21 July 2018

PRK SUNGAI KANDIS- PENANDA ARAS PENERIMAAN TERHADAP UMNO/BN

Apa kah lebih 51ribu pengundi Sungai Kandis mengambil iktibar bagai mana Pakatan Harapan mempermainkan rakyat, apabila TIDAK menunaikan akujanji mereka yang dituangkan menerusi Manifesto mereka pada PRU-14.

Apa kah pengundi Dun Sungai Kandis akan menggunakan naluri kemanusian mereka, bagi mengajar Pakatan Harapan yang hanya mempergunakan rakyat untuk mendapat kuasa.

Menerusi PRK ini, akan diketahui, apa kah para pengundi mengundi secara rasional, atau masih terbawa-bawa dengan emosi akibat pembohongan, fitnah yang ditaburkan pemimpin Pakatan Harapan.

Pengundi Sungai Kandis, setidak-tidaknya memberi isyarat kepada Pakatan Harapan, bahawa bohong dan fitnah tidak selamanya mendapat tempat di hati rakyat. Pembohongan dan fitnah ada hadnya.

Manusia diikat pada janjinya. Jika manusia tidak menunaikan janji, maka mereka itu tergolong dalam ciri-ciri munafiq. 

Jangan kerana kepintaran menggunakan akal, maka manifesto dikatakan bukan kitab, maka tidak perlu ditunaikan, sedangkan kerana manifestolah rakyat menyokong. 

Apa yang diharapkan menerusi PRK ini, pengundi kawasan itu, perlu mewakili aspirasi rakyat secara umum yang tertipu kerana akujanji pada PRU-14.

20 July 2018

PRK SUNGAI KANDIS- UJIAN TERHADAP UMNO SELEPAS PRU-14

PRK Sungai Kandis adalah ujian pertama bagi parti Umno selepas PRU-14. Meskipun di atas kertas, peluang Umno amat tipis, namun, berasaskan senario politik semasa, yang mana rakyat menyaksikan, bahawa Pakatan Harapan diselubungi dengan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya, PRK kali ini boleh dikatakan sebagai refrendum kepada Kerajaan yang menerajui Putrajaya itu.

Pada PRU-14, Dun tersebut dimenangi oleh Allahyarham Suhaimi Shafie (Adun tiga penggal sejak tahun 2008) apabila memperolehi undi sebanyak 23,998 dengan majoriti 12,480, mengatasi calon Bn Kamaruzzaman bin Johari (11,518 undi), calon Pas Mohd Yusof (7573 undi) dan calon PRM Hanafiah bin Husin (76 undi).

Pada PRK kali ini, parti PAS dikhabarkan tidak meletakkan calon. Jika diandaikan, calon Umno menerusi Datuk Loman Noor Adam boleh mendapat undi Pas, namun masih kurang hampir 5,000 untuk mencapai undi Allahyarham Suhaimi.

Apa yang pasti keputusan PRK Sungai Kandis, akan menjadi penanda aras keupayan Umno dalam usaha parti itu untuk bangkit semula selepas kehilangan kuasa julung kalinya dalam tempoh 61 tahun.

Pada PRK kali ini juga akan dilihat bagai mana keampuhan saf kepimpinan baru Umno yang diterajui Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama Timbalan beliau- Datuk Mohammad Hassan.


MANIFESTO: HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH

Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya. Maksud peribahasa ini dapat dijelaskan dengan cerita yang dapat menggambarkan keinginan seseorang yang melakukan sesuatu dengan segala keupayaannya dan demikian juga sebaliknya.

Dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri iaitu Pak Cik Dasuki dan Mak Cik Timah. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki. Anak lelaki yang sulung bernama Mahathir manakala yang bongsu bernama Rafizi. kedua-dua orang anak mereka mempunyai sikap yang amat berbeza. Rafizi merupakan seorang pelajar yang rajin berusaha dan mendengar kata kedua-dua ibu bapanya. Tidak seperti adiknya, Mahathir pula bersikap sebaliknya. Jika disuruh oleh ibu bapanya, ada-ada sahaja alasan yang diberikan oleh Mahathir untuk mengelakkan diri daripada melakukan kerja berkenaan.

Kedua-dua orang anak Pak Cik Dasuki dan Mak Cik Timah akan menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Mahathir akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, manakala adiknya pula akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Pak Cik Dasuki selalu menasihati kedua-dua orang anaknya agar gigih berusaha supaya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Setiap petang sekembalinya dari sekolah, selepas makan tengah hari Rafizi akan berehat sebentar sebelum membantu ibu bapanya di warung di hadapan rumah mereka. Mahathir pula hanya sekali sekala membantu ibu bapanya. Sekiranya disuruh, Mahathir akan memberikan alasan bahawa dia penat kerana baru kembali dari sekolah. Ada kalanya, dia akan memberitahu ibu bapanya bahawa dia perlu menyiapkan kerja sekolahnya. Namun hakikatnya, dia hanya ‘melepak’ di rumah atau tidur sepanjang petang.

Setiap malam, selepas makan malam, walaupun agak letih kerana membantu ibu bapanya di warung, Rafizi akan mengulang kaji pelajarannya ataupun menyiapkan kerja sekolahnya. Dia tidak bertangguh untuk menyiapkan kerja rumahnya. Sekiranya tidak faham akan pelajaran yang diulang kaji, Rafizi akan cuba merujuk kepada Mahathir. Namun Mahathir kerap memberikan alasan bahawa dia tidak tahu ataupun tidak ingat lagi akan pelajaran tersebut. Maka terpaksalah Rafizi pergi ke rumah Cikgu Anwar disebelah rumah mereka untuk menyelesaikan masalahnya. Begitulah yang kerap dilakukan oleh Rafizi. Dia berusaha dengan pelbagai cara bagi memastikan hajatnya tercapai.

Di sekolah, Mahathir memiliki satu sikap yang kurang digemari oleh rakan-rakan dan gurunya. Sekiranya gagal memperoleh markah yang baik dalam sesuatu mata pelajaran, dia akan menyalahkan gurunya dengan alasan guru mata pelajaran berkenaan kurang berkesan dalam pengajarannya. Dia tidak akan menyalahkan dirinya sendiri yang kurang mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berbeza dengan adiknya Rafizi yang akan mengenal pasti kelemahannya sendiri dalam mengulang kaji pelajaran sekiranya dia memperoleh markah yang rendah dalam sesuatu ujian. dengan demikian, Rafizi sentiasa dapat membaiki pencapaiannya dalam pelajaran dari semasa ke semasa.

Akhirnya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah yang diduduki oleh Rafizi, dia berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke sebuah sekolah berasrama penuh. Mahathir pula memperoleh keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaannya. Dia juga gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Dia terpaksa duduk di kampung membantu ibu bapanya berniaga di warung.

Daripada cerita itu, dapatlah kita membuat penilaian bahawa untuk mencapai keinginan kita, kita perlu berusaha dengan gigih lagi bagi mencapainya bukannya memberikan pelbagai alasan sekiranya kita mengalami kegagalan. begitulah yang dikatakan orang ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’


Nota: nama-nama tiada hubungkait samaada yang hidup atau yang mati.

17 July 2018

DALAM POLITIK YANG KUAT ITU SUARA, DALAM DEWAN RAKYAT YANG KUAT ITU KERUSI

Sistem demokrasi negara, suara kuat bagi sesebuah parti politik apabila mempunyai jumlah kerusi mudah, sebagai contoh Dewan Rakyat, maka parti atau parti-parti yang mempunyai 112 atau lebih daripada 222, maka dianggap mempunyai suara kuat. 

Bagi parti atau parti-parti yang tidak mencapai jumlah itu, bertempik bersorak, stage out, hanya jadi tontonan, kerana "at end of the day" "the government of day" jua yang melaksanakan semua polisi kerajaan semasa. Pihak yang melawan, hanya mampu berhujah dan berhujah, tidak semestinya didengar oleh pihak kerajaan. Mengapa? belum tiba masanya di negara ini menghormati pendapat parti yang membangkang kerajaan, sebab itu, apabila lebih 50 wakil rakyat (daripada Umno dan Pas) protes berkaitan tatacara perlantikan Speaker Dewan Rakyat, kerana tidak mengikut peraturan perlantikan, maka suara majoriti yang tetap menang. Mungkin perkiraan inilah yang digunapakai oleh Wakil Kimanis dan Rembau, untuk tidak ikut "stage out", kerana "stage out" hanya perbuatan sia-sia dan buang masa, kerana tidak akan mengubah keputusan.

Bagi parti yang mempunyai kerusi majoriti, apa kah tindakan kenampakan melanggar undang-undang, ianya boleh difaktakan sebagai tidak melanggar undang-undang. Sebagai contoh berkaitan nama calon Speaker Dewan Rakyat, Sekteriat Dewan Rakyat sendiri mengesahkan telah menerima nama pada 2 Julai, walaupun cerita-cerita berkaitan nama calon itu hanya dimuktamadkan pada 15 julai, sebabnya sebelum pemuktamadan itu, telah muncul dua nama untuk dilantik, malah salah seorang sempat menolak kerana tidak mahu mengosongkan kerusi DUN. Makna kata, nama calon memang belum dimuktamadkan akan tetapi disenarai pendekkan, ertinya pada 2 julai, memangpun nama-nama telah dihantar ke sekteriat Dewan Rakyat, hanya pada 15 Julai dimuktamadkan salah seorang. Tidak pastilah, apa kah cara ini menyalahi peraturan? Jangan lupa bahawa yang dilantik itu adalah mantan Hakim Mahkamah Rayuan, tak kan lah, beliau sanggup melanggar peraturan? kerana tindakan itu boleh membawa imej negatif kepada kerjaya beliau sebagai mantan hakim.

Walaupun apapun, kekecohan semalam di Dewan Rakyat hanya pemanas badan, bagi wakil rakyat pembangkang, kerana mereka itu julung kali jadi pembangkang.

Bermula daripada esok, sebagai pembangkang, lengkapi diri anda dengan sebanyak mungkin fakta lapangan, berkaitan rakyat. Grill lah para menteri kerajaan, khususnya berkaitan sara hidup rakyat. Grill lah Lim Guan Eng berkaitan istilah baru perakaunan negara, kerana istilah yang digunakan berkaitan hutang negara, hanya di Malaysia sahaja digunakan.

Kongsilah pertanyaan anda di laman-laman sosial, supaya rakyat dapat mengetahui, soalan-soalan atau isu-isu yang di bawa, supaya rakyat tahu, mana pihak yang berjuang untuk rakyat. Jangan hadir di Dewan Rakyat sebagai pelengkap. Anda hadir untuk membangkitkan isu-isu rakyat, walaupun "government of the day" tiada obligasi mematuhinya, tetapi anda kena yakin, bahawa tujuan anda agar PARA HAKIM i.e. rakyat berpihak pada anda, kerana para hakim inilah yang menentukan masa depan parti pada PRU-15.

16 July 2018

FAKTOR APA YANG BOLEH MEMBANGKITKAN UMNO SABAH

Di peringkat kebangsaan, PRU-14 kerajaan yang diterajui Umno kali pertama kecundang.

Diperingkat negeri sudah kerap berlaku, khususnya bagi Negeri Kedah dan Terengganu.

Bagi Kelantan pula, sejak kalah tahun 1990, tidak pernah bangkit lagi. Manakala bagi Selangor, sejak kekalahan pada tahun 2008, kekuatan Umno di negeri itu semakin pudar.

PRU-14, hanya Pahang dan Perlis masih dimenangi Umno, sementara negeri lain semuanya berguguran, termasuk negeri di mana parti dilahirkan-Johor.

Di Sabah pula, meskipun adik bungsu Umno, akan tetapi diberi jolokan simpanan tetap, namun pada PRU-14, kerajaan yang ditunjangi hanya mampu menang 29 kerusi Dun daripada 60. Ironinya, Umno Sabah adalah parti yang mengalami paling banyak calon-calon yang kalah, termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Sabah.

Mari kita lihat, MP dan ADUN yang masih dikuasai Umno di Sabah.

PARLIMEN- KUDAT, KIMANIS, SIPITANG, BEAUFORT, LIBARAN, BELURAN, dan KINABATANGAN.

DUN- PITAS (sudah jadi KATAK), TEMPASUK, USUKAN, SULAMAN, KAWANG, MEMBAKUT, KLIAS, LUMADAN, KARANAAN, KEMABONG (sudah jadi KATAK), SUGUT (sudah jadi KATAK), SUNGAI SIBUNGA, SUKAU, BALUNG (sudah jadi KATAK yang ditolak berbagai pihak), APAS, TANJONG BATU (IBU KATAK), SEBATIK (RAJA KATAK).

Calon Umno yang kalah:- Parlimen- Kota Belud, Sepanggar, Papar, Tenom, Silam, Semporna dan Kalabakan, manakala bagi peringkat DUN- Karambunai, Petagas, Pantai Manis, Sindumin, Liawan, Gum-Gum, Sekong, Lahad Datu, Kunak, Tungku, Senallang, Sulabayan dan Bogaya,

Melihat kepada taburan kawasan yang dimenangi mahupun yang tewas, nampaknya kecenderungan pengundi bukan berasaskan kepada calon yang mewakili etnik majoriti di kawasan-kawasan sedemikian, melainkan kerana faktor parti Umno secara keseluruhan, seperti mana dicerminkan di seluruh negara.

Memang diakui parti Umno masih mempunyai penyokong, akan tetapi di kawasan-kawasan yang kalah sokongan tidak lagi mencukupi untuk menang. 

Sebagai contoh, bagi parlimen Beaufort, undi calon Umno, bukan undi popular, namun kemenangan kerana pertembungan berbagai penjuru. 

PRU-14 juga berlaku keadaan terpencil, bagi Parlimen Kota Belud, kerana pengundi Bn di peringkat Dun lebih tinggi berbanding kawasan parlimen. Ada yang mengatakan bahawa berlaku sabotaj daripada berbagai pihak terhadap calon berkenaan, kerana berbagai sebab yang tidak dapat dikuantitatifkan. Kalau dilihat daripada segi jumlah undi Bn (3 Dun), Bn hanya kalah 88 undi berbanding undi calon yang menang.

Melihat kepada keputusan PRU-14, secara umum ada dua faktor utama menyebabkan calon-calon Umno kalah, iaitu- penolakan terhadap parti dan penolakan terhadap pemimpin.

Dua faktor ini lah yang perlu dirungkai oleh Badan Perhubungan Umno Sabah yang diketuai Datuk Salleh Tun Said Keruak.

Kepimpinan Umno negeri kena merungkai, mengapa Umno ditolak, di pihak yang sama juga perlu melihat mengapa pemimpin ditolak? 

Merungkai dua faktor yang disebutkan, boleh membangkit Umno semula. Memang jalan berliku, memang tidak mudah, untuk bangkit semula, seperti mana pengalaman parti di Kelantan dan Selangor, atau pengalaman parti Usno, parti Berjaya dan PBS sendiri di Sabah.

Tetapi, jangan lupa, semasa Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, tidak juga mendapat sokongan padu, namun berasaskan perkembangan masa, akhirnya dapat memerintah selama 24 tahun. Tindakan jitu parti sekarang dalam proses pemulihan, supaya dapat mengenal pasti, para pemimpin di semua peringkat yang dapat membangkitkan semula parti. Apa yang perlu dielak, apabila parti menyandarkan kepada meraka yang sokong membawa rebah, kepada mereka yang hanya mencari peluang, seperti mana ditunjukkan oleh mereka yang mendapat peluang sebelum ini, namun kini menjadi musuh utama kepada parti.

Nota: Penulis lambat meneima info, bahawa Datuk Salleh Tun Said Keruak menolak perlantikan, namun isi dan kandungan artikel ini tidak lari daripada tujuannya.

14 July 2018

PASCA PRU-14- RAMAI PEMIMPIN SABAH BERTINDAK TUNGGU DAN LIHAT

MUNGKIN, suasana tepuh politik, meyebabkan sebahagian besar pemimpin (X- Bn) bertindak tunggu dan lihat daripada sebarang kenyataan politik. 

Kalau di lihat di dada-dada akhbar tempatan, kenyataan-kenyataan politik dikuasai oleh para pemimpin parti Warisan Sabah, PH (PKR-DAP) dan Presiden STAR- Datuk Dr Jeffery Kitingan.

Tindakan berdiam diri itu, apa kah ada kaitan dengan tempoh 100 hari selepas PRU-14? atau kah terlalu awal membuat kenyataan? 

Memang tempoh masa diperlukan untuk menganalisa keadaan. Namun, setidak-tidaknya, mereka membuat kenyataan berkaitan JANJI-JANJI Pakatan Harapan dan PWS semasa PRU-14.

Daripada sekian ramai pemimpin (X-Bn), penulis hanya terbaca tiga kenyataan darpada iaitu, menerusi ADUN Apas- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan  dan mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah- Datuk Ramlee Marahaban berkaitan dengan simpanan Kewangan Negeri yang dimanipulasi oleh Presiden Parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal dan kenyataan ADUN Sook- Datuk Ellron Angin yang menyanggkal kenyataan Tan Sri Harris Salleh berkaitan pembinaan PPNS, SICC dan TED.

Apa kah tindakan kerjaan masa ini, berkaitan pemansuhan sara hidup nelayan, petani, penoreh, tidak lagi relevan kepada para pemimpin (X-BN?). Apa kah pemansuhan geran komunal bagi Sabah- tidak lagi relevan dengan (X-BN?). 

Apa kah pemberian Pas Khas kepada PTI/PATI tidak lagi relevan dengan X-BN?

Apa kah kenaikan harga barangan keperluan harian meskipun GST=0% tidak lagi relevan dengan para pemimpin X-Bn? 

Atau kah mereka sudah bersetuju dengan tindakan dan polisi-polisi "kerajaan" pada hari ini?

Atau kah semua mereka ini, masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat kenyataan? Sama-sama kita tunggu. Tetapi, jangan lupa, politik adalah kerja berterusan, bukannya seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Apa yang malang lagi, ada pemimpin sanggup membiarkan penyokong yang sekian lama menyokong mereka, yang kini, bagaikan anak ayam kehilangan ibu, malah diminta untuk untuk berubah.

13 July 2018

BENAR KAH PERLANTIKAN TAN SRI RICHARD MALANJUM KERANA KOUTA MA63?

JIKA benarlah perlantikan Tan Sri Richard Malanjum kerana memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka ianya satu penghinaan kepada mantan Ketua Hakim bagi Sabah & Sarawak itu.

Pemangku Presiden UPKO- Datuk Madius Tangau mengaku, bahawa perlantikan Tan Sri Richard kononnya kerana menghormati MA63. Menerusi pengakuan itu, menggambarkan bahawa perlantikan itu hanya memenuhi kouta, bukannya berasaskan kepada merit dan kekananan dalam sistem kehakiman negara.

Madius gagal melihat, latar belakang bekas Ketua Hakim bagi Sabah & Sarawak itu, dalam membuat kenyataan berkaitan perlantikan Richard Malanjum ke jawatan Ketua Hakim Negara.

Jangan kerana mahu menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui Kerajaan Persekutuan, kononnya menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka sanggup "downgrade" merit dan kekananan Tan Sri Richard Malanjum dalam sistem kehakiman negara.

Perlu dingat, memenuhi kehendak MA63, bukannya berasaskan kepada perlantikan rakyat Sabah pada sesebuah jawatan, akan tetapi perlu melihat kepada keseluruhan perjanjian itu.

Mungkin, Madius terlupa, bahawa beliau adalah sebahagian daripada 6 menteri persekutuan semasa pemerintahan parti Barisan Nasional, selain 3 Duta Besar, Speaker Dewan Rakyat dan Timbalannya, namun pelaksanaan MA63, jauh daripada kenyataan.

Kepada Datuk Madius Tangau, jangan mengelirukan rakyat, dan pada masa yang sama mempolitikkan merit seseorang rakyat Sabah yang dilantik ke jawatan-jawatan tertinggi di peringkat Persekutuan.

9 July 2018

KALAU BUKAN KERANA PENYOKONG BN- PH TIDAK AKAN BERKUASA

BAGI rakyat yang pernah menjadi penyokong parti Barisan Nasional, jangan lah melatah, kerana tindakan kerajaan PH yang tidak menunaikan JANJI manifesto, kerana awal-awal lagi anda telah diberitahu- diberi penerangan -diberi hujah diberi pencerahan, bahawa MANIFESTO PH hanya janji-janji bulan bintang, sebab itu jangan curahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit.

Anda telah diberi tahu, bahawa GST bukanlah punca harga barangan keperluan harian meningkat, sebaliknya, harga ditentukan oleh kuasa pasar dan peniaga. Kini, selepas GST=0%, harga terus naik, tarif elektrik juga turut dinaikkan.

Keadaan pasaran saham yang terus menjunam, berkurangnya devisa negara sehingga hampir USD5bilion sejak PH memerintah dan berbagai lagi tindakan kerajaan seperti pemberhentian 17,000 kakitangan lantikan politik, pemberhentian bayaran sara hidup nelayan dan lain-lain lagi, 

Kalau bukan kerana tindakan para penyokong Bn, Peguam Negara yang tidak fasih berbahasa melayu tidak akan bakal dilantik, kalau bukan kerana tindakan para penyokong Bn yang berpaling tadah, sambutan Hari Raya SPBA tidak akan dibatalkan.

Kalau bukan kerana tindakan khianat sebahagian penyokong Bn, sekolah tahfiz tidak akan dicadangkan untuk ditutup. Kalau bukan kerana tidakan sebahagian golongan ini, tidak akan ada pengamal seks bebas menjadi pegawai menteri.

Keadaan kucar kacir dalam negara tidak akan berlaku, kalau bukan kerana berpaling tadahnya penyokong parti Barisan Nasional.

Bagi mereka yang telah bertindak khianat kepada perjuangan, maka perlu mengambil iktibar, bahawa tindakan sedemikian sentiasa mendapat imbalan setimpal, kerana hukum aksi dan reaksi senantiasa berlaku.

Namun bagi mereka yang dikhianati, perlu bersabar, dan senantiasa tawaduk, kerana semuanya itu ada hikmahnya.

Sebelum PRU-14 pada 9 Mei, Bn mempunyai 133 kerusi Parlimen, yang mana 88 kerusi daripada parti Umno. Selepas PRU itu, kerusi Umno hanya berbaki 54, kemudiannya berkurang kepada 51, kerana 3 MP berpaling tadah.

Bn telah memerintah selama 61 tahun sejak merdeka. PRU-14 pemerintahan lebih setengah abad itu ditamatkan.

Di Sabah, kalau bukan kerana pengkhiantan sebahagian penyokong Bn, tidak akan berlaku krisis perlembagaan, tidak akan berlaku kerajaan KATAK.

8 July 2018

CEPATNYA PARA PEMIMPIN BERUBAH

Sangat mudah menilai pemimpin yang mempunyai jatidiri, iaitu melihat kelibat pemimpin itu dikala tiada kuasa, tiada kedudukan, tiada status.

Rakyat bermula daripada sekarang, perlu mencatit pada diari masing-masing, mana pemimpin yang bersifat seperti lalang. Mana pemimpin yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, rakyat juga perlu mencatit pada diari masing-masing, para pemimpin yang khianat kepada amanah yang diberikan.

Sebagai ingatan kepada rakyat, khususnya generasi penerus, para pemimpin seumpama ini tidak boleh lagi diberikan mandat atau amanah, kerana selagi bertindak khianat, maka selamanya khianat.

Pada tahun 1994, Kerajaan yang diterajui PBS tumbang, kerana pengkhiantan. Kerana sifat khianat itu melekat pada perjuangan mereka, maka pada 11 Mei, parti Barisan Nasional Sabah menjadi mangsa pengkhinatan daripada kelompok yang sama.

Mereka yang menjadi pengkhianat kepada parti PBS, semuanya meneruskan khianat mereka, kecuali Datuk Rubin Balang.

Apabila pemimpin mempunyai sifat khianat, maka selamanya akan khianat. 

Kepada mereka yang mengikuti perjalanan politik Sabah, sudah pasti menyedari bahawa kemelut dua Ketua Menteri Sabah, kerana perbuatan secara langsung mahupun tidak langsung oleh mereka yang pernah bertindak khianat.

Boleh kah para pemimpin yang ada sifat khianat memajukan dan membangun Sabah dan rakyatnya? 

Rakyat Sabah perlu mengakui, bahawa Kemajuan & Pembangunan Sabah bermula pada tahun 2003, kerana dipimpin oleh pemimpin yang tidak ada rekod khianat.

Rakyat Sabah perlu mengakui, bahawa kewangan Sabah dapat meningkat hingga RM3.74bilion kerana dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas, berintegriti dan tiada rekod khianat.

Rakyat Sabah perlu bersyukur, kerana keluasan hutan Sabah tidak menjadi pupus, kerana dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan amanah. Sebagai rekod, tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya 838ribu hektar, tahun 2017 telah meningkat kepada 1.87juta hektar.

Adalah diharapkan keluasan hutan Sabah, tidak menjadi korban kerakusan para pemimpin yang tidak amanah.

7 July 2018

DISEBALIK PEMBUNUHAN KARAKTER TAN SRI MUSA AMAN

Kepada rakyat Sabah, perlu mencatit dalam diari masing-masing, mengapa dan sebab Tan Sri Musa Aman menyaman TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal.

Keputusan PRU-14 yang ditentukan oleh pengundi Sabah, Parti Barisan Nasional (BN) mendapat 29 kerusi DUN, Parti Warisan Sabah (PWS)-21, DAP-6, PKR-2 dan STAR-2.

Oleh kerana keperluan menubuhkan kerajaan perlu mempunyai majoriti mudah daripada 60 DUN, maka jumlah yang diperlukan adalah 31.

Melihat keputusan PRU-14, tiada parti yang boleh menubuhkan kerajaan, kecuali berlaku kerjasama antara parti. 

Kalau melihat di DUN Kedah, meskipun PH mempunyai 18, PAS-15 dan UMNO-3, PH dapat menubuhkan kerajaan, kerana jumlah DUN negeri itu-36.

Di Sabah, pada 10 Mei, 2018, Bn dengan 29 kerusi DUN berkerjasama dengan STAR sehingga menjadikan jumlah kerusi DUN menepati majoriti mudah, iaitu 31. Ekoran kerjasama itu, maka Musa bersama kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan. Kabinet yang ditubuhkan sempat mengadakan mesyuarat pertama pada 12 Mei, 2018.

Namun, kerana tindakan khianat 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO, iaitu ADUN Balung- Datuk Osman Jamal, ADUN Tanjung Batu- Datuk Hamisa Samat, ADUN Sebatik- Datuk Abd Muis Picho, DUN Kemabong- Jamawi Jaafar, ADUN Paginatan- Datuk Abidin Madingkir dan ADUN Kedamaian-Ewon Bendick, maka Shafie mendapat sokongan 35 ADUN termasuk beliau.

Ironinya, 6 ADUN itu, pada 10 Mei didepan TYT menandatangan sokong terhadap Tan Sri Musa untuk menubuhkan kerajaan.

Pada 9 Julai, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, akan ditentukan apa kah status sokongan yang diberikan 6 ADUN itu. Jika status sokongan itu sah, maka Perlantikan Musa pada 10 Mei, akan turut sah. jika demikian, apa kah status perlantikan Shafie pada 12 Mei? Kedudukan inilah yang ditunggu-tunggu, sebab itu penulis sehingga kini menganggap, kerajaan Sabah yang ada sekarang, adalah kerajaan sementara.

Penulis berpendapat, kerajaan yang dibentuk kerana tindakan khianat tidak boleh diteruskan, sebaliknya perlu kembali kepada rakyat menerusi pilihanraya semula. Tujuan pilihanraya itu, bagi mengwujudkan kestabilan kerajaan dan politik.

Apapun keputusan mahkamah pada 9 Julai, DUN Sabah perlu dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya.

Adalah tidak perlu membunuh karakter Musa, kerana menyaman TYT dan Shafie, bagi tujuan meneggakkan keadilan sesuai dengan Perlembangaan negeri, termasuk laporan polis oleh TYT, tindakan memalukan Musa melalui saman, oleh seseorang yang tidak jelas kedudukannya, seperti pada caption, kerana tindakan itu, bukanlah cara demokrasi yang sihat.

KEWANGAN SABAH-DISEBALIK TINDAKAN MENGELIRUKAN RAKYAT


Ternampak sangat, bagai mana pemimpin Kerajaan Sementara Sabah cuba menjustifikasikan kenyataan Presiden parti Warisan Sabah- Datuk Shafie Apdal pada 27 Mei, 2018, kononnya Sabah tidak mempunyai simpanan kewangan, sebaliknya kerajaan negeri beroperasi secara negatif. Kenyataan itu, awal-awal lagi disangkal oleh mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah- Datuk Ramlee Marahaban, yang mana beliau menyatakan bahawa setakat Disember, 2017, Sabah mempunyai simpanan kewangan berjumlah RM3.74bilion.

Pada 5 Julai, DUN Sabah diberi tahu, oleh Shafie, bahawa Sabah sebenarnya mempunyai simpanan kewangan berjumlah RM3,305.4juta (atau RM3.31bilion) yang terbahagi kepada RM1,608.9juta Akaun Hasil DiSatukan, dan RM1,696.5 juta Akaun Amanah DiSatukan.

Sebenarnya kedua-dua akaun itu boleh digunakan oleh kerajaan negeri, hanya bezanya, Akaun Amanah DiSatukan perlu kelulusan DUN. Sebab itu, apabila kerajaan Negeri memerlukan tambahan bajet, maka membentangkan bajet tambahan semasa sidang DUN.

Kenyataan ADUN Inanam, Kenny Chua yang juga "pembantu Menteri Kewangan" Kerajaan Sementara, kononnya, wang Amanah DiSatukan tidak boleh dibelanjakan, adalah satu tindakan mengelirukan rakyat, bagi tujuan menjustifikasi kenyataan Shafie sebelum ini, bahawa Sabah tidak mempunyai kewangan untuk dibelanjakan.

DUN Sabah juga diberitahu, bahawa Sabah tidak mempunyai bayaran tertunggak, melainkan bayaran berjadual yang sentiasa mengikut jadual. Kerajaan Sabah juga telah memperuntukan RM150juta bagi bayaran pinjaman kepada Persekutuan menurut jadual yang ditetapkan.

Oleh kerana Pengurusan Kewangan yang telus dan transparen, maka selama 16 tahun berturut-turut mendapat sijil Tanpa Teguran daripada Ketua Audit Negara. Selain itu, pengurusan Kewangan Sabah mendapat Tripe AAA daripada Penarafapan Antarabangsa.

Cubaan Shafie dan para pemimpin Kerajaan Sementara Sabah memalitkan imej buruk berkaitan Pengurusan Kewangan Negeri, tidak akan berjaya, kerana Fakta dan Rekod tidak akan pernah berbohong, dan sukar untuk dimanipulasi.

Hakikatnya, Shafie dan kumpulan beliau, cuba mengikuti cara Lim Guan Eng, memberi tafsiran baru berkaitan pengertian Hutang, walaupun takrifan itu, tidak diamalkan oleh mana-mana negara di dunia.

Sebagi rekod, pada tahun 2003, kewangan Sabah samada Akaun Hasil DiSatukan dan Akaun Amanah DiSatukan hanya berjumlah RM184juta. Selepas 14 tahun, telah meningkat setakat 18 Jun, 2018 kepada RM3,305.4juta peningkatan hampir 170 kali ganda.

Rakyat Sabah akan melihat, jika Kerajaan Sementara yang diterajui Shafie, akan dapat menambah simpanan kewangan Negeri dalam tempoh 5 tahun, atau kah simpanan itu akan mencontohi keadaan sebelum tahun 2003, kerana pengalaman Sabah pada tahun 1985, kewangan Sabah yang ditinggalkan Kerajaan berjaya cukup besar, namun selepas itu, Sabah hampir muflis.

6 July 2018

SIMPANAN KEWANGAN SABAH-DOLAK DALIK SHAFIE MEMAKAN DIRI SENDIRI

Pada 27 Mei, 2018 dalam satu ucapan di Hongkod Koisaan, Penampang yang dilapor DISINI Presiden Parti Warisan Sabah (PWS) Datuk Shafie Apdal menyatakan bahawa Kerajaan Sabah beroperasi dalam keadaan defiset (berhutang), kerana tiada simpanan kewangan. Beliau menyangkal, bahawa Sabah mempunyai simpanan kewangan lebih RM3bilion seperti mana dinyatakan oleh kerajaan Barisan Nasional Sabah sebelum PRU-14.

Namun, ironinya, tidak sampaipun dua bulan, kenyataan itu disngkal sendiri oleh beliau, apabila dalam sidang DUN Sabah pada 5 Julai, 2018, mengatakan sebaliknya, kerana Sabah setakat Jun, 2018 mempunyai simpanan kewangan sebanyak RM3,305.4juta atau lebih RM3bilion.

Menerusi sidang itu juga, Shafie mengakui, bahawa Sabah tidak mempunyai bayaran tertunggak kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak, ertinya, pengurusan kewangan Sabah sesuai dengan pengiktirafan Ketua Audit Negara, selama 16 tahun tanpa teguran, selain penarafan Agensi Antarabangsa, Standard & Poor, yang memberikan Triple AAA.

Kenyataan Shafie berkaitan kewangan negeri, sebenarnya bertujuan memberi tanggapan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Tan Sri Musa Aman.

Pada tahun 2003, semasa Musa dilantik ke jawatan Ketua Menteri, simpanan kewangan negeri hanya berjumlah RM184juta. Dalam tempoh 14 tahun telah meningkat kepada RM3,31bilion atau bertambah RM3,121.4juta atau 1,696.41% dengan purata 121.17% setahun.

Selain itu, semasa pemerintahan Musa, Bajet negeri telah beberapa kali mencapai rekod, iaitu melebih RM4bilion, dan iroinya, bajet-bajet itu adalah bajet surplus.

Jika kerajaan Sementara Sabah akan disahkan sebagai kerajaan yang sah, adalah diharapkan, boleh membentangkan bajet setidak-tidaknya sama dengan jumlah bajet yang dibentangkan sebelum ini, dan sudah tentunya diharapkan bajet itu adalah bajet surplus.

Rakyat Sabah ingin sangat melihat, apa kah kerajaan yang menggantian kerajaan Barisan Nasional dapat mengumpul simpanan kewangan lebih daripada yang ditnggalkan Tan Sri Musa? atau berkali lipat? 

Jika mengikut kadar peningkatan simpanan kewangan negeri sebesar 121% setahun, maknanya, selepas 5 tahun, Sabah perlu mempunyai simpanan berkali-kali ganda (tekan kalkulator, anda akan tahu jumlahnya).

Ada lah satu cabaran utama kepada kerajaan "pimpinan" Shafie, apa kah dapat mengumpul kewangan dan pada masa yang sama dapat membangun negeri sepantas kadar pembangunan dan kemajuan semasa era Tan Sri Musa? Lima tahun akan datang rakyat Sabah menilainya!!!! Semoga, erti peribahasa tikus membaiki labu, kera mendapat bunga tidak berlaku.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels