9 April 2018

MA63: KONSENSUS DIPUTAR BELIT

KENAMPAKAN bahawa Datuk Shafie Apdal dan Datuk Lajim Ukin tiada idea menangkis keputusan Bn memasukkan MA63 dalam manifesto. 

Dua pemimpin ini cuba mengelirukan rakyat yang tidak biasa mendengar perkataan konsensus, kerana perkataan itu adalah perkataan bahasa inggeris yang dimelayukan. Konsesus adalah sesuatu perkara yang TELAH dipersetujui, BUKANNYA suatu yang AKAN dirancang/dibincang. 

Apa yang mendukacitakan lagi, dakwaan Shafie dan Lajim bahawa kerana Dato Seri Najib Razak menggunakan istilah konsensus, maka kononnya, negeri-negeri lain perlu setuju, sebelum pelaksanaan butiran dalam MA63 dikuatkuasakan. Sedangkan, pengertian manifesto adalah sesuatu pekara/keputusan yang TELAH diputuskan dan telah dipersetujui. 

Selain itu, pemimpin parti Warisan Sabah seperti Aziz Jamman, mengaitkan konsensus dengan parti dalam Bn. Dakwaan Ketua Wira PWS itu, atas sebab Sabah diwakili 4 parti dalam komponen Bn, maka menurut beliau kedudukan adalah 4 lawan 9, ertinya kalau berdasarkan konsensus, maka parti Sabah akan kalah. Mengapa beliau tidak merujuk kepada parti-parti di Sarawak? Sedangkan dalam Bn itu, hanya 4 parti yang diwakili Semenanjung, iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan, maknakala 9 daripada Sabah & Sarawak. Di sinilah, kelemahan pemimpin muda PWS itu, membuat dakwaan, akan tetapi akal tidak selari dengan hujung jari. 

Kalaulah betul, bahawa pelaksanaan MA63 dilaksanakan menerusi konsensus parti, maka jelas, Sabah & Sarawak akan menang. Akan tetapi, bukan itu persoalannya, Bn telahpun membuat keputusan berkaitan MA63. Kerana keputusan telah dibuat, maka jika memerintah lagi, maka keputusan itu dilaksnakan, kerana itulah AKUJANJI BN dalam Manifesto. Bn tetap melaksanakan semua akujanji, seperti mana akujanji pada PRU-13. 

MA63, dipolitikkan, semata-mata untuk mengelirukan rakyat yang kurang tahu butiran dalam perjanjian itu, sedangkan perjanjian itu merupakan PERJANJIAN ANTARABANGSA yang sangat berkait dengan perundangan. MA63 merupakan satu dokumen yang tidak boleh diperkotak katik, melainkan hanya melaksanakannya, sebab itu Dato Seri Najib Razak kerap mengatakan, jika pemimpin DAHULU dengan sengaja atau tidak terambil atau tidak melaksanakan butiran dalam perjanjian itu, maka ianya perlu dikembalikan (restore), sebab itulah MA63 dimasukkan dalam MANIFESTO BN!!!!.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels