2 April 2018

PH MANSUH GST? PUSINGAN U MENANTI!!!!

JANJI untuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada Pakatan Harapan (PH) pasti menarik perhatian rakyat terutamanya pengundi berpendapatan rendah.

Dalam jelajah ceramah pemimpin PH termasuk Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad pasti menyentuh soal memansuhkan cukai itu.

Dakwaannya hanya berkisar kepada perkara sama iaitu hasrat mereka memansuhkan cukai itu yang dianggap membebankan rakyat.

Tetapi sehingga kini, apabila ditanya mengenai kaedah-kaedah bagi merealisasikan hasrat penghapusan GST berkenaan, mereka terus gagal memberi jawapan meyakinkan.

Sepatutnya, PH menyatakan langkah-langkah konkrit bagaimana kerajaan pentadbirannya nanti dapat menampung kelompongan hasil lebih RM30 bilion akibat pemansuhan GST?

Sukarkah untuk pemimpin PH menjawab persoalan itu?

Jika dilihat, jawapan Mahathir setakat ini yang membangkitkan bagaimana beliau membangunkan negara tanpa GST adalah jawapan mudah untuk melepaskan diri.

Hakikatnya, cabaran ekonomi pada 2018 dan tahun mendatang bukannya seperti 37 tahun lalu sewaktu beliau mula menerajui kerajaan.

Adakah PH akan terus memberikan tanda tanya mengenai cara mereka menampung kelompangan hasil itu?

Ternyata ia menjadi misteri bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah Bank Dunia juga tertanya-tanya.

Pengurus Negara bagi Malaysia Kumpulan Bank Dunia, Faris H. Hadad-Zervos menerusi satu video yang dipetik daripada sebuah portal baru-baru ini berkata, Malaysia juga bakal mengalami kesan negatif jangka panjang kepada ekonomi jika GST dihapuskan ke­rana kehilangan hasil yang banyak.

Sehubungan itu, dalam video itu, Faris mengajukan lima soalan utama andai mahu memansuhkan GST seperti yang dijanjikan PH.

1. Apakah sumber pendapatan lain yang diperlukan untuk ne­gara anda selepas GST dimansuhkan?

2. Adakah anda i­ngin bergantung ke­pa­da komoditi se­dang­kan harga­nya tidak menentu mengikut pasaran dunia?

3. Adakah anda ingin mengurangkan portfolio sumber pendapatan di negara ini?

4. Apakah yang anda ingin berikan kepada rakyat apabila melepaskan GST?

5. Apakah perkhidmatan, manfaat atau apakah perbelanjaan yang akan anda lupuskan?

Adakah pemimpin PH telah menjawab kesemua lima persoalan ini?

Janji PH menghapuskan GST dan me­ngembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dianggap sebagai janji po­pulis kerana mereka tidak pernah menerangkan ba­gai­mana untuk menampung kekurang­an ha­sil lebih RM20 bilion akibat langkah tersebut.

Ini berikutan SST bukanlah mekanis­me cukai yang cekap dan dijangka hanya mampu mengutip kira-kira RM17 bi­lion.

Jika PH mempunyai perancangan terbaik berhubung sumber pendapatan negara selepas GST dimansuhkan, mereka wajar memaklumkan kepada rakyat.

Sebaliknya pemimpin PH terutama Mahathir hanya menyatakan beliau mampu mentadbir negara tanpa melaksanakan GST.

Jika tiada perinciannya, apa yang dikatakan Mahathir mengenai GST tidak ubah seperti ‘tin kosong’.

Ada pihak yang berpandangan tidak mustahil Mahathir akan membuat pusingan U dengan mengekalkan GST jika berkuasa.

Mahathir kini dikenali sebagai jaguh pusingan U, sebelum menang bulan, bintang, emas, permata semua boleh dijanjikan kepada rakyat.

Tetapi apabila berkuasa kelak, belum tentu janji itu ditunaikan kerana ketika janji tersebut dibuat, pemimpin PH dilihat seolah-olah tidak bersungguh-sungguh mahu memansuhkan GST.


Rakyat kini menantikan penjelasan konkrit dari PH berhubung cadangan mereka memasuhkan GST.

Jangan nanti, jangan dikatakan mansuh, sebaliknya kadar cukai itu dinaikkan pula apabila PH berkuasa.

Semua itu tidak mustahil berlaku kerana banyak yang dijanjikan oleh PH hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Itulah sikap bermuka-muka pemimpin PH, janji sebelum menang tidak sama dengan apabila mereka berkuasa kelak.

Bukan auta, ada rakyat beberapa negeri pimpinan mereka sudah lebih awal terseksa dan apakah itu model contoh terbaik yang boleh diberi jika PH memerintah negara? Apa yang jelas rakyat hanya menunggu pusingan U, kerana ketua mereka adalah raja pusingan U!!! sumber:  https://malaysianaccess.com/gst-kenapa-ph-terus-derdolak-dalik/

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels