5 April 2018

PAKATAN GUNA LOGO PKR- SATU MUSLIHAT PERDAYA MELAYU

PEMIMPIN Pakatan Harapan maklum, bahawa tsunami cina sudah mencapai puncaknya pada PRU-13. Apabila sudah sampai ke puncak, maka pencapaian parti-parti yang disokong kaum itu maksima seperti mana dimenangi pada PRU-13.

Di Semenanjung pada PRU-13, daripada 165 kerusi, Bn menang 85, manakala pembangkang 80. Juga menerusi jumlah kerusi 80 itu, pembangkang menang undi popular. Makna kata, tsunami cina tidak akan memuncak lagi.

Tun Dr Mahathir adalah pakar strategi. Kehadiran beliau dalam pembangkang, boleh mempengaruhi semua pihak menggunakan common logo. Atas sebab itu, mereka mendaftarkan logo Pakatan Harapan. Namun pendaftaran PH tidak dapat diproses, atas sebab kesilapan yang dirancang awal oleh Tun Dr Mahathir, supaya parti yang beliau taja dibatalkan, kerana beliau tahu, parti itu tiada sokongan.

Pembatalan PPBM oleh ROS, adalah tindakan yang memaksa ROS bertindak. Kerana memang demikianlah rancangan Pengerusi parti itu, kerana melalui pembatalan, sekurang-kurangnya beliau boleh menuduh Dato Seri Najib Razak sebagai dalang kepada pembatalan itu. Sedangkan tujuan beliau supaya parti itu dibatalkan adalah untuk mendapat simpati.

Namun, hakikat sebenar tujuan Tun Dr Mahathir, agar PH tidak boleh didaftarkan, supaya mereka boleh menggunakan logo PKR. PKR walaupun parti berbilang kaum, tetapi digambarkan sebagai parti melayu.

Pemimpin PH maklum, hanya menerusi parti yang kenampakan melayu boleh mempengaruhi pengundi melayu, kerana mereka mengharapkan tsnunami melayu pada PRU-14. Tanpa tsunami melayu, angan-angan mereka merampas Putrajaya hanya tinggal angan-angan.

Menggunakan logo PKR, adalah serampang dua mata, bagi PH. Pertama menjawab, dakwaan bahawa PH didominasi DAP dan kedua bahawa pembangkang adalah satu pasukan.

Menggunakan logo PKR sebagai common logo bagi PH, memang mengejutkan berbagai pihak, khususnya Bn. Kerana sejak sekian lama, walaupun dengan kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak pernah terlintas, bahawa DAP akur menggunakan logo lain selain logo roket.

PRU-14 di Semenanjung, hanya akan terlihat LOGO BN, LOGO PKR dan PAS. Sejauh mana strategi baru PH ini menembusi wilayah BN, tiada yang dapat menduga.

Jentera dan juru kempen Bn, bermula daripada sekarang kena merangka strategi baru, khususnya isu, bahawa PH didominasi DAP.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels