16 August 2021

PARLIMEN BUBAR SATU OPTION TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN


SEMENTARA semua pihak tertumpu pada kemungkinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin menyerahkan surat perletakan jawatan pada YDPA tengah hari ini, di Istana pula berlaku majlis menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pada kelazimannya, di masa lalu, jika ini berlaku, maka sebagai petanda adanya pilihan raya.

Memang semua pihak memandang, kerana covid-19 belum mereda, maka tidak kondusif untuk mengadakan pilihan raya. Akan tetapi, tidak menutup kemungkinan itu, asalkan,SPR mempunyai kesanggupan melaksanakannya dengan SOP khusus untuk itu.

Berbeza dengan PRN-16 Sabah atau pilihan raya di negara luar yang dilaksanakan sebelum ini, kerana belum adanya vaksinasi, maka pilihan raya telah menyebabkan peningkatan jangkitan.

Jika PRU-15 dilakasanakan pada awal November, 2021, lebih separuh rakyat telah menerima vaksin, keadaan tersebut memungkinkan diadakan pilihan raya.

Kemelut politik yang ada, tidak akan selesai menerusi pertukaran Perdana Menteri, atau pertukaran kerajaan, atau bentuk kerajaan apapun. 

Jika kerajaan yang mengambil alih, kononnya untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi, tidak akan mampu berbuat banyak, kerana metodolgi yang bakal digunakan adalah sama.

Telah pun ditemui ramuan jalan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi, iaitu menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN). Hanya melalui PPN sahaja jalan keluar dapat direalisasikan, bukannya, dalam bentuk lain, atau bergantung siapa Perdana Menteri.

Berasaskan pada keadaan ini, option parlimen bubar, untuk membolehkan mandat dikembalikan pada rakyat, adalah option sebaik-baiknya.

15 August 2021

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN AKAN DIKENANG SEBAGAI ABAH PRIHATIN


SEANDAINYA, rakyat boleh mempertahankan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, diyakni lebih separuh rakyat negara akan bangun mempertahankan beliau.

Abah terpaksa mengalah pada sistem demokrasi yang digunapakai, iaitu siapa yang paling banyak kerusi parlimen, maka pemimpin itu lah yang dikira mendapat sokongan.

Pun demikian, walaupun hanya 17 bulan sebagai Perdana Menteri, akan tetapi sumbangan beliau pada rakyat, bagaikan setengah abad.

Ditakdirkan Abah menjadi ketua kerajaan, dikala rakyat mendapat musibah besar yang tiada tolok bandingnya. Bencana yang tidak memberi ruang sedikit sudut di dunia ini, semuanya dilanda tanpa segan-silu termasuk mengambil nyawa.

Abah, sebagai seorang ketua keluarga, faham dan megerti kesusahan, keperitan, bertindak sebaik mungkin, memastikan, sekurang-kurangnya makanan atas meja setiap warga tersedia.

Kita semua maklum, sebaik sahaja Abah dilantik sebagai Perdana Menteri sehingga di saat akhir beliau sebagai ketua kerajaan, masih ingat dengan tanggungjawab, kerana masih dapat mengeluarkan keputusan berkaitan perlongaran SOP, semata-mata untuk memudahkan rakyat jelata.

Semua tindakan beliau bersama kerajaan dan anggota kabinet yang beliau pimpin, boleh digoogle atau melayari laman-laman sesawang, mana-mana kementerian, jabatan-jabatan kerajaan atau agensi kerajaan, telah tersenari 1001 perkara yang keseluruhannya untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tidak cukup dengan itu, bacaan doa beliau memohoan ke hadrat Allah SWT, agar semua rakyat terhindar daripada malapetaka covid-19, tiap hari berkumandang dicorong-corong radio.

Belum pernah, berlaku, di negara ini, bacaan doa seorang Perdana Menteri sentiasa diulang-ulang, selama 17 bulan.

Apa pun kesudahannya, Abah, akan terus terpahat di hati rakyat dengan segala kebaikanya.

Benar lah kata pujanga, kenangan itu cukup tinggi nilainya.

JAWATAN PERDANA MENTERI- ANWAR MELEPAS LAGI


DATUK Seri Anwar Ibrahim, mengharap setinggi gunung Kinabalu, apabila Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletakkan jawatan, maka peluang beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Malang sungguh, harapan tersebut, tidak akan tercapai, kerana Perikatan Nasional bertaut semula, selepas hasrat kem Zahid tercapai.

Walaupun Muhiyiddin meletakkan jawatan, namun sebagai Penegerusi Perikatan Nasional (PN), adalah pemimpin yang memastikan kerajaan PN kekal sehingga parlimen bubar.

Jiwa besar Presiden Bersatu tersebut, sukar dicontohi,kerana sanggup berkorban, demi rakyat dan negara.

Ada lah norma baharu politik tanah air yang dipamerkan oleh pemimpin Bersatu, apabila kehilangan jawatan tidak melatah apa tah lagi memberontak.

Tidak sedikit pemimpin Bersatu kehilangan jawatan, seperti MB Johor, MB Perak, namun, kekal sebagai kawan sepasukan dengan mereka yang mengambil alih. Keadaan ini, tidak terkecuali berlaku pada Tan Sri Muhiyiddin, kerana beliau mahu membuktikan apa erti kepimpinan melalui teladan.

Apabila Perdana Menteri meletakkan jawatan, Kerajaan tidak terbubar, hanya berlaku pergantian Perdana Menteri.

ISU KLEPTOKRAT- APA PILIHAN BERSATU?


ADA bayangan, Team A dan Team B Umno bertaut semula, kerana maksud tercapai, menyingkirkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Lojiknya, jika ahli parlimen Umno bergabung semula, dan PN serta gabungan partinya kekal, maka mengekalkan majoriti mudah, dan meneruskan kerajaan, mungkin bukan kerajaan PN lagi, tetapi dijenamakan semula.

Jika senario ini berlaku, isu Anwar bakal dilantik Perdana Menteri, dan PH bersama parti-parti yang sehalunnya dengannya mengambil alih, tidak timbul lagi.

Persoalan besar, apa pilihan Bersatu?, apa kah akur sahaja,seperti mana langkah Perak? Selain itu, apa pendirian berkaitan kleptokrat? Sedangkan hanya pada petang Jumaat, isu itu, asas kepada tawaran rentas parti Presiden parti itu pada parti-parti pembangkang? Atau kah, atas sebab tawaran tersebut tidak bersambut, maka isu itu, dianggap selesai?

Jika Bersatu menganggap isu selesai, maka menunjukkan, memang benar parti itu mengutamakan rakyat dan negara.

Halikatnya, sejauh mana pun pendirian/prinsip, akhirnya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara.

Pun demikian, What Next? Ertinya siapa ahli parlimen yang bernasib tersebut, untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-9? Najib? Sudah dijatuhi bersalah oleh mahkamah, Zahid, sedang dibicarakan, atau Datuk Ismail Sabri Yaakob, atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri? Atau ada nama lain?

Penulis yakin, jika senario ini benar-benar berlaku, tidak kira lah siapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri akan diberikan pada Bersatu, manakala Perdana Menteri daripada Umno.

Mudah penyelesaiannya, tapi berliku-liku...

WHAT NEXT? KENA TANYA KEM ZAHID


KEM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan beban kepada Agong untuk jawapan tindakan seterusnya (What Next?) selepas berjaya menjatuhkan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Persoalan ini, bukan sahaja persoalan orang politik, akan tetapi juga rakyat, atas sebab setakat ini kem Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 14 ahli parlimen, ini tidak menjelaskan hala tuju mereka,

Di atas kertas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh dilantik sebagai Perdana Menteri k-9, jika semua ahli parlimen pembangkang menyokong dan disokong juga oleh kem Presiden Umno tersebut.

Untuk Rekod, Pakatan Harapan (PH) ada 88 ahli parlimen, Warisan dan Upko-9, Pejuang dan 2 bebas-6, PSB-2 dan kem Zahid-15,keseluruhannya berjumlah 120. Jumlah ini, sudah menepati majoriti mudah-111 daripada 220 ahli parlimen.

Tidak timbul lagi kompromi dikalangan parti dalam PH, kerana semua pemimpin parti itu sebulat suara menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Jika Kem Zahid menerusi what next? yang menyerahkan pada budibicara Agong, tentunya terpaksa menerima, Anwar sebagai calon Perdana Menteri, kerana Anwar memenuhi kreteria, seseorang yang difikirkan mungkin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Jika ini lah keputusannya, Zahid boleh berdalih, bahawa kem beliau, teguh dengan pendirian, No Anwar dan No Dap, akan tetapi demi kepatuhan kepada Baginda Agong, maka akur. Hakikatnya, ini lah STRATEGI RAHSIA besar Zahid, apabila tidak merungkainya kepada ahli-ahli parlimen parti itu, termasuk Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sebenarnya, berasaskan komposisi ahli yang menyokong TSMY dan menolak, tiada lagi rahsia yang perlu disembunyikan, semuanya telah terkuak, hanya menunggu KESUDAHANNYA.

Pertanyaan WHAT NEXT? sebenarnya sudah berjawab, hanya menunggu palu diketuk..

DI SEBALIK PENOLAKAN TAWARAN RENTAS PARTI MUHIYIDDIN


INTIPATI penolakan tawaran rentas parti Muhiyiddin bukan kerana reformasi institusi disyorkan itu tidak menarik tapi yang lebih menarik ialah untuk melihat beliau jatuh dan mengambil alih kerajaan.

Tujuh perkara yang ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada parti-parti politik luar PN satu bentuk kerjasama merentas parti bukan sahaja sesuatu yang luar biasa malah belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia.

Luar biasa kerana ia penuh dengan elemen reformasi institusi yang sebelum ini gagal dilakukan bukan sahaja oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) malah oleh Barisan Nasional (BN) sekali pun.

Sebaliknya tawaran ini dilontarkan oleh Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya.

Walaupun ramai yang memberi reaksi tawaran ini datang terlalu lewat iaitu ketika Muhyiddin sudah berada dalam kedudukan yang sangat terdesak malah ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk rasuah, hakikat bahawa ia adalah satu tawaran untuk sama-sama melakukan reformasi institusi ke arah demokrasi yang lebih baik dan pembaharuan politik yang lebih mantap tidak harus dipandang ringan oleh sesiapapun.

Maka apa yang disarankan oleh Bersih 2.0 iaitu tawaran itu perlu disambut PH dan lain-lain parti pembangkang dengan tawaran reformasi institusi yang lebih komprehensif dan pakej yang lebih kuat adalah tepat.

Reformasi politik yang paling menonjol dalam tawaran Muhyiddin ialah keazaman untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat parti yang sebelum ini membuka kepada apa yang dipanggil sebagai kerajaan pintu belakang.

Masalah paling besar yang menghantui kita semua ialah kerajaan pintu belakang ini dibenarkan oleh undang-undang.

Undang-undang dan peruntukan sedia ada sekarang menghalalkan pembentukan kerajaan pintu belakang kerana ia tidak menghalang ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri daripada melompat dan menyokong parti lain selepas menang pilihan raya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu semua sedia maklum akan hakikat ini, tetapi mereka tetap melaungkan dan melabelkan kerajaan PN sebagai kerajaan pintu belakang.

Nampak sangat ia semua adalah retorik politik semata-mata. Jika mereka benar-benar ikhlas mahu melihat kewujudan dan pembentukan kerajaan pintu belakang dihentikan, maka mereka patut menyambut dan menyokong apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin.

Ini kerana untuk melakukan pindaan ke atas perlembagaan bagi menghalang wakil-wakil rakyat melompat memerlukan sokongan dua pertiga di dalam dewan.

Jika semua orang bersungguh-sungguh mahu menghentikan tindak-tanduk politik tidak bermoral seperti ini daripada berterusan, mereka wajib menyahut seruan ini dan bersama-sama berganding usaha untuk melakukan reformasi.

Sesungguhnya keberanian Muhyiddin melontarkan idea dan tawaran ini secara realistik dan bersungguh-sungguh, tidak kisahlah sama ada ia ikhlas atau tidak ataupun dalam situasi sudah terlambat, harus dipuji dan diberi tabik hormat.

Setidak-tidaknya beliau memiliki keazaman untuk melakukannya dan menyuarakan kesungguhan tersebut berbanding yang lain walaupun kerajaan pimpinannya dibentuk melalui proses pintu belakang.

Adalah lebih kelihatan ikhlas untuk berani berbuat demikian berbanding dengan yang hanya pandai bercakap, akan tetapi apabila ruang terkuak berbagai dalih dipilih.

Untuk itu, Muhyiddin harus diberi kredit kerana berani bersuara dan mengajak semua parti bersama-samanya dalam melakukan perubahan. Malangnya usahanya itu telah ‘ditembak’ dengan serta merta oleh semua pihak di luar PN.

Pun demikian, yang menariknya ada juga dari kalangan PH - dalam konteks ini bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), Tony Phua dan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang berani untuk melawan arus dengan berkata, sekurang-kurangnya dengarlah dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh Muhyiddin kerana apa yang ditawarkannya adalah suatu bentuk reformasi institusi yang besar dan selama ini pun diperjuangkan oleh PH. 

KEMELUT POLITIK PERSEKUTUAN- APA PENGAKHIRAN?


DIKHABARKAN, Pakatan Harapan, dan parti pembangkang kecil yang lain, sedang mencatur bagai mana menambah jumlah kerusi daripada 105 kepada 111, untuk memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Sehingga kini, tiada pihak yang dapat membuktikan mempunyai sokongan majoriti mudah, termasuk lah kerajaan.

Kerajaan yang mempunyai sokongan 115 kerusi, hanya berbaki 100, apabila 15 ahli parlimen yang diketuai Presiden Umno menarik diri.

Kesimpangsiuran kedudukan politik, hanya kerana kumpulan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memberi ketetapan, pihak mana sokongan diberi. 

Setakat ini, maksud penarikan sokongan kumpulan tersebut, hanya menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan.

Sejak petang Sabtu, berlegar-legar cerita, pada Isnin ini, PM dikatakan akan menghadap Agong. 

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berkaitan khabar angin tersebut.

Kemelut politik yang disengajakan, sedangkan rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan krisis ekonomi, impak daripada pandemik Covid-19.

Walaupun, ancaman pandemik ini belum mereda, akan tetapi laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa kemasukan ke hospital dan ICU, semakin berkurangan, kerana  hasil program vaksinasi, pun demikian, jumlah jangkitan harian kekal 5 angka, dan kematian harian pada paras 3 angka.

Sungguh mengecewakan, pemimpin yang diharapkan membela rakyat dikala susah dan apa tah lagi dilanda bencana, sanggup mencetuskan ketidak stabilan politik, sehinggakan kerajaan yang pernah disokong dan turut sama menubuhkan, sanggup dikorbankan, hanya kerana menenuhi agenda peribadi, dendam dan cemburu.

Apa kah pengakhiran kemelut ini? Apa kah akan berlaku PRU-15 mengejut? atau kah PM kekal kerana gagalnya USUL PERCAYA? atau kah Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti? atau akan ada bentuk pemerintahan lain yang ditentukan Agong?  

Setakat ini, tidak jelas kesudahan kemelut di peringkat Persekutuan ini.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, rakyat hanya dapat menghitung jangkitan covid-19, hanya dapat mengucapkan simpati pada keluarga yang kehilangan keluarga, selain duduk di rumah, kerana mematuhi SOP KKM, agar tidak menjadi mangsa virus corona,khususnya varian delta, atau mungkin varian lamda.

Sememangnya, Kerajaan sudah menemukan ramuan jalan keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi ini, menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mengandungi 4 fasa yang dinilai melalui nilai ambang yang telah ditetapkan.

Keberkesanan PPN ini, telah dibuktikan di WP Labuan, apabila pada Sabtu mencatit sifar jangkitan.

Sayang sekali, pokok yang ditanam sudah membuahkan hasil, akan tetapi yang menanam, terkorban kerana dipancung oleh kawan sepermainan.

Malang sungguh nasib PM dan Kerajaan PN yang beliau terajui, terpaksa mengharungi kemelut yang tidak perlu.

3 March 2021

N73 SEBATIK - TIDAK KOSONG

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS)- Datuk Kadzim Yahya, tidak mengiktiraf surat PERLETAKAN jawatan Hassan A Gani Pg Amir bertarikh 26 Februari, surat yang ditandatangi sebelum penamaan calon pada PRN-16 Sabah, September, 2020.

Dalam satu kenyataan ringkas, Speaker DUN Sabah tersebut, surat yang dihantar Parti Warisan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan demokrasi yang berkuat kuasa sekarang.

Keputusan Speaker tersebut, maka kerusi N73 Sebatik tidak kosong.

Parti Warisan Sabah yang dipimpin Datuk Shafie Apdal, menakut-nakutkan wakil rakyat daripada parti beliau yang berhasrat menukar sokongan, sesuai dengan persekitaran politik yang baharu, dengan ancaman mengambil tindakan undang-undang, termasuk secara sepihak meletakan tarikh pada surat "presigned" seolah-olah mereka yang bertukar haluan politik, telah meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi.

Berasaskan keputusan Speaker, maka tiada cara bagi Shafie mengosongkan kerusi N73 Sebatik, atau mana-mana kawasan, jika dalam masa terdekat, ramai lagi ADUN parti itu mengubah sokongan.

ADUN N73 Sebatik,pada 25 Februari lalu, telah keluar daripada parti Warisan dan mengistiharkan kedudukan sebagai ADUN Bebas, akan tetapi mesra kerajaan GRS dan PN.

2 March 2021

UMNO MAHU SANGAT PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU

UMNO mahu sangat memutuskan hubungan dengan Bersatu. Terbaru, Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengesa, agar MT parti mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan kehendak perwakilan 147 Bahagian di seluruh negara sebelum ini.

KULI yang juga AP Gua Musang, turut mendesak agar MT parti menolak Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Perikatan Nasional.

Umum mengetahui, sejak penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac, 2020, KULI tidak pernah menyokong, malah berkecuali semasa pengundian Bajet Negara bagi tahun 2021.

Walaupun AP Gua Musang kerap kali mendesak, namun MT Umno masih tidak membuat sebarang keputusan, malah hasil mesyuarat MT di Janda Baik, minggu lalu, masih tidak dihibahkan.

Jika UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka tidak dapat dielak pertembungan pada PRU-15 yang berada diambang pintu.

Jika mengambil pengajaran pada PRU-14, kerana pertembungan tiga penjuru antara PAS, PH dan BN, maka telah menguntungkan PH, kerana undi melayu terpecah.

Dalam menghadapi PRU-15, PH "berdoa" agar Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu, kerana menurut kajian parti itu, BN boleh mendapat sokongan 35% pengundi melayu, dengan demikian, jika PH kekal dengan sokongan 15% pengundi melayu, maka akan menerajui semula Putrajaya selepas PRU.

Sebenarnya, kad semua pihak telah terbuka. Tiada lagi teka teki mengenainya. Terserah kepada UMNO, apa kah mahu PH kembali menduduki Putrajaya atau sebaliknya.

SHAFIE BERTUKAR PROFESI

 

AHLI parlimen atau DUN berprofesi sebagai penggubal undang-undang. Namun, Datuk Shafie Apdal yang merupakan AP Semporna dan ADUN Senallang, bertukar profesi, apabila menjadi siber trooper.

Dalam caption, Shafie mendakwa, bahawa jutaan ringgit terbabit dalam membeli wakil rakyat. Dakwaan seperti ini, adalah lazimnya perbuatan siber trooper, yang suka sangat menulis perkara-perkara sensasi,tanpa bukti dan fakta, semata-mata sebagai jamuan mata membaca, walaupun juga menjadi santapan minda mereka yang tidak suka berfikir atau yang tidak mampu berfikir.

Tindakan Shafie membuat dakwaan sedemikian, bukan sahaja merendah-rendahkan inteligen para wakil rakyat yang menggunapakai hak individu dalam dunia demokrasi, akan TETAPI telah LUPA perbuatan beliau pada 11 Mei, 2018, yang menyebabkan 6 ADUN telah keluar daripada BN dan menyokong beliau untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman. 

Biasanya, PENCURI akan berteriak sebagai PENCURI,apabila KANTOI. 

Shafie merasakan tersepit, apa kah parti beliau masih akan menang beberapa kerusi yang dimenangi pada PRU-14 pada PRU-15 yang membabitkan parlimen yang bakal diadakan selepas proklamasi darurat.

Shafie telah merasa sebagai Ketua Menteri Sabah selama 26 bulan, namun, rakyat membuktikan menerusi PRN-16 Sabah, Shafie dan parti beliau TIDAK pernah diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri.

1 March 2021

PRU15: GRS PILIHAN RAKYAT SABAH

DARIPADA 25 kawasan Parlimen, hanya 4 kawasan sukar ditawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Semporna.

Walaupun GRS akan berhadapan saingan sengit di Parlimen Batu Sapi, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan dan Putatan, akan tetapi, mempunyai peluang merampas kawasan tersebut, berasaskan senario politik semasa.

Kepimpinan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja mendapat keyakinan daripada rakyat, akan tetapi para pemimpin parti-parti dalam GRS.

Hajiji berjaya dalam pengagihan jawatan-jawatan bukan sahaja berasaskan parti akan tetapi berasaskan latar belakang kaum dan agama.

Rakyat dapat merasakan, selama 6 bulan GRS menubuhkan kerajaan, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19, akan tetapi berjaya melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja dilaksanakan oleh jemaah menteri, akan tetapi oleh para ADUN yang mewakili kerajaan.

Kerajaan pimpinan Hajiji, sangat peka terhadap kehendak rakyat, atas sebab itu, untuk pertama kali memberi peruntukan kepada para ADUN pembangkang, agar mereka juga dapat berkhidmat dengan pengundi yang mereka wakili.

Sesuai dengan VISI kerajaan SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025, maka, bukan sahaja kemajuan daripada segi kemudahan asas,akan tetapi melibatkan rakyat juga.

Kerajaan negeri sedar, bahawa angka kemiskinan cukup tinggi di Sabah, atas sebab itu, bertindak pro aktif, termasuk melibatkan wakil rakyat pembangkang berganding bahu dengan kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Memandangkan keikhlasan kepimpina kerajaan membela rakyat, maka rakyat terdorong untuk menyokong kerajaan, termasuk lah memberi sokongan kepada calon-calon pada PRU-15.

Rakyat Sabah akan memastikan, bahawa GRS adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang bakal menerajui Putrajaya selepas PRU tersebut.

RAKYAT SABAH BUAT PILIHAN TEPAT-HAJIJI

Rakyat Sabah telah membuat keputusan tepat memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan menerajui Sabah, sejajar dengan pentingnya negeri sealiran dengan kerajaan Persekutuan.

Kemenangan GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) membuka jalan kepada kewujudan persefahaman dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dengan Persekutuan yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu sempena Setahun Malaysia Prihatin hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, bagi pihak kerajaan GRS dan rakyat negeri ini mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama Perdana Menteri atas keprihatinan kepada negeri ini.

“Sabah menerima pelbagai bantuan untuk meningkatkan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19. Ini membuktikan kepentingan dan keperluan Sabah adalah keutamaan kepada kerajaan Persekutuan.

“Justeru, mewakili kerajaan GRS dan seluruh rakyat negeri ini, kami merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan dan bantuan kepada rakyat negara ini, terutama ketika berdepan cabaran penularan pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini hari ini.

“Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia di Sabah dan saya berharap berharap kerjasama dan bantuan daripada kerajaan Persekutuan akan berterusan.”

Sementara itu, Muhyiddin dalam amanatnya sempena ulang tahun setahun Perikatan Nasional, hari ini, menyatakan kawalan sempadan menjadi antara agenda utama kerajaan dengan menambah aset dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi untuk di tempatkan di sepanjang sempadan termasuk di Sabah, menerusi pendekatan lima sempadan hadapan.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk meningkatkan capaian internet terutama di Sabah dan Sarawak dengan inisiatif Jalinan Digital Nasional (JENDELA) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels