5 September 2012

Masih kah Sabah "Fixed Deposit BN"?

Musa dan Najib
PEMBANGKANG berusaha agar Sabah tidak lagi menjadi "Fixed Deposit" BN. Atas sebab itu berbagai isu sejarah dibangkitkan.

Parti STAR misalnya mengutarakan "Hak Sabah" dengan membangkitkan "Perkara 20", manakala SAPP membangkitkan antara "Kemerdekaan" dan "Pembentukan" negara.

PKR pula bertindak bagaimana mempengaruhi pemimpin BN untuk melompat dan seterusnya menyokong mereka.

Selain itu secara kolektif Pembangkang "membuat" serangan peribadi terhadap Ketua Menteri Sabah- Musa Aman, kononnya terlibat dengan pengubahan "Wang Haram" dan mendapat komiseyen hasil pembalakan negeri.

Namun semua usaha Pembangkang itu tidak berimpak. Kita menyaksikan sendiri selama bulan puasa lepas dan sambutan rumah terbuka hari raya.

Rakyat dari berbagai lapisan berdoyon-doyon datang ke setiap majlis berbuka puasa ataupun rumah terbuka para pemimpin BN.

Najib melihat sendiri bagaimana sambutan rakyat Sabah. Di dua lokasi berbeza pada hari yang sama, ribuan rakyat datang ke majlis yang dihadiri Najib.

Dalam politik; sokongan diperlihatkan oleh sambutan rakyat. Jika sambutan sungguh hebat, ertinya semua isu yang ditabur pembangkang tidak mempengaruhi mereka.

Berasaskan maklumat di lapangan, sambutan rakyat terhadap semua majlis anjuran pemimpin BN pada tahun ini sungguh luarbiasa berbanding tahun-tahun sudah.

Kehadiran rakyat yang luarbiasa terhadap majlis-majlis pemimpin BN seolah-olah "roadshow" rakyat terhadap kerajaan BN Sabah.

Berasaskan kepada sambutan rakyat itu, maka tidak syak lagi pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa sokongan rakyat Sabah terhadap BN disebabkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh Musa.

Di bawah kepimpinan Musa, hubungan erat dan persefahaman antara Sabah dan Putrajaya terus kukuh dan mantap.

Melihat keadaan akhir-akhir ini, tidak syak lagi Sabah tetap "Fixed Depsoit" BN.  Sepertimana kata-kata Speaker Dewan Undangan Negeri-Datuk Salleh Said, lawatan Najib menjadi pendorong kepada sokongan rakyat Sabah terhadap BN.

8 comments:

mantera said...

pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkang untuk hilangkan sokongan rakyat terhadap BN.

Hamdan Hadillah said...

Mengenai menjadi Fixed deposit atau tidak itu terpulang dari hasil usaha kerajaan sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Rakyat akan menilai sendiri hasil usaha yang dilakukan oleh Kerajaan. Jadi dari usaha itulah juga menentukan adakah BN akan terusk menjadi piliah atau tidak. tapi jika kita lihat sendiri sekarang ini Kerajaan masih lagi relevan dan mendapat sokongan.

Mumbai said...

strategi pembangkang kali ini semakin ganas.. banyak sangat keadaan huru hara mereka cetuskan.. dia ingat, rakyat suka?

Mumbai said...

belumpun memerintah negara ini, rakyat sudah pun sengsara angkara mereka.. apa lagi selepas mereka memerintah..

Unknown said...

Rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan pembangkang.walau berapa banyak hasutan dan imej yang memburukkan kerajaan, ia tidak akan berhasil.

Caldina said...

Sabah adalah salah faktor penyumbang kepada kemenangan BN pada PRU13 ini.

Caldina said...

Pembangkang di Sabah tidak bersatu. Mustahil sekali untuk tumbangkan BN.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels