27 March 2010

Kampung Tamau Dulu dan Kini: Dari Kaca Mata Penduduk Asal

Bayangkan di kampung masa itu tiada bekalan litrik. Semua orang kampung hanya guna pelita atau lampu pam.

Namun sekitar 40 pengundi mendapat lampu litrik daripada jetset yang di-on mulai pukul 6 petang hingga tengah malam. 40 orang ini adalah kononnya pengundi PBS, kerana di peti undi Tamau, Kota Belud hanya sejumlah itu yang mengundi PBS pada setiap pilihanraya. Pendeknya pengundi Kg Tamau dari dahulu, hanya mengundi parti yang bercorak islam.

Namun setelah kemasukan UMNO dan Pas, ternyata pengundi kampung ini telah terbagi, ada yang mengundi PAS dan ada juga yang mengundi Umno atau BN. Sehingga tahun 2004, biasanya pengundi yang memilih Umno atau BN lebih 2/3 daripada yang mengundi PAS. Namun pada tahun 2008 atau lebih dikenali sebagai PRU-12, pengundi PAS atau pembangkang menjadi 2/3 dibanding Umno atau BN.

Perubahan pola pengundian ini disebabkan bertambahnya pengundi berpendidikan dan bekerja, samada pekerja swasta mahupun kerajaan. Selain itu, bertambahnya pengundi muda yang bekerja sendiri atau tidak bekerja.

Pola berfikir para pengundi Kg Tamau sekarang telah berubah. Tidak seperti dahulu, pola pengundian masih tertumpu pada pemimpin, namun kali ini bukan lagi. Pola pengundian pengundi kampung Tamau lebih mudah dipengaruhi oleh isu nasional, bukan lagi isu negeri atau daerah.

Jika dahulu, hanya pemimpin peringkat daerah atau negeri sahaja yang diketahui,kerana surat khabar nasional seperti berita harian, utusan malaysia, apa lagi Harakah, jarang-jarang diperolehi oleh para pengundi kampung Tamau. Namun kali ini, boleh dikatakan ramai sudah penduduk melanggan surat khabar nasional bahkah termasuk internet.

Saya berkesempatan melawat seorang rakan yang bekerja sebagai guru atau cikgu. Rakan tersebut tiada surat khabar tempatan, melainkan suratkhabar nasional. Salah satu contoh ini, memang tidak dapat mengambarkan secara signifikan pola perubahan para pengundi Kg. Tamau, namun berasaskan trend semasa, maka ada kemungkinaan persepsi ini ada kebenarannya.

Penduduk Kampung Tamau sebenarnya telah bosan dengan berbagai janji atau perancangan parti yang mereka undi sejak merdeka lagi. Cuba bayangkan, jarak kampung ini dengan Pekan Kota Belud tidak jauh sangat, cuma dalam 30 minit dengan menggunakan kenderaan yang berkelajuan 40 km/jam.

Infra pendikian umpamanya, sangat daif, walaupun ada sekolah baru yang dibina sejak 3 tahun lalu, namun bagunan itu hanya kerangka sahaja. Penyiapannya tidak kunjung tiba. Bayangkan, kalau peperiksaan UPSR, murid-murid kampung ini akan disamaratakan dengan sekolah cluster atau sekolah lengkap, mampukah murid-murid sekolah ini mencapai keputusan cemerlang? Sebagai rekod sejak sekolah sk Tamau Kota Belud Sabah, mula beroperasi, tiadapun murid mecapai keputusan cemerlang, misalnya 5A.

Pemilik blog ini adalah bekas murid sk Tamau, dahulu dikenali sebagai SRK Tamau. Apabila pemeriksaan darjah 6, dahulu disebut demikian, pemilik blog ini pun tidak tahu bagaimana mendapat markah 76%, sedangkan 4 orang yang lain hanya mendapat 58%, 54%, 51% dan 50%. Hanya 5 orang murid produk tahun 1966 lulus darjah 6 masa itu daripada 46 murid.

Bayangkan sejak itu, pemilik blog ini tidak merasakan apa itu air bersih hingga kini. Lampu litrik terasa pada tahun 1991 apabila Umno masuk Sabah.

Kampung Tamau terletak di kawasan mengundi P-169 Kota Belud, kini di wakili oleh Datuk Rahman Dahalan, mantan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, mantan setiausaha pemuda Umno Malaysia dan kini sebagai setiausaha agong Barisan Nasional Sabah.

Sebelum Datuk Rahman, P-169 Kota Belud di wakili oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak (1994-2008), (1985-1990- Maidom Pansai-PBS, zaman berjaya oleh Datuk Yahya Lampung dan zaman Usno oleh Tun Mustapha.

Bagi ADUN pula, daerah mengundi Tamau dari dahulu kala dimasukkan dalam DUN-6 Tempasuk, yang kini diwakili oleh Datuk Musbah Jamli.

DUN Tempasuk ini pernah diwakili oleh para pemimpin giant seperti Datuk Mohd Noor Mansor zaman Berjaya, Tan Sri Pandikar 1994-1999 dan 2004-2008, Musbah Jamli 1999-2004 dan 2008-kini.

Apa kah slogan Najib melalui 1Malaysia, Rakyat Didaulukan, Pencapaian Diutamakan dan Pemimpin Turun Padang, dapat menzahirkan hak penduduk kampung ini yang telah lama tidak tertunaikan. Sayang di sana sini, para pemimpin kita menghulur bantuan berjuta-juta demi membangun kawasan-kawasan yang menolak kerajaan, namun para pengundi yang senantiasa menyokong senantiasa di ketepikan. Mungkin berbaloi juga lah bahawa pada PRU-12 lalu, semua calon BN-UMNO kalah di peti undi daerah mengundi Tamau.

Bagaimana pula pola pengundian pengundi daerah mengundi kampung Tamau pada PRU-13 akan datang? Belum terlambat bagi Datuk Rahman dan Datuk Musbah, masih ada masa 2 tahun lagi untuk menzahirkan impian para pengundi kampung ini.

Pengundi daerah mengundi kampung Tamau, tidak ramai hanya di atas 1000, namun, jumlah ini ada juga pengaruhnya. Fikir-fikirkan lah

2 comments:

DEPU-DEPU said...

Pagari..

kinu terjadi mautu ? perlu ambu tanu peluba en ah sebab yan...terhibur aku pamatia saya tulisan ayah...benarkah pagari..

Suara Rakyat said...

pagari. benar benar aa carita aya.masa PBS. masa Usno.. embagi-embagi sa begas dapai su manuk dik yan ngen.. su tau usno nu embagi yan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels