8 July 2018

CEPATNYA PARA PEMIMPIN BERUBAH

Sangat mudah menilai pemimpin yang mempunyai jatidiri, iaitu melihat kelibat pemimpin itu dikala tiada kuasa, tiada kedudukan, tiada status.

Rakyat bermula daripada sekarang, perlu mencatit pada diari masing-masing, mana pemimpin yang bersifat seperti lalang. Mana pemimpin yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, rakyat juga perlu mencatit pada diari masing-masing, para pemimpin yang khianat kepada amanah yang diberikan.

Sebagai ingatan kepada rakyat, khususnya generasi penerus, para pemimpin seumpama ini tidak boleh lagi diberikan mandat atau amanah, kerana selagi bertindak khianat, maka selamanya khianat.

Pada tahun 1994, Kerajaan yang diterajui PBS tumbang, kerana pengkhiantan. Kerana sifat khianat itu melekat pada perjuangan mereka, maka pada 11 Mei, parti Barisan Nasional Sabah menjadi mangsa pengkhinatan daripada kelompok yang sama.

Mereka yang menjadi pengkhianat kepada parti PBS, semuanya meneruskan khianat mereka, kecuali Datuk Rubin Balang.

Apabila pemimpin mempunyai sifat khianat, maka selamanya akan khianat. 

Kepada mereka yang mengikuti perjalanan politik Sabah, sudah pasti menyedari bahawa kemelut dua Ketua Menteri Sabah, kerana perbuatan secara langsung mahupun tidak langsung oleh mereka yang pernah bertindak khianat.

Boleh kah para pemimpin yang ada sifat khianat memajukan dan membangun Sabah dan rakyatnya? 

Rakyat Sabah perlu mengakui, bahawa Kemajuan & Pembangunan Sabah bermula pada tahun 2003, kerana dipimpin oleh pemimpin yang tidak ada rekod khianat.

Rakyat Sabah perlu mengakui, bahawa kewangan Sabah dapat meningkat hingga RM3.74bilion kerana dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas, berintegriti dan tiada rekod khianat.

Rakyat Sabah perlu bersyukur, kerana keluasan hutan Sabah tidak menjadi pupus, kerana dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan amanah. Sebagai rekod, tahun 2002, keluasan hutan Sabah hanya 838ribu hektar, tahun 2017 telah meningkat kepada 1.87juta hektar.

Adalah diharapkan keluasan hutan Sabah, tidak menjadi korban kerakusan para pemimpin yang tidak amanah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels