27 August 2009

Dasar Bn terus di Tolak,kerana itu semua PRK Kalah

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penolakan demi penolakan rakyat terhadap Umno dalam siri pilihanraya kecil sebagai isyarat mereka tidak menerima dasar kebangsaan parti itu.

Ketika mengulas kemenangan PAS pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir beliau berkata, salah satu punca kekalahan Umno di DUN berkenaan ialah dasarnya yang bercanggah dengan Islam.

"Penolakan-penolakan yang begitu banyak terhadap Umno ni satu daripada sebabnya berpunca daripada dasar yang dibuat parti Umno. Parti yang memerintah sekarang ni tak betul dengan dasar Islam.

"Kelantan telah hampir 20 tahun guna dasar Islam dengan segala praktikalnya. Alhamdulillah dapat penerimaan daripada semua bangsa dan agama," Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru Umno mengubah dasar kebangsaan mereka kepada dasar Islam selaras ajaran Al-Quran.

"Saya dengan penuh ikhlas minta saudara-saudara-saudara kita dalam umno tolong fikir, tolong ubah dasar Umno kepada dasar Islam. Bulan Ramadhan ni bulan Quran.Bila kita orang Islam buat dasar lain kedaulatan Allah ke atas manusia makin terhakis.Tiba-tiba kita tak mahu pakai Quran, ambil dasar yang dibuat oleh manusia.Ini tak betul,"katanya.

Pilihanraya kecil Permatang Pasir yang merupakan pilihanraya kali ke lapan diadakan selepas pilihanraya umum pada 2008. Ianya menyaksikan kekalahan Umno BN buat sekian kalinya dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4551 undi.

Calon PAS Ustaz Salleh Man mendapat 9618 undi manakala calon BN Rohaizat Othman mendapat 5067 undi.

BN hanya menang di DUN Batang Ai sementara di DUN Penanti, mereka tidak meletakkan calon.

Dalam lapan pilihanraya kecil iaitu tiga parlimen dan lima DUN yang ditandingi jelas menyaksikan rakyat menolak Umno BN walaupun pimpinan parti itu tetap mengatakan bahawa mereka masih diterima rakyat.

Bermula di Parlimen Permatang Pauh, menyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti yang besar iaitu sebanyak 15671 undi mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah.

Di Parlimen Kuala Terengganu pula, calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631 undi menewaskan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seterusnya tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak iaitu di Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Ai menyaksikan Pakatan Rakyat menang dua daripadanya.
Di Bukit Gantang,Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengalahkan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2789 undi. Di Dun Bukit Selambau pula calon PKR S.Manikumar mengalahkan calon BN Datuk S.Ganesan dengan majoriti 2403 undi.

Manakala BN hanya menang di Dun Batang Ai apabila calonnya Malcom Mussen Lamoh mengalahkan calon PKR Jawah Gerang dengan 1854 undi.

Atas pelbagai alasan, BN membuat keputusan tidak meletakkan calon di DUN Penanti. Seterusnya di Dun Manek Urai, calon PAS tetap berjaya menewaskan calon BN walaupun hanya dengan majoriti 65 undi.

Manakala yang terbaru di DUN Permatang Pasir, kembali menyaksikan kemenangan Pakatan Rakyat dengan majoriti yang besar sekaligus kekecewaan berterusan pimpinan Umno.

Naib Presiden Umno, Hishamudin Husein antara pimpinan yang dilihat sangat kecewa dengan kekalahan itu. Hishamuddin mengharapkan BN dapat mengurangkan majoriti yang diperoleh oleh calon PAS dalam jumlah yang besar tetapi sebaliknya yang berlaku.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Sampai sekarang Nik Aziz tidak dapat membuktikan bahawa UMNO membuang Islam, memperjuangkan kebangsan.

Apakah DAP dan PKR sebuah parti memperjuangkan Islam ?

Nik Aziz hanya tahu memfitnah UMNO tetapi PAS sendiri telah membiarkan Islam dihina dan dicabuli.....

kiff2011 said...

Kerumitan akan terungkai sekiranya pucuk pimpinan Umno menukar dasar menguna pakai undang2 Islam biarpun secara beransur2.Org Melayu kembali menyokong perjuangan Umno seandainya PM berani membuat tindakan drastik ini.Hanya satu ucapan sahaja dari Dato' Seri Najib iaitu Umno akan mertabatkan Undang2 Islam untuk org2 Melayu nescaya hari ini juga PAS akan dibubarkan dgn tersendirinya.Org2 Melayu masih sayangkan UMNO dan akan lebih menyayangi UMNO dari jiwa dan raga sekiranya mahu meletakkan Undang2 Islam sebagai tongak perjuangan.Tiada guna kita mengaku beragama Islam sekiranya kita takut untuk mertabatkan undang2 Islam.Sedikit pun tiada cacat cela dlm undang2 Islam.Lantaran itu ketahuilah apakah kita layak untuk ke syurga @ ke neraka seandainya kita hanya mengunakan sebahagian dari kitab suci Al Quran.Tepuk dada ,tanya selera.Apakah kita tunggu masa untuk diazabkan sebagai mana kaum Bani Israel ? Apakah kita ini terlalu dayus untuk mertabatkan undang2 Islam sebagai mana kita mengaku beragama Islam?Kembalilah kita kejalan yg benar,jalan yg lurus menuju kehadrat Ilahi.Hanya satu jer kekurangan UMNO iaitu mertabatkan undang2 Islam utk org melayu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels