4 October 2009

Nizar-Pas-Azmin-Anwar: Betul kan Isa Samad Bukan Calon Surat Khabar Lama: Anwar lah Calon Kitar Semula

Calon BN, Tan Sri Isa Samad menolak tanggapan pembangkang bahawa beliau adalah calon 'kitar semula' tetapi sebaliknya berkata, label itu lebih sesuai untuk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada 2008, saya tidak bertanding dalam pilihanraya umum. Beliau (Anwar tidak bertanding lebih enam tahun, dia telah hancur," kata Isa yang juga calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Isa memberitahu pemberita demikian selepas proses penamaan calon di Pejabat Perbandaran Port Dickson pagi tadi.

Pembangkang mensasarkan rekod Isa yang pernah digantung keahlian dalam Umno selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang dalam pemilihan parti pada 2004.

Ekoran itu, pihak pembangkang mendakwa BN 'mengkitar semula' Isa yang berusia 59 tahun itu untuk bertanding di kubu kuat Umno itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mempertahankan pencalonan Isa dan menganggapnya sebagai calon paling sesuai untuk bertanding di Bagan Pinang.

2 comments:

mack said...

Calon kertas lama bukan kitar semula dan amat sesuailah gelaran itu diberi kepada calon2 nya. Kenapa pilih calon isa sudah tentu kerana itu matlamat politik bukan kepentingan RAKYAT faham2lah kita semua ya

mack said...

Calon kertas lama bukan kitar semula dan amat sesuailah gelaran itu diberi kepada calon2 nya. Kenapa pilih calon isa sudah tentu kerana itu matlamat politik bukan kepentingan RAKYAT faham2lah kita semua ya

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels