21 February 2013

Kadar Kemiskinan Sabah menurun dengan drastik:Bukti Program Bn ampuh: Dr Salleh

KOTA BELUD: Penurunan drastik kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu menunjukkan program kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membuahkan hasil, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Salleh Said Keruak. 

Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini. 

Beliau berkata, kredit seharusnya diberi kepada Ketua Menteri dan Kabinetnya atas program kemiskinan yang sasarannya tepat dan membuahkan hasil. 

"Saya harap rakyat Sabah tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang yang cuba menidakkan apa juga kejayaan program kerajaan BN, semata-mata mahu meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini. 

Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berhubung perkara itu. 

Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah di sini semalam, Rahamat Bivi dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara. 

Beliau berkata, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lalu, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus. 
Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun. 

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berkata kejayaan itu membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran. 

Katanya, jumlah dana yang besar disediakan kerajaan BN ternyata memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. - BERNAMA

40 comments:

Qistina Morea said...

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menyediakan peruntukan RM18.5 juta untuk program pembasmian kemiskinan tahun 2013 yang dibelanjakan bagi meneruskan projek-projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) yang masih dalam pelaksanaan, di samping memulakan beberapa Mesej baharu.

Qistina Morea said...

Di samping itu, peruntukan sebanyak RM1 juta di bawah Pembangunan Usahawan Desa akan membolehkan kementerian ini meneruskan pelaksanaan pusat-pusat keusahawanan desa sebagai tambahan dan naik taraf kepada tiga Pusat Usahawan Desa yang telah dibangunkan di Pitas, Beluran dan Penampang.

Qistina Morea said...

Kementerian itu yakin dengan adanya kerjasama erat antara kementerian dan wakil-wakil rakyat, penjawat awam dan golongan sasar, program-program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan akan dapat mencapai sasaran membantu mensifarkan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif di negeri ini.

Qistina Morea said...

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ewon Ebin berkata kementerian itu turut memperoleh peruntukan RM55 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) di Sabah 2013.

Caldina said...

Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Tenom, Keningau dan Nabawan mulai yang hari ini menjadi penyuntik semangat kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kawasan pedalaman kubu kuat dan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Caldina said...

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, kesungguhan pemimpin nombor dua negara meluangkan masa bertemu rakyat di kawasan pedalaman akan menjadi pemangkin semangat perjuangan rakyat dan jentera BN untuk mempertahankan Putrajaya.

Caldina said...

“Kunjungan Muhyiddin dilihat dapat menyuntik semangat supaya jentera BN di kawasan pedalaman khususnya di Tenom terus kerja keras bagi memastikan kejayaan memperolehi dua pertiga di parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Caldina said...

“Lawatan bersilih ganti antara Perdana Menteri dan timbalannya ke Sabah, bukti jelas keprihatinan kepimpinan pusat di kawasan pendalaman, ia juga boleh dianggap lawatan untuk memastikan semua jentera BN dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir kali ini,” katanya.

Caldina said...

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini akan bersama rakyat dalam majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia Gelombang Biru di Keningau, Tenom dan Nabawan serta Himpunan Guru Muda di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.

Caldina said...

Jamawi yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, jentera BN khususnya pergerakan Pemuda BN Bahagian telah bersiap sedia dan sudah pun menjalankan gerak kerja, aktiviti dan program yang membabitkan pengundi muda.

Caldina said...

“Lawatan turun padang Timbalan Perdana Menteri ini adalah peluang terbaik untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan yang telah banyak membantu mereka dalam apa jua perkara terutama di kawasan pedalaman,” katanya

Caldina said...

Menurutnya, walaupun jauh di pedalaman namun pembangunan yang disediakan telah banyak membawa perubahan kepada rakyat sejajar dengan transformasi yang dibuat oleh kerajaan supaya jurang antara rakyat tidak jauh berbeza walau dimana mereka berada.

Unknown said...

Kerajaan Terengganu berjaya kurangkan kadar kemiskinan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu, dalam memberi tumpuan kepada konsep 'Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan' telah mengutamakan isu yang dekat di hati rakyat - kemiskinan.

Di bawah usaha berterusan selama empat tahun, sejak pilihan raya umum 2008, ia berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 4.79 peratus pada tahun 2008 kepada 3.18 peratus tahun lepas.

Unknown said...

Kerajaan Terengganu berjaya kurangkan kadar kemiskinan

Usaha ini diteruskan kerana kerajaan negeri menetapkan matlamat mencapai satu peratus kadar kemiskinan menjelang akhir 2013.

Untuk merealisasikannnya, ia telah memperuntuk sebanyak RM43 juta bagi program pembasmian kemiskinan seluruh negeri dalam belanjawan untuk tahun depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yakin rakyat negeri ini akan memberi mandat sekali lagi kepada kerajaan BN untuk memerintah Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 dengan berkata BN tidak pernah lari daripada asas perjuangannya, mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat, selama ia mentadbir negeri.

Unknown said...

Kerajaan Terengganu berjaya kurangkan kadar kemiskinan

Katanya rakyat akan membuat pilihan yang bijak terutama selepas mereka melalui pengalaman pahit berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri PAS antara tahun 1999 dan 2004.

Pada pilihan raya 2008, BN mengekalkan penguasaan dua pertiga di negeri Terengganu apabila memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

"Kami yakin (rakyat akan mengekalkan BN) dengan apa yang kami lakukan dan rakyat menerima apa yang kami lakukan," katanya baru-baru ini.

Unknown said...

Kerajaan Terengganu berjaya kurangkan kadar kemiskinan

Dalam Belanjawan 2013, kerajaan memperuntuk RM1.995 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.076 bilion untuk perbelajaan pembangunan.

Belanjawan itu memberi fokus kepada empat teras - mengurangkan defisit, memantapkan pembangunan modal insan berkualiti, memelihara kesejahteraan rakyat dan meningkatkan daya saing negeri.

Anggota Dewan Undangan Negeri BN dari Tepuh, Muhamad Ramli Nuh bertanyakan soalan ini sama ada wajar bagi pembangkang mendoakan kemusnahan kerajaan negeri yang diterajui Umno ini, sedangkan ia tidak pernah jemu membela agama, bangsa dan negeri sejak 55 tahun dulu. - Bernama

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

KOTA KINABALU, 20 Feb (Bernama) -- Menerusi kepimpinan Katua Menteri Datuk Seri Musa Aman, kadar kemiskinan di Sabah, berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lepas, penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berkata ia merupakan kejayaan besar dalam konteks program pembasmian kemiskinan di negara ini.

Bercakap pada sidang media bagi mengumumkan hasil kajian itu di sini hari ini, beliau berkata kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lepas, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman.

Rahamat Bivi berkata hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding

RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun.

Beliau berkata pendapatan isu rumah bulanan purata di kawasan bandar juga meningkat 22.7 peratus berbanding RM3,803 pada 2009 kepada RM4,668 pada 2012.

"Di kawasan luar bandar, ia meningkat 33.8 peratus, daripada RM2,177 kepada RM2,913," kata Rahamat Bivi, dan menambah HIS 2012 bermatlamat mengumpul data mengenai agihan pendapatan dan kedudukan sosioekonomi penerima pendapatan selain mengenal pasti isi rumah miskin dan miskin tegar.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

Beliau berkata HIS 2012 juga menunjukkan agihan pendapatan di Sabah telah meningkat dengan ketara.

"Indeks Gini berkurangan daripada 0.453 pada 2009 kepada 0.428 pada 2012. Ia mencerminkan agihan pendapatan saksama dalam kalangan isi rumah hasil daripada pelaksanaan lebih banyak inisiatif komprehensif dan program pembangunan sosioekonomi terangkum di Sabah," katanya.

Rahamat Bivi berkata sejak empat tahun lepas, kerajaan melaksanakan pelbagai program menjana pendapatan bagi memastikan rakyat miskin dan kumpulan berpendapatan rendah, termasuk 1AZAM, Agropolitan, Mini Estet Sejahtera, ternakan dan pertanian secara komersil selain program kredit mikro.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

"Kerajaan akan terus memberi penekanan ke atas infrastruktur asas, terutama di Sabah dan Sarawak. Banyak usaha dilakukan dalam mengurangkan kadar kemiskinan, terutama di Sabah.

"Kami berharap kadar kemiskinan di negeri ini akan terus berkurangan supaya setanding dengan pencapaian negeri-negeri lain," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan mencapai kadar kemiskinan sifar di Sabah, beliau berkata ia sukar dicapai berikutan terdapat faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kemiskinan.

Beliau bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa kadar kemiskinan di negeriini akan dapat diturunkan dua peratus lagi pada masa depan atau jika boleh pada 2015.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

Kadar kemiskinan nasional pada 2009 ialah sebanyak 3.8 peratus, dan pencapaian pada tahap nasional akan diumumkan pada akhir Mac ini, katanya.

Rahamat Bivi berkata kerajaan pusat memperuntukkan RM24.8 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk melaksanakan program pembangunan.

Ini termasuk pembangunan infrastruktur asas luar bandar selain program pendidikan dan bantuan rumah menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di

Sabah, katanya.

"Sebagai langkah khusus bagi membantu kumpulan miskin dan berpendapatan rendah, sejumlah RM293.5 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan 1AZAM menerusi NKRA isi rumah berpendapatan rendah.

Unknown said...

PENDAPATAN ISI RUMAH SABAH MENINGKAT, KADAR KEMISKINAN TURUN PADA 2012

"Sehingga Disember tahun lepas, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga memperuntukkan RM920.6 juta kepada 60,766 sahabat (peminjam) di Sabah bagi membantu golongan miskin menjayakan perniagaan mikro," katanya.

Rahamat Bivi berkata usaha berterusan oleh kerajaan bagi meningkatkan infrastruktur asas, termasuk jalan dan air, membantu meningkatkan kualiti hidup di negeri ini.

Perhubungan yang bertambah baik juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih kondusif kepada penduduk Sabah untuk melaksanakan aktiviti ekonomi, sekali gus meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kemiskinan di sabah, katanya.

mantera said...

Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana berjaya mengurangkan kadar kemiskinan ke paras yang lebih rendah iaitu sekitar 8 peratus dalam tempoh
empat tahun ini.

mantera said...

Timbalan perdana menteri berkata dakwaan pembangkang, kononnya kerajaan
Barisan Nasional (BN) Sabah gagal membawa pembangunan, ialah " fitnah dan pembohongan semata-mata".

mantera said...

Pembangkang sebut Sabah miskin, Sabah tidak ada rakyat yang maju, Sabah tiada kemudahan, Sabah tertinggal di belakang, ini ialah satu pembohongan

jackie said...

Pada pandangan saya, Sabah semakin membangun, dan kehidupan rakyat juga semakin meningkat.

jackie said...

Datuk Musa adalah KM yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Hinamori said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan berjumlah RM26 juta untuk Sabah di bawah Program Nadi Kasih, anjuran Yayasan 1Malaysia Development Berhad

Hinamori said...

melalui peruntukan itu, setiap kawasan parlimen di Sabah akan menerima RM1 juta untuk membantu memperbaiki 200 rumah rakyat miskin dan miskin tegar yang rosak.

Hinamori said...

Inilah cara kerajaan di mana menjana kekayaan.Kalau kerajaan nak tolong rakyat, tidak boleh tolong melainkan kerajaan ada kebolehan untuk menjana kekayaan.

Hinamori said...

Sebab itulah transformasi negara iaitu Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan lain-lain diiktiraf duni

Hinamori said...

Di bawah program itu, setiap rumah yang terpilih untuk dibaik pulih akan mendapat peruntukan RM5,000 dan secara keseluruhannya sebanyak 5,200 buah rumah di Sabah akan dibaik pulih di bawah program berkenaan.

Hinamori said...

Kerajaan Negeri sedang mengkaji kemungkinan membangunkan sebuah lagi Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di bahagian pedalaman atas negeri ini sebagai tambahan kepada Ladang PPRT sedia ada

Hinamori said...

langkah itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai ketua isi rumah miskin dan miskin tegar (KIRMT) untuk mendapat manfaat seperti yang dinikmati oleh KIRMT di Ladang PPRT sedia ada di Kalabakan, Tawau dan Tongod.

Hinamori said...

Ladang PPRT Kalabakan dan Tongod yang dimajukan secara usahasama dengan Sawit Kinabalu Bhd kini berupaya membayar dividen sebanyak RM400 sebulan kepada 1,167 KIRMT di daerah-daerah tersebut

Hinamori said...

kerajaan negeri juga bercadang menambah bilangan Mini Estet Sejahtera (Mesej) daripada 44 buah kepada 50 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Hinamori said...

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah membayar Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM200 sebulan kepada 11,325 nelayan di Sabah setakat 30 April lepas.

Hinamori said...

kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) akan terus bekerja melaksanakan pelbagai program yang menjurus ke arah membasmi kemiskinan sebagai mengotakan janji kepada rakyat.

Hinamori said...

BN bukan bekerja semata-mata untuk pilihan raya seperti yang dibuat oleh pembangkang. Bagi kita, kita bekerja seolah-olah setiap hari adalah pilihan raya

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels