18 March 2010

Rakyat Perlu Wakil Rakyat Seperti Zaharin Hashim

Rakyat perlu wakil rakyat seperti Zaharin Hashim. Rupanya wakil rakyat ini keluar daripada PKR kerana tidak tahan dengan pembohongan dan kemungkaran yang ada dalam parti itu.

Di dewan rakyat semalam, wakil rakyat Bayan Baru Pulau Pinang itu mendedahkan bagaimana Anwar Ibrahim memperdaya dan membohongi wakil-wakil rakyat PKR, DAP dan Pas mengenai rancangan 16 September 2008, yang kononnya Pakatan akan menumbangkan BN melalui perlompatan 30 wakil rakyat BN kepada Pakatan.

Zaharin juga mendedahkan bahawa Anwar mempergunakan nama Yang Dipertuan Agong, yang kononnya dia telah berjumpa YDP Agong, dan kononnya Agong telah bersetuju agar dia dilantik menjadi perdana menteri ke-6 Malaysia.

Selain nama agong, Anwar juga mempergunakan panglima tentera, yang kononnya panglima tentera Malaysia berserta anggota tentera telah merestuai perlantikkannya sebagai Perdana Menteri.

Pendedahan Zaharin bagaikan bom atom kepada Anwar. Disebabkan tidak tahan dengan pendedahan ini, Anwar terlalu gelisah duduk di kerusinya dalam dewan rakyat. Anwar terpaksa keluar dewan, walaupun tindakannya mendapat kecaman daripada wakil rakyat BN agar Anwar jangan keluar dewan dan terus mendengar pendedahan Zaharin.

Zaharin juga melalui ucapan sulungnya sebagai wakil rakyat bebas selain membuat pendedahan mengenai Anwar, wakil rakyat itu mengulangi pendedahan mengenai tindakan Lim Guan Eng,ketua menteri Pulau Pinang yang menghina islam, pemimpin diktator, chauvinis dan berfikiran komunis.

Zaharin juga mendedahkan berbagai tipu helah Pakatan untuk memesongkan rakyat demi mendapatkan undi.

Zaharin akan menyambung ucapannya di dewan rakyat hari ini, setelah sidang dewan rakyat di tangguhkan semalam pada pukul 5:30 petang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels