27 April 2018

PRU-14 SABAH: KEBARANGKALIAN KEPUTUSAN

BERASASKAN kepada senarai calon-calon antara Bn dan parti lawan, ianya akan mampu menarik setidak-tidaknya 862 ribu pengundi keluar mengundi daripada 1.111 juta pengundi Sabah.

Senarai calon-calon Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 499,600 pengundi mengundi Bn, manakala calon-calon PWS/DAP/PKR dan menarik 268,000 pengundi.

499,600 pengundi dapat diterjemahkan antara 36-54 kerusi Dun dan 21-23 kerusi Parlimen.

268,000 pengundi yang mengundi parti lawan, dapat diterjemahkan antara 6-14 kerusi Dun dan Parlimen 4-2.

Kalaulah calon-calon dirangkingkan, sebelum penamaan calon di peringkat DUN menempati ranking 1-36 adalah BN, DAP 37-40, manakala ranking 41-60 rebutan antara Bn, PWS, PKR dan DAP. Manakala di peringkat Parlimen ranking 1-19 ditempati BN, ke-20 oleh DAP, manakala 21-25 rebutan antara Bn/PWS/DAP. 

Daripada 60 kawasan Dun yang dipertandingkan 36 kawasan positif kepada Bn, 4 DAP, manakala 20 Dun rebutan antara BN/PWS/PKR/DAP. Daripada 20 kawasan DUN yang menjadi rebutan, 11 cenderung berpihak kepada Bn, 6 kepada PWS, dua DAP dan 1 PKR. Melihat kepada kecenderungan itu, semacam Bn akan kehilangan 1 kerusi Dun berbanding PRU-13. Di peringkat Parlimen pula daripada 25 yang dipertandingkan 19 berpihak kepada Bn, 1 DAP, manakala 5 yang menjadi rebutan, 2 positif kepada Bn, 2 positif kepada PWS dan 1 kepada DAP. Melihat kepada kecendeungan itu, Bn akan kehilangan 1 kerusi Parlimen berbanding PRU-13.

Kebarangkalian keputusan PRU-14 Sabah, adalah bagi Dun- BN:47, DAP:6, PWS: 6 dan PKR:1, manakala Parlimen Bn-21, PWS-2, DAP-2.

Perkiraan di atas semata-mata berasaskan kepada senarai calon dan parti yang bertanding. Keadaan akan berubah semasa tempoh kempen, kerana jentera mana yang lebih agrisif dan ampuh, boleh menyebabkan swing votes antara 5-6%. Melihat kepada jentera, sudah tentu Bn mempunyai jentera yang ampuh dan tersusun. Jika semua berjalan dengan baik, Bn boleh menambah antara 4-7 kerusi diperingkat Dun, manakala di peringkat Parlimen 2. Pada keadaan demikian, Bn boleh menang antara 51-54 Dun dan Parlimen 23, asalkan jentera Bn boleh menarik sekurang-kurangnya 5-6% daripada 268,000 pengundi yang berkenderungan memilih parti lawan.

Walaupun angka-angka yang disebutkan hanya berasaskan perkiraan berpandukan kepada PRU-13 dan senario keadaan semasa, ianya tidak akan jauh berbeza apabila keputusan diumumkan selepas pembuangan undi pada 9 Mei.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels