19 September 2012

Kenapa Musa jadi sasaran?

Dalam arena politik, seseorang pemimpin mempunyai dua tugas. Sanggup memikul amanah yang ditugaskan dan kedua sanggup menjadi penyokong apabila tidak lagi berada di barisan hadapan. Dalam semua parti politik, proses ini perlu berjalan demi peremajaan dan menyuntik tenaga baru.

Apabila timbul seseorang pemimpin tidak lagi terpilih sebagai calon, bukan bererti pemimpin itu dicantas, akan tetapi beliau diberi peranaan lain sebagai pembimbing pula kepada pemimpin baru.

Tiada pemimpin yang boleh memimpin selama-lamanya, dan demikian juga tiada penyokong menjadi penyokong selama-lamanya. Penyokong yang diiktiraf sebagai pelapis akan menjadi pemimpin, dan matan pemimpin akan jadi panutan atau rujukan.

Dalam konteks politik Sabah, parti yang cukup aggresif dalam usaha peremajaan adalah Umno. Saban ada pilihanraya, ada sahaja pemimpin baru diketengahkan.

Pada PRU-2008, telah berlaku berbagai kejutan, apabila para pemimpin veteran dan kebetulan daripada rumpun USBO tidak dicalonkan kerana menampilkan tokoh-tokoh baru daripada etnik itu.

Seharusnya Rumpun perlu berbangga kerana mampu menampilkan tokoh-tokoh baru, dan atas sebab itu  menjadikan rumpun kumpulan etnik yang dinamik.

Kumpulan etnik rumpun perlu melihat kedinamikan organisasinya dalam kontek lebih besar, tanpa menyempitkan atau memfokuskan kepada individu tertentu dalam rumpun itu.

Rumpun perlu mengiktiraf individu daripada rumpunnya yang berjaya menjadi pemimpin, kalau tidak siapa lagi yang mengiktiraf mereka.

Menyempitkan pemikiran, kerana pemimpin veteran rumpun tidak menjadi wakil rakyat yang dipilih sebagai bentuk penindasan, perlu difikirkan semula. Tanggapan itu, seolah-olah tidak mengiktiraf tokoh-tokoh baru kumpulan etnik itu. Jika ini berterusan, maka rumpun akan menjadi satu pertubuhan yang tidak berkembang dan suatu hari kelak akan mati ditelan masa.

Perkembangan sesuatu organisasi terserlah apabila pertubuhan itu luwes dan dinamik. Sebab itu, di Amerika Syarikat misalnya, setiap lima tahun atau 10 tahun ada sahaja tokoh baru dimunculkan samada daripada demokrat maupun republikan.

Di Sabah pemimpin yang mencetuskan fenomina pembangunan hanya berlaku selepas lebih sepuluh tahun. Tan Sri Harris Salleh muncul selepas 13 tahun Sabah merdeka. Musa muncul selepas 18 tahun Harris kehilangan kuasa.

Ketua Menteri Sabah majoritinya dijawat oleh bumiputera Sabah termasuk Tun Fuad, Tun Mustapha, Tun Said, Tan Sri Harris, Tan Sri Pairin, Tun Sakaran, Datuk Salleh Said, Tan Sri Benard, Datuk Osu dan kemudian Datuk Musa. Daripada semua Ketua Menteri itu, hanya dua orang yang memberi impak kepada pembangunan ekonomi Sabah, yakni Harris dan Musa.

Memang tidak adil membandingkan keupayaan semua Ketua Menteri itu, kerana keadaan dan masa yang berbeza-beza. Namun, hakekatnya mereka semua berjaya dalam kapasiti masing-masing sesuai dengan zamannya.

Melihat kepada pengalaman Sabah itu, nampaknya pemimpin silih berganti, ertinya apabila ada yang turun, maka ada yang naik. Apa kah keadaan ini dikatakan bahawa pemimpin yang turun itu dicantas? Apakah Tun Dr Mahathir dicantas kerana mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri? Atau apakah Tun Abdullah Badawi dicantas kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri?

Dalam sebuah organisasi  boleh disinonimkan pada pasukan bolasepak. Apabila sesebuah pasukan ingin menang dalam satu-satu pertandingan, maka kesebelasan utama yang diturunkan adalah para pemain yang mempunyai persefahaman yang kental di lapangan. Tanpa persefahaman yang kuat, adalah sukar untuk menang dalam suatu pertandingan.

Musa memilih para pemimpin yang mempunyai persefahaman yang kental, atas sebab itu beliau mengambil risiko politik, dengan cara menampilkan tokoh-tokoh baru.

Alhasil daripada percaturan itu, di Kota Belud misalnya, telah terwujud projek mega seperti Jelapang Padi, Agropolitian dan pelancongan, dan jika kerana halangan projek minyak dan gas Kimanis sepatutnya dibina di Kota Belud.

Pembangunan Projek Jelapang Padi dan agropolitan sejak dari awal-awal lagi tidak mendapat sokongan daripada pemimpin tertentu Kota Belud dan cubaan untuk menggagalkannya terus berjalan.

Akhir-akhir ini cubaan beberapa individu yang ada kiatan dengan pemimpin tertentu Kota Belud cuba mensabotaj kejayaan Jelapang Padi dan Agropolitan dengan mendirikan rumah dan memaggar kawasan yang sepatutnya lokasi agropolitan.

Mengapi-apikan agar penduduk kampong Tambatuon menentang pembangunan empangan sebagai sumber air jelapang padi kini diambil alih oleh pihak pembangkang. Ironinya pembangkangan awal dilakukan oleh pemimpin tertentu Kota belud sebelum pihak pembangkang mengambil alih peranaan mereka.

Kemunculan pemimpin baru ada kebaikannya. Misalnya isu bekalan air bersih Kota Belud. Penduduk Kota belud menunggu lebih 46 tahun untuk penyediaannya, dan hanya pada tahun 2011 peruntukan sebanyak RM98juta diperolehi bagi maksud penyediaan bekalan air bersih di 99 peratus kawasan Kota Belud.

Demikian juga projek Jelapang Padi hanya terwujud selepas tahun 2008, manakala agropolitan menyusul kemudian.

Membangun sesuatu kawasan bukan berasaskan projek akan tetapi program. Program pembasmian kemiskinan dan mengwujudkan aktiviti ekonomi seperti Jelapang Padi, Agropolitan dan pelancongan, maka infrastruktur yang mendokongnya perlu dibina. Atas sebab itu, kini kita menyaksikan bahawa jalan-jalan di tengah persawahan telah dibina.

Sesebuah program meliputi berbagai projek, antara lain projek jalanraya, projek logistic dan projek –projek lain yang mendokong program itu.

Natijah kepada pembangunan pesat Kota Belud kerana ada tokoh-tokoh baru yang muncul. Sepatutnya rakyat Kota Belud berbangga dengan keadaan ini.
 
Di mana faktor yang boleh menunjukkan bahawa Musa menindas?  sedangkan para pemimpin yang mengetuai Umno/BN Kota Belud adalah daripada rumpun Usbo dan tema Sambutan Hariraya BN pada 15 September yang lalu.. "MENYOKONG KEPIMPINAN MUSA". Fikir-fikirkan lah.

9 comments:

Unknown said...

Betul juga dengan apa yang dikatakan itu. Tidak ada pemimpin yang akan kekal selamanya menjadi pemimpin. Sebagai contoh seperti Dr Mahathir sendiri.

Unknown said...

Sebagai seorang ketua sememangnya akan mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Itulah yang kita dapat lihat sekarang dengan Datuk Musa Aman. Pelbagai halangan dan dugaan datang. Namun beliau tetap juga mementingkan penduduk Sabah berbanding masalah yang dihadapinya.

Unknown said...

Dengar2 Kota Belud juga akan jadi pengeluar minyak dan gas yang bertapak di kawasan Kuala Abai.

sabaheco said...

Itu la politik, negeri sendiri pun mahu diburukkannya demi kepentingan politik seseorang individu itu...apa yang baik cuba disangkal, apa yang tak terjadi cuba dibesar-besarkan...bila dah nak dibuang, lompat pagar pula...

Anonymous said...

Sokong Musa tapi Harris..entahlah.

Anonymous said...

Kita perlukan KM yang mampu bangunkan Sabah. Kebijaksanaan Musa memang tiada tandingannya.

mantera said...

ya.. pemimpin lama harus memberi bimbingan kepada pemimpin baru.

mantera said...

Musa aka teruskan lagi bangunkan Sabah.

Sotong Kurita said...

dalam banyak2 ketua menteri sabah, yong teck lee sahaja yang gagal membawa pembangunan kepada negeri ini, sebaliknya membuatkan sabah hampir bankrap..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels