8 August 2025

PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP PELBAGAI KERJASAMA POLITIK

ANTARA tiga bentuk kerjasama
GRS-BN-PH; BN-PH; GRS-PH, hanya kerjasama GRS-BN-PH membuka peluang pada Parti Warisan, manakala kerjasama yang dua lagi, GRS-PH mempunyai kelebihan kerana sentimen parti tempatan masih mengepalai Kerajaan Negeri dengan sokongan parti nasional.

Di sudut Kerajaan Madani Persekutuan, parti mana pun mengepalai Kerajaan Negeri, tidak memberi kesan, melainkan memperkukuh kestabilan politik dan kerajaan.

Melaksanakan khemah besar menerusi salin & tampal model kerajaan madani, yang diterjamahkan menerusi GRS-BN-PH membuka laluan pada Parti Warisan, dan pendekatan secara halus menyingkirkan GRS sebagai peneraju kerajaan negeri dan pada masa yang sama merealisasikan penoktahan kerelevanan Umno di Sabah.

Kegagalan menelaah maksud “between the line” kerjasama GRS-BN-PH, akan membantutkan HALA TUJU SABAH MAJU JAYA.

Kebimbangan GRS yang terselubung menerusi kerjasama BN-PH akan gagal mempertahankan kerajaan GRS-PH, dengan anggapan, bahawa BN-PH akan lebih dahulu mendapatkan 37/73, dan jikapun GRS besetuju dengan penjajaran politik BN-PH-GRS selepas pilihan raya, GRS bukan mengepalai kerajaan negeri.

Pandangan penulis berbeza. Menerusi kerjasama BN-PH dan GRS-PH, maka GRS-PH dapat mengekalkan kerajaan kerana sentimen parti tempatan kekal mengepalai kerajaan negeri.

Melalui kerjasama BN-PH dan GRS-PH menutup peluang bagi Parti Warisan.

Sentimen rakyat Sabah pada masa ini, Kerajaan Negeri mesti dikepalai parti tempatan dan didokong parti nasional sepertimana keputusan rakyat pada PRN-16 Sabah.

Jika sesiapa yang menelaah secara mendalam keputusan PRN-16, jelas, rakyat Sabah menginginkan kerajaan negeri dikepalai parti tempatan yang disokong parti nasional.

31 July 2025

KEKALKAN GRS UNTUK PASTIKAN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA BERTERUSAN

HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (SMJ1.0) tahun 2021-2025 sudah hampir dipenghujung dengan pencapaian 94%. SMJ2.0 (2026-2030) akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Kesinambungan HALA TUJU negeri Sabah akan berjalan tanpa gangguan, jika GRS terus kekal sebagai kerajaan negeri.

Kena ingat, setiap kali air bah, sekali Pantai berubah, sepertimana semasa Parti Warisan mengambil alih kerajaan, mereka bertindak bagaikan tikus membaiki labu, maka bekalan air terganggu, penyiapan lebuh raya Pan Borneo terbantut, kegiatan ekonomi menjunam, struktur perkhidmatan awam sebagai pelaksana dikacau ganggu.

Merosak lebih pantas daripada memperbaiki, pun demikian semasa proses pembaikan, rakyat mendapat kesan. Apa yang mendukacitakan, kerosakan yang mereka buat, menuding jari pada kerajaan yang memperbaiki, dengan dakwaan yang bermacam-macam.

Kerajaan era GRS, telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dan insentif yang belum pernah dipekenalkan oleh mana-mana kerajaan sebelum ini, antaranya rumah percuma mesra SMJ, bantuan RM300 bulanan selama setahun untuk tahun 2025 untuk KIR miskin tegar, dan pelbagai bantuan lagi terutama pada golongan pelajar.

Kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melabur tinggi dalam sektor pendidikan dan pembangunan modal insan, kerana menaruh keyakinan pelaburan modal insan adalah aset utama negeri untuk maju dan membangun.

Dibimbangi, jika kerajaan bertukar, Projek Hidroelektrik ULU Padas yang berkos RM4.3bilion yang sedang dibina untuk penyelesaian bekalan air selama 100 tahun dibatalkan, atau diubah pelaksana, dan jika itu berlaku, maka, sasaran penyiapan akan terterbengkalai.

Empangan UlU Padas dijangka beroperasi pada tahun 2030, dan memembekalan 6,000 Juta liter sehari untuk memenuhi keperluan rakyat sehingga 100 tahun.

Strategi kerajaan GRS menerusi SMJ2.0 adalah untuk mengukuhkan perekonomian negeri termasuk daripada kewangan, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, untuk mendokong sasaran negeri maju menjelang tahun 2030. Pada tahun 2030, Sabah lepas landas sebagai negeri maju.

30 July 2025

GRS FOKUS PADA PILIHAN RAYA

FOKUS GRS adalah pilihan raya, selepas bekerja keras selama 5 tahun.

Selama 5 tahun, mengikut ukuran kerajaan, GRS yang mengepalai kerajaan negeri telah mencapai apa yang sepatutnya.

Mereka yang tidak dapat menerima pencapaian kerajaan GRS, yang disokong PH Plus, hanya Pemimpin seperti Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin, sebabnya, jika mereka mengakui, maka secara automatik, mereka kehilangan modal politik.

Shafie dan Bung, suka sangat menuding jari pada orang lain, sedangkan 4 jari mereka menuding di muka sendiri. Perbuatan mereka, seperti kuali mengata belanga hitam.

Ketandusan modal politik, punca Shafie dan Bung hilang hala tujuan, kerana tidak dapat menangkis rekod pencapaian kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Bohong lah jika kerajaan GRS tiada kelemahan, tetapi, kelemahan-kelemahan tersebut mempunyai solusi, atau di atasi menerusi HALA TUJU SABAH MAJU JAYA.

Merealisasikan hala tuju tersebut, bukan kerja perorangan, akan tetapi meliputi semua jajaran pemerintahan, kakitangan awam, dan rakyat itu sendiri.

Kerajaan GRS tidak menangisi apa yang diwarisi, akan tetapi bergerak ke hadapan ke arah penyelesaian.

Menerusi HALA TUJU SABAH MAJU JAYA, “leave no stone unturned”, ertinya setiap permasalahan rakyat mempunyai solusi dan penyelesaian, lambat atau cepat.

Pemimpin pembangkang terutama Shafie dan Bung, hanya hebat bercakap, besar suara, akan tetapi tin kosong.

Tanya Shafie semasa menjadi Ketua Menteri 26 bulan, apa yang dia buat? Demikian juga Bung semasa menjadi Menteri Kerja Raya, apa dia buat berkaitan bekalan air dan jalan raya? Semua kosong.

Dengan pencapaian kosong, cuba pula mempengaruhi 1.7 juta pengundi Sabah untuk menyokong mereka. Hanya mereka yang tidak dapat berfikir menyokong mereka.

Bagi GRS, apa yang penting, kerusi-kerusi yang disandang dipertahankan, manakala kerusi-kerusi baharu diharapkan dimenangi.

Apabila GRS dan parti sekerjasama menang 2/3 kerusi, maka, kerajaan yang dibentuk stabil, dan politik juga stabil. Kestabilan membolehkan kerajaan terus bergerak ke hadapan memajukan dan membangun negeri.

GRS MENGEPALAI KERAJAAN SABAH: MODEL POLITIK TERBAIK UNTUK SABAH

1.7 juta pengundi Sabah yang bakal menunaikan tanggungjawab pada PRN-17 Sabah, perlu meletakkan difikiran dan hati masing-masing, bahawa GRS perlu dikekalkan mengepalai Kerajaan Negeri, kerana telah membuktikan kemampuan.

GRS terbukti telah dapat memikul HASRAT-ASPIRASI-HARAPAN rakyat Sabah yang sekian lama didamkan.

Rakyat Sabah perlu memberi mandat pada GRS meneruskan kerajaan bagi penggal ke-17 untuk meneruskan HALA TUJU SMJ2.0 (2026-2030).

Menerusi SMJ2.0, pada tahun 2030, Sabah akal lepas landas sebagai negeri maju, pendapatan perkapita negeri di atas purata nasional, kemajuan ekonomi berkembang maju, juga kemudahan asas telah siap disediakan.

Rakyat Sabah jangan pandang belakang lagi, apa tah lagi terpengaruh dengan naratif pemimpin umno yang membangkit nostalgia, kerana semua itu telah berlalu.

Apapun cuba diperkatakan parti itu, hanya perangkap, kerana peluang telah diberikan puluhan tahun pada parti itu, terbukti semuanya hanya janji manis.

Rakyat Sabah tiada kewajaran lagi kembali ke era lalu, kerana pada era GRS telah membuktikan, HASRAT-ASPIRASI-HARAPAN telah direalisasikan dan seterusnya membawa negeri dan rakyat ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Kerajaan GRS dengan SMJ1.0, telah membuktikan kemampuan mentadbir, memerintah dan mengurus negeri. Lihat sahaja, bagaimana kerajaan GRS mengutamakan pendidikan dan pembangunan modal insan, kerana yakin menerusi pendidikan dan pembangunan modal insan adalah passport utama ke arah kemajuan dan pembangunan,

Kerajaan GRS yang mengutamakan kutipan hasil negeri untuk mengukuhkan kewangan, kerana menerusi kewangan yang kukuh, maka, pelbagai inisiatif dan insentif dapat diperkenalkan demi faedah rakyat.

Rakyat Sabah perlu tanamkan di fikiran masing-masing, sungguh-sungguhnya Parti Umno dan Parti Warisan mahu menjadi kerajaan kerana tergiur dengan kedudukan kewangan negeri yang cukup kukuh, hasil kerajaan yang dikepalai GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

GRS BUKTIKAN KEMAMPUAN MENGEPALAI KERAJAAN NEGERI

APAPUN bentuk kerjasama politik yang dipilih GRS berdepan PRN-17 Sabah, 1.7 juta pengundi Sabah perlu memberi merit pada parti tersebut mengepalai kerajaan negeri. 
GRS mengepalai Kerajaan Negeri sejak September 2020. 

Dengan parti mana pun GRS bekerjasama, yang penting kerjasama itu dapat mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan.

Kemampuan GRS mengawal keadaan apabila pada 6 Januari 2023, semasa digerakan Langkah Kinabalu diketuai Datuk Bung Moktar Radin yang bekerjasama dengan Datuk Shafie Apdal, namun langkah itu gagal, apabila tidak mendapat sokongan.

Selepas kegagalan Langkah Kinabalu,  GRS meneruskan kerajaan dengan sokongan PH Plus sehingga ke hari ini.

Dalam masa hampir 3 tahun, telah terbina keserasian antara pemimpin. Kerana asas keserasian tersebut, maka kecenderungan mempertahankan status quo.

Status mempertahankan status quo, dikacau ganggu pada Mei 2025, apabila BN-PH Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa dua parti itu telah memuktamadkan kerjasama berhadapan PRN-17 Sabah. Keputusan PH yang membelakangkan GRS, maka Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri memberi reaksi balas, jika kerjasama tersebut muktamad, maka GRS bersedia bergerak solo.

Namun, menerusi lawatan kerja PMX ke Sabah selang 2 hari kemudian, membuat kenyataan, sebarang kerjasama politik hendak lah melibatkan pelbagai parti, dan Datuk Seri Hajiji mengetuai rundingan.

Pada 27 Julai, selepas ucapan DASAR PAT Gagasan Rakyat, menjawab pertanyaan pengamal media, Hajiji sekali lagi menyatakan mempertahankan status quo Kerajaan GRS-PH dan diterjemahkan kepada kerjasama politik dengan terma yang dipersetujui ke dua belah pihak.

Pada hakikatnya, GRS meneruskan mengepalai kerajaan negeri sesuai dengan mandat rakyat pada PRN-16 tidak kira parti nasional mana menyokong, seperti mana pendirian parti itu menyokong parti yang menerajui kerajaan Persekutuan.

Matlamat GRS adalah untuk menjaga rumah sendiri, mengurus dan memerintah Sabah sesuai dengan acuan lokal. Kerajaan yang diterajui GRS bermatlamat mengwujudkan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan ( G to G) bukan antara parti seperti mana yang lalu-lalu.

Kerana GRS bermatlamat hubungan dengan Kerajaan Persekutuan berbentuk hubungan G to G, maka pada hakikatnya, kerjasama dengan parti nasional mana pun, tidak menidakkan, matlamat parti itu, iaitu #Rumah Kita Kita Jaga, #Kita Jaga Sabah, menerusi SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited, Demi Sayangi Sabah.

GRS memilih PH, kerana terbukti, dokongan parti itu telah mengwujudkan kestabilan politik dan kerajaan sepertimana dibuktikan selama hampir 3 tahun menerusi kerajaan GRS-PH Plus.

Pendekatan GRS adalah CARA SABAH, pendekatan GPS adalah cara Sarawak. Cara GRS sesuai untuk Sabah, cara GPS sesuai untuk Sarawak.

Cara GRS, tidak perlu terpengaruh dengan naratif pemimpin Umno atau Parti Warisan, kerana GRS mempunyai identiti dan jati diri berbeza dengan dua parti tersebut.

Apabila Pengerusi GRS membuat kenyataan, bahawa status quo kerajaan hari ini diterjemahkan kepada kerjasama politik, maka, itu lah model politik yang sesuai untuk Sabah.

12 July 2025

SIMULASI DATA KEPUTUSAN PRN-16 SABAH- INDIKASI KEPUTUSAN PRN-17

MUNGKIN ada yang menganalisis menggunakan data keputusan PRN-16, untuk simulasi meramalkan keputusan PRN-17 Sabah.

Andaian : GRS LAWAN BH-PH LAWAN PARTI WARISAN, tiga parti “kelas berat” bertembung antara satu sama lain.

Hasil simulasi, menunjukkan GRS di hadapan, ertinya boleh menang majoriti mudah sekurang-kurangnya 37/73.

Oleh kerana data kaku, dan tidak semestinya menggambarkan pola pengundian pada PRN-17 Sabah, selain pengelibatan undi kali pertama dan Undi-18, hasil simulasi hanya indikasi.

Pengalaman menggunakan data simulasi, mempunyai ketepatan antara 75-80 peratus, ertinya, jika menerusi simulasi GRS boleh menang 51 kerusi, pada dunia nyata, ianya berjumlah 38-41.

Angka 38-41, menunjukkan, GRS masih dihadapan berbanding parti-parti lain.

Andaian penulis tiada maksud mempengaruhi pandangan mana-mana pihak, kerana ramalan hanya berpandukan pada data kaku, yang tentunya berubah mengikut masa, situasi dan isu-isu semasa.

Namun, jika sekiranya parti GRS sudah memaksimumkan pendekatan di peringkat akar umbi, dengan menyampaikan pencapaian kerajaan yang diterajui parti, terutama di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM), maka, kerusi yang bakal dimenangi parti tersebut, tidak jauh berbeza dengan data simulasi.

PEMBUNUHAN KARAKTER - ASAM GARAM DALAM POLITIK

PEMBUNUHAN karakter yang didepani pemimpin GRS, merupakan asam garam politik pada setiap pilihan raya. Atas sebab itu, dalam politik, jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi Pantai.

Keteguhan pendirian salah seorang pemimpin yang menjadi sasaran pembunuhan karakter, Datuk Dr Yusof Yakub, adalah contoh seorang pemimpin yang kukuh dan tidak tergoyahkan, kerana terlihat semasa perbahasan pada Sidang DUN Sabah pada Isnin-Selasa lalu, cara berucap, seperti biasa, tidak terganggu dengan tindakan membawa beliau ke mahkamah.

Sasaran pembunuhan karakter pada pemimpin seperti Dr Yusof yang merupakan pemimpin berkretiria pemimpin-kaum-kawasan, tidak mempengaruhi keboleh menangan.

Dr Yusof teruji, pada PRU-14, apabila menggunapakai platform lain, selain platform tradisi beliau, Umno/BN, demikian juga pada PRN-16 Sabah, kerana memenuhi kretiria tiga elemen serangkai pemimpin-kaum-kawasan, maka tetap diberi mandat.

Tidak dinafikan, projek pembunuhan karakter yang disasarkan pada pemimpin GRS sedikit sebanyak mengundang percakapan atau usikan di kalangan akar umbi, akan tetapi jika terkait dengan pemimpin yang berkretiria tiga elemen serangkai dan pada masa yang sama telah memberi perkhidmatan terbaik di kawasan yang diwakili, maka, apa pun bentuk gelombang, mereka akan dapat mengharunginya dengan jayanya.

KEUTAMAAN GRS ADALAH MEMPERTAHANKAN KERUSI YANG DISANDANG

KEUTAMAAN GRS adalah mempertahankan 38/73 kerusi yang disandang. Setiap penyandang, sudah tentu maklum akan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika kekurangan lebih tinggi peratusan, maka beri laluan pada yang lebih tinggi peluang menang.

Utamakan parti dahulu, kerana setiap pemimpin mempunyai peranan masing-masing, tidak semestinya menerusi wakil rakyat.

Masa sekarang, adalah masa-masa kritikal bagi parti, kerana sedang berhadapan dengan parti-parti yang ingin mengambil kuasa.

BN-PH sedang bermain perang psikologi terkait kerjasama, supaya, GRS berkedudukkan dilemma.

Penulis yakin, pucuk pimpinan GRS mempunyai keputusan muktamad terkait kaedah berdepan pilihan raya, dan tentunya keputusan tersebut boleh mengekalkan parti sebagai parti tunggak.

“magic numbers” 3773 adalah sasaran.

Konvensyen PBS-STAR tentunya akan membuat ketetapan kaedah berhadapan pilihan raya, demikian juga Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat yang diadakan pada 25-27 julai juga akan menumpukan pada keadah berhadapan pilihan raya.

Tiga parti dalam GRS yang menyandang 37/38 kerusi, tentunya akan menggunakan kaedah terbaik mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang.

Hasrat mana-mana parti dalam pilihan raya selain keutamaan mempertahankan kerusi yang disandang, juga berhasrat menang di kerusi-kerusi baharu, dan jika itu menjadi kenyataan, maka ianya berupa bonus.

Memetik kenyataan Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah, “wind of change” cukup kuat di kerusi-kerusi yang disandang parti lain, dan tiupan angin itu menuju ke GRS.

setakat ini, hanya Parti Warisan dan KDM telah membuat keputusan bergerak solo, itu pun masih tertakluk perubahan selepas DUN dibubar. Parti Warisan mempunyai latar belakang keputusan berubah-ubah, kerana itu, boleh dikatakan setakat ini, tiada mana-mana parti memuktamdkan kaedah yang digunakan.

Apa yang mustahak bagi GRS, apapun bentuk pendekatan, kena bersedia, dan pastikan kerusi yang disandang dipertahankan.

Menurut pandangan penulis, GRS tiada masalah mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang, kerana para penyandang memenuhi kretiria calon-kaum-kawasan, makna kata, mereka adalah pemimpin terpilih di kerusi masing-masing.

11 July 2025

GRS KENA PERTAHANKAN KERUSI YANG DISANDANG: APAPUN BENTUK PENDEKATAN

APAKAH ada kerjasama antara parti-parti atau sebaliknya, GRS kena mempertahankan kerusi yang disandang, dan jika menang kerusi lain, ianya bonus.

Isu sekarang, bukan isu berapa banyak kerusi ditandingi, akan tetapi berapa kerusi boleh dimenangi.

Umno biasa bertanding banyak kerusi seperti pada PRN-16, tapi hanya menang 14, pada PRN2023 enam negeri bertanding 108 kerusi hanya menang 19.

Dalam fikiran pemimpin BN-PH, mereka boleh menang banyak kerusi apabila meletakkan ramai calon, dengan pertimbangan tiada pertembungan antara mereka. Perkiraan mereka, berlaku campuran undi antara penyokong masing-masing, walaupun tidak berlaku pada PRN2023, malah mengundang penolakan.

Betul pada PRN-16, apabila DAP menggunakan LOGO Warisan, maka memberi keuntungan pada parti tersebut, tetapi tidak semestinya jika bersama Umno/BN.

Jika sentimen seperti PRU-15 berterusan, maka kecenderungan lebih kepada parti GRS, makna kata, peluang mempertahankan 38/73 kerusi cukup cerah, malah boleh menang di kawasan-kawasan lain.

Mood pengundi semasa, adalah Hubungan Kerajaan dengan Kerajaan, bukan hubungan antara parti. Hubungan antara parti bertujuan kestabilan, agar tidak berlaku kacau ganggu, sepertimana Langkah Kinabalu.

Matlamat BN-PH, selain hubungan kerajaan dengan kerajaan juga hubungan anatara parti, membawa maksud, kerajaan negeri kembali ke era masa lalu, tiada kuasa penentu.

Mood rakyat Sabah, kuasa penentu di tangan kerajaan negeri, sebab itu memilih hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G toG), seperti Sarawak.

UMNO HILANG KEYAKINAN PADA AHLI PARTI SENDIRI

MENJELANG PRN-17 Sabah, UMNO hilang keyakinan pada jumlah ahli parti yang ramai, dan terpaksa mengubah strategi dan fokus pada pengundi muda dan atas pagar.

Pemimpin parti itu menyedari, keahlian parti itu di Sabah yang berjumlah lebih 600,000 hanya atas kertas.

Apabila parti hilang keyakinan pada jumlah keahlian, bermakna, parti itu hilang sentuhan pada ahli sendiri.

Dengan ahli sendiri pun hilang sentuhan, takkan pula, bukan ahli terhegeh-hegeh menyokong.

Fokus pada pengundi muda, atas faktor apa, pengundi muda tertarik dengan parti tersebut, sedangkan pengundi golongan tersebut sudah tidak menyokong sejak PRU-14.

Pengundi atas pagar pula, faktor apa yang mendorong pengundi golongan tersebut menyokong? Takkan menyokong pemimpin seperti Datuk Bung Moktar Radin? Tawaran apa yang boleh ditawarkan?, selain RADU TATAP RADU atau “MINUM DARAH”.

Punca pengangguran yang membabitkan golongan muda, kesan pemerintahan Umno yang tidak mengwujudkan peluang-peluang pekerjaan berdekad-dekad, kerana tidak memberi fokus pada kemajuan dan pembangunan negeri.

Apabila jumlah pengangguran terus bertambah, maka ianya diwariskan pada kerajaan GRS. Kerajaan GRS telah berusaha sebaik mungkin, akan tetapi, kerana jumlah yang sangat ramai, maka, dalam kedudukan demikian, tiada mana-mana kerajaan dalam menyelesaikan dalam tempoh 5 tahun.

Pun demikian, kerajaan GRS, dapat menurunkannya kepada 6.7% setakat Mei 2025, berbanding 8.2% pada tahun 2020. Penurunan yang signifikan tersebut, bermaksud, kesan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) di landasan betul.

Tak kan mereka yang tiada pekerjaan sebelum ini, dan kini sedang bekerja, maka terhegeh-hegeh menyokong Umno?

Penganggur yang mendapat pekerjaan adalah manusia, mempunyai perasaan, mempunyai rasa bersyukur, dan mempunyai pengalaman sendiri. Ertinya, mereka menyokong, parti yang menerajui kerajaan yang menjadi punca mereka berpendapatan.

Angan-angan Umno untuk menjadi parti dominan di Sabah, untuk era ini, sangat sukar berlaku, kerana ingatan rakyat yang menolak parti itu masih segar, apa tah lagi sebahagian besar masih sebahagian 1.7 juta pengundi Sabah.

10 July 2025

HALA TUJU SABAH MAJU JAYA -UNTUK RAKYAT SABAH

ADALAH fakta, apabila Datuk Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri pintu belakang, bagaikan kera mendapat bunga, sebab itu tiada hala tuju.

Mengurus negeri seperti tikus membaiki labu.

Masuk bakul mengangat sendiri, hanya tin kosong.

Diberi peluang pelbagai jawatan Persekutuan, terbukti, langsung tidak berguna, apabila menjadi Ketua Menteri.

Pada PRN-17 Sabah Shafie bersama Parti Warisan masih mencuba mempengaruhi rakyat, dengan naratif masuk bakul angkat sendiri.

Rakyat tidak boleh dibantu dengan kepetahan bercakap, akan tetapi menerusi kerja keras, diam ubi berisi.

Pilihan raya, bukan mencari pemimpin yang pandai bercakap, tetapi, pemimin yang boleh bekerja.

Rakyat Semporna sejak tahun 1995, memilih Shafie, tetapi, apa yang di bawa ke Semporna? Kalau bukan anugerah Tuhan, kerana Pulau-pulau yang cantik seperti Sipadan, dan dasar kerajaan memajukan industri pelancongan, penduduk Semporna, akan berdepan kehidupan yang amat sukar.

Antara Hajiji dan Shafie, jika dilihat sebagai ketua, ibarat langit dan bumi. Hajiji, hanya berpengalaman di peringkat negeri, pemimpin peringkat negeri, akan tetapi, apabila diberi peluang, telah menunjukkan kebolehan dan kemampuan.

Kebolehan Hajiji, apabila inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) 94% telah direalisasikan, satu pencapaian cemerlang. Mengapa pencapaian mendapat markah A++, kerana Hajiji menunjukkan keupayaan memimpin.

Betul pencapaian SMJ1.0, bukan kerana Hajiji seorang, ianya usaha secara kolektif bersama pemimpin lain, kakitangan awam dan rakyat. Berbeza dengan kepimpinan era Shafie, yang berslogan SABAH KITA PUNYA, hanya berlegasi, LOGO WARISAN dibina di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS kini Menara Kinabalu).

HAJIJI BUKTIKAN KEBOLEHAN SEBAGAI KETUA

PRESIDEN Parti Warisan, Datuk Shafie Apdal dengan pelbagai jawatan Persekutuan, dengan akses ribuan kaki tangan awam, duduk dalam barisan kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, apabila diberi peluang sebagai Ketua Menteri, Sabah mungkin semakin baik, yang baik dirosakkan.

System pentadbiran, ekonomi, agensi, malah penggunaan wang kerajaan, kucar kacir.

Berlaggak pandai, lebih baik daripada orang lain, akan tetapi tindakan seperti tikus membaiki labu, mentadbir bagaikan kera mendapat bunga.

Dalam tempoh pemerintahan Shafie, legasi yang tercatat tindakan SABAH KITA PUNYA, termasuk membina LOGO Parti Warisan di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Pada PRN-17 ini, sekali lagi Parti Warisan bertanding, untuk mempengaruhi rakyat, menyokong parti tersebut.

Jika ada rakyat terpengaruh, berbanding GRS pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, sama dengan membunuh angsa bertelur emas.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels