7 April 2018

PEMBANGKANG TERTIPU PROPAGANDA SENDIRI

Propaganda sebenarnya untuk mengaburi mata lawan. Apabila propaganda sendiri dipercayai sebagai betul, maka itu namanya menipu diri sendiri. 

Pembangkang teruja sangat dengan kehadiran pada ceramah mereka. Kerana kehadiran itu, mereka mabuk sendiri. 

Kalau kehadiran pada sesebuah ceramah menunjukkan kemenangan, maka sejak tahun 1998 lagi, Bn telah tewas. 

Di negara ini, ada dua kawasan berbeza, demikian juga trend pilihan pengundinya. 

Di luar bandar, di mana jumlah pengundi tidaklah seramai berbanding di bandar, majoriti adalah penyokong parti Barisan Nasional, manakala di bandar di mana jumlah pengundi jauh lebih padat dan ramai majoriti adalah penyokong pembangkang, keadaan itu ditandai semua ibu kota di negara ini dimenangi pembangkang, kecuali Johor Baharu. 

Oleh kerana perbezaaan antara jumlah pengundi antara bandar dan luar bandar mencapai 2:1, maka adalah lojik, jika pembangkang mendapat undi popular, demikian juga, jika perjumpaan di kawasan demikian, maka hadirinpun akan ramai juga. 

Atas sebab pembangkang sangat teruja dengan kehadiran dan undi popular, maka mereka menganggap telah menang pada PRU-13, sebabnya mereka mendapat undi popular 51%, berbanding Bn 47%, namun daripada segi kerusi, Bn mendapat 133 (60%). 

Oleh kerana propaganda mereka, kononnya dengan undi popular & kehadiran, maka kemenangan mereka dirampas, sebenarnya menafikan sistem pilihanraya negera ini yang digunakan sejajar dengan sistem demokrasi berparlimen, iaitu First-Past-The-Post, bukannya berasaskan kepada undi popular. 

Sehingga kini, pembangkang masih berpaksi pada undi popular, sebab itu mereka menganggap bahawa kehadiran pada ceramah mereka, menunjukkan sokongan rakyat. Walaupun demikian, sehingga kini, tiada bukti atau data menunjukkan bahawa kehadiran pada sesebuah ceramah diterjemahkan kepada undi. 

Keterjuaan mereka pada kehadiran, tidak berlaku di Pasir Gudang Johor, malam semalam, demikian juga kehadiran Tun Dr Mahathir di sebuah rancangan Felda di Pahang dua minggu sebelumnya. Jika diambilkira hipotesis mereka, bahawa kehadiran merupakan kemenangan, ertinya, sedikitnya hadirin yang hadir di Pasir Gudang, yang mempunyai lebih 100 ribu pengundi, bermakna kemenangan tidak berpihak pada mereka. 

Berasaskan kepada keadaan demikian, hakikatnya, pembangkang tertipu oleh propaganda sendiri atau anggapan mereka sebenarnya tidak berpijak di bumi nyata. 

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels