2 October 2009

Nizar kamukan Tahu SPR Tidak Punya Kuasa Mengeluarkan Nama Pengundi dari daftar undi

Nizar rupanya Setiausaha Agong Mu Mustapha Ali jadi pegawai SPR kerana boleh mendakwa bahawa hanya 1,200 pengundi yang mendiami kem Sri Rusa di Bagan Pinang. Mustapa Ali mendakwa bahawa baki daripada 4,604 pengundi Pos tidak tinggal di Bagan pinang.

Ada undang-undang kah menghalang rakyat atau pengundi mengundi di mana dia suka. Kenapa Mustapaha Ali begitu takut dengan undi tentera? Kenapa tentera bukan rakyat negara ini? Mengundi adalah rahsia, tiada seorang pun yang boleh nampak siapa yang kita pangkah semasa mengundi, kecuali untuk tujuan "bukti" kepada Bos , guna telepon bimbit segala untuk tangkap kertas undi yang telah di pangkah.

Pengalaman saya di kem tentera, tiada siapa pun yang memaksa untuk undi parti ini atau parti itu, kecuali mereka-mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai perayu undi.

Nizar- dan kawan-kawan dalam Pakatan seolah-olah menghina Tentera dan keluarganya kerana, seolah-olah mereka ini mengikut telunjuk sesiapa. Jangan lupa tentera juga mempunyai hak memilih siapa yang mereka suka untuk mewakili mereka, sama sekali tidak boleh dipaksa.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels