15 February 2013

Terkini: Tentara Kesultanan Sulu di Lahad Datu

 Tentera Kesultanan Sulu
PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu Selasa lalu. Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis, satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

Dalam pertemuan itu, Agbimudim bersetuju untuk berundur dari Lahad Datu sekiranya mendapat persetujuan dari Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram yang dikhabarkan akan ke Sandakan pada Jumaat (Hari ini). Esmail juga akan dibawa ke Lahad Datu untuk bertemu dengan kumpulan tersebut.

Dianggarkan seramai 200 orang termasuk lima wanita dalam kumpulan penceroboh itu. Anggota kumpulan tersebut dipercayai terdiri dari suku kaum Sibutu, Simunul, Suluk dan Ayakan yang berasal dari Kepulauan Sibutu, Simunul, Pahlawan, Jolo dan Sulu.

Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam. 

56 comments:

CarloS said...

Pencerobohan Lahad Datu ada kaitan dengan perjumpaan Anwar-Nur Misuari?

CarloS said...

Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah. Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.

CarloS said...

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.

CarloS said...

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.

CarloS said...

Mereka diperalatkan oleh elemen luardanhal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.

CarloS said...

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim"-(Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)

CarloS said...

Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.

CarloS said...

Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.

CarloS said...

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.

CarloS said...

Gambar disebarkan oleh cybertrooper Pakatan Rakyat untuk menimbulkan suasana ketakutan penduduk tempatan di Negeri Sabah. Gambar asal telah ditokok tambah seolah-olah Negeri Sabah telah berjaya ditawan oleh Warga Asing Bersenjata. Ianya untuk mempersoalkan kesiapsiagaan Pasukan Keselamatan kita khususnya kapal selam milik negara.

Hidup Di Sabah said...

Yang penting sekali sekarang ini adalah buat perbincangan dengan sebaiknya.

Hidup Di Sabah said...

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Hidup Di Sabah said...

Kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Hidup Di Sabah said...

berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

Hidup Di Sabah said...

Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat.

Hinamori said...

Menteri Dalam Negeri yakin proses pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah akan dapat dilaksanakan dengan baik.

Hinamori said...

Biar pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab serta berkepakaran selesaikan hal ini tanpa pertumpahan darah

Hinamori said...

kerajaan sesekali tidak akan berkompromi berhubung hak, kedudukan dan keselamatan Sabah dan rakyatnya.

Hinamori said...

kerajaan sedang mengatur sesuatu tentang Sabah adalah tidak berasas sama sekali

Hinamori said...

setakat ini terkawal kerana ia bukan melibatkan isu pengganas, keganasan atau militan.

Hinamori said...

bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.

Hinamori said...

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.

Hinamori said...

kumpulan penceroboh yang menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.

Hinamori said...

buat masa ini keadaan masih sama lagi dan pihaknya masih lagi menguruskan usaha-usaha untuk memastikan mereka dihantar pulang ke Filipina.

Hinamori said...

Apa yang pasti pihak berkuasa tidak ada perundingan dengan mereka sebab apa yang mereka tuntut di landasan yang salah dan meminta mereka mengemukakannya dalam forum tertentu

petrus pius said...

Police are finalising certain details prior to deporting the armed group of foreigners that encroached into Kg Tanduo in Lahad Datu last Tuesday, as negotiations have come to an end.

Bukit Aman Internal Security and Public Order Director Datuk Salleh Mat Rasid said police are aware that the weather has not been good for sea travel, as they had to look in terms of safety.

petrus pius said...

"We did not entertain any demands set by them and also did not give them any recognition," he said when asked if police agreed to the group's demands to be recognised as the Royal Soldiers of the Sultanate of Sulu and for people of Sulu origin in Sabah not to be deported to the Philippines.

Salleh said this at a media conference after attending a police meet-and-greet the people session in conjunction with Ops Selamat II here.

Also present was State Police Commissioner Datuk Hamza Taib.

petrus pius said...

"What is important is that the safety of this State is always guaranteed and we will go through with the deportation soon," Hamzah said.

On personnel strength at the area, he said, police have enough to control the situation but the figure could not be revealed because it concerns security. "I assure the people not to worry and that everything is under control," he said.

"Police are making efforts to deport them," he said when asked when the first group was scheduled for deportation.

"Now we can only carry out the process of sending them back so that they can find a suitable channel to air their demands," he said, when asked about talk that the group was not keen on going back.

"Whether they agree or not, we have to deport them.

They are not supposed to say anything, they are in our country.

They came in illegally and so we have told them if they want to voice out certain demands it must be in the correct platform through the properly channel.

He denied rumours that the group flew the Philippine flag in the area.

petrus pius said...

On reports that the negotiations involved a person identified as Datuk Ismail Kiram, a descendant of the Sulu sultanate, he said, that so far no such person was involved in the negotiation.

"I told you that we are on top of the situation," he said, when asked if the deportation would be smooth and without any untoward incidents.

On reports that another 1,000 people have left Tawi-Tawi and was heading for Sabah, he said, it was not true.

"How can they leave Tawi-Tawi because we've got our Navy, Malaysian Marine Enforcement Agency and Police Marine there to monitor," he said.

Hamzah also did not wish to comment on the statement issued by Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin, that the group was armed.

"We did not see any weapons when we entered the area but we do not rule out that they might have weapons and we are not taking any chances," Hamza said.

unknown said...

I hope everything will be the best.

unknown said...

Apa saja akan berlaku.

unknown said...

I really hope there is nothing serious there.

unknown said...

Keselamatan harus dijaga.

unknown said...

Police should do their best.

unknown said...

Dan ini melibatkan orang lain.

unknown said...

Jangan biar rakyat menderita.

unknown said...

I feel there is something wrong there.

unknown said...

This is a world issue.

unknown said...

Negotiations shouldn't have.

Anak Sabah said...

Rundingan sudahpun dibuat dan keputusan untuk hantar balik penceroboh ini akan dilaksanakan secepat mungkin.

Anak Sabah said...

Semoga kes ini akan ditangani dengan cara yang terbaik untuk mencapai situasi menang-menang antara 2 negara.

Anak Sabah said...

Kawalan telah ditingkatkan di kawasan persisiran untuk mengelakkan masalah ini diulangi.

Anak Sabah said...

Pihak berkuasa berkata kita tidak boleh layan permintaan mereka kerana platform yang dipilih ini tidak sesuai.

Anak Sabah said...

Jika mereka mahu membangkitkan permintaan mereka, mereka sepatutnya menggunakan cara yang betul dan bukan dengan cara mencerobohi Sabah.

Blackforest said...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan Malaysia masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke Negara ini

Blackforest said...

“Saya boleh mengesahkan bahawa ruang masih diberi kepada pihak berkenaan dan juga pihak lain yang boleh membantu dalam pendekatan kita mencari penyelesaian terbaik,” katanya.

Beliau berkata ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.

Blackforest said...

“Dalam apa juga keadaan fokus utama kita ialah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik. Ini modus operandi kita…cara kita ialah untuk menyelamatkan nyawa.

“Sekiranya ada pihak tertentu atau pihak lain yang boleh membantu mereka yang berkenaan, rasional, dan bekerjasama dengan kita, lebih cepat perkara ini dapat diselesikan.

Blackforest said...

Saya menasihatkan semua pihak agar membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka,” katanya sambil menasihatkan supaya menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai isu pencerobohan itu.

Blackforest said...

Hishammuddin berkata pendekatan pihak berkuasa Malaysia dengan membuka pilihan yang ada dalam menangani masalah berkenaan ialah bagi mengelak insiden itu daripada dipolemik atau dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam negara dan antarabangsa.

“Saya harap pihak yang terlibat jangan desak pihak berkuasa ke tahap itu. Tetapi kalau pihak berkuasa terpaksa melakukannya, demi kepentingan kedaulatan, marwah kita, saya rasa kita tak ada masalah…,” katanya.

Blackforest said...

“Kita dah kata lebih awal lagi bahawa kedaulatan dan keselamatan Sabah tidak akan dikompromi. Kalau itu tidak dapat diterima pihak berkenaan, kita yang mengawal sekarang apabila tiba masanya, saya terpaksa melakukan apa yang patut,” katanya.

Beliau menegaskan insiden itu bukanlah suatu mainan dan meminta media massa dan media sosial supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan operasi pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu.

Blackforest said...

kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah tetap diutamakan dan tidak akan dikompromi serta meminta semua pihak supaya memberi sedikit masa kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu.

Blackforest said...

“Pencerobohan itu juga tidak melibatkan orang kampung dan tiada rakyat Malaysia ditahan atau diculik dan apa yang pihak berkuasa kepung sejak hari pertama tidak melibatkan dan tiada risiko kepada rakyat kita…saya harap spekulasi dan khabar angin dapat dihentikan.”

Beliau berharap menerusi perkembangan terkini dan rasmi yang dikhabarkannya dalam lawatannya pada hari ini dapat menghentikan segala khabar angin dan spekulasi sama ada dari dalam negara dan luar negara.

Blackforest said...

Hishammuddin berkata lawatannya itu juga bagi memperjelaskan beberapa perkara yang dihebahkan di media massa dan laman sosial sebagai tidak berasas selain meninjau kedudukan anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas sepanjang operasi itu.

Blackforest said...

Kerajaan melalui Wisma Putra dan agensi risikan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerjasama baik dan berhubung rapat berhubung isu berkenaan.

mantera said...

tak kira mereka tentera siapa, tindakan menceroboh adalah tidak patut.

jinggo said...

Apakah mereka ini sebagai persiapan untuk meng huru harakan negara juka pekatan rakyat kalah kelak atau pun untuk menawan hati rakyat sabah keturunan filipina yang mempunyaikad pengenalan supaya mengundi pakatan rakyat dengan janji sekiranya pakatan rakyat menang, kuasa otonomi sabah akan diberi kepada sultan sulu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels