21 October 2009

Nizar-Nik Aziz: Kenapa Di Kelantan Harga Pokok Mahal

Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Inilah budaya berhemah yang diajar tok-tok guru PAS di Kelantan.......

Cara membeli dengan harga yang mahal bukan rasuah atau salah guna kuasa tetapi di dalilkan oleh Tok Guru PAS perniagaan atas angin, bukan riba'...

Kalau kerajaan UMNO-BN ia dikatakan penipuan, mencuri harta rakyat.....

cikgu SAD said...

la...
sy orng kelantan...yg dapat tender tu orng umno...jadi orng umno biasalah peragai cam2....dah kepala dia ajar cam2...
kau ni tahu mana tok guru pas ajar cam2...ada tak sekolah kerajaan negeri buat tuntutan macam tu...sedar lah sikit....
engkau cakap tu umpama ludah muka kau balik tau....

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels