29 August 2009

100 juta saham percuma untuk orang bandar yang miskin!!!

Datuk Najib mengumumkan 100 juta ringgit saham percuma untuk orang miskin yang tinggal di bandar.

Najib memang suka membela orang bandar, sejak mengambil alih jawatan perdana menteri, kebanyakan tindakannya membela orang bandar.

Aneh sungguh tindakan PM kita ini, sedangkan terlalu ramai penduduk luar bandar yang masih miskin yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedangkan mereka yang tergolong miskin yang berada di bandar, sebenarnya jauh lebih kaya di banding mereka yang berada di luar bandar.

Orang-orang yang dikatakan miskin ini, bukan kerana miskin, akan tetapi mereka jadi miskin kerana gaya hidup mereka. Mereka terikut-ikut gaya orang kaya, orang kaya beli handphone canggih, mereka juga ikut beli handphone canggih, beli pakaian berjenama, makan di restoran, sedangkan mereka boleh berhemat jika memasak sendiri.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, kita kena fikir juga, orang bandar sebenarnya lebih ramai yang miskin dengan sara hidup yang semua kena bayar.

Kemiskinan di kampung agak berbeza sedikit, ada perkara kadang-kadang tidak guna wang. Sikap bantu membantu juga ada di kampung, berbeza di bandar, ada yang tak pernah kenal jiran ebelah rumah....

Suara Rakyat said...

salam, orang kampung tak irihati ke?

Ajin b. Gagah said...

Salam sdra Pagi-Pagi dan juga Yang Gambi,
Rasa nya saya setuju juga dengan pendapat Yang Gambi dalam hal pengagihan saham percuma kepada 'orang miskin' di bandar ini.

Saperti penduduk di luar bandar, mereka ini juga masyarakat Malaysia yang perlu dipertanggung jawabkan.

Tidak kira dimana sekali pun, orang yang miskin itu tetap juga miskin. Kita jangan mudah dikelirukan oleh mereka yang empunya banglo cantek, kereta mahal dsn.

Mungkin kita lupa, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak lebih dari 2 billon ringgit untuk rakyat di luar bandar.

Semuga kalian sukses.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels