GERAN Khas 40% daripada pendapatan Persekutuan daripada Sabah dibayar sehingga tahun 1974. Asas kepada pembayaran itu, dikaji setiap 5 tahun. Namun, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana Menteri yang mengetuai kajian itu telah meninggal dunia, maka kajian itu terbantut.
Apabila pemimpin Sabah & Sarawak membangkitkan perkara itu di era Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, PM ke-6 negara itu bersetuju melihat semula geran khas itu.
Kini, Geran Khas itu dipersetujui dibayar semula. Pengiraan berapa amaun atau jumlah adalah perkara pentadbiran. Apa yang mustahak, adalah geran itu dibayar semula. Memetik Pengerusi bersama mengkaji bayaran itu- Menteri Luar- Datuk Anifah Aman, menyifatkan bayaran itu sangat bermakna buat rakyat Sabah.
Rakyat Sabah patut berterima kasih kepada kerajaan Bn yang diterajui Dato Seri Najib, kerana kalau bukan PM ke-6 itu, bayaran itu tidak akan terealiasai.
Selama 44 tahun, bayaran seumpama itu diketepikan, malah semasa era Tun Dr Mahathir, sesiapa sahaja pemimpin Sabah bercakapnya mengenainya dianggap anti Malaysia, malah ditangkap menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Iktibar yang perlu diambil daripada keputusan membayar semula geran khas itu, betapa berimpaknya jika ada kerjasama erat antara kepimpinan Negeri dan Persekutuan.
Sesungguhnya, kemajuan Sabah dan rakyatnya juga mencerminkan kemajuan negara, seperti mana kerap diucapkan oleh Perdana Menteri, "kita ini merupakan keluarga besar' "saling membantu antara satu sama lain".
Menjelang PRU-14, rakyat Sabah perlu tunjukkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, dengan memberi kemenangan kepada Bn.
Penerusan Kerajaan Bn, akan memacu kemajuan & pembangunan Sabah lebih cepat lagi, kerana Perdana Menteri penuh komitmen & komited memajukan Sabah setara dengan pembangunan negeri-negeri di Semenanjung.