24 August 2012

Lompat parti selepas PRU-13 membimbangkan

DAP mahu menghalang lompat parti, namun Anwar menggalaknya. Bagi BN pula, ikut apa yang ada dalam artikel 10 (1) Perlembagaan Persekutuan; ertinya lompat parti itu bukan satu kesalahan.

Ada dua Kerajaan negeri sebelum ini mengubal undang-undang anti lompat, yang pertama Negeri Sabah semasa kerajaan Parti Bersatu Sabah, kemudian diiukti Kelantan. Bagi Sabah, undang-undang itu telahpun dimansuhkan selepas BN memerintah; dan di Kelantan-undang-undang itu masih berkuatkuasa.

Isu lompat ini mula menghangat pada Februari,2009 apabila Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak jatuh, akibat tiga orang ADUN mereka keluar dan mengistiharkan kedudukan mereka sebagai anggota bebas akan tetapi mesra BN. Berikutan itu, BN membentuk kerajaan baru di Perak.

Sebelum 16 September, 2008; hangat diperkatakan oleh Anwar bahawa 31 wakil rakyat daripada BN akan menyeretai Pakatan Rakyat yang Anwar sebut sebagai Gerakan 16 September. Namun kenyataan Anwar itu tidak menjadi, malah tiada wakil rakyat BN yang menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya 8 wakil rakyat mereka keluar daripada parti masing-masing dan mengistiharkan kedudukan mereka anggota bebas.

Namun menjelang PRFU-13, isu lompat parti menghangat semula, apabila dua MP Sabah keluar dan menyokong Pakatan Rakyat. Akan tetapi, sokongan mereka itu, tidak mengubah kedudukan BN.

Pada PRU-13 akan datang, tindakan lompat parti akan berlaku, jika kedua belah pihak mendapat jumlah kerusi yang berimbang, baik parlimen mahupun di negeri-negeri. Inilah yang menjadi masalah utama parti-parti yang bertanding, apakah calon-calon yang mereka pilih itu ada kesetiaan atau kah tiada.

Namun, jika kedaan demikian berlaku, adalah lebih baik mengadakan semula pilihanraya, seperti mana berlaku di Sabah pada tahun 1986, untuk memastikan parti mana yang benar-benar mendapat sokongan rakyat.

6 comments:

Lucy Pevensie said...

Biarkan mereka yang sudah lompat, impak mereka tidak sangat menjejaskan BN Sabah.

Lucy Pevensie said...

Anwar pasti akan menerima sesiapa saja yang lompat parti ke PKR, sebab PKR adalah parti Katak

Hamdan Hadillah said...

Baguslah kalau DAP sedar yang mana ini akan menjejaskan nama baik PR sendiri.

Jeff Ambuyat said...

kesimpulannya, dari segi pelaksanaan demokrasi, nampaknya BN lebih terbuka berbanding dengan Pakatan..

Jeff Ambuyat said...

adakah cadangan DAP ini menunjukkan mereka tidak lagi sehaluan dengan Anwar?? memandangkan mereka lebih menonjol dalam pentadbiran kerajaan negeri disamping ditambah dengan kemenangan banyak kerusi ketikan PRN Sarawak, saya simpulkan DAP sedang naik kepala..

mantera said...

budaya Lompat parti jgnlah dijadikan amalan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels