4 January 2013

Apa Sumbangan Lajim Ukin?

MUNGKIN Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya; tetapi bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun lalu.

Di kawasannyapun beliau tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

Lajim pernah menjadi menteri kabinet negeri pada beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian dan perumahan. Cuba tanya rakyat apa sumbangan Lajim?

Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke Putrajaya.

Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau bukan winnable candidate bagi Bn; atas sebab Lajim mahu juga memaksa menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

Pada Sabtu malam, Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi calon.

Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat, bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

Penulis malas nak ulas janji-janji Lajim memlalui PPSnya, kerana tiada unsur ilmupun, tiada unsur ekonomik dan tiada pengajaran yang mampu diperolehi.

Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim katakan.

Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para pemimpin pembangkang.

40 comments:

usin said...

tiada sumbanganpun. sumbang adalah!!!

Megat Alam Gempita said...

Lajim aaa, lu punya skandal-skandal wa kasi simpan dalam fail kuling palang merah dulu aaa. Nanti time pilihanraya wa kasi bukak aa. Itu masa nanti wa tara jamin kalau luu kena stroke dan terpaksa pergi China untuk medical ubat sana aa.

Hinamori said...

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu rakyat Sabah berwaspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Hinamori said...
This comment has been removed by the author.
Hinamori said...
This comment has been removed by the author.
Hinamori said...
This comment has been removed by the author.
Hinamori said...

Bolehkah rakyat mempercayai “political chameleon” (pendirian politik berubah wajah) ini,”

Hinamori said...
This comment has been removed by the author.
Hinamori said...
This comment has been removed by the author.
Hinamori said...

rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan taktik kotor pembangkang

Hinamori said...

while holding positions in the ruling Barisan Nasional (BN), they always support state and national development agenda and praised the government on issues of concern, but people are now changing their tone when in the opposition camp.

Hinamori said...

Now we see they invade their development agenda ever supported and sowed various exceptional promise or simply to gain support

Hinamori said...

There are actually among the leaders of this opposition was the assistant minister, minister and deputy chief minister in the state cabinet for years before crossing over to the opposition.

Hinamori said...

Accordingly, Salleh hope the people of Sabah are not easily enticed promise alliance, otherwise evaluate the quality of political leadership figures that support the opposition when they are in power and not when they no longer hold any office in the government

Hinamori said...

Instead of the so-called opposition party claims the ruling Barisan Nasional (BN) not bring any development to the people of Sabah, Salleh said the alliance leader people are bereft of issues, and now just based on promises and lies to get people's support ahead of elections to -13.

Anonymous said...

Salam perjuangan. Blog tuan telah dipautkan.Mohon pautan semula.
apple-biru.blogspot.com
tkiu..

mantera said...

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yakin rakyat bijak menilai serangan 'politik peribadi' Datuk Seri Lajim Ukin terhadap kepemimpinan UMNO peringkat negeri sejak kebelakangan ini.

mantera said...

Tegas beliau pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan Lajim terhadap kepimpinan UMNO lebih bersifat 'dendam politik dan agenda peribadi' menjelang pilihan raya umum ke-13 yang semakin hangat sekarang.
“Isu-isu yang dibangkitkan oleh Lajim dalam temuramah itu bukan perkara baru, tetapi cuba dicanang semula untuk tujuan 'political mileage' dan sebagai justifikasi menyertai

mantera said...

Perkara yang dibangkitkan itu adalah sesuatu yang lumrah disuarakan oleh mereka yang bergelar pembangkang, tujuannya untuk mencipta isu (create issues) memburuk-burukkan pemimpin dan kerajaan bagi mendapatkan simpati dan meraih sokongan politik”

mantera said...

Dalam soal pembangunan, Lajim yang pernah dalam kerajaan tentu memahami mengenai prosedur dan tatacara pelaksanaannya yang bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, tetapi melalui peringkat proses demi proses sebelum projek itu sampai kepada rakyat”

mantera said...

Kerajaan negeri sudah tentu mengharapkan manfaat yang lebih besar, tetapi kita kena akur juga mengenai sumbangan kerajaan Pusat dalam bidang-bidang lain, selain mengambil kira kepentingan dan kesamaratan dalam sebuah Persekutuan.

Bea Raymond Kisil said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman has lambasted the opposition leadership for being so desperate that they are prepared to promise anything regardless of whether they can fulfil those pledges.

Bea Raymond Kisil said...

Saying that their promises were akin to “Cakap tidak serupa bikin” (not meaning what they say), he said the opposition’s style of leadership should give the people a cause for concern.

Bea Raymond Kisil said...

Cautioning people in Sabah to think wisely, he said they should not be duped by the empty promises because making the wrong decision will have an adverse effect on the future of their children.

Bea Raymond Kisil said...

He pointed out that the opposition’s campaigns were merely centred on belittling the Barisan Nasional (BN) government and trying to portray that the BN were not working hard for the people.

Bea Raymond Kisil said...

“That is the only way the opposition know to gain political mileage. They don’t know of any other way except to hurl allegations against the BN.

Bea Raymond Kisil said...

“Can they not see the progress and development that the BN has worked so hard to bring? “We leave it to the people to decide. The people are politically mature and they know what is bad and what is good for their future.

Bea Raymond Kisil said...

“Are the people willing to gamble away their future by supporting leaders who like to jump? That is what he likes to do from before. Always leaping like the frog,” said Musa when speaking to a crowd of more than 500 in reference to a former Beaufort Umno leader.

Bea Raymond Kisil said...

Musa who is the Sungai Sibuga Assemblyman and Libaran Umno chief, stressed that the opposition will not be left to spread further lies to the people because BN is continuously mobilising its machinery to counter their allegations.

Bea Raymond Kisil said...

He therefore urged the people to keep throwing their support to BN for the sake of the future of Sabah and their children.

Bea Raymond Kisil said...

“Only by choosing the ‘scale’ which is the logo of BN can assure a bright future for everyone. The BN has done so much good for Sabah. In Libaran for instance, there is an Education Hub in Sungai Batang so that our children in Sandakan need not travel far to pursue higher education.

Bea Raymond Kisil said...

“This is proof that what the BN promises, it delivers through the efforts and initiative of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak,” said Musa.

Mumbai said...

selepas 26 tahun, Lajim mula sedar bahawa beliau bukan lagi winnable candidate.. malah penolakan rakyat beaufort semakin ketara selepas beliau gagal memajukan daerah itu..

Mumbai said...

sebab itu Lajim keluar meninggalkan BN dan menubuhkan parti baru untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. melalui tindakan kontroversi ini, barulah populariti beliau meningkat semula..

Mumbai said...

namun Lajim lupa bahawa sokongan rakyat sabah bukan berdasarkan simpati atau kasihan terhadap pemimpin seperti Lajim. beratus kalipun Lajim lompat parti, sumbangan beliau kepada rakyat di negeri ini tetap menjadi ukuran..

Mumbai said...

nama Lajim Ukin tidaklah bersih sangat memandangkan beliau juga terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.. malah tindakan beliau keluar dari BN juga terdorong dari jawatan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan berjaya merampas kerajaan..

Mumbai said...

saya yakin perjuangan Lajim Ukin tidak akan membantu Pakatan Rakyat merampas Sabah.. sebaliknya memburukkan lagi keadaan..

kamilla said...

Langsung tiada sumbangan apa-apa..banyak cakap sahaja.

kamilla said...

Lajim suka lompat parti, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap beliau.

Anonymous said...

tiada sumbangan.. klu bgni la.. nmpaknya star mahu pecah undi sokong lajim..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels