7 September 2009

Nizar Kehilangan Taring, sementara Khalid Ibrahim kemungkinan TUMBANG

Sudah 11 bulan Nizar kehilangan kuasa. Sudah 11 bulan juga usaha Nizar mendapatkan semula kuasa.

Berbagai usaha Nizar mendapatkan kuasa semula, apa kah melalui perbuatan menderhaka kepada Sultan Perak, melalui mahkamah, melalui tunjuk perasaan, melalui bakar lilin, melalui pakaian seragam hitam, melalui persidangan bawah Pokok, laungan BUBAR DUN di dewan rakyat dan yang terakhir persidangan dewan HOTEL Heriatge.

Namun semuanya itu tidak membolehkan Nizar mendapatkan semula kuasanya. Kuasanya telah hilang kerana melalui perbuatannya sendiri. Nizar terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Zambry, kerana 3 ADUN hilang kepercayaan kepada Nizar, kerana Nizar dalam membuat keputusan, bukan atas kapasitinya sebagai MB tetapi atas remote control Ngo dan Ngeh.

Semasa dalam kuasa pun sebenarnya Nizar tidak bertaring, kerana yang bertaring adalah DAP melalui Ngo. Layanan luarbiasa Nizar kepada Ngo dan Ngeh membuatkan Hee Yit Foong (DAP) hilang kepercayaan kepada Nizar dan juga DAP.

Sementara Nizar hilang taring sudah di Perak, khabarnya Khalid Ibrahim terpaksa memberi laluan kepada MB baru di Selangor. Desas desus mengatakan ada 5 ADUN PAKATAN TELAH BERJUMPA NAJIB MEMBINCANGKAN ISU PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU DI SELANGOR.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels