27 January 2015

Kenapa Musa Diserang?

KENAPA Musa diserang? Tujuannya adalah untuk menggamabarkan imej buruk kepada Ketua Menteri Sabah itu. 

Para penyerangnya tahu, ikan mula membusuk dikepala, atas sebab itu berbagai cara dilakukan agar kepala itu cepat busuk.

Walaupun serangan terhadap Ketua Menteri itu, untuk sementara hanya berligar-ligar di media sosial dan kedai-kedai kopi, namun jika tidak dibendung, ianya akan merebak, dan lama kelamaan akan melarat.

Di alam maya, terutama facebook berbagai fake account dibuat, semata-mata untuk menyerang Musa termasuk petadbiraan dan keluarga beliau.

Memang semua serangan itu tidak berasas, hanya rekaan, namun jika serangan itu berterusan, lama kelamaan akan mengwujudkan satu poll opinion atau persepsi, bahawa ianya benar.

Musa tidak boleh mengisi bakul dan mengangkatnya sendiri. seseorang atau sekumpulan pemimpin perlu keluar daripada sarang atau petapaan untuk membuat kenyataan, bahawa semua dakwaan itu hanya rekaan dan fitnah.

Jangan ambil mudah, serangan melalui media sosial, kerana media alternatif ini, bukan hanya terhad kepada mereka yang minat atau hanya satu kegemaran, akan tetapi kini jangkauannya sudah melebar di perdesaan, malah sudah sampai dibilik tidur.

Pengguna media alternatif bukan terhad kepada mereka yang terpelajar, akan tetapi sudah menjangkau sebahagian besar rakyat, malah termasuk imam-imam masjid.

Persepsi adalah sesuatu yang sangat bahaya kepada seseorang pemimpin, apatah lagi sebagai ketua kerajaan. 

Sebagai Ketua Kerajaan amat mudah untuk diserang, kerana beliau sangat terdedah kepada semua serangan, termasuk serangan fitnah.

Selepas Datuk Jumat Idris, Ketua Bahagian Umno Sepanggar, merangkap MP Sepanggar, menyerang dengan berbagai fitnah melalui media sosial, sehingga menjemput tiga sayap parti Umno Sabah membuat kenyataan bersama, mencadangkan agar beliau diambil tindakan disiplin, malah wanita Umno Sabah mencadangkan untuk dipecat.

Ekoran tindakan sayap parti itu, bermunculanlah akaun-akaun palsu, menyerang kepimpinan Datuk Musa dan memasukkan pula keluarga beliau terrmasuk Datuk Anifah Aman.

Bagi mereka yang memang tahu keadaan sebenar, apa yang berlaku, memang tidak akan terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan itu, akan tetapi mereka yang bersifat atas pagar, sedikit sebanyak akan termakan isu-isu yang dilimparkan.

2 comments:

Ali Bin Ahmad said...

Musa saya anggap Ketua Menteri Sabah yang terbaik antara ketua-Ketua Menteri Sabah.

Ali Bin Ahmad said...

Musa Masih yang terbaik Ketua Menteri Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels