karun dijumpai, akan tetapi, usaha pihak-pihak swasta menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan.

Mantanai termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Usukan, di mana wakil rakyatnya adalah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sebuah syarikat yang bernama Palm Beach Resort sedang beropreasi di Pulau itu, bermula pada akhir tahun 2013. Palm beach resort telah mengambil alih operasi sebuah syarikat pelancongan yang bergiat lebih awal di pulau itu.

Mantanai, di mana kini, menerima antara 300-800 pelancong setiap hari, sebenarnya belum dimasukkan ke dalam startegi pelancongan negeri atau negara sebagai destinasi pelancongan. 

Minggu lalu, Menteri Pelancongan Malaysia Dato Nazri Tan Sri Aziz, sempat melawat pulau itu. Semasa lawatan itu, beliau diiringi oleh Salleh dan Datuk Musbah Haji Jamli. Sempena lawatan itu, mantanai akan mendapat kemudahan pelancongan seperti jetty pendaratan yang lebih moden serta berbagai kemudahan lagi. Kementerian pelancongan Malaysia akan menyalurkan dana sekurang-kurangnya RM30juta untuk memajukan pulau itu, termasuk usaha pemasarannya dalam maupun luar negara.

Hari ini, seorang lagi Menteri Persekutuan melawat pulau itu dan kebentulan beliau adalah wakil Rakyat Kota Belud- Dato Abdul Rahman Dahalan. Lawatan beliau di pulau itu, bukan kali pertama, malahan lawatan ke pulau itu merupakan satu lawatan rutin. Namun pada hari ini, lawatan agak khusus, kerana beliau melawat selain sebagai MP, juga sebagai Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan kerajaan tempatan. OKB diberitahu, bahawa lawatan pada hari ini, adalah untuk memeriksa tapak projek perumahan rakyat (PPR) bagi penduduk pulau itu. Mantanai akan mendapat 200 unit rumah PPR, namun sebagai projek perintis, 100 unit akan dibina terlebih dahulu.

Mantanai sedikit masa lagi akan menjadi pearl off the east bagi Sabah. Ketabahan penduduk kampung itu sejak sekian lama, serta sokongan kepada kerajaan yang memerintah tidak bebelah bahagi, akhirnya mendapat pembelaan. Tahniah kepada wakil-wakil rakyat Kota Belud dan kerajaan.

27 February 2015

Pra Syarat Pembangunan Kota Belud

ADA dua faktor mempercepat pembangunan Kota Belud. Faktor pertama adalah kemahuan politik, faktor kedua kemahuan kakitangan kerajaan.

Kemahuan politik, apabila berlaku saling tunjang antara para pemimpin, berkerja secara satu pasukan., tiada budaya ketam. Manakala faktor kakitangan pula ada kemahuan melihat Kota Belud membangun, tanpa membawa agenda tertentu akibat hasutan daripada pihak-pihak tertentu.

Kota Belud merupakan kawasan, di mana lahirnya anak sulung Umno Sabah. Syogianya pembangunan kawasan itu lebih cepat berbanding kawasan-kawasan lain, sebabnya anak sulung tentunya lebih dahulu makan garam.

Umno lahir di Kota Belud pada 5 September 1991. Sejak masa itu semua kawasan di wakili Umno, kecuali DUN Kedamaian, kerana sememangnya bukan wilayah Umno.

Semasa Bn yang diterjui Umno mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 1994, wakil rakyat Kota Belud sempat dipercayai sebagai Ketua Menteri Sabah, walaupun tidak sampai setahun.

Selepas itu, Kota Belud diwakili melalui kabinet negeri, apakah sebagai Menteri penuh atau pembantu-pembantu menteri.

Selepas PRU-13, untuk kali kedua, Kota belud mendapat seorang menteri kabinet persekutuan dan kebetulan kementerian kanan.

Jika lantikan pertama wakll Kota Belud, hanya menteri wilayah persekutuan, atas sebab itu, tidak dapat menyumbang banyak kepada pembangunan Kota Belud, kerana atas sifat kementerian itu. Namun, apabila seorang lagi menteri dilantik, di mana kementerian beliau boleh menyumbang ke arah pembangunan Kota Belud, khususnya dalam wilayah kerajaan tempatan dan perumahan.

Apa yang dilihat pada masa kini, memang di atas meja atau perancangan, memang wakil rakyat Kota Belud yang juga menteri siap untuk dilancarkan, malah ada yang sudah diumumkan, malah sudah ada yang mempunyai peruntukan. Namun, kekangannya, adalah daripada segi birokrasi atau pelaksanaan di lapangan.

Nampaknya, seperti kereta, enjin bersaiz besar, akan tetapi tidak dapat digunakan bersiar-siar atas sebab tayar, badan tidak lengkap atau belum dipasang, kerana tidak dapat menanggung kekuatan enjin.

Apabila dipaksakan juga, maka berlakulah, semacam sabotaj, lorong kaki di pasang dengan jubin lantai rumah yang licin.

Pembangunan untuk rakyat misalnya seperti Agropolitan, jelapang padi, ura-ura pembinaan empangan, sokongan minyak dan gas, pembinaan rumah rakyat tidak lancar, bukan kerana tiada peruntukan, akan tetapi, komponen yang menjalankan program-program itu belum lengkap, kalau adapun, komponen yang tidak sinkronais, ibarat menari, kelihatan sangat timpang, kerana lengok tarian tidak sesuai dengan rentak muzik.

Kini, menteri jadi sasaran, kerana mereka tahu, ikan cepat membusuk daripada kepala, sedangkan sebenarnya bukan masalah menteri, akan tetapi masalah birokrasi, masalah pelaksana, dan masalah budaya ketam.

Malah ada yang bermain psikologi songsang, dengan kenyataan, bahawa menteri bukan sahaja menjaga Kota Belud akan tetapi seluruh negara. Memang kenyataan itu kedengaran elok, tetapi mempunyai maksud tersirat, bahawa kegagalan pembangunan, adalah disebabkan oleh menteri yang tiada uummhh.

Sekuat manapun kepala lokomotif, kalau gerabak dibebani di luar kapasiti, bebanan yang sepatutnya tiada, akan tetapi turut di angkut. Lokomotif boleh bergerak, akan tetapi tidak sampai ke destinasi, kerana rosak binasa, Keadaan inilah yang berlaku di Kota Belud, sebab itu, program pembangunan untuk kebaikan rakyat terlalu lambat menjadi kenyataan. Kerana lambatnya pembangunan menjadi, maka bermunculanlah para pengeritik, membidas semua program itu.

Menggagalkan sesuatu program, banyak cara. Akan tetapi pengagalan melalui jalan tersirat merupakan tindakan yang paling bahaya, kerana tersedar lagi, semua perancangan yang nampak "in place" tiba-tiba jammed, sedangkan masa sudah berlalu, kemudian masa yang ada terlalu suntuk. Dalam keadaan ini, apa yang boleh dibuat? program atau projek tidak menjadi, jikapun peruntukan sudah disalurkan, maka peruntukan terpaksa dikembalikan.

Mengembalikan peruntukan yang sudah disalurkan, bukan sekali dua berlaku, akan tetapi kerap berlaku. Namun, di mata rakyat, semua ini tidak akan terdedah. Sehingga mereka yang nakal, akan membuat dakwaan atau tuduhan, bahawa kerajaan tidak tunai janji. Atas sebab itu, di laman-laman sosial, kita kerap membaca, janji capati, bagi menggantikan janji ditepati. Fikir-fikirkan lah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels