17 July 2018

DALAM POLITIK YANG KUAT ITU SUARA, DALAM DEWAN RAKYAT YANG KUAT ITU KERUSI

Sistem demokrasi negara, suara kuat bagi sesebuah parti politik apabila mempunyai jumlah kerusi mudah, sebagai contoh Dewan Rakyat, maka parti atau parti-parti yang mempunyai 112 atau lebih daripada 222, maka dianggap mempunyai suara kuat. 

Bagi parti atau parti-parti yang tidak mencapai jumlah itu, bertempik bersorak, stage out, hanya jadi tontonan, kerana "at end of the day" "the government of day" jua yang melaksanakan semua polisi kerajaan semasa. Pihak yang melawan, hanya mampu berhujah dan berhujah, tidak semestinya didengar oleh pihak kerajaan. Mengapa? belum tiba masanya di negara ini menghormati pendapat parti yang membangkang kerajaan, sebab itu, apabila lebih 50 wakil rakyat (daripada Umno dan Pas) protes berkaitan tatacara perlantikan Speaker Dewan Rakyat, kerana tidak mengikut peraturan perlantikan, maka suara majoriti yang tetap menang. Mungkin perkiraan inilah yang digunapakai oleh Wakil Kimanis dan Rembau, untuk tidak ikut "stage out", kerana "stage out" hanya perbuatan sia-sia dan buang masa, kerana tidak akan mengubah keputusan.

Bagi parti yang mempunyai kerusi majoriti, apa kah tindakan kenampakan melanggar undang-undang, ianya boleh difaktakan sebagai tidak melanggar undang-undang. Sebagai contoh berkaitan nama calon Speaker Dewan Rakyat, Sekteriat Dewan Rakyat sendiri mengesahkan telah menerima nama pada 2 Julai, walaupun cerita-cerita berkaitan nama calon itu hanya dimuktamadkan pada 15 julai, sebabnya sebelum pemuktamadan itu, telah muncul dua nama untuk dilantik, malah salah seorang sempat menolak kerana tidak mahu mengosongkan kerusi DUN. Makna kata, nama calon memang belum dimuktamadkan akan tetapi disenarai pendekkan, ertinya pada 2 julai, memangpun nama-nama telah dihantar ke sekteriat Dewan Rakyat, hanya pada 15 Julai dimuktamadkan salah seorang. Tidak pastilah, apa kah cara ini menyalahi peraturan? Jangan lupa bahawa yang dilantik itu adalah mantan Hakim Mahkamah Rayuan, tak kan lah, beliau sanggup melanggar peraturan? kerana tindakan itu boleh membawa imej negatif kepada kerjaya beliau sebagai mantan hakim.

Walaupun apapun, kekecohan semalam di Dewan Rakyat hanya pemanas badan, bagi wakil rakyat pembangkang, kerana mereka itu julung kali jadi pembangkang.

Bermula daripada esok, sebagai pembangkang, lengkapi diri anda dengan sebanyak mungkin fakta lapangan, berkaitan rakyat. Grill lah para menteri kerajaan, khususnya berkaitan sara hidup rakyat. Grill lah Lim Guan Eng berkaitan istilah baru perakaunan negara, kerana istilah yang digunakan berkaitan hutang negara, hanya di Malaysia sahaja digunakan.

Kongsilah pertanyaan anda di laman-laman sosial, supaya rakyat dapat mengetahui, soalan-soalan atau isu-isu yang di bawa, supaya rakyat tahu, mana pihak yang berjuang untuk rakyat. Jangan hadir di Dewan Rakyat sebagai pelengkap. Anda hadir untuk membangkitkan isu-isu rakyat, walaupun "government of the day" tiada obligasi mematuhinya, tetapi anda kena yakin, bahawa tujuan anda agar PARA HAKIM i.e. rakyat berpihak pada anda, kerana para hakim inilah yang menentukan masa depan parti pada PRU-15.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels