17 January 2015

Perlaksanaan GST Mengelak Rakyat Membanjir

SEBENARNYA pelaksanaan GST, memberi peluang kepada rakyat untuk tidak membanjir. Sebabnya, diminda pengguna, tertanam, bahawa semua barangan yang dibeli mempunyai cukai.

Sistem GST digunapakai di 90 negara di dunia, tujuannya selain menambah pendapatan negara, juga memberi pengguna pilihan, samada membeli barangan siap atau tidak. Contoh makan, kalau makan direstoran, kenalah bayar cukai, akan tetapi, kalau masak sendiri, maka tiada cukai yang dikenakan, sebabnya makanan keperluan asas yang berbentuk mentah, tidak dikenakan GST.

GST juga membolehkan syarikat-syarikat yang selama ini tidak membayar cukai kepada kerajaan, akan tetapi melalui pelaksanaan GST, maka syarikat-syarikat itu perlu membayar cukai. Cuba bayangkan, di negara ini terdapat lebih 450,000 syarikat, namun hanya 76,000 sahaja membayar cukai kepada kerajaan. Demikian juga rakyat, daripada 30 juta, hanya 1.8 juta sahaja membayar cukai kepada kerajaan.

Melalui GST setiap rakyat wajib membayar cukai, atau sedikit sumbangan kepada kerajaan. Tujuannya agar kerajaan dapat mengumpul wang untuk pembangunan negara. Mengurus sebuah negara memang mahal, contohnya melalui bajet 2015, 70 peratus daripada bajet itu digunakan untuk mengurus, manakala hanya 30 peratus untuk pembangunan.

UMNO Sabah: Gelombang Kecil Dalam Cawan

APAKAH kesudahan gelombang kecil dalam cawan yang berlaku pada Umno Sabah?

Sebelum PRU-13, Datuk Lajim Ukin, yang mana pada masa itu, selain Ketua Bahagian Umno Beaufort, akan tetapi juga AHLI MAJLIS TERTINGGI Umno Pusat dan Timbalan Menteri Kesahjetaraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan Persekutuan, juga ADUN Klias penyebab gelombang kecil dalam cawan, akhirnya keluar daripada Umno.

Sama-sama kita tahu hasil tindakan Lajim itu, beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort, walaupun menang tipis di kawasan tradisinya DUN Klias.

Kini, gelombang kecil berlaku, apabila Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP Sepanggar, ikut langkah Lajim. Berikutan kenyataan-kenyataan beliau, tiga sayap Umno Sabah membuat kenyataan bersama, agar pucuk pimpinan mengambil tindakan tatatertib kepada beliau, kerana disifatkan telah melanggar adab dan etika parti.

Tindakan tiga sayap parti Umno Sabah, wajar bertindak demikian, kerana kalau tidak dibendung, rakyat atau ahli Umno melihat, dakwaan Jumat itu benar.

Jumat adalah MP penggal pertama. Kawasan Parlimen Sepanggar pada asalnya bukan wilayah Umno, akan tetapi diwakili parti kompnen Bn- SAPP, sebelum parti itu keluar selepas PRU-12.

SAPP bertanding pada PRU-13, namun semua calon-calon parti itu kalah teruk, termasuk Presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Jumat bukanlah ikon di Sepanggar, kemenangan beliau, bukan kerana faktor dirinya, akan tetapi faktor Bn, khususnya Umno. Jika Jumat mengandaikan bahwa kemenangannya atas sebab faktor peribadi, beliau silap.

Semalam di wall FB MP Sepanggar itu, beliau menulis lagi dakwaan 

14 hrs · 

Teringat pula kami ketua2 bahagian dipanggil kerumah ketua menteri ketika kes micheal chia meletup dihong kong. Tujuan kami dipanggil untuk memberika sokongan terhadao kepimpinan ketua menteri yang dikaitkan dengan michael chia. 

Ketuka itu dato seri salleh juru cakap dan menjelaskan tentang pertemuan dengan perdana menteri bahawa duit yang micheal chia bawa tu untuk derma pada umno sabah.

Maka semua ketua bahagian pun berdiri ikrar. Saya disajikan kacang oleh ketua menteri. Dan bulan april dan mei tahun lalu ditempat yang sama kursi yang sama saya dipanggil bersama ketua bahagian beluran dan turut hadir datuk nizam.

Pertemuan dua jam itu ketua menteri memberi tahu bahawa DSS sedang kumpul ketua2 bahagian dan mendakwa DSS menjadi ketua menteri. Saya dan datuk james hanya mendengar segala tohmahan terhadap DSS oleh ketua menteri.

Jawaban saya pendek saja. Saya kata selagi mana PM maseh percaya pada dato seri tiada siapa boleh gugat kedudukan dato seri. Dan semasa pertemuan pada 5.5.2014 dipejabat ketua menteri saya ulang ayat itu dan menambah Allah sentiasa melindongi kepimpinan dato seri. CM jawab Allah sudah tentukan saya ketua menteri sabah . 

Hari ini apa bila saya ajukan pelan peralihan saya dicop menjatohkan ketua menteri.

Dalam pertemuan saya kali terakhir bersama ketua menteri bulan nov lalu saya katakan cadangan saya jangan dipersonalise tapi rasional dan profesional. Jika diterima positif dan dibincang bersama PM apa saja keputusan kami semua terima. CM jawab ' saya sudah marah'. Nota: Menurut Jumat dalam jawapan pada yang bertanya, DSS=Datuk Salleh said

16 January 2015

Apa Yang Dr Maximus Mahu?

APA maksud Timbalan Presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili, dalam BN tidak berlaku berkongsian kuasa?

PBS adalah parti Komponen yang paling banyak kerusi kalah pada PRU-13 lalu, pun demikian, jumlah jawatan yang diberi sama dengan sebelum DUN Sabah di bubar. Apa kah itu bukan perkongsian kuasa?

Dalam konsep BN, mana-mana kawasan yang dikuasai/ditandangi atau dimenangi mana-mana parti komponen, selain wakil rakyat, Pemimpin Pembangunan Masyarakat adalah juga daripada parti yang menang itu.Jika calon parti itu kalah, jawatan PPM akan juga datangnya daripada parti itu, contoh DUN Tamparuli, calon yang kalah dilantik sebagai PPM.

JKKK atau ketua-ketua kampung juga daripada parti yang menang itu. Di mana kah maksud Maximus, bahawa BN Sabah tidak mengamalkan perkongsian kuasa?

Maximus kena ingat, dalam konsep perkongsian kuasa, pemberian atau perlantikan jawatan-jawatan tidak semsetinya selari dengan jumlah kerusi yang dimenangi, akan tetapi berasaskan komposisi kaum. Dalam kabinet negeri, perlantikan jemaah menteri, bukan berasas kepada jumlah kerusi akan tetapi komposisi kaum.

Kerajaan yang dipimpin Datuk Musa Aman, telah mengakomodasi semua kaum, bermula daripada jemaah menteri, setiausaha-setiausaha politik, pengerusi GLC, malah terlihat dengan jelas melalui jawatan Speaker, timbalan-timbalan speaker Dewan Undangan Negeri.

OKB tidak faham, mengapa isu perkongsian kuasa timbul, hanya rungutan daripada pihak-pihak tertentu penyokong PBS, sehingga Maximus, terus menembak merata, tanpa memeriksa fakta sebenar.

Kenyataan Maximus melalui media, seolah-olah mempersoal kepimpinan negeri, seandainya dakwaan beliau itu benar, adalah lojik untuk bersuara, akan tetapi dakwaan beliau itu, sama sekali tidak tepat.

Tahun 1990, diambang pembuangan undi PBS menikam BN, kerana hanya mahu memastikan calon-calon parti itu di kawasan-kawasan tertentu menang. Tikam belakang itu, menggambarkan bagaimana tidak setiakawannya PBS.

Melalui kenyataan Timbalan Presiden PBS itu, yang mendakwa tiada perkongsian kuasa, sedangkan fakta yang adalah sebaliknya, kerana itu dakwaan beliau adalah satu tindakan menikam kawan.

Jika iapun, PBS kehilangan sokongan kaum KDM, janganlah menjadikan kawan sebagai "punching bag" semata-mata untuk merai undi kaum yang diwakili, kerana dakwaan itu lebih menyakitkan, lebih-lebih lagi, ianya bercanggah dengan konsep kerajaan negeri.

Sepatutnya Maximus melihat, bagaimana setiakawannya Musa, kerana, walaupun PBS kehilangan banyak kerusi, akan tetapi jawatan jemaah menteri daripada parti itu jumlahnya sama sebelum pembubaran DUN tahun 2013.

OKB bertanya, apa yang Dr Maximus mahu?

3 January 2015

Keadaan Banjir Di Kota Bongan Kota Belud







Banjir Kota Belud

Gambar Banjir daripada kg Kotabongan, Tawadakan, Kota Belud-Ikhsan Parsat Ekong
PENDUDUK Kota Belud terutama kawasan Dun Tempasuk dan Usukan dilanda banjir sebaik sahaja menyambut kedatangan Tahun baru 2015.

Bencana banjir pada kali ini awal seminggu berbanding tahun 2010, di mana keadaan banjir hampir serupa besarnya.

Dewan pemindahan seperti dahulu juga, Dewan Tun Said, Chung Hwa, SMK Taungusi. Setakat pukul 10 pagi tadi hampir 900 mangsa berada di pusat-pusat pemindahan.

Di lapangan dari semalam terlihat Speaker Dewan undangan negeri Datuk Salleh Tun Said dan Adun temapsuk Datuk Musbah Jamli.

Kehadiran dua pemimpin ini selain memberi semanagat kepada para mangsa juga kepada para petugas yang terdiri daripada pasukan beruniform dan sukarelawan termasuk para pemimpin parti terutama daripada Umno.

One Kota Belud, seawal pagi semalam, mendapat maklum balas daripada Ketua Bahagian Umno Kota Belud, menyeru penduduk yang berada di kawasan rendah agar berhati-hati dan segera berpindah jika keadaan air semakin naik.

2 January 2015

Banjir Kota Belud- Apa Kah Ada Penyelesaian???

SEBENARNYA banjir Kota Belud boleh diselesaikan. Akan tetapi, perancangan kerajaan seperti pembinaan Empangan Tambuton tidak menjadi.

Tanpa penambat banjir seperti empangan itu, adalah sukar mengatasi banjir Kota Belud. 

Selagi empangan atau pembentungan bawah tanah tidak menjadi kenyataan, maka saban tahun setiap hujung tahun, banjir akan melanda Kota Belud.

Pada tahun ini sahaja, sudah kali banjir menyerang Kota Belud. 

Mana sudah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang yang mencocok penduduk kg Tambuton agar memprotes pembinaan empangan Tambuton.

Seharusnya rakyat yang saban tahun terkena banjir, perlu mencari pihak-pihak tertentu di kg Tambuton, agar bertanggungjawab. Rakyat yang mengalami kerugian setiap tahun, termasuk harta benda dan tanaman, perlu berbodong-bondong mencari mereka-mereka yang menghalang pembinaan empangan itu.

Jangan biarkan pemimpin sahaja yang menangani isu pembinaan empangan Tambuton, akan tetapi setiap rakyat yang menjadi sasaran banjir perlu bertindak.

Mereka yang menjadi penghalang kepada empangan Tambuton, hanya sebahagian kecil, berbanding rakyat yang terkena puluan ribu ramainya.

Rakyat yang berdepan dengan banjir saban tahun, tidak boleh berpangku tangan, perlu bertindak, agar supaya kerajaan terpaksa bertindak, kerana mengikut suara majoriti.

26 December 2014

Dr Roland Chia Lawan Lajim Ukin

PEMBATALAN hasrat Dr Roland Chia Ming Shen meletakkan jawatan sebagai ADUN Inanam diumumkan melalui kenyataan media bertepatan pada Hari Xmas.

Pada 17 Disember melalui kenyataan di wall FB ADUN Inanam itu, beliau berhasrat meletakan jawatan atas sebab faktor kesihatan.

Dua hari selepas kenyataan itu, dalam satu majlis- Ketua Menteri Sabah apabila diminta mengulas, beliau berkata- adalah pelik, kalau PKR Sabah saling menyokong antara satu sama lain, sebab rekod menunjukkan, bahawa mereka saling bercakaran daripada dahulu lagi. Percakaran antara mereka, berlaku kerana campur tangan Anwar Ibrahim, yang bersifat kuku besi.

Sejak dari awal, adalah rahsia umum, bahawa Dr Roland mahu jawatan Pengerusi negeri, selepas Ahmad Thamrin Zaini disingkirkan. Namun-Anwar melantik Lajim, yang sebenarnya, pada awalnya bukan ahli PKR, akan tetapi mengetuai satu NGO selepas keluar daripada Umno hujung tahun 2012.

Lajim menerima banyak keistimewaan daripada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, khususnya projek-projek. Manakala Roland terkial-kial dengan sumbernya sendiri untuk berkhidmat dengan rakyat Inanam.

Pembatalan hasrat meletekkan jawatan kononnya atas nasihat Anwar, Wan Azizah, Azmin Ali dan penyokong beliau di Inanam. Kenyataan Akhbar Roland, tidak menyebutpun Lajim sebagai pendorong kepada pembatalan itu. Adalah dapat dibaca, bahawa penseteruan antara Lajim dan Roland, adalah seperti "tips of iceberg" bila-bila masa akan meledak.

21 December 2014

PERKASA, ISMA =UBF, SSKM PEROSAK KERHARMONIAN BAGI SABAH DAN SARAWAK

KEHADIRAN NGO Perkasa, ISMA, UBF, SSKM hanya menyumbang kepada ketidak harmonian di Sabah dan Sarawak.

Budaya yang cuba diketengahkan oleh NGO-NGO ini adalah budaya ekstrim yang menuju kepada kehacuran hubungan antara kaum, agama dan budaya.

Perkasa dengan isu agama dan ketuanan melayunya, Isma dengan islam radikalnya, UBF dan SSKM dengan pendekatan perkauman yang tebal, boleh menyumbangkan kepada keadaan lebih teruk berbanding keadaan di Bosnia, Afganistan, Iraq dan negera-negara timur tengah yang sedang bergolak.

Tulisan, kenyataan yang bertali arus daripada salah seorang pemimpin Sabah-Datuk Salleh Said Keruak berhubungan dengan ancaman NGO-NGO ekstrim itu menunjukkan bahawa jika tindak tanduk kumpulan ekstrimis itu tidak dibendung, ianya akan menjadi api yang sukar dipadam. Di mana akhirnya Sabah dan Sarawak akan berdepan dengan perbalahan perkauman yang amat ngeri.

Sabah dan Sarawak dengan puluhan kaum, berbagai kepercayaan agama dan budaya, selain latar belakang sosial yang berbeza, tidak sanggup berdepan dengan pendekatan/tindak tanduk kumpulan yang ekstrim seperti Perkasa, Isma, UBF dan SSKM.

IMPAK NEGATIF IBRAHIM ALI PADA BN SABAH DAN SARAWAK

PEMBANGKITAN isu AGAMA DAN MELAYU oleh Ibrahim Ali dan Perkasa MUNGKIN BERIMPAK POSTIF kepada Umno Semenanjung, tetapi berimpak negatif terhadap parti Komponen Bn lain, selain terhadap Sabah dan Sarawak.

Sarawak sudah terkena tempias itu pada PRN negeri itu pada tahun 2011, demikian juga semasa Pilihanraya parlimen pada tahun 2013.

Sabah juga demikian, terkena tempiasan pada PRU-13, di mana untuk pertama kalinya selepas tahun 2004, Bn Sabah kalah sedozen kawasan DUN dan Pembangkang menambah kerusi untuk Parlimen.

Semenanjung mempunyai 165 kerusi Parlimen dipertandingkan. Daripada jumlah itu BN menang 85 kerusi. Ironinya, jumlah yang dimenangi untuk tahun 2008 dan 2013 identical, meskipun Umno menambah 8 kerusi di wilayah itu. Apa yang berlaku adalah Umno menambah kerusi, akan tetapi komponen Bn seperti MCA dan Gerakan kehilangan kerusi yang sangat signifikan. 

Pada PRU-14 akan datang, Komponen BN akan kehilangan banyak kerusi lagi, terutama komponen Parti yang berasaskan bukan islam. MCA diperkirakan akan kehilangan banyak kerusi, diikuti parti Gerakan, sementara MIC mungkin menang 1 atau 2 kerusi.

Kerusi BN untuk Sabah dan Sarawak masih mungkin boleh dipertahankan, atas sebab dua negeri itu boleh bertindak mengenepikan dakwaan Ibrahim Ali dan Perkasa melalui pengharaman kumpulan Ngo itu, selain menghalang kemasukan Presiden Ngo itu ke negeri-negeri itu.

Tindakan ekstrim Perkasa langsung tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak. Pembangkitan isu-isu ekstrim berkaitan agama dan ketuanan melayu, berimpak negatif terhadap kerharmonian beragama di Sabah dan Sarawak.

Salah seorang pemimpin Sabah Datuk Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah pernah memberi kenyataan bahawa tindak tanduk Perkasa dan Isma hanya mendatangkan impak negatif dari segi politik kepada Sabah dan Sarawak. Sebabnya, sejak merdeka masalah agama bukan masalah pokok di dua negeri itu. Malah di awal kemerdekaan, Sabah tidak mempunyai agama rasmi.

Pada Mesyuarat Tahun Ngo ekstrim melayu itu minggu lepas telah memberi amaran kepada 5 pemimpin Umno antara lain kepada Salleh Said Keruak agar tidak mencampuri tindak taduk Perkasa dan ISMA.


Sebenarnya Salleh tidak pernah mencampuri urusan Perkasa, malah satu ketika pernah merasmikan Protem Ngo itu di Sabah. Namun tindakan ekstrim Ngo itu terutama Presidennya, yang hanya bermatalamat menjual bangsanya dan agamanya untuk kepentingan tertentu. 

Salleh sebagai ahli politik yang berpandangan jauh memberi pandangan bahawa tindak tanduk Perkasa boleh mengancam keharmonian beragama dan hubungan sosial antara penduduk di Sabah dan Sarawak.

Tiada kesilapan berkaitan kenyataan Salleh itu, malah selepas itu, Ketua Menteri Sarawak juga pernah berkata bahawa tindak tanduk Perkasa tidak boleh menyebar di bumi kenyalang.

Adalah belum terlambat bagi Sabah dan Sarawak, bertindak berkaitan kehadiran kumpulan Ngo ekstrim itu di dua negeri itu.

20 December 2014

PATI SABAH: Lim Kit Siang Main Politik

Lim Kit Siang langsung tiada merit bercakap berkaitan PATI Sabah. Sebabnya-pemimpin DAP itu tidak pernah bercakappun berkaitan PATI sebagai pemimpin Pembangkang Dewan Rakyat sebelum ini.

Hanya kerana, dia melihat bahawa ada peluang politik, atas faktor ada sebahagian KDM mempersoalkan Laporan RCI, maka Kit Siang turut tumpang tui.

Pemimpin DAP itu mahu menumpang, kerana ada beberapa kawasan di Sabah, di mana terdapat peratusan bahagi tiga antara kaum bumi islam, kaum KDM dan Cina. Mempengaruhi kaum KDM adalah untuk memastikan kawasan-kawasan itu jatuh pada parti pembangkang itu pada PRU.

Sukar disangkal bahawa parti pembangkang boleh menambah kerusi DUN dan atau Parlimen, kalau KDM menolak BN. 11 Kerusi DUN yang dimenangi pada PRU-12, adalah kawasan KDM, dan hanya satu juga kawasan KDM akan tetapi KDM majoriti islam, iaitu DUN Klias.

Pada PRU-14, Matunggung*, Kedamaian*, Tamparuli*, Inanam*, Luyang*, Api-api*, Likas*, Kepayan*, Moyog*, Bingkor*, Sri Tanjong*, Klias*. Tandek, Kiulu, Tanjong Kapor, Tanjong Papat, Elopura, Karamunting, Paginatan, Melalap, Nabawan, Kuala Penyu dan Tambunan merupakan target pembangkang di peringkat DUN, manakala bagi Parlimen pula, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu*, Penampang*, Putatan, Ranau, Pensiangan, Tawau, Batu Sapi, Beaufort, Keningau, Tenom dan Sandakan*. Nota: yang bertanda * dimenangi Pembangkang pada PRU-13.

Bagi kawasan Parlimen- Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Tawau, Sepanggar, Putatan, Ranau, Keningau, Tenom dan Pensiangan merupakan kawasan 50-50, meskipun pembangkang mempergunakan PATI sebagai modal utama. Pada kawasan-kawasan ini, BN masih mempunyai kekuatan yang boleh membendung tembusan Pembangkang, hanya Kota Kinabalu, Sepanggar, Batu Sapi, Beaufort dan Sandakan, walaupun Bn berhempas pulas, nampak gayanya kawasan-kawasan itu akan jatuh ke tangan pembangkang.

Analisis ini hanya berasaskan kepada Keputusan PRU-13. Kita tahu setiap pilihanraya, isu berlainan, persepsi juga berlainan, emosi juga berlainan. 

Pada masa ini, pembangkang menaikan emosi rakyat Sabah terutama kaum KDM, sambil diselang seli oleh pemimpin KDM yang ada dalam Bn. Nampaknya pemimpin tersalah baca berakitan Laporan RCI, mereka kini terbawa-bawa dengan emosi sehingga dituang dengan petrol oleh pihak pembangkang terutama Lim Kit Siang. 

Kepada pemimpin KDM bermuhasabah dirilah, Lim Kit Siang atau DAP tidak akan membela KDM dan bumiputera, DAP hanya menjadikan mereka sebagai kuda tunggangan.

17 December 2014

Langkah Inanam- Langkah Anwar Memanaskan Laporan RCI

ANWAR Ibrahim adalah pakar strategi Pakatan Rakyat. Langkah Kajang tidak pernah terfikirkan oleh siapa. Kini, langkah Inanam juga merupakan satu langkah Anwar, jika benarlah sepertimana kenyataan yang dimuatnaik pada laman FB ADUN Inanam itu.

Pengumuman ADUN PKR Inanam Dr Roland Chia Ming Shen untuk mengosongkan kerusi itu melalui laman facebook pada awal hari Rabu dengan menyatakan masalah kesihatan adalah puncanya,kalau benar-benar berlaku memang salah satu strategi Anwar bagi menjawab Lapran RCI PATI Sabah yang diumumkan pada 3 Disember.

Anwar mentafsir kenyataan Pemimpin Utama DAP Lim Kit Siang, jika Laporan RCI diumumkan sebelum PRU-13, maka Sabah kini bukan lagi diperintah BN, sebaliknya oleh Pakatan Rakyat.

Dun Inanam merupakan kawasan campuran Bukan Islam, Islam dan Cina, dengan komposisi 25%-44%-31%. 

Dun Inanam terletak dalam Parlimen P171 Sepanggar, di mana penyandangnya adalah Umno yang dimenangi oleh calon UBN Datuk Jumat Idris pada PRU-13 lalu. Parlimen Sepanggar sememangnya wilayah BN.

Pada PRU-13 lalu, DUN Inanam yang diwakili PBS sejak tahun 1985, kalah kepada calon PKR Dr Roland Chia. Sementara Dun Karambunai pula masih dimenangi calon UBN.

Dun Inanam pada tahun 2013 mempunyai 24,403pengundi. Berasaskan jumlah yang turun mengundi sebanyak 19,653 (80.54%) kemungkinan pecahan yang mengundi menurut kaum adalah bumi islam-8,647, bumi bukan islam 4,913 dan kaum cina 6,093.

Keputusan PRU-13 calon BN mendapat undi 5,724, calon PKR 8,926, manakala calon SAPP 5,003 undi.

Melihat kepada jumlah pengundi islam yang mengundi dibandingkan dengan undi yang diperoleh Bn, menggambarkan bahawa pengundi islam tidak sepenuhnya menyokong Bn.

Trend pengundian bagi Dun itu pada PRU-13 bukan dicerminkan oleh komposisi kaum, melain kombinasi berbagai kaum.

Daripada jumlah undi, calon yang menang hanya mendapat 45.42 peratus, ertinya pemenang tidak mendapat undi popular. Calon Bn mendapat 29.13 peratus undi popular, manakala SAPP salah satu parti pembangkang mendapat 25.46 peratus undi popular.

Memandangkan Laporan RCI tidak diterima oleh kaum KDM termasuk para pemimpinnya, maka PR memanfaatkan situasi itu untuk mencipta memontum bagi memperlancar usaha mereka mendapatkan seberapa banyak kerusi di Sabah. Sabah dan Sarawak merupakan penghalang utama PR merampas Putrajaya bagi PRU yang telah dijalankan.

Jika berlaku PRK Inanam, maka ianya flatform BN terutama parti-parti komponen Bn yang berpaksi kepada KDM. Visi Do or Die mungkin akan berlaku.

Impak Negatif Terhadap Pengusiran Pekerja Asing/PATI

BELUMPUN Kerajaan memulakan tindakan memburu, menangkap dan mengusir pekerja asing/PATI, sektor Pembinaan Sabah sudah berteriak kerana sektor itu akan berdepan dengan masalah besar.

Berkali-kali OKB berhujah bahawa kebanjiran warga asing/PATI di Sabah adalah disebabkan oleh permintaan sektor yang memerlukan pekerja kolar biru seperti pembinaan, perladangan dan perikanan selain perkebunan.

Pembangkang dan pihak-pihak lain yang beretorik politik, hanya tahu menuding jari kepada kerajaan umumnya dan khasnya kepada Umno/Bn, bahawa kononnya menternak warga asing/Pati. Apa yang paling malang adalah tuduhan, kononnya Umno/Bn mempergunakan mereka untuk mempertahankan kuasa.

Semalam di Semenanjung persatuan Pembinaan di Malaya berteriak juga, apabila kerajaan memutuskan menghantar pulang semua PATI yang termasuk dalam program 6P yang meliputi 500,000 orang. Sektor itu akan lumpuh kerana berdepan dengan kekurangan pekerja.

Di Sabah pula, di muka depan Surat Khabar Daily Express pada Rabu, Persatuan pembinaan Sabah menyuarakan bahawa tindakan kerajaan memburu, menangkap dan menghantar pulang PATI mempunyai impak negatif terhadap sektor itu, sebabnya 95% perkerja sektor itu adalah warga asing/PATI.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels