15 February 2013

Mudahnya Pencoroboh masuk ke Sabah

Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.

Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Pada mulanya pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

46 comments:

CarloS said...

MalacaƱang was “disturbed’’ by the journey of an armed group from the Sultanate of Sulu to Sabah amid significant developments in the peace negotiations between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front, but it vowed to uphold national interest in the country’s dormant claim to Malaysia’s eastern state.

CarloS said...

University of the Philippines Law Prof. Harry Roque said the journey, which has led to a standoff between the sultanate’s forces and Malaysian authorities, should prod President Aquino to bring the country’s claim to Sabah to an arbitration before an international court.

CarloS said...

And unless the country’s claim to Sabah is put to rest, it would always stick out as a “nuisance’’ in Philippine-Malaysian relations, according to Roque.

CarloS said...

“We find it disturbing that these incidents are occurring just as we are nearing a deal that will bring peace and development to Muslim Mindanao,’’ Strategic Communication Secretary Ricky Carandang said in a text message when sought for comment.

CarloS said...

In talks facilitated by Malaysia, the government and the Moro Islamic Liberation Front has been hoping to forge a final peace agreement before the end of March in 2013, preparatory to setting up an autonomous Bangsamoro territory.

CarloS said...

Roque said the entry of Crown Prince Rajah Mudah Agbimuddin Kiram and armed members of the sultanate’s royal armed forces into Sabah was symptomatic of a long-pestering issue that the government has ignored in view of Malaysia’s role as facilitator in the peace talks.

CarloS said...

“This has been the elephant in the room. This should have been discussed after the Ramos administration,’’ said Roque, director of the UP Law Center’s Institute of International Legal Studies, said by phone.

CarloS said...

The Philippine government has the right to press the Sultanate of Sulu’s proprietary claims to Sabah, but several administrations have failed to do so, mainly because Malaysia has been brokering talks with the Moro insurgents, Roque said.

CarloS said...

“Under international law, the Sultanate of Sulu should not have been the party pressing this claim, but the Philippine State. This is something that the government seems to have forgotten. They have a right and they’re enforceable under international law,’’ he said.

CarloS said...

But if anything good could come out of the standoff in Sabah, it should be the realization by the Philippine government that “there is an interest to be espoused,’’ he said. Carandang characterized the country’s claim to Sabah as a “delicate and sensitive issue.’’

CarloS said...

The entry of the Rajah Mudah’s group into Sabah and the Sabah claim are now being seriously studied by the Office of the President and the Department of Foreign Affairs, according to Budget Secretary Florencio Abad, senior political adviser to the President.

CarloS said...

Roque said the President could bring the country’s claim to Sabah before the International Court of Justice in The Hague, and hoped that Malaysia would agree to such an action.

CarloS said...

Both Malaysia and the Philippines are claiming ownership of Sabah. The dispute, however, can’t be brought before ICJ unless both sides agree to this.

CarloS said...

Foreign affairs officials said that the government has not completely abandoned its claim to the Malaysian state. The claim has been put in the back burner because of the Philippines’ bilateral relations with Malaysia, which has been brokering talks with the Moro rebels.

CarloS said...

The Philippines made its claim to Sabah in 1962 after the heirs of the Sultan of Sulu and North Borneo gave the government, then under the late president Diosdado Macapagal, legal authority to negotiate on their behalf.

CarloS said...

The Sultanate of Sulu obtained Sabah from the Sultanate of Brunei as a gift for helping put down a rebellion. It leased Sabah to the British North Borneo Co. in 1878, but Sabah became part of Malaysia when it gained independence in 1963.

CarloS said...

While Sabah became part of Malaysia in 1963, Kuala Lumpur pays an annual rent of 5,300 ringgit ($1,600) to the heirs of the Sultan of Sulu.

Unknown said...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Unknown said...

Beliau percaya pihak berkuasa termasuk polis mampu menangani kes tersebut dan mereka yang mendakwa sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu akan dapat dihantar pulang ke negara mereka dengan selamat.

Unknown said...

Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah.

"Saya tak nak mana-mana pihak terkorban. Mereka juga manusia yang perlu dihormati nyawanya. Jika ada yang terkorban, akhirnya kerajaan dan pihak berkuasa kita juga yang dituduh.

Unknown said...

Menegaskan kerajaan sesekali tidak akanberkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

Unknown said...

Sehubungan itu, dakwaan mengatakan kerajaan sedang mengatur sesuatu tentangSabah adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau juga sekali lagi memberi jaminan keadaan di Lahad Datu setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.

Hinamori said...

keadaan keselamatan di negeri ini terutama di daerah ini adalah terkawal dengan pasukan keselamatan melakukan kawalan yang ketat.

Hinamori said...

kawasan tempat mereka melakukan pencerobohan (Kampung Tanduo) dikepung pasukan keselamatan.

Hinamori said...

Laluan masuk dan keluar di kawasan itu dikawal rapi. pihak berkuasa tahu jumlah mereka dan di mana mereka berada

Blackforest said...

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata kumpulan itu bagaimanapun mahu menemui 'seorang personaliti' terlebih dulu sebelum berbuat demikian, yang mana identiti dan tujuannya tidak didedahkan.

Unknown said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan cerita yang disiarkan di laman sosial berhubung pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina di Lahad Datu.

Beliau berkata rakyat tidak perlu percaya cerita oleh sumber yang tidak boleh dipercayai yang membawa kepada pelbagai pendapat dan spekulasi.

“Kerajaan telah selesai mengadakan perbincangan (dengan penceroboh) dan mereka akan dihantar pulang ke negara asal.

Unknown said...

“Apa yang penting sekarang ialah aspek keselamatan dan mahu ia berakhir dengan aman, kita tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku pada peringkat ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina oleh Persatuan Wartawan Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Unknown said...

diharapkan isu ini akan selesai dengan segera...keselamatan awam dan negara harus diutamakan dan tindakan2 yang sewajarnya harus diambil untuk kepentingan negara dan rakyat..

unknown said...

I hope the intruders will go back to their hometown.

unknown said...

And the best has yet to come.

unknown said...

Ini hal serius.

unknown said...

Dont let them in.

unknown said...

I hope there is no killing.

unknown said...

How they come into Sabah?

unknown said...

The wrong should be rectified.

unknown said...

Can't be tolerate.

unknown said...

Allegations.

unknown said...

Saya pun tertanya2.

unknown said...

Sabah satu tempat yang aman kini jadi ancaman.

Anak Sabah said...

Wujudkanlah kerjasama dua hala untuk membuka kertas siasatan bagaimana penceroboh masuk ke negara ini melalui Kg Tanduo di Lahad Datu pada Selasa lalu dimana pihak Manila juga tidak tahu menahu berhubung tujuan dan matlamat mereka.

Anak Sabah said...

Mereka mendakwa kononnya mereka itu adalah penyokong Kesultanan Sulu dan mahu diiktiraf sebagai Tentera Kesultanan DiRaja Sulu dengan harapan warga Sulu yang kini berada diSabah tidak diusir kembali ke Filipina.

Anak Sabah said...

“Apakah motif mereka sebenarnya?...mungkinkah ada dalang disebaliknya yang bertujuan untuk menakut nakutkan rakyat Sabah dikala Negara akan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat.

Anak Sabah said...

“Itu sebab kita mahu Wisma Putra bersama Manila adakan siasatan siapa penganjurnya yang mahu menimbulkan kekerohan dikedua dua buah Negara berjiran ini,”

Anak Sabah said...

Diharapkan masalah penceroboh ini akan ditangani dengan cara yang terbaik supaya hubungan baik antara dua negara kita ini tidak akan terjejas.

mantera said...

keadaan di LD masih lagi terkawal.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels