4 June 2013

Disebalik BN jadi Parti Tunggal

SEHARUSNYA pemimpin Barisan Nasional mengambil iktibar pengalaman parti-parti komponennya  atau parti-parti dalam negara ini yang bersifat parti berbilang kaum, sebelum mengambil pendekatan menjadikan BN sebagai parti tunggal.

Parti Gerakan, Parti DAP, Parti PBS, Parti PKR adalah parti berbilang kaum. Namun kenyataannya, parti-parti itu didominasi hanya oleh satu kaum.

Parti Gerakan, kaum cina yang menonjol, demikian juga DAP. Parti PBS kaum KDM yang menonjol, manakala PKR didominasi oleh kaum melayu.

Apabila suatu hari nanti BN menjadi parti tunggal, maka kaum yang teramailah akan mendominasi parti itu. Kekangan tidak akan boleh dibendung untuk menjadikan parti BN sebagai parti tunggal tidak didominasi oleh satu kaum kaum. Tiada cara boleh dilakukan dalam alam demokrasi, kecuali BN akan mengamalkan kuasa kuku besi.

Dalam suasana berbagai kaum negara ini, apa yang sesuai adalah konsep yang ada pada BN hari ini, pengabungan berasaskan parti-parti berbagai kaum, kerana di situ dapat dilihat bahawa tiada yang "suprime" antara suku bangsa, melainkan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

Parti komponen, menyedari dengan sendirinya kekuatan parti masing-masing, atas sebab itu, permintaannya juga sesuai dengan kapasiti partinya.

Sejak penubuhan negara, gabungan berbagai parti telah berjaya membangun negara ini melalui penubuhan kerajaan; tak kan kerana melihat perkembangan politik semasa yang digerakan oleh pembangkang, maka konsep yang diterima pakai lebih setengah abad, dilupakan begitu sahaja.

Apa yang perlu sekarang adalah melihat kelemahan yang ada, memperbaikinya. Jika dahulu para pemimpin tidak egoistis, maka kembalilah ke alam lama itu. 

Apa yang ada sekarang, adalah kebanyakan para pemimpin lupa kepada tabiat lama, bahawa antara para pemimpin dan penyokong ibarat aur dengan tebing, kuku dan isi; namun apa yang berlaku sekarang adalah apabila pemimpin mendapat yang dimaunya, maka lupa sudah kepada para penyokongnya.

Malah ada pemimpin yang mendabik dada, dengan membuat kenyataan, kalau kamu tidak sokong, ramai lagi yang akan sokong, kenyataan seumpama ini diulang-ulang kepada penyokong yang beralinan, sehingga apabila genap lima tahun, apabila pemimpin itu dipilih sebagai calon, kononnya sebagai "winnable candidate" ternyata menjadi liabiti kepada parti kerana kalah.

Telah berlaku pada PRU-13 lalu, atas sebab itu, beberapa kawasan DUN di Sabah kalah, kerana sifat para wakil rakyat itu adalah demikian. 

Kini, hanya sebulan PRU-13 berlalu, kenampakan sudah sifat-sifat para wakil rakyat yang menang. Jika sebelum terpilih baik sebagai calon ataupun wakil rakyat, bukan main baiknya, bukan main mesranya, namun kini, tabiat ego, angkuh sudah kenampakan.

Pucuk pimpinan tidak nampaknya ini, kerana mereka-mereka ini adalah pakar-pakar pelakon yang hebat; di mana kelibat mereka senantiasa kelihatan, di mana sahaja ada acara pucuk pimpinan. Malah kedua belah tangan senantiasa dirapatkan apabila berdepan dengan pucuk pimpinan, menandakan akan siap sedia dan akur kepada setiap arahan atau perintah.

Sebenarnya tiada silappun apa yang ada dalam konsep BN yang ada sekarang. Yang perlu dibaiki adalah sifat para pemimpinnya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels